Hai dan assalamualaikum kepada semua para readers FIKSYEN SHASHA dan tak lupa juga kepada admin.
Okay….cerita ni berlaku waktu aku belajar dekat sebuah universiti di utara semenanjung Malaysia. Masa ni aku dah sem yang terakhir jadi memang kena keluar dari asrama tempat yang disediakan tu, bagi menyediakan orang lain pula khusus kepada sem baru .
Nak dijadikan cerita aku dengan member aku seramai 4 orang iaitu SHA, ERINE, ELLA dan JANE (bukan nama sebenar) cari lah rumah sewa baru. Kitorang cari area tanah merah sebab dekat dengan U , ini kerna memudahkan lagi kami untuk ke U.
Cari punya cari adalah seorang pakcik yang baik hati bagi kitorang sewa, tapi point sebenar bukan nak cerita pasal rumah, yang aku nak cerita ialah jalan nak pergi rumah tu.
Rumah tu berdekatan dengan hutan dan rumah kitorang ni sebelah jalan yang besar. Jadi hari-hari akan dengar bunyi kereta, motor dan etc yang lalu. Tapi rumah kitorang ni sebijik je kat situ.
Tak ada rumah orang lain yang berdekatan, kiranya rumah yang kami tinggal ni tiada jiran yang berdekatan. Kitorang je yang duduk kat situ. Dah kitorang je yang duduk, depan belakang kiri kanan rumah hanya kelihatan hutan pula. Apa lah nasib, nak buat macam mana nasib badan. Tak pelah asalkan ada tempat tinggal.
Habistu pulak si Jane ni suka balik lewat malam, keluar lepak dengan bf sampai 2/3 pagi. Bukan apa dia kata rumah tu panas, tapi bagi aku biasa je tak de pulak rasa panas.
Memandangkan kitorang semua ambik kos lain-lain jadi masa balik rumah pun tak menentu. Dan aku lah yang selalu balik paling lewat sekali.
Satu hari tu aku balik rumah dalam jam 3 pagi, aku ni sebenarnya tak juga selalu balik lewat lebih dari pukul 12 tapi entah kenapa malam tu rasa macam malas nak balik rumah. Masa dalam perjalanan memang aku dah rasa mengantuk tapi fikir-fikir baik aku sampai rumah cepat boleh golek atas katil.
Masa drive aku fokus je pandang depan tak pusing kiri kanan sebab lampu jalan tak ada. Dan tiba-tiba aku rasa macam lagi mengantuk, jadi aku decide nak berhenti kereta dekat satu pondok kecil.
Sebelum ni pondok kecil tu memang tak ada orang tapi tetiba malam ni nampak macam meriah sikit pondok tu, ada macam orang jual-jual makanan. Masa tu aku tak delah pelik.
Aku pon call kawan aku SHA,
“Weyh Sha, hang nak request apa-apa dak aku nak pi beli kat pondok ni?”
Sha jawab,
“Mu biar betul…..pondok mana mu ni?”
“Pondok hat tepi jalan ni, hang nak apa-apa ke dak ada orang dok beratuq panjang ni”.
“Emm, mu beli apa jah kawe tok kesah.”
Aku pon turun dari kereta….Waktu turun dari kereta tu start rasa lain macam, tapi tak taulah rasa apa. Tapi rasa yang pelik.
Waktu aku pergi pondok tu aku tengok seorang pakcik ni macam pandang tajam dekat aku. Tapi aku tak heran lah mungkin aku cantik sangat🤣. Lepastu tetiba ada satu kereta lalu tapi dia macam pandang pelik dekat aku, macam ada benda pelik yang berlaku.
Aku pon ignore jelah kereta tu. Lepastu entah macam mana lampu pondok tu tetiba terpadam. Aku pun macam tak sedar apa-apa. Tak lama tu aku bangun dari khayalan tadi, aku dah ada dalam kereta. Tapi yang aku pelik pondok tadi dah hilang…. Paham tak dah HILANG!
Tetiba aku nampak macam ada benda yang lalu depan kereta aku. Macam ada orang mengusung sesuatu, macam keranda. Lepastu baru aku perasan yang kereta aku dah ada dekat tengah kawasan perkuburan. Aku dah start nangis lepastu aku call Sha. Korang tau dia jawab apa,
“Kau ni sapa tetiba call orang tengah tengah malam macam ni!”
Aku cakaplah yang aku ni kawan dia kata aku takde kawan nama macam kau. Aku dah menangis teresak esak.t\ Dan masa tu tiba-tiba aku macam rasa yang aku dah ada atas jalan tadi.
Aku berhenti menangis, aku start enjin dan alhamdulillah kereta tu jalan. Tapi ada lagi masalah tetiba kereta ni rasa berat dan bulu roma aku masa tu terus meremang. Aku buat steady je. Aku tahu dia ada dalam kereta ni. Aku baca ayat kursi 3 kali hembus satu kereta .
Tetiba rasa kereta ni ringan dan aku terus pecut 100km/h. Aku sampai rumah terus aku bagi salam masuk rumah. Aku nangis-nangis cerita dekat diorang, dan yang tak boleh aku bayangkan yang si Sha tu beria kata aku tak call dia.
Lepastu diorang pon bukak cerita. Sebenarnya masa mula-mula diorang masuk rumah diorang dah rasa ada orang yang dah duduk dulu. Sebab tu Jane hari-hari balik lambat. Kadang-kadang tak balik langsung tidur rumah bf dia. Jane ni christian….harap maklum. Masa pertama kali lalu jalan tu pun diorang rasa meremang dan satu lagi Sha kata pondok tu dah lama tak wujud katanya dah roboh……hmm…….Wallahua’lam.
Apa apa pun terima kasih kepada yang sudi baca kisah aku. Aku harap sangat admin post cerita ni…thanks admin❤️.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Aku search kat gogle rumah tinggalan British tu ade banyak tak tau yang mana satu😂😅