Praktikal di Hotel Berhantu

Assalamualaikum, hai semua aku kembali lagi untuk menceritakan kisah seram selanjutnya. Ditakdirkan aku dan kawan aku dapat tempat praktikal di sebuah hotel di kawasan Sungai Petani. So, kami kena la cari rumah sewa yang berhampiran dengan hotel tersebut. Kami dapat menyewa sebuah bilik yang lengkap dengan perabot yang mana usianya sudah melebihi 40 tahun.

Yang istimewanya bilik yang kami duduk ni bilik master room. Kami tinggal bersama-sama dengan tuan rumah, kami panggil mak tok dan seorang cucunya. Ini baru introduction belum masuk jalan cerita lagi. Kisah seram ini berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain yang diceritakan semula kepada aku. Baca sampai habis yer.

KISAH SATU : CERITA MAKTOK
Maktok rajin dan suka memasak biarpun usianya sudah melebihi 70an. Boleh dikatakan semua yang dia masak sedap-sedap terutamanya sambal, nasi goreng dan lontong. Dia suka ajak aku, kawan aku dengan penyewa-penyewa lain makan sekali dengan dia. Sambil makan dia suka bercerita dan kami pun layan jer la dengar apa yang dia sampaikan. Ada satu hari ni maktok buka cerita seram di hotel yang mana tempat kami nak buat praktikal tu.

Dia menyatakan ada seorang pengawal keselamatan shif malam sedang membuat rondaan di kawasan hotel tersebut pada jam lebih kurang hampir pukul 12.00 tengah malam. Sambil membuat rondaan tu secara tak sengaja mata dia mendongak ke atas. Apa yang dia nampak amat mengejutkan sekali. Dia nampak lidah terjelir panjang dari tingkat empat sampai ke tingkat bawah. Mesti korang tengah imagine sekarang kan. Masa maktok cerita tu naik tegak bulu roma aku. Darah menyirap sampai ke otak. Aku agak pengawal keselamatan tu mesti banyak pengalaman seram-seram ni. Kalau aku jumpa la dia akan aku korek lagi apa yang jadi dekat dia selepas dia nampak lidah panjang tu.

KISAH DUA : STEWARD DIGANGGU
Kisah kedua ni merupakan pengalaman daripada staf hotel tersebut yang bekerja sebagai steward iaitu bahagian penyediaan dan penyucian pinggan mangkuk. Kebiasaannya staf bahagian ini akan datang kerja seawal 6.30 pagi sekiranya ramai orang yang menginap di hotel tambah pulak bila adanya sesuatu ‘event’.

Seperti biasa staf steward si Ahmad (bukan nama sebenar) ni datang awal untuk memastikan semua penyediaan pinggan mangkuk tersusun kemas sebelum digunakan. Tugas mereka jugak untuk clear makanan staff di kafetaria. Pada pagi tu, si Ahmad ni pun naik la ke kafetaria staff untuk ‘clear’ dan mencuci pinggan staff shif malam semalam.

Depan sinki tempat dia membasuh pinggan tu ada cermin gelap tapi kita boleh nampak bayang-bayang belakang kita melalui cermin tu. Sambil si Ahmad membasuh pinggan dia terpandang cermin depan dia, then apa yang dia nampak tu amat menggerunkan. Ada seorang wanita berambut panjang tapi tidak kelihatan wajahnya sedang menuju ke arahnya. Si Ahmad pun cepat-cepat berlari keluar dari tempat basuh pinggan tersebut. Kawan Ahmad bagi tahu yang Ahmad tidak sihat selepas kejadian itu dan dia diberi kebenaran untuk pulang ke rumah.

KISAH TIGA : SIXTH SENSE SAHABATKU
Aku dan Nadd (bukan nama sebenar) berkenalan di rumah sewa yang mana kami tinggal satu bilik. Nadd merupakan pelajar praktikal jugak di hotel tersebut tapi di bahagian ‘kitchen’. Bahagian ‘kitchen’ lah yang paling ‘busy’ sekiranya terdapat ramai pengunjung atau banyak ‘event’ di hotel tersebut. Nadd pergi kerja awal iaitu pukul 5.00 pagi sekiranya hotel ‘busy’. Tugas dia ialah menyediakan bahan-bahan untuk membuat ‘breakfast’. Ada satu pagi tu, Nadd keluar awal macam biasa pukul 5.00 pagi. Rumah sewa kami ambil masa lebih kurang 5 minit nak ke hotel.

Semua staff perlu ikut bahagian laluan belakang hotel untuk masuk. ‘On the way’ Nadd masuk ke dalam ‘kitchen’, dia perlu melalui bilik chef terlebih dahulu. Cer bayangkan seawal 5.00 pagi memang gelap gelita dan tiada seorang pun staff kat situ. Masa Nadd buka lampu di bahagian dapur tu, dia nampak ada makhluk lain sedang duduk mencangkung di atas meja dalam bilik chef. Muka tidak kelihatan yang terlihat hanyalah rambutnya yang mengurai. Nadd memang boleh nampak benda-benda halus means dia ada deria keenam. Dia ada cerita yang hijab dia sudah terbuka sejak zaman sekolah lagi. So, dia dah biasa nampak benda-benda macam tu.

Ada satu hari tu pulak, ada ‘event’ di dewan besar dekat hotel tu, ‘event’ tu mula lepas magrib, so Nadd kena stayback la untuk ‘event’ tu. Semasa ‘event’ tu sedang berlangsung dia nak pergi ke tandas. Selepas dia buka pintu tandas apa yang dia nampak memang menyeramkan. Dia nampak ada makhluk lain jugak sedang mencangkung atas toilet dengan darah yang banyak. Rambut panjang jugak yang ni pun.

Apa lagi dia pun terus keluar lah dari toilet tu tak jadi nak buang hajat. Amat menakutkan lagi makhluk tu ikut dia balik ke rumah sewa. Semasa dalam perjalanan moto dia menjadi berat dan dia merasakan ada yang follow dia balik. Sampai depan rumah sewa Nadd tak masuk terus ke dalam rumah, dia tunggu sebentar kat luar sambil baca doa yang dia belajar dulu dan selepas basuh kaki barulah dia masuk dalam rumah. Nadd perasan ada ‘benda’ terbang depan pintu pagar rumah semasa dia mahu mengunci pintu.

Dalam rumah sewa pun Nadd ada juga nampak ‘benda’ tu. Ada satu malam Nadd nampak penyewa bilik sebelah yang kami panggil kak b sedang berdiri di hadapan pintu bilik kami. Aku syak tu bukan kak b. Keesokannya kami tanya kak b ada tak masuk bilik untuk pergi bilik air sebab bilik air tu ada dalam bilik kami. Master ‘bedroom’ katakan. Kak b cakap dia tak bangun pun semalam apatah lagi nak ke bilik air kan. Aku dah cering bulu roma masa dia habaq tu. huhu

KISAH EMPAT : PENGALAMAN SENDIRI
Kali ni pengalaman aku dengan kawan aku sendiri yang mana kami diganggu masa nak balik kerja. Kebetulan hari tu hari last kawan aku praktikal kat hotel tu sebab aku habis dua hari awal dari dia. Aku ingat lagi hari Ahad ‘office’ aku tutup memang ‘off day’. Aku duduk sorang-sorang dalam ‘office’ dari pukul 9.00 pagi sampai 6.00 petang. Apalagi aku main internet la kan dah tiada keja. Masa tu jam nak pukul 6.00 petang dah aku pun siap-siap nak balik kerja. Dekat luar gelap sebab hujan lebat masa tu.

Aku minta kawan aku teman sebab nak tutup suis lampu, aircond semua. Tetibe tak sempat aku nak tekan suis lagi baru dok kemas barang, lampu tetiba padam, gelap gelita. Aku dengan kawan aku dua-dua penakut apalagi lari keluar la. Lepas tu kami minta tolong pak cik ‘security’ teman masuk ‘office’. Lepas ambil barang terus belah tak toleh dah kat belakang.

Tapi memang pun ‘office’ aku tu tempat laluan ‘benda’ tu sebab akak ‘officemate’ aku ada ‘story’ yang dia pernah ternampak kelibat kanak-kanak berlari dalam ‘office’ tu dan ‘benda’ tu jugak selalu ketuk cermin dari luar ‘office’. Masa tu akak ‘officemate’ aku tu kena siapkan ‘monthly report’ yang mana ‘dateline’ kena hantar keesokannya. ‘Stayback’ lah dia sampai pukul 4.00 pagi. Untuk pengetahuan korang aku pernah balik kerja selepas pukul 12.00 tengah malam tau sebab nak settlekan ‘report’. Tapi berteman la kan, kalau sesorang bagi gaji 1 juta pun aku tak mau lerr rela berhenti kerja cari kerja lain. hahaha

Ada lagi ni kisah seram nak ‘story’ tapi takut korang muntah hijau pulak baca….
Akhir kata, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri…. jumpa lagi next time yerr….

Loading...

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *