Lolongan Anjing (2)

Assalamualaikum Fs dan pembaca kisah seram sekalian. Bertemu lagi kita di slot kedua lolongan anjing. Terima kasih Fs sebab publish cerita yang x seberapa ni. Saya Aqma. Sy ingin berkongsi 2 kisah untuk kali ni iaitu berkaitan dengan suster ngengsot aka roommate yang dah lama tinggal dengan sy. Namun sy xtau sejak bila kami sebilik. Memandangkan dia x pernah tonjolkan diri pada saya kecuali kelibat dan dia x pernah juge berniat nak bayar sewa. Duduk free saje bertahun-tahun. Ceh. Kisah yg kedua pula berkaitan dengan rasukan pada anak buah.

Kedua-dua kisah ni xde kaitan. Cuma nak memberitahu yang jin sentiasa berusaha mengganggu anak Adam xkira dengan cara apa sekalipun.

Kisah 1 : suster ngengsot.

1 hari tu, sy pulang agak lewat dripada biasa. Selalunya bila sampai di perkarangan rumah, sy akan duduk sekejap dalam kereta. Kononnye utk elakkan mane2 jin sesat mengikut sy masuk rumah. Oleh kerana kejahilan ketika tu, sy x baca pon ayat pendinding. Hanya tunggu melongo dalam kereta sambil check whatsapp. Ketika ralit sy dengan hp, satu suara sayu kedengaran dari luar. Sy x pasti suara apa tu. Tpi suara tu cukup buat bulu roma saya meremang. Sy tunggu lagi bunyi tu. Kali ni sy dongakkan kepala melihat sekeliling. Beberapa ketika, dengar lagi bunyi yang sama dari arah stor. ( stor berada disebelah kiri )

Di sebelah stor terdapat pokok jambu yg tinggi dan berbuah lebat. Disebalik pokok tu, sy ternampak kelibat putih dan kemudian dia terbang keatas. Lagaknya mcm kepulan asap putih, yg terbang membentuk sayap kemudian hilang. Tapi kali ni sy x histeria. Barulah terfikir nak baca surah2 lazim, alfatihah dan ayatul qursi. Teruk betul. Sy terus keluar dari kereta tanpa menoleh2 lagi dan masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur (Pintu dapur berhadapan dengan pokok jambu). Pantas langkah sy sampai tersadung selipar sendiri. Elok saje nk pulas tombol pintu, berkunci pule. Memang sy xbawak kunci rumah bila keluar. Sy ketuk beberapa kali memberi salam. Xde respons. Sy ketuk lagi sekuat hati. Lama jugak sy kt luar tu. Dalam sy sedang mengetuk pintu, sy terdengar ade org giggle (gelak sambil tutup mulut) dari arah belakang.

Ok tu seram ye. Makin kuat sy ketuk pintu. Kalini salam sy menyahut. Alhamdulillah. Padan muke sy. Sape suruh balik lambat. Semua organ dah tido.
Elok je masuk rumah, sy terus menuju ke bilik. Selalunya, sy akan mandi sebelum tido tpi malam tu, penat sangat agaknye, sy terus tertido. Tepat jam 1.23 pagi saya terjaga. Dah menjadi perkara lazim, setiap kali terbangun mesti waktu yg sama. Bertahun2 begitu. Sampai satu tahap sy fed up dan stay up lambat utk elakkan sy terbangun pada waktu yg sama. Bg sesiapa yg tau sebabnya, boleh share dengan sy.

Terbangun sahaja pada jam yg sama bukan masalah. Sebenarnye yg jadi masalah ialah setiap kali terbangun, sy akan diganggu. Antara gangguan yg sy sering alami, ketukan pada almari baju.
Almari ni adalah almari yang digunakan oleh mak dan ayah sy ketika mereka baru saje berkahwin. Berwarna maroon, almari ni berusia lebih kurang 32 tahun. Satu malam, bila sy terjaga pada jam 1.23 pagi, sy terdengar ketukan dari dalam almari. ‘Tuk’. Sekali. Sy husnudzon saje. Mungkin tikus. Getus hati sy. ‘Tuk tuk tuk’ dia ketuk 3x berturut-turut. Sy jadi baran. X tau mane datang kekuatan nak bukak lampu bilik, dan bukak almari tu luas2. Dalam almari penuh dengan baju2 kurung yg bergantungan. Sy seluk tangan sy ke dalam. Kot2 ade tikus. Xde. Bilik sy xde tikus.

Sy kembali ke katil selepas sy tutup pintu almari tapi lampu dibiarkan terbuka sampai sy tertidur. Suatu ketika yg lain, jam 1.23 pagi sy terbangun. Kali ni die main kasar. Die gegar katil tempt sy tidur. Die cuit ibu jari sy. Xboleh jadi. Sy bgtau ayah. Ayah suruh iqomatkan dalam bilik. Sy buat mcm yg ayah suruh. Sy mengaji, dan solat dalam bilik. Tiba-tiba, sewaktu sy sedang solat malam, (Sy solat, almari maroon di sebelah kanan) Sy ternampak imej lembaga hitam bergerak dari arah saya ke belakang pintu ( pintu dibelakang sy).

Nampak sangat x khusyuk kan. Berdebar-debar diri ini. Cepat-cepat sy habiskan solat dan pandang kebelakang. Xde apa-apa yg ganjil. Pagi tu, waktu dalam bilik, sy dengar ade org cakar bilik sy dri luar. Banyak kali. Bila sy bukak pintu, bunyi tu masih ada. Sy ingatkan bunyi dri bilik adik sy (Bilik adik berhadapan dengan bilik sy). Bila sy tany adik sy yg ketika itu sedang berbaring atas katilnya, katenye bukan dia yg cakar. Die dengar bunyi tu dtg dri dalam bilik sy. Siapa yg main cakar-cakar pintu saya? Kak ngengsot ke?

Kisah x hanya terhenti sampai situ. Klimaksnya,
Suatu malam tu, hujan lebat sangat macam nak ribut. Kilat sabung menyabung. Tiba-tiba bunyi guruh paling kuat berdentum hingga menyebabkan rumah blackout. Adik lelaki sy berjalan laju dri arah dapur ke ruang tamu utk pergi ke fuse utama utk on kembali fuse itu. Nak ke ruang tamu, perlu melalui depan bilik sy. Ketika itu, masih lagi hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Ketika adik lelaki sy melalui bilik sy, dia ternampak seseorng sedang mengengsot keluar dri bawah langsir untuk keluar dri bilik sy. Kelihatan rambut panjang dan baju putih keluar seperti mrangkak. Tangannya menjulur keluar seperti ingin bergerak kedepan.

Adik sy x tunggu lama. Dia terus melompat ke arah ruang tamu dan buka suis utama dan berlari semula ke bilik sy. Eh, takde ape pon. Fikirnye, yg mengengsot keluar tu adalah sy. Hemm.. Kadang sense adik sy pon boleh tahan tak boleh pakai. Jadah ape kakak die nak keluar ikut bawah langsir. Mengensot pulak. Sah la roommate sy. Bukan sy yg mengengsot. Sampai sekarang, sy x tau samada suster ngengsot masih lagi tinggal bersama sy atau tidak. Sebab gangguan makin kurang. Hanya kadang ditindih sebelum tidur dan mimpi-mimpi seram yg sukar utk diperjelaskan.

Nk cerita tentang roommate sy memang panjang. Jadi lebih baik kirenye sy sambung dengan kisah yg kedua.

… Setiap kali kejadian, lolongan anjing bersahutan…

Kisah ke 2 : Anak buah dirasuk.

Sy mempunyai dua orang kakak. Kakak pertama tinggal di Melaka bersama 3 org anak buah comel kesayangan sy. Kisah yang ingin sy kongsikan ini berlaku kepada anak kakak sy yang kedua. Lebih selesa sy gelarkan dia angah. Angah tinggal berdekatan dengan rumah ibubapa kami. Mungkin mudah utk dia jenguk mama n ayah.

Dikisahkan,
Angah dan suami telah dikurniakan anak yg kedua tahun lepas. Seorng bayi lelaki yg cukup sifat. Saya namakan bayi ini Zafran. Tiada apa2 kejadian aneh berlaku sepanjang dalam pantang. Cumanya, kami perasan mata anak buah kami sentiasa memandang ke atas dan bola matanya bergerak kekiri dan kekanan tidak berhenti. Zafran selalu menangis seperti takutkan sesuatu. Jika melihat keadaannya, seperti sedang melihat sesuatu terbang kekiri dan kekanan. Matanya xtepat memandang kami. Xpernah tepat. Kami fikir itu perkara biase utk bayi berumur 2 bulan.

Sebaik saje habis pantang, Zafran dijaga oleh pengasuhnya. Mulenye tiada apa masalah berlaku. Namun suatu hari, pengasuhnya menelefon angah supaya segera pulang kerana Tiba-tiba badan Zafran mula mengeras dan matanya memandang keatas. Nafasnya tersekat-sekat mcm nyawa2 ikan. Allah. Mulanya kami fikir Zafran kena sawan. Segera dibawa ke hospital. Tapi semuanya normal. Tiada apa masalah. Banyak kali episod ‘sawan’ berlaku. Setiap kali berlakunya sawan, badannya akan mula panas dan perutnya mengejang.

Sampailah satu hari tu, angah dan suaminya bawa anaknye ke Pusat rawatan Islam Bangi. Barulah reda ‘sawan’ Zafran. Mama juga ikhtiar mintak air penawar dri Ustaz Razak (ustaz tempat mama belajar fardhu ain dan mengaji). Ingatkan dah berakhir. Rupanya kejadian ‘sawan’ yg sebenarnya adalah rasukan bermula semula. Kali ni lebih kerap. Kepala Zafran akan sentiasa ditutup. Ikhtiar kami utk mengelak syaitan itu masuk melalui bun-ubun.

Setiap kali dirasuk, matanya akan memandang keatas hingga hilang mata hitam. Hanya nampak mata putih saja. Badannya mengeras kejung. Nafasnya tersekat2. Sedih melihat keadaan bayi berumur 2 bulan yg tak tau apa-apa sakit begitu. Jin laknatullah nak juga masuk dalam badan bayi kecil ni. Oleh kerana tak tahan melihata anaknya sentiasa dirasuk, akhirnya, bapa Zafran pergi berubat di Pusat Rawatan Islam Akrain Kuang. Misteri dan persoalan bagaimana Zafran boleh dirasuk terungkai. Rupanya bapa Zafran aka abang ipar sy mengamalkan banyak ilmu-ilmu yg tidak sepatutnya diamalkan.

Antaranya adalah nasi hentak.
Sy bukan orang yang ahli utk berbicara tentang nasi hentak. Yang sy tau, untuk mendapatkan ilmu itu dia perlu bertapa selama 3 hari. Tujuannya supaya bila makan, xkan rasa kenyang. (Ye. Sy pon terfikir. Kenapa nak amalkan ilmu makan x kenyang2. Zaman Ajib ni kena berjimat cermat. Makan sikit kenyang berhari2) Beliau yg juga seorng pesilat, mempunyai saka dari keturunan keluarga. Hanya boleh dibuang jika semua ahli keluarganya bersetuju untuk membuang memandangkan saka ini adalah saka berantai. Saka silat.

Banyak jin-jin yg menempel pada badan abg ipar sy. Menurut ustaz yg merawat, ada ribuan jin yg menumpang pada badan beliau. Tidak hairanlah jika dia boleh melihat makhluk halus dan berbual-bual dengan mereka. Ini juga menjawab persoalan mengapa dia sentiasa rasa mengantuk tanpa mengira masa. Walau ketika memandu. Banyak kali episod terlanggar divider ketika memandu terjadi.
Allah…

Kata Ustaz yg merawat itu lagi, salah satu sakanya cuba utk berdamping dengan anak lelakinya. Bila dah dirasuk, sudah ada laluan utk jin lain turut sama menumpang dibadan Zafran. Sebab itulah Zafran akan dirasuk lagi walau sudah dirawat. Alhamdulillah, Zafran sudah berumur 7 bulan sekarang. Sudah pulih sepenuhnya. Matanya sudah boleh memandang kami. Tidak lagi memandang ke atas. Namun, sekiranya Zafran dirasuk lagi, kami akan mengelilinginya dan membaca Mathurat, Manzil dan surah-surah lazim. Zafran dilarang masuk ke dalam bilik air sampailah umurnya mencecah 1 tahun.

Kerana kata ustaz perawat, dalam bilik air rumah kami ada lembaga hitam yg tinggal didalamnya.
Itu adalah jin rumah. Sebab itu, kami diarahkan utk sentiasa menutup pintu bilik air utk mengelakkan lembaga itu keluar dan mengganggu. Barulah sy tau mengapa pentingnya mandi berkain. Dan perlu sentiasa menutup pintu tandas atau bilik air. Kerana jin itu sentiasa ada. Memang habitatnya pon dalam tandas dan bilik air. Tempat keluar masuknya dia.

Sampai sekarang, bapanya masih dalam rawatan. Utk membuang ribuan jin yg melekat pada badannya.

Banyak yang saya pelajari dari kes Zafran.

1. Jangan amalkan ilmu hitam. Berlindunglah hanya pada Allah.

2. Jin syaitan akan sentiasa berusaha utk menyesatkan anak Adam. Hingga cucu cicit akan diganggu.

3. Jangan buat perjanjian dengan jin

Akhir kata, maaf jika terbosan atau kurang seram. Saya insan lemah. Sy berkongsi cerita dientri ini hanya supaya kita sentiasa berhati-hati dan beringat. Disekeliling kita juga tinggalnya jin serta syaitan. Maka, kita perlu menjaga aurat walau berkeseorangan. Takut ada jin yg jatuh hati jadi penyebab jodoh lambat sampai. Wallahualam. Jadi, kalau ada bayi pembaca yg selalu pandang keatas x berkedip, tolong hantar ke pusat rawatan islam dengan segera. Jangan dilengahkan.

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 comments

  1. Betui tu..manusia berjanji pon xleh pakai inikan plak setan..elak2kan la yong oii..pesan kat suami tu ye..sayangi lah keluarga anda

  2. Eeeeiiiii…
    Kesiannye zafran tu…
    Boleh bapak die buat diam jer sbb msti die tau dr awal ape punce anak tu jd cmtu…
    Sbb die boleh communicate dan nmpk makhluk2 halus ni kan…

    Psl nasi hentak tu, kompem tu ilmu yg akn sgt sgt sgt akk elak…
    Akk nk ilmu mkn tapi x gemuk…
    Atau ilmu mkn sikiiiittt kenyang semggu…
    Ade???haahahhaha…

  3. Tuk tuk tuk’ dia ketuk 3x berturut-turut. Sy jadi baran. X tau mane datang kekuatan nak bukak lampu bilik, dan bukak almari tu luas2. Dalam almari penuh dengan baju2 kurung yg bergantungan. Sy seluk tangan sy ke dalam. Kot2 ade tikus. Xde. Bilik sy xde tikus.

    Nmpk macam geram kat situ. Hehehehe..

    Kesian nya kat Zafran…huuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.