PUKUL 3 PAGI
Assalamualaikum dan hai kepada admin FS serta semua pembaca setia FS. Terima kasih diucapkan sekiranya cerita saya ini bakal disiarkan. Sebelum itu saya ingin memohon maaf andai terdapat kesalahan ejaan atau cerita yang saya akan kongsikan ini tidak lah seseram seperti diharapkan.
Perkenalkan diri, nama aku Akir. Sebelum ni memang aku dah ada berkongsi pengalaman aku di FS dan aku juga macam korang semua yang suka membaca cerita seram atau menonton cerita seram. Cerita ni bermula bila setelah sekian lama aku tak lepak dekat page FS ni. Aku mula membaca balik pun lepas dah masuk 2019. Jadinya cerita ni masih baru lah.
Korang perasaan tak cerita di FS semenjak dua menjak ni banyak sangat cerita pasal hantu Langsuir? Ada yang cerita pasal berjumpa dengan langsuir masa tengah kerja dekat tempat buat keranda lah, pasal jumpa langsuir dalam bilik tidur dan jugak gangguan masa ke bilik tidur. Sebenarnya aku tiadalah taksub sangat dengan cerita tu semua. Tapi apa yang aku nak cerita ni macam ada kesinambungan jugak lah dengan penulis tu semua.
Cerita dia macam ni. Pada satu malam tu dalam pukul 11 lebih jugak lah. Tetiba angah aku suruh aku tutup pintu pagar sebab belum dikunci lagi. Oh ya, aku di rumah ni cuma tinggal dengan angah berdua je. Jadi aku pun ikut perintah turun lah ke keluar untuk tutup pintu pagar.
Saat aku buka pintu rumah tu tetiba badan aku macam meremang tetiba. Aku buat tak tahu ajelah dan berjalan ke pagar. Aku tarik dan kunci masa aku dah pusing belakang balik dan jalan masuk rumah, belakang leher aku macam kena tipu.
Sejuk dingin je, aku memang tahu tu bukan angin biasa. Aku jalan slamber je dulu sampailah aku tertengok atap rumah aku macam ada satu kelibat hitam duduk bercangkuk, dia macam bercangkuk tapi terapung. Aku pun apa lagi cecepat jalan laju masuk dalam rumah tapi sebelum tu sempat aku gosok kepala kucing aku dekat tangga tu.
Haa lepas je dah masuk, aku terus baring. Okay aku ni sebenarnya bila nak tidur malam aku akan tidur di ruang tamu. Memang ada lembek aku pakai untuk bentang kat situ. Posisi tidur aku pulak menghadap pintu rumah tapi aku dah tutup lah langsir tu.
Dah baring, aku pun ambil phone dan macam kebiasaan aku akan baca cerita di facebook FS ni. Pada malam tu aku baca kisah Dia Tak Berwajah, Peneman Kerja Malam dan Sihir Kucing Siam. Siap-siap dah baca semua aku tengok jam dah pukul 1:30 pagi.
Dengan debaran baca kisah tadi tu aku lenakan diri aku. Tapi entah kenapa debaran tu aku rasa lain macam je namun aku berjaya untuk lena jugak sampai aku terkejut betul-betul pukul 3 pagi. Menyesal aku tak kencing dulu awal-awal tadi tak ada lah aku terkejut. Aku bangun dan bersila pada masa tulah aku dengar bunyi kucing mengeow. Aku ni memang pencinta kucing tau.
Pada awalnya aku anggap benda tu normal. Sebab dia bunyi macam kucing nak mengawan tu, lepas aku rasa pelik bila bunyi kucing tu macam banyak sangat. Memang tak dinafikan kucing kawasan rumah aku banyak jugak lah tapi bunyi dorang malam tu lain macam.
Aku cuba fokus dan aku dapati dalam banyak-banyak bunyi mengeow tu aku dapat tangkap salah satu suara tu lain sikit. Dia macam high pitch. Aku tertanya lah sejak bila kucing ni pandai tarik. Nak masuk audition menyanyi ke?
Aku cuba fikir benda lawak sebab tak nak menakutkan diri aku ni tapi bunyi tu terus menerus. Dia bunyi macam kawasan rumah aku je. Aku pun teringat kata-kata orang lama. Kalau bunyi tu dekat maksudnya jauh dan kalau jauh benda tu dekat. Okay! Aku pun sedikit gembira bila teringat kata-kata tu dan bangun ke tandas.
Aku ni jenis suka bermenung, sambil buang air kecil tu walaupun dah habis aku duk termenung dalam tu. Kemudian bunyi kucing high pitch tadi tu tetiba bunyi balik. Jantung aku terus berdegup kencing bila bunyi tu macam belakang tandas aku ni je. Maksudnya dekat luar belakang rumah lah.
Tapi aku fikir lagi yang bunyi dekat jadinya jauh sambil aku cuci. Lepastu aku keluar tandas tertengok pulak kat cermin tandas tu. Aku pun tatap lah diri aku yang tak seberapa handsome ni sambil baiki rambut sikit lepastu aku dengar bunyi macam pasir jatuh atas atap rumah. Ha! Sudah aku teringat cerita penulis yang terkena gangguan dekat bilik rumah dia tu. Aku cuba bertenang.
“ah bukan langsuir kot”
Aku berkata. Entah lah aku ni bodoh ke apa sebab aku kata tu bukan dalam hati tapi dekat mulut. Aku teringat kisah yang mana penulis bagitahu jangan duk sebut sangat nama benda ni. Dorang cepat perasan katanya kita memanggil dia pulak. Aku tengok cermin masa tu lepastu aku perasan pandangan aku dalam cermin tu macam agak tajam. Mata aku lah, aku peliklah memang macam tu ke selalu mata aku. Aku cuba buat kembang hidung okay dalam cermin buat.
Aku senyum nampak gigi pun dalam cermin buat. Aku cuba undur ke belakang sikit dan lepastu aku cabut lari keluar tandas. Sebab apa aku lari? Diri aku dalam cermin tak mengundur dan dia tersengih. Baru aku perasan bodohnya aku masa-masa macam tu duk mengadap cermin dalam tandas.
Aku baring balik, baru nak bertenang sikit bunyi kucing tu datang balik sayup-sayup je diikuti bunyi kucing kawasan rumah aku. Lepastu ayam pulak berkokok. Aku tengok jam kat phone baru pukul 3:30 pagi. Mengigau ke ayam ni nak berkokok pepagi macam ni. Tadi aku bagitahu posisi tidur aku menghadap pintu rumah kan? Haa masa nilah aku nampak macam kain duk terbang dari luar rumah aku.
Aku cuba fikir positif kot lah kertas ke terbang tapi takkan lah kertas kan. Lepastu bunyi kucing tadi terhenti dan masa tulah kain tadi macam menyurapai satu susuk. Aku tak jelas sangat sebab selindung langsir pintu tu. Tapi apa yang aku boleh rumuskan dia macam mengembang terbang je rambut benda tu. Lepastu dia macam angkat tangan dia nampak kuku tangan la kot panjang gila macam ranting pokok pun ada. Aku dah berdebar gila masa tu bila benda tu makin dekat dengan pintu rumah aku. Lepastu dia hantuk kepala dia kat pintu dengan kuku dia duk mencakar pintu tu.
Aku dalam dilema nak jerit panggil angah ke macam mana. Nak membaca surah-surah masa tu aku dah tergagap teruk dah sebab badan rasa sejuk sampai kancip gigi aku dibuatnya. Benda tu terus hantuk kepala dia macam nak masuk dan dia bunyi macam kucing mengeow sedih je masa tu.
“woi hanat! Gi jauhlah mung.
Beng la duk kacau aku. Aku dok panggil mung pun aku tersasul je sebut nama mung dalam jamban tadi bengong”
Ya, itulah yang aku ucapkan. Aku berasal dari Terengganu ye. Tahniah pada diri aku yang aku rasa tetiba jadi berani terlampau masa tu. Lepastu benda tu pun berhenti tapi dia masih tercegat kemudian dia menghilang. Aku dah mula nak tarik nafas lega.
“bamm!”
Ada bunyi jatuh atas atap rumah aku betul-betul atas tempat aku tidur tu. Masa tu aku berharap sesangat yang benda tu bukan lah encik gegula sambil aku dah mengigil dalam selimut.
“meowww meowwww rawwwww miuuuuuuuuuuuuu”
Bunyi high pitch tu lagi! Lepastu aku dengar balik bunyi hantukkan dekat pintu rumah aku dan bunyi cakaran. Aku tarik selimut nak tengok dan betul! Benda tu datang balik.
“allahuu natang beruk cis wei! Sudohlah tu main ke aku. Gi lah kacau orang lain pulok ke. Gi kacau hok baca fiksyen shasha jugok tu. Gi lahhh!”
Maafkan aku wahai semua pembaca FS sekalian. Tapi itulah ayat keramat aku semburkan dekat benda tu masa tu dan benda tu pun berlalu pergi sambil ketawa kecil ala-ala perempuan manja macam tu. Puih! Sedar tak sedar rupanya dah nak masuk pukul 5 pagi. Suara mengaji dari surau berdekatan rumah aku pun dah kedengaran.
“ceh patut lah mung balik, org ngaji doh”
Esoknya masa sarapan pagi dengan angah aku ceritalah semua kejadian seram sejuk aku tu.
“ambek toh! Baca agi kisoh kat FS tu”
Tu je yang angah aku cakap dekat aku. Eleh macam lah aku tak tahu yang dia pun ada masa dia layan jugak page FS ni hahaha. Tapi entah lah bila difikir balik macam ada betul jugak. Aku dah mula ketagih balik baca kisah seram dekat FS ni. Takut jadi macam penulis yang cerita pasal dia suka dengar kisah MJ12 tu je. Yelah dalam tak sedar kita sebenarnya macam memanggil dia je bila kita suka sangat baca kisah seram ni. Tapi satu je. Apa-apa pun tu takkan dapat halang aku dari terus membaca kisah seram di FS. Dan pada pembaca yang baca kisah aku ni.
Aku mohon maaf andai lepas ni korang pulak terkena macam aku haha kotlah benda ni macam berantai kan? Tapi tak adalah itu semua hanya mainan jin dan syaitan yang nak merosakkan kita. Ingatlah Allah S.W.T sahaja yang perlu kita takut.
Sekian kisah dari saya. Bila ada masa lagi saya akan cuba cerita pengalaman seram saya yang lain pula.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
aku rasa kau takde pengalaman seram tapi try hard utk bercerita di FS.
so hasilnya cerita yg macam ni la.
hahahha..betul2…
peninglah dik bca cerita adik….byk kesalahan ejaan, ingat saja2 tulis td… hahaha
ok je aku baca
kn ok jekan..
Bnyk merapu
try hard sgt sek mung..dakpeee..cube lagi..bulihhh asah.
Next story, kamu akan cerita kena ganggu ketika:
1. Kamu pergi ke hutan dengan kawan.
2. Ronda dengan motorsikal/kereta di hiway waktu malam.
3. Kamu dengan 2 orang kawan berkelah/berkhemah di air terjun/pantai.
4. Kamu pergi ke tandas waktu malam di hotel/resort dsbnya.
5. Kamu pergi ke apartment kawan dan diganggu semasa naik lif.
6. Kamu sedang menunggu teksi, bas, ober, greb di hentian2.
7. Kamu pergi memancing, padahal tak pernah pun mengail. Untuk cover line, pergi pasal kawan ajak.
8. Kamu balik kampung dan tidur di rumah Atuk kau…
Yang paling seram, kamu menunggu orang komen….”eee…seramnye!”.
ni ckp pasal org ke ckp pasal diri sndiri ni..
Who cares if it’s creepy or not, this narrator doesn’t have to try hard because he only tells based on his own experience. You can’t just make things up without actually dealing with it. Plus I find it weird why some opinions are called that it’s confusing. Seems fine to me. Anyway, I got spooked and thanks for sharing!
byk ko slh eja ni hehe tapi xpela msh blh phm bila dibaca but next time double check dlu ejaan sumer btl k..
Banyak sangat kesalahan ejaan..try lagi ye..
Pening. Kelam kabut. Mungkin sebaiknya awak teruskan jadi pembaca je dlm FS dan tak perlu menulis ye. Maafkan saya. Tak tahu la saya bodoh ke apa, tapi itulah yg disebut dlm hati saya.
Elok je aku baca xrasa made up story pun. Ko yg bising2 p try la skali dua jerit2 nama langsuir kul 11 12 mlm kat luar rumah pastu nnt dtg fs try karang cerita plk tgk mcm mana.
Dh hok komen kabo gitu gini ni, panda ngat ke karang cite ? ce mu karang cite kali aku nok bace plok. Bab ngate seroh ke mu ah blake. Sabor ye penulis. Dok semua setuju dgn kite.
setuju..netizen skrg hobi sume sme nk kecam org jeke nye,,cbe support ckit,,bak kata org jgn jdi makcik bawang tp jadi makcik serai byk sikit khasiat,,
wahh pencinta kucinglah,,smelah kitaa,,tpi siyelah seram giler cerita ni..shaa pon ad kucing tidur kt ruang tamu ngan dia mlm tu mengeow lah dia smbil kepala tolak2 lengan sha bila sha bgun ngadap tingkap hambik lembaga hitam besar mata merah tenung kitaorg terus bgun msuk bilik,,haaha
Sembang je lebih ni… nampok benor nipunyee…
Sape weh jumpa hantu boleh cakap “g la kacau yg baca fiksyen shasha”?
Nice try kid.
Next!
Kelakang la cite ni 🤣
Eeeee….. Serammnyee… Takutnyerrr..
cerita babi…..
ikhlas,
zul kajang
aku stop smpai blakang leher kena tipu..
berapa ribu kena tipu tu dik?
😂
Aku suke baca part maki hamun dlm bhs ganu tu. Klakor lak rase
Best cerita ni. Sebab pengalaman sebenar tu. Tapi bunyi awek tu mmg mcm tu. Mcm bunyi kucing mengawan, tapi high pitch. Satu alun je nada dia. Naik turun. Bukan mcm hilai tawa tu.
Aku dah kena masa memancing kat hutan bakau.