Lengkoir

Hi semua aku nak share kisah kawan aku. Aku tak tahu kenapa benda ni jadi kat dia. Sebelum aku mulakan kisah, nama aku Tulus. Aku bukanlah tulus mana pon tapi dalam bercerita benar aku benar-benar Tulus!

——————————————
Malam ini Zarizi dihantui bunyi pelik di sebuah hospital lama yang dia diami. Kalau bukan kerana kaki yang luka teruk pasti bukan hospital menjadi tempat penginapan nya.

Malang nasibnya jatuh dari motorsikal yang ditunggang. Nak dikatakan laju, meter hanya menunjukkan setakat 80 KM/jam. Taklah laju mana, tapi mungkin silap langkah ketika itu.

Hospital itu banyak bunyi pelik pelik yang dia dengar. Dari hari pertama sampailah ke hari yang ke enam. Hampir seminggu. Tapi tetap tidak terbiasa. Masih dan terus menerus berasa takut. Ditambah dengan rasa seram sejuk di badannya setiap malam.

Ketika itu, angin bertiup sayu. Sejuk menikam badannya. Tiada tingkap cermin tapi cuma jejaring besi saja yang lengkap di dinding berhampiran katilnya.

Kali ini hanya dia seorang, tiada teman lagi. Pakcik tua yang biasa duduk di katil hadapannya sudah pulang ke rumah. Tinggal dia keseorang dengan kegelapan dan hanya diterangi cahaya bulan. Jururawat yang menjaga ketika itu sedang sibuk di luar wad dan ada yang sedang sibuk menyiapkan kerja mereka.

Dari satu sudut, Zarizi lihat jelas suatu pokok yang besar sedang bergoncang. Mula-mula perlahan. Lama kelamaan pokok itu makin kuat dengan goncangannya. Zarizi pelik. Udara yang menghembus badannya tidaklah sekuat pokok yang bergoyang. Mana datangnya angin tersebut? Zarizi hairan. Ah mungkin mainan matanya sahaja ketika jam melonjak ke jarum 12:01 pagi.

Dia masih tidak tidur lagi. Baginya terlalu awal untuk anak muda sepertinya tidur ketika jam tepat 12 malam.

Pang!

Kali ini mangkuk besi bersebelahan almari kecil di hadapannya terjatuh dengan tiba tiba. Tiada siapa yang lakukannya. Jarang sekali perkara itu berlaku melainkan pakcik tua itu yang selalu menjatuhkan mangkuk tersebut. Ah ini tidak boleh jadi. Zarizi gerun. Nafasnya naik turun. Dalam kepalanya ibu bapa yang berada di rumah.

Siapa yang mahu bantunya saat dia ketakutan? Pakcik tua itu? Tapi dia dah pulang. Jururawat? Mereka sedang sibuk bekerja. Takkan nak ganggu. Zarizi habis perkataan di mulutnya.

Setelah itu, secara tiba tiba katilnya seperti ditarik oleh sesuatu. Terasa terkehadapan. Tak kuat cuma perlahan sahaja. Dia terkejut. Takkan boleh bergerak sendiri sedangkan dia tidak buat sebarang pergerakan. Kali ini katilnya disentuh lagi. Bukan sekali tarikan. Tapi 3 tarikan sekaligus. Badan Zarizi mula bergerak-gerak. Matanya tertumpu bawah katilnya. Sedang mencari sesuatu. Namun tidak terjumpa.

Hairan. Mana mungkin katil itu bergerak tanpa ada sesiapa yang menyentuhnya melainkan ada seseorang ghaib yang lakukan. Ah mustahil!

Zarizi~

Suatu suara halus memanggil nya. Mahu disahut tapi siapa yang cuba menyapanya? Doktor? Mana ada doktor malam malam buta begini. Jururawat? Ah tidak.

Dia kemudiannya menarik nafas panjang. Sedikit lega. Namun tak semua dapat dirasainya.

“Argh!!! ”

Dia menjerit. Tapi tak kuat. Seperti ada yang menyentuh bahunya. Bukan sebelah tapi kedua belahnya. Tak lembut tapi rasa kasar mengena bahunya. Apa benda tu? Tangan atau kayu yang penuh cendawan keras di atasnya?

Zarizi menoleh kebelakang.

“Argh!”

Dia menjerit lagi. Tapi kali ini kuat. Dia sangka tiada apa yang berada di belakang nya tapi sebenarnya ada yang sedang berdiri betul-betul dia belakangnya dengan wajah yang sungguh menakutkan.

Makhluk aneh yang tidak pernah dilihatnya. Dengan rambut yang panjang mengurai dan kusut masai, baunya yang busuk menusuk hidungnya. Zarizi sudah menggigil ketakutan. Mahu menjerit buat kali ketiga. Namun, tidak tercapai dek akal kerana seperti ada sesuatu yang menekan suaranya dalam dalam. Kerongkong nya seperti dipenuhi ulat ulat sampah sehingga menyukarkan dia mengeluarkan kata kata.

Tak lama selepas itu, mahkluk aneh yang berdiri tepat dibelakang nya beralih dihadapannya. Naik gugur jantungnya.

Tangan yang panjang berulat dan berdarah menjalar di kaki Zarizi. Tangan yang busuk itu ingin mencengkam kaki yang dibalut itu. Zarizi ingin mengeluarkan suara. Tapi gagal. Seperti rerambut panjang yang mengikat mulutnya.

Kini, tangan itu sudah mencapai kawasan luka. Dirobek kuat oleh benda itu sehinggakan terpampang luas lukanya. Zarizi meronta-ronta tapi tidak kuat baginya berlaku sedemikian. Setelah itu, mulut yang besar bergigi taring panjang sudah mula dekat dengan kaki Zarizi. Tinggal dicangkuk dengan gigi dan memakan daging merah di kakinya.

Zarizi mahu melawan. Perlahan-lahan kakinya menyepak tangan yang mencengkam. Namun, makhluk itu terus berkeras dan turut melawan. Mulut yang sudah hampir terus diletakkan di atas luka tersebut. Disedut d***h d***h yang mengalir keluar. Diratah daging daging merah sehingga kenyang.

Zarizi tidak dapat menahan kesakitan dia mula bergerak. Dan cuba menjerit. Kali ini suaranya seperti mahu keluar.

“Tolong!”

Tapi tidak panjang pekikkannya. Ulat ulat yang seperti terasa di tekaknya terkeluar saat dia menjerit lantang. Zarizi termuntah muntah. Tidak henti malah banyak yang keluar dari kerongkong nya. Dalam fikirannya ia tidak berlaku tapi pada akhirnya ia realiti. Dia kemudiannya menghampiri birai katil. Ingin berlari melepaskan diri.

Tapi gagal, tangan yang mencengkam kuat memegang kakinya. Hanya kepala saja yang dapat melepasi katil tapi pada akhirnya terjatuh ke lantai kerana tiada yang dapat menahan pergerakannya. Tangannya sedang ligat menahan kesakitan pada kaki yang diratah mentah.

Kepala Zarizi pecah. D***h memancut keluar. Lagi membuatkan makhluk itu selera menjamahnya.

Ketika itu, jururawat datang menghampiri. Dia terkejut akan kejadian itu, lalu berlari pergi menyelamatkan diri.

“Roh dia datang lagi!”

Jerit jururawat itu. Roh Mak Lengkoir itu menjelma kembali.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Tulus

16 thoughts on “Lengkoir”

    • Hahaha sekolah rendah dah ada buku cerita hantu bergambar….. Rasanya habis hebat pun cerita hantu janggut dgn Badang atau nenek kebayan dengan PGL

      Reply
  1. Ketika itu, jururawat datang menghampiri. Dia terkejut akan kejadian itu, lalu berlari pergi menyelamatkan diri.

    “Roh dia datang lagi!”

    Tetiba teringat lagu iklan “Tora datang lagi dengan…”

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.