Lelaki Ghaib

Bismillah Assalamualaikum. Cerita yang aku nak sajikan adalah tentang kejadian yang berlaku di asrama semasa aku belajar di KV (Tak boleh sebut nama kv dan negeri sebab kalau sebut 1 ciri je – ha semua tahu). KV aku yang memuatkan lebih kurang 600-700 orang pelajar dan menyediakan asrama bagi lelaki (aspura) dan perempuan (aspuri). Asrama aspuri terletak di tengah antara dua bengkel yang mempunyai mesin. Di bahagian belakang aspuri pula ada 1 perkampungan manakala di sebelah kiri adalah bahagian dalam bengkel dan kanan adalah bengkel BB (imagine sendiri). Susunan dorm kami secara memanjang dimulakan Dorm 1, Dorm 2, Shower, Tandas, Dorm 3, Dorm 4 dan Dorm 5. Dihadapan dorm pulak disediakan kerusi dan meja untuk sesi prep.

Tahun 2018 (Aku pelajar Tahun 2)
Tahun di banyak sangat kes kecurian either malam barang tu ada, siang barang tu hilang atau siang barang tu ada, malam barang tu hilang. Barang barang yang hilang seperti syampoo, sabun, pencuci baju dan TERMASUK PAKAIAN LUAR DAN DALAM kami. (Ada lagi barang hilang macam duit tapi tuh perbuatan yang kami Nampak) Pada awalnya, kami syak cleaner sebab siapa lagi yang akan keluar masuk asrama semasa kami takde. Tapi kalau dah sampai mencuri pakaian dalam – miskin sangat ke cleaner sampai nak curi benda tu.

Ditambah lagi dengan bau asap rokok tiap kali kami keluar ke surau pada waktu maghrib atau selepas prep. Samada di dalam shower, tandas atau dorm. Kalau bau asap bakar sampah, mesti satu asrama bau sebab kawasan perkampungan di belakang, ni kadang dorm 2 je bau dorm lain tak bau. Tandas je bau, tempat lain tak bau.

Seramnya bermula pada musim Final Exam. Pada minggu tersebut, senior kami (Tahun 3) akan memulakan exam. Jadi, biasalah asrama ada yang bangun awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran. Pada waktu itu, Oppo (nickname asrama) belajar seorang diri sekitar 4 pagi di hadapan dorm. Sedang leka, Oppo perasan ada seseorang berpakaian serba hitam memerhatikan dia dari dalam tandas. Bila dia pandang semua, Oppo terus masuk dorm dan berhimpit antara Jijah dan Aina. Kalau ada sesiapa yang p tandas, mesti dia dengar punyi pintu tandas tak pun bunyi air dan tiada siapa pun pelajar yang memakai serba hitam pada malam tu. Keesokan pagi, Oppo cerita semula kepada rakannya dan warden. Habis segala air mata jatuh berderai sebab takut bila teringat semula.

Seram kedua. Irza dan Dina memang pelajar yang pandai dan jenis suka tidur lambat sebab ulangkaji pelajaran. Irza duduk di Dorm 3 manakala Dina duduk di Dorm 1. Dalam pukul 1 – 2 pagi, Irza nak ke Dorm 1 untuk belajar bersama. Semasa hendak ke pintu belakang, tiba tiba dia perasan ada tangan yang menyelak langsir. Irza yakin tiada siapa di bahagian belakang pada waktu tu dan tangan siapa yang menyelak langsir tadi ? Irza terus membatalkan niatnya dan terus tidur.

Seram ketiga. Biasalah waktu remaja, mesti ada boyfriend dan tak sah kalau tidak ber-OTP. Pada waktu tengah malam, semua pelajar telah berada di dalam dorm masing masing kecuali Mira yang sedang berOTP di belakang Dorm 1. Sedang leka bersayang berindu bagai, Mira terdengar ada orang menepuk tangan di belakangnya. Mira terus diam dan memerhati sekeliling. Apa yang dia nampak ada seseorang memandang dia daripada dalam bengkel. Waktu malam macam tu, dengan gelap gelita dalam bengkel tanpa sebarang bunyi, siapa yang berada dalam tu ? Mira terus masuk dorm dan tidur.

Seram keempat. Malam Jumaat, biasanya semua pelajar akan ke surau untuk bacaan Yassin. Waktu ini, warden mengambil peluang untuk membuat rondaan sekitar asrama untuk melihat samada ada tak pelajar lain berkeliaran. Sedang meronda, tiba tiba warden kami Cikgu Jamil dan Cikgu Hazwan ternampak kelibat seseorang berlari dari arah dalam pintu masuk aspuri. Mereka terus menghubungi warden perempuan kami yang berada di dalam surau untuk meminta bantuan dari pelajar untuk kejar kelibat tersebut. Yong, Gamat dan yang lain cuba unutk mengejar “kelibat tersebut” sehingga ke luar asrama. Apabila mereka bertanya kepada penduduk kampong, mereka perasan ada beberapa orang berkumpul di 1 tempat dan bergerak kearah dalam asrama kemudian hilang. Mereka meneruskan pencarian namun tidak menemui sesiapa.

Kemuncak seram. Bila semua cerita hal hal pelik dan seram berlaku di aspuri, warden ambil keputusan untuk mengaktifkan CCTV di kawasan masuk aspuri, memasang kawat (yang macam penjara tu) serta mengelakkan pelajar berada di asrama dalam bilangan yang sedikit. Satu hari, warden kami terlintas untuk memeriksa CCTV. Apa yang mengejutkan pihak warden, terlihat seorang lelaki menembusi dinding masuk ke dalam bahagian aspuri. Di bahagian sebelah pintu aspuri, ada sebuah locker yang betul betul kami himpit ke dinding dan lelaki itu keluar dari celah locker dan dinding tu. Keluar seperti tiada sebarang halangan. Aku yang tengok rakaman tu, SUMPAH SERAM. Figura tu memang sebijik macam seorang lelaki, lengkap, sempurna tapi boleh tembus dinding. Kau bayangkan kau tidur dalam bilik, kau nampak jiran sebelah kau masuk bilik ikut dinding.

Ada juga gangguan lain di mana aku sendiri pernah alami. Semasa orang lain leka tidur, aku (katil atas) dan kawan aku (katil bawah) masih bersama telefon kami. Tiba tiba aku terdengar kerusi bergerak, botol air dari atas meja jatuh dan bunyi orang berbisik. Aku pandang kawan kat bawah, kawan pandang aku kat atas. Aku terus turun ke bawah dan tidur berhimpit dengan dia. Pelajar pelajar aspuri juga perasan atas siling tiba tiba banyak lubang. Lubang yang baru samada di dorm, shower atau di toilet. Jadi kami beli tape banyak banyak dan tampal mana mana lubang yang ada sampaikan lubang kat lantai pun kami tutup.

Kami as student dan warden pun tak tahu nak buat apa untuk halau penceroboh tu dari kacau kami. Sampailah satu malam, exco beserta warden aspura dan aspuri bersama sama cari kesan atau jejak penceroboh asrama tu. Dua orang dari pelajar aspura, Jai dan Kucai iaitu pelajar silat (dia memang belajar bebetul dengan silat ni sampai kan aku seram dengan dia) datang aspuri. Diorang perasan ada satu lubang siling (macam tangki air punya lubang tu) di dalam toilet. Kucai masukkan kepala ke dalam lubang tersebut dan apa yang dia nampak adalah banyak barang dan bekas makanan atas tu. Keesokan harinya, salah seorang exco aspuri cuba masuk ke siling tersebut. Aliya cuba untuk menjalan tapi baru nak jalan, siling runtuh. Warden perempuan kami, Cikgu Fatin bersaiz lebih kecil dari Aliya cuba untuk berjalan atas siling. Apa yang dia jumpa sangat sangat memeranjatkan kami penghuni aspuri.

Beberapa bekas makanan, rokok yang telah dihisap, beberapa helai pakaian serta bantal yang dipenuhi cecair putih ( I guess you know what it is). Lebih mengejutkan, cikgu turut menjumpai segumpal rambut dan tayar getah. Tak lama lepas Cikgu Fatin ada atas siling, dia pun jatuh. Menurut Kucai, besar kemungkinan penceroboh telah menetap di atas siling kami dan beramal untuk ajaran yang di belajar. Sedangkan cikgu yang kurus, berjalan sedikit boleh runtuh siling inikan pula duduk, tidur dan menetap atas siling. Jadi, exco dan pihak warden bersihkan “kekotoran” yang telah dia tinggalkan dan kami tutup lubang tersebut dan selak dengan kayu besar. Siling yang runtuh pun kami telah baiki.

Tak lama lepastu, gangguan gangguan yang kami alami sebelum ini, dah tiada. Mungkin dia telah berpindah ke asrama perempuan yang lain (HABIS AH) selepas kami berjaya menghidu kehadirannya. Walau bagaimana pun, kami tetap peka dan berwaspada takut takut gangguan lain yang datang. Sejak itu, exco serta warden memantau pergerakan aspuri terutama pada waktu malam.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

6 thoughts on “Lelaki Ghaib”

Leave a Comment