Lif Apartment

Tahun akhir masa aku degree, last minute pihak pengurusan kolej cakap pelajar tahun akhir kena duduk luar hostel. Masa tinggal lagi dua minggu sebelum semester bermula. Dah tak ada masa. Jadi mana-mana rumah sewa yang available dan MURAH, kami sapu. Orang kata, rumah kalau murah sangat ni, something wrong somewhere. Ada jugak yang buat research, macam-macam cerita mucncul berkaitan rumah sewa kami, tapi aku persetankan.

Kisah benar, yang kami serumah alami di rumah apartment di Melaka. Ini cuma salah satu kisah yang kami alami. sebenarnya banyak lagi. Satu semester kami diganggu, sampai dah lali dengan gangguan makhluk halus. Yang paling aku tak boleh lupa, adalah pengalaman housemate aku sewaktu menaiki lif ke rumah kami.

Rumah kami tingkat 18. Dan kami satu-satunya penghuni di aras tu. Fakta yang kami saja penghuni di aras tu pun dah cukup seram. Rumah-rumah lain? Pintu terbuka luas dengan isi dalamnya perabot berselerak sana sini. Ada satu petang, kawan aku ajak aku ke kolej untuk teman bermain bola tampar (kawan aku atlet kolej). Tapi aku ngantuk hujung minggu tu cuma nak rehat sebab dah bergadang mata siapkan final year project sampai pagi. Jadi kawan aq bergerak sorang.

Tiba-tiba, beberapa minit lepas kawan aku bergerak, aku dapat panggilan telefon. Nama kawan aku tadi tertera di skrin telefon. “EPPA” (bukan nama sebenar). Aku angkat dengan nada mamai dan pelik.

“Helo, epa. Asal kau call?”
“Hel….lo. A..ku kat… pat ni”.
“Haa??” suara Eppa putus-putus dalam talian. Aku bangkit dari baring dan menuju ke tingkap untuk dapatkan signal. Tapi call tertutup. Aku cuba call semula guna call biasa. Dapat.

“Weh, tolong aku. Aku stuck dekat tingkat 4 ni,”
“Aik, macam mana pulak kau boleh sangkut dekat tingkat 4? Kau kata nak pergi kolej?”
“Entah lah. Lif bawak aku pergi tingkat 4 ni. Lepastu lifnya tak boleh tutup. Pintu ternganga je ni. Aku takut. Tolong aku weh”

Aku terdiam. Dalam kepala aku, teringat pesanan tuan rumah sewa aku. Dia cakap jangan pergi ke tingkat empat. Semua maklum, empat dalam Cina bermaksud mati. Hati aku makin resah. Paksa otak aku untuk berfikir macam mana nak tolong kawan aku.

“Kau tunggu situ. Aku datang guna lif lain,” Bismillah dan selawat serta ayat 3 Qul aku bisikkan sebagai pelindung dan terus aku tekan butang lif. Butang tingkat empat aku tekan dan lif terus membawa aku ke tingkat empat.

Sesampai aku di tingkat empat, yang menyambut aku adalah dedaunan kering bersepah ditiup angin di mana-mana. Nampaklah memang aras ni dah terbengkalai sekian lama. Aku panggil nama kawan aku. Mata aku awas meliar tengok sekeliling. Waktu tu jam dah mula merangkak ke pukul 7, lagilah dada aku berombak kencang. Takut kami masih stuck dekat situ sampai waktu maghrib.

5 minit menerawang, aku jumpa kawan aku di depan pintu tangga.

“Eppa, kau okey tak?”
“Aku okey” tapi aku nampak mata dia semacam baru lepas menangis macam yang aku dengar tadi masa kami bercakap di telefon.
“Pintu kunci weh. sebab tu aku stuck. Aku cuba jugak untuk turun guna semua lif (lif semua sekali ada tiga). Tapi semua tak boleh,”
“Takpe. Jomlah kita balik. Kita cuba lagi sekali sebab tadi aku guna okey boleh turun,”

Aku tekan butang turun. Berniat untuk cuba cara lain agar lif tak stuck. Alhamdulillah lif terbukak. Aku dan Eppa melangkah masuk. Tapi waktu kami tekan butang tutup, pintu lif seolah-tersangkut. Walhal, sebelum masuk pintu terbuka dengan baik tanpa sebarang masalah. Eppa dah ketakutan. Aku tekan lagi sambil aku baca taawuz dan basmalah. Pintu bergerak.

Tapi pergerakan pintu sangat perlahan. Hampir-hampir tertutup, pintu seolah-olah ditahan sesuatu lalu kembali terbuka semula! Jantung aku jangan cakap, memang macam nak tercabut. Kami berdua menjerit terkejut. Eppa dah peluk aku seerat-eratnya. Ayat bismillah dan taawuz aku lantunkan lagi dan kali ni lebih kuat aku sebut dan dalam hati berdoa Ya Allah selamatkan lah kami Ya Allah. Dan akhirnya pintu tertutup juga dan lif menuju ke lobi apartment.

Rancangan Eppa untuk ke bola tampar terus tergendala petang tu dek kerana gangguan yang dialami haritu betul-betul buatkan dia trauma untuk bergerak seorang diri. Banyak lagi kisah yang kami alami sepanjang kami tinggal di situ. Soon, saya akan kongsikan lagi. TAMAT.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Skye

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.