Lot 37

Hye. Harini 22 nov 16, 9 pm aku start tulis ni. Baca tajuk seram tak? . act this happens dah lama since we were kids kot tapi semalam punya game ‘dia’ main kasar beb. Begini…

Sejak aku balik dari kl aku tido dengan akak ketiga aku.Memang bilik tu aku dengan dia slalu nmpak makcik tua rambut putih kusut2. Peliknya,tuan punya bilik tu tak pernah nampak.sebab tuan bilik tu garang macam rimau kot,benda tu pun tak berani.semalam kami balik rumah dah dekat maghrib.so,pukul 11 tu kami masuk tido bilik angah sebab ada aircond. Akak aku cakap dia ngantuk sangat2 so I bet dia terus lenalah.

Dia skang mengandung 8 bulan. Aku tak ngantuk so aku main game. 5 mins after that atas bumbung bunyi macam benda terjun then mengensot. Aku dah syak dah, dia mai dah. Memang slalu bunyi tu. Aku ignore je,kunun berani. Then bunyi derap kaki pula atas lantai dekat kaki katil. Ok, bila masa pulak dia terjun kelantai ni?

Ehh, boleh pulak dia tarik selimut aku slow2. Dia tarik,aku tarik,dia tarik, aku tarik. Last,dia nk marah kot. Dia rentap selimut aku kuat tapi sempat aku pegang so aku menanglah. 1-0. sebab aku dah rasa jantung aku melompat sampai anak tekak, aku off hp letak bawah bantal. Atas bumbung tayah cakap ahh. Bunyi kuku mencakar macam2lah. Akak aku tak bunyi tak gerak pun. Aku ingat dia tido mati.

Aku pusing badan menghadap akak aku,makin kuat bunyi atas bumbung. Then dia senyap. Sekali aku bergerak,sekali dia bunyi. Tarik selimut tayah cakap la dia duk tarik tapi aku pegang kemain kuat. Lepastu, lampu powerbank pulak aku tertekan so ia menyala tepat2 menghala ke almari depan aku. Hah tudia,muka makcik tu terjengah kat situ. Cepat2 aku off lampu and pejam mata. Dalam hati duk baca amanarrasul dan ayat kursi serta ayat seribu dinar. Aku tak tahu bila aku lena.

Bangun pagini, aku cakap kat akak aku yg semalam aku rasa nak kejut je dia and ajak dia tido bilik atas. Aku ceritalah semua. Dia cakap dia tak tido pun semalam.pukul 4 pagi baru dia bleh tido.lepas masuk bilik semalam dia lenalah 5 minit then dia terjaga sebab sakit perut. Dia takut terberanak.

Sebab masa dia lena tu dia mimpi something pasal baby (bukan kali pertama mimpi baby). Dia takut sebab ustaz cakap kalau mimpi riba atau main baby tu petanda saka dah memdekat dgn kita.kalau mimpi kita menyusukan tu maknanya saka tu dah menghuni badan kita.dia jugak takut baby dia hilang.

Sebelum ni dia dah mengandung dan baby hilang macam tu je. Biasanya ‘benda’ tu akan ambil baby pada awal dan akhir kandungan.yang dulu dia hilang masa awal kandungan. Dia takut jugaklah. Dia cakap setiap kali bunyi atas bumbung tu menggila mesti perut dia sakit. Semalam pun masa dia tengah sakit perut tu ada benda yg berlari ulang alik dari pintu bilik ketandas, means berlari tepi akak aku. Bila bunyi azan subuh baru benda tu stop.masa kitorang duk bercerita tu my mum cakap dah banyak hari dia nampak benda lalu lalang kat dapur .sengaja mak aku buat tatau.

Act banyak kali dah aku kena kat bilik angah. Ada sekali tu aku tido dengan mak aku. Biasala aku bongsu pompuan. Abah aku tido dengan adik laki aku. Masa tu aku form4 rasanya. Masa tengah tido tu makcik tu datang usap rambut aku.aku takleh bernyawa.even nak panggil mak aku pun tak boleh. Badan aku keras takleh gerak. I tried so hard to call her name and finally i did. Mak aku peluk aku sebab aku mmg takleh cakap.ketar wei. Esok tu aku cerita kat mak. Mak aku cakap dia tahu ada something tak kena dengan rumah ni.

Hah ni masa aku menaip ni akak aku masuk bilik nak solat isyak. Dia rasa tak sedap hati. Maghrib tadi ok jer. Dia siap cakap malam ni kami tido bilik atas. Bilik atas ni ada je aircond tp kureng sejuk sebab tu kami tido bilik angah. Hah lupa haritu masa abah aku nak bina pagar keliling rumahnpun aku penah kena. abah aku upah pakcik aku untuk buat pagar.

Pakcik aku terpaksa tebang pokok katak puru. Tak tahu orang luar panggil apa tapi kat sini panggil macamtu. so,malam tu aku macam tak ngantuk.aku orang last masuk tido. 10 mins lepas mak aku masuk bilik tu aku pun masuk sebab aku ada nampak kelibat. 5 mins lepastu aku antara sedar tak sedar ada benda besar hitam berbulu hempap aku. Lepas tu aku rasa macam aku berada di kawasan pokok katak puru tu.ada makcik dalam pakaian macam org nak kesawah tu tenung aku demgan tajam.

Lepas tu dia cakap “keturunan kau ni dari dulu nyusahkan aku.kau dah tebang rumah aku lepastu kau gali lubang pula kat situ” aku jawablah “bukan aku yg gali,pakcik aku yg buat” pastu dia marah aku “menjawab kau menjawab”. Then aku rasa aku takleh nafas. Aku nak gapai tangan mak aku pun susah. Nak cakap suara tersekat.badan kaku dan takleh nafas. Akhirnya aku berjaya sebuah “ma” je. Mak aku terus peluk. Esok tu mata aku bengkak wei tak cukup tido. Aku cerita kat mak aku. Mak aku bagitau ayah aku.

Ayah aku susah nak percaya benda gini. Lepas mak aku cakap dah banyak kali jadi baru dia bawak aku jumpa ustaz.masa proses berubat tu pun ustaz tu pegang jari kaki je. dia tak picit pun tapi sakit tu tuhan je tahu. 3 jari yg sakit. Dia cakap jari anak tu yg rumah dulu. Jari sebelah jari anak tu yg asrama punya dan yg jari tengah tu yg paling sakit ialah rumah sekarang.lepas tu ustaz tu tanya abah aku kenapa jalan macam tu. Abah aku cakap gout.

Dia minta izin nak pegang kaki abah aku. Dia cakap tu bukan gout. Gout abah aku tak kuat sangat tp ada benda yg menumpang. Lepas dia ubat dengan kayu koka, abah aku terus boleh bangun tanpa perlu berpegang pada apa2. Biasa dia kena bergantung dengan benda2 kuat macam kerusi atau tiang untuk bangun. Dalam kereta dia termenung jauh. Dia cakap betul la kot ustaz tu cakap sebab dia rasa sakit sangat walaupun ustaz tu pegang je kaki dia dan dia terus boleh bangun. Kaki dia rasa ringan. Aku faham kenapa abah tak pernah percaya tiap kali kami cerita hal2 mistik gini. Sebab benda tu tak kacau abah aku. Dia kacau kami adik beradik je. Yang peliknya, hanya along,akak ketiga aku dan aku anak kelima yg selalu sakit kepala teruk sampai muntah hijau. Macam selang2. I,3,5. Kau rasa?

Oh lupa, kami pindah rumah ni julai 2010. Dan mak aku ada cerita, ada sedara belah abah aku pernah cerita kat mak aku pasal nenek belah abah aku. Dulu ada sorang makcik tua ajar nenek aku satu ayat ni. Nenek aku ikut jela. Lepas tu nenek aku tanya ayat apa tu? Makcik tu cakap tu ayat penyeri wajah. Nenek aku tak amalkan ayat tu. Sekali tu je dia baca. Mungkin dia tahu benda tu salah kot. Sedara abah aku cakap kat mak aku, sebab nenek aku tak amalkan benda tu lah benda tu duk kacau anak cucu nenek. Sebab tu kami kalau time sakit kepala mesti sakit yg gila vavi punya. Benda tu duk ‘makan’ anak cucu. Betul ke tak wallahualam. Tapi kami memang check kat hospital takde apa doc cakap. Entahlah.

2 thoughts on “Lot 37”

Leave a Comment