#SiCelupar: Novel Bernyawa

Nampak apa? Mimi tanya aku. Muka dia terus berkerut bila nampak aku pandang lama-lama novel yang dia bagi tu.

“Aku nampak lukisan orang tengah baring atas katil sambil online baca cerita kat page Fiksyen Shasha. Kat kepala katil dia ada pocong berdiri tengah pandang dia sambil senyum menyeringai”.

“Sumpah lah?”. Mimi terkejut sakan bila aku cakap macam tu. Tapi, aku ni jenis kalau nak menipu tak boleh nak berlakon lama. Konfem tergelak cepat.

“Mana nampak apa-apa la. Saje je buat suspen. Hahahahaha”.

……

Malam ni aku lepak dengan Mimi. Member aku masa matrik dulu. Berdua je. Dekat mamak, dekat dengan rumah aku. Ada hal bisnes sikit.

“Aku dengar kau femes sekarang?”, Mimi startkan perbualan aku dan dia.

Mimi ni aku panggil Akak Bank. Sebab kerja dekat bank. Tapi, dalam masa yang sama, suka buat online business. Aku ni pulak antara pembeli setia.

Lepas aku masukkan kotak yang penuh dengan barang yang aku beli dari dia ke dalam booth kereta Myvi aku, kitorang terus lepak minum dekat mamak.

“Famous kejadah nya?”, aku soal balik.

“Ada member kita cerita kat aku, kau rajin tulis cerita kat page Fiksyen Shasha. Siap guna signature #SiCelupar lagi. Kau memang dari sekolah kan, suka mengarang cerita-cerita ni.”

Aku sengih je. Dalam otak aku, tak lain tak bukan mesti si Fakrul ni. Sebab siapa je yang tau identiti SiCelupar ni yang sebenar? Cuma dia dan dua tiga orang je.

“Cerita kau tulis tu, betul ke reka?”, dia tanya lagi.

Ah, budak ni nak jadi detektif ke pula?

“Dosa ke kalau cerita tu aku reka? Tak logik sangat ke kalau cerita tu betul?”, aku kemukakan dua soalan yang buat dia terkedu sekejap.

“Takde la dosa, cuma kalau kau reka, kau dah macam tipu readers.” Dia sambung lagi. Perempuan memang nak menang dalam setiap argument.

“Kau pernah baca novel tak? Novel Ramlee Awang Murshid? Semua cerita dia mengarut tapi best. Peminat dia ramai. Semua orang tahu tu cuma rekaan. Tapi tu dari sisi pembaca. Dari sisi penulis? Kita tak tau maybe part of the story tu adalah berdasarkan pengalaman. Kalau bukan pengalaman dia, pengalaman orang sekeliling dia”, aku bidas balik nak tengok dia jawab macam mana. Tapi, lain pulak pergi nya.

Sebut pasal Ramlee Awang Murshid, muka Mimi terus berubah. Katanya dia ada cerita seram. Pasal novel. Novel bernyawa, katanya.

……

Perempuan dan novel memang tak dapat nak pisahkan. Perkara normal. Kebanyakan perempuan sukakan novel cinta dan romantik. Tapi, aku lebih sukakan novel seram dan thriller. Kira-kira lebih kurang tiga tahun lepas, aku beli sebuah novel. Aku beli yang secondhand je dekat Mudah.my. Aku beli banyak novel sebab nak dapat harga murah.

Malam tu, aku bukak pembalut courier Gdex yang aku dapat siang tadi dekat office. Ada tiga buah novel kat dalam tu. Aku pelik la. Aku order empat buah. Dapat tiga je. Aku terus contact orang yang jual kat aku tu. Call tak angkat. Whatsapp pun dia tak reply. Ni buat darah aku mendidih ni.

Esoknya aku call lagi. Tak angkat. Call lagi. Tak angkat lagi. Call lagi, terus tak dapat. Dia tutup telefon. Tiba-tiba, Syamin budak praktikal tempat aku kerja cakap ada courier untuk aku. Laju je aku buka pembalut Pos Laju tu kat meja kerja. Bila tengok kat dalam, wah siap balut dengan kertas corak bunga lagi. Wangi pulak tu. Nak tergelak pun ada. Tiba-tiba rasa menyesal pula duk call nak marah penjual tu. Nasib baik dia tak angkat. Kalau tak dapat makian free dari aku.

Seperti yang aku tunggu, ada novel Ungu Karmila dekat dalam. Balik dari kerja, aku terus drive thru McD. Nak dinner siap-siap. Malam ni nak layan novel Ungu Karmila ni. Aku happy gila malam tu sebab dapat semula novel tu. Dulu aku pernah ada sebuah tapi kawan aku pinjam lepas tu tak pulangkan pun.

Dan bermulalah episod seram dalam hidup aku. Siapa sangka, novel yang aku beli entah dari siapa tu sebenarnya…bernyawa!

Aku letak novel tu atas meja. Aku tindihkan telefon bimbit aku atas novel tu. Aku capai tuala, aku pergi mandi. Aku buka paip air pancur. Aku biarkan air curah atas kepala aku. Aku usap-usap rambut aku. Bilas-bilas air dekat badan sambil tutup mata.

“Mimi..”

Tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik dekat telinga aku. Aku terus pandang kiri kanan.

Tak ada apa-apa. Cuma kedengaran bunyi air pancur yang mencurah jatuh atas ubun-ubun aku. Aku tutup paip. Aku fokuskan telinga aku ke pintu, kot-kot ada orang panggil dari luar. Pun tak ada. Senyap sunyi je dekat luar. Aku sambung mandi. baru je sekejap aku buka paip air pancur tu, “Ktap! Tap! Tap!” bekas kecik yang aku buat letak berus gigi dekat singki, jatuh lepas tu melantun-lantun bertalu-talu bunyinya.

Aku dah mula rasa tak sedap hati. Aku berhenti mandi. Sabun tidak apa tidak, aku berhenti terus. Lepas lengkap dengan baju tidur, aku capai handphone lepas tu terus baring atas katil. Entah macam mana belakang aku rasa sakit sebab aku tertindih sesuatu. Aku selak cadar. Eh, apsal novel Ungu Karmila ni ada dekat sini? Bukan ke tadi aku dah letak dekat meja?

“Tok tok tok!” pintu bilik aku diketuk. Kedengaran suara kakak aku kat luar.

“Mimi, kau dah makan belum? Kalau belum aku nak keluar ni. Kau nak aku tapaw apa-apa?”.

Aku melaung, aku cakap aku taknak. Malas nak bukak pintu tu. Aku sengaja kunci sebab aku tinggal dengan family kakak aku. Tak pasal-pasal abang ipar aku nampak pula aku tak bertudung ni. Lepas balik kerja tadi, aku terus drive thru McD. Punya lama duduk dalam jammed, aku santap terus dalam kereta.

Aku rebahkan kepala ke bantal. Aku bukak novel tu sampai ke muka surat 1. Aku nak baca dari mula. Walaupun aku rasa aku dah hampir separuh baca novel ni dulu. Ah, tu dulu. Apa salahnya mula semula kan? Baru aku selak sehelai, telefon aku berbunyi. Dari abang ipar aku. Aku angkat, dengar suara kakak aku dekat sana.

“Kau nak aku tapaw apa-apa tak Mimi?”, soal dia. Lagi sekali?

“Berapa kali kau nak tanya ni? Aku dah makan kan aku cakap tadi”, aku jawab.

“Bila masa pula aku tanya?”, Kak Muna balas balik.

“La..baru tadi kan kau tanya sambil melaung kat luar bilik aku”.

“Weh..bila masa pulak? Aku balik rumah pun belum lagi ni. Abang Ijal baru je ambik aku ni ha”.

Dengar je ayat kakak aku tu, aku terus meremang satu badan. Aku letak novel Ungu Karmila tu ke tepi. Aku terus menapak turun dari katil.

“Mimi. Hello!”, kakak aku cuba teruskan perbualan.

“Kak Muna. Tak sampai 5 minit tadi aku dengar suara kau bercakap dengan aku kat luar pintu bilik ni”. Aku dah hampir nak menangis. Dalam kepala otak aku fikir ada perompak kat dalam rumah aku. Langsung aku tak fikirkan benda mistik.

Aku capai gitar akustik aku. Aku letak handphone aku atas meja. Takut punya pasal, sampaikan aku tak sedar pun aku tak letak panggilan dari Kak Muna tu. Biar je Kak Muna ter hello hello dalam talian. Aku pegang gitar tu ala-ala nak pukul orang. Andai kata aku bukak pintu bilik ni nanti, ada orang kat luar tu, aku sumpah aku akan pukul sekuat hati.

Tapi, bila aku buka. Tak ada orang pun. Aku cari sekeliling isi dalam rumah. Tingkat atas dan tingkat bawah, tak ada apa-apa. Aku bukak semua lampu. Termasuklah lampu bilik kakak aku, lampu dapur, lampu bilik anak buah aku. Rumah kitorang ni tak banyak perabot pun. Kalau ada perompak masuk, memang tak ada tempat nak sembunyi. Semua sudut senang nak nampak.

Tengah sibuk lagi mencari dengan senjata kat tangan dah bertukar dari gitar kepada batang penyapu, kakak aku pun sampai kat rumah. Aku cepat-cepat bukak pintu. Selangkah je dia turun dari kereta, terus dia tanya:

“Mimi, kenapa kau menangis?”

Bila masa pulak aku menangis?

“Tadi, masa Kak Muna call kau, kau menangis je tak berhenti. Bila kitorang tanya, kau langsung tak jawab. Menangis je. Tu cepat-cepat kitorang balik ni. Makanan pun tak sempat beli”, abang ipar aku pulak sambung.

Weh sumpah. Aku tak menangis langsung. Phone aku pun ada dekat bilik. Masa ni barulah sel sel otak sebelah kiri aku berhubung dengan kreatif. Dari hal perompak, serta merta bertukar ke hal mistik. Seminggu aku busy dengan kerja. Sampaikan aku tak ada masa nak baca novel Ungu Karmila tu. Kisah mistik minggu lepas masih tak tau pokok pangkal. Lepas kakak aku balik, dah tak ada apa-apa berlaku. Persoalannya, kenapa aku diganggu di rumah sendiri yang aku dah duduk sejak bertahun lamanya? Sampailah aku jumpa puncanya pada malam ni.

Malam ni malam minggu. Aku ada dekat kampung. Rumah mak ayah aku. Lepas aku solat isyak, aku capai novel Ungu Karmila yang aku dah bawak siap-siap dari rumah. Aku baring dekat sofa dekat ruang tamu. Aku baca muka demi muka novel Ungu Karmila tu. Menarik ceritanya. Sampailah dekat satu halaman tu, muka surat tu kosong. Aku selak muka surat belakang, tak ada tulisan. Tapi ada lukisan macam berconteng. Gambar lukisan conteng, seorang perempuan sedang pegang sebuah gitar sambil buka pintu bilik.

Sumpah aku terkejut gila. Aku lempar buku tu sambil mulut separuh menjerit. Mak dengan abah yang tengah berborak sambil makan biskut kering cicah kopi o dekat dapur, melaung tanya kenapa? Adik aku yang tengah main gitar dekat luar rumah dengan geng-geng dia dua tiga orang, terus meluru masuk bila dia terdengar jeritan aku tu.

Aku takut gila. Dalam otak aku masa tu, aku marah-marah si penjual novel tu. Mainan apa yang dia cuba nak kenakan aku ni? Dia nak ilmu hitamkan aku ke? Guna buku ni? Dia hantar hantu guna buku ni? Kenapa aku? Macam-macam aku fikir malam tu.

Aku cakap dekat mak abah, tak ada apa-apa. Ada cicak lalu kat tepi ni tadi. Sebab tu terkejut. Aku menipu.

Aku bangun kutip balik novel tadi. Dan tanpa sengaja terselak ke satu lagi muka surat yang tak ada perkataan. Tapi, ada lukisan. Lukisan macam conteng, seorang perempuan berambut panjang sedang berada di luar tingkap.

“Ktap Ktap Ktap!” tingkap cermin kat belakang aku masa tu kena ketuk dari luar. Macam kena ketuk guna kuku.

Tuhan je tahu betapa aku takutnya nak pandang tingkap masa tu. Aku terus tutup novel tu. Dan simpan dalam rak buku-buku agama mak aku. Langsung aku tak menoleh ke tingkap tu. Baru selangkah aku nak masuk ke dapur, hajatnya nak join mak abah aku makan biskut kering cicah kopi o, tiba-tiba novel tu “Klepap!” jatuh ke lantai.

Ah! Aku dah malas nak ambik port pasal kau novel! Lantak la kau terlepek atas lantai tu.
Aku join mak dengan abah menyembang. Aku duduk sebelah mak. Menyendeng macam budak-budak. Diorang borak macam-macam hal. Pasal kakak sepupu aku nak kahwin bulan depan. Pasal tanah pusaka arwah nenek. Pasal mak ngah nak naik haji. Banyak topik sampai aku lupa pasal novel tu sekejap.

Sampailah adik aku masuk ke dapur sambil pegang novel aku tadi. Dia tanya, kenapa biar novel tu atas lantai, terjatuh ke? Lepas tu dia siap selak bukak ambik sehelai kertas yang terkeluar dari novel tu. Aku marah dia, cakap jangan buka. Tapi budak ni degil. Dia bukak juga.

“Weh, ada sehelai isi dia tercabut. Bukan aku buat. Nasib baik muka surat kosong je”. Dia hulurkan buku tu dekat aku.

Kosong? Takkan lah.

Aku tengok kertas tu. Ambik! Aku nampak lukisan macam conteng lagi. Kali ni, lukisan macam pocong melompat atas atap rumah. Tak sampai beberapa saat, terus atap rumah aku berbunyi-bunyi ada benda berlari.

“Musang ni datang balik dah”, abah aku membebel. Dia bangun dari kerusi lepas tu terus keluar dari pintu dapur.

Reaksi aku masa tu: tergamam. Muka aku pucat. Aku pegang lengan mak aku. Sambil mata aku meliar pandang pintu dapur yang terbuka luas. Nampak gelap je kat luar. Abah langsung tak muncul. Dengar suara je. Duk melaung-laung “Hek! Hek!” sambil pusing keliling rumah. Abah memang suka halau musang guna bunyi macam tu.

“Ktap! Ktap! Ktap!” bunyi atap macam ada benda melompat-lompat dan berlari-lari.

Adik aku pulak, mulut celupar. Dia cakap, macam bukan musang je mak, entah-entah langsuir kot mak?

Laju je tangan aku ni nak tampar mulut mamat ni. Tapi dia lagi laju tepis ala-ala pendekar gitu.

Tak lama lepas tu. Abah masuk ke rumah. Dia masuk bilik air. Aku nampak dia ambik wuduk. Lepas dia keluar. Dia pergi dekat satu penjuru, dia laung azan. Terus hilang bunyi “benda” melompat-lompat atas atap tu. Lepas habis azan, mak tanya abah apa benda atas atap tadi. Abah diam je. Dia geleng kecil dan sambung minum kopi o dia. Muka aku masa tu, kalau toreh memang tak keluar darah agaknya. Takut gila.

Malam tu aku tidur dekat bilik. Aku memang kena tidur dalam gelap, baru lena. Tapi, mata aku langsung tak boleh nak lelap. Hati rasa berdebar. Aku beristighfar, aku selawat, aku baca ayat kursi. Jadi tenang la sikit. Tak lama lepas tu aku akan rasa takut balik. Jarang aku ada rasa macam ni.

Tiba-tiba, almari baju aku bergoyang-goyang. Tak nampak tapi boleh dengar. “Hak hak hak!”. Suara budak perempuan ketawa dari dalam almari tu. Terus merembes peluh jantan kat dahi. Aku ambik bantal, aku tekup telinga. Aku pejam mata. Aku tarik selimut, aku selubung satu badan.

Dalam sekelip mata je, selimut aku disentap dari kaki. Masa ni aku langsung tak fikir pasal malam ke, orang dah tidur ke, aku terus jerit sekuat hati aku. Aku berlari pergi ke pintu. Aku tekan suis lampu, tapi lampu tak menyala langsung. aku pulas tombol pintu, terkunci. Tak boleh bukak. Bilik aku gelap gila masa tu. Biasanya boleh je nampak samar-samar sikit cahaya dari luar masuk. Tapi entah kenapa malam ni lain.

“Hak hak hak!”, bunyi suara budak kecik ketawa lagi kali ni macam dah ada kat luar almari.

“Mak! Bukak pintu ni mak!!” aku jerit panggil mak.

“Hak hak hak!”, bunyi suara budak kecik ketawa tu dah ada kat sebelah aku.

Aku tak tahan dah. Tahap takut aku dah sampai kemuncak. Aku terkencing depan pintu. Sambil tu aku terjerit-jerit panggil mak abah. Tapi, diorang langsung tak muncul. Sampailah pandangan aku jadi kelam. Walaupun memang dah sedia kelam pun.

Aku sedar dari pengsan bila hari dah siang. Aku cerita dekat mak ngan abah apa yang berlaku. Mak pula cerita yang dia bangun subuh, nampak aku duduk bertenggek atas peti sejuk. Duduk peluk lutut tak gerak-gerak.

……

Bermacam lagi tragedi yang berlaku dekat dia lepas tu. Hampir nak langgar kereta orang dekat highway sebab nampak ada benda melintas la, katil hotel kena goncang la, bunyi burung berkicau tengah-tengah malam kat luar tingkap office masa dia buat OT la. Macam-macam. Sampaikan dia jadi lali. Macam dah takde kesan dekat dia. Dia cuba “buang” guna khidmat ustaz yang bapak dia kenal tapi still tak jalan. Boleh la bertahan dua tiga bulan tapi still novel tu “bernyawa” balik.

Cuma sejak enam tujuh bulan ni, dia dah tak “kena” apa-apa dah. Novel tu pun dia dah habis baca. Semua kekacauan tu macam lenyap lepas dia habiskan novel tu.

Aku tanya Mimi kat mana novel tu sekarang. Dia senyum je. Dia capai beg tangan dia. Dia keluarkan power bank. Lepas tu beg alat make up. Lepas tu wet tissue. Lepas tu beberapa helai slip bank. Lepas tu sebungkus M&M. Kemudian, bekas cermin mata. Lepas tu, buku planner. Dan barulah dia berjaya keluarkan novel Ungu Karmila tu.

Aku ambik novel tu. Aku selak laju-laju. Tapi aku pelik, semua muka surat ada. Tak seperti yang dia ceritakan. Banyak yang kosong. Dan banyak yang berconteng dengan lukisan hantu. Aku syak dia reka je cerita seram dia ni.

“Kau ambik la kalau kau nak baca, best cerita dia”. Mimi offer dekat aku novel dia tu.

Orang dah offer benda free. Aku ambik la.

“Ok aku try baca. Best ke tak. Mana tau, tengah aku baca, jadi macam kau. Lampu tiba-tiba blackout ke..”

Elok je aku habiskan ayat aku tu, “paap!!” restoran mamak tu blackout. Bukan restoran mamak tu je, habis satu kawasan tu tak ada elektrik.

Dalam samar-samar malam berbekalkan cahaya bulan je tu, aku nampak satu page kat dalam novel tu, aku telan air liur dalam-dalam. Aku nampak…..

-TAMAT-

Novel Bernyawa by SiCelupar
for Fiksyen Shasha

49 comments

  1. wah Kali ni cerita tu sngt seram pasal novel tu. Misteri betul. Tapi apa jadi lepas awak dpt novel tu. Apa yg nmpk? Buat suspend lah.

  2. dan-dan lepas abis ayat “aku nampak…….”, kat bawah de tajuk cite dlm blog ni ‘AKU NAMPAK’….dah jangkit novel tu ke ke blog ni pulak ke apa? hahaha…

  3. Eh eh eeehhhh…
    Memandei TAMAT plak die eeekkkkk…
    Ape yg ko NAMPAK wweeiii…???
    Huhuhuhuuu…
    Citerlah bagi abiiisss…
    Nanges kaannggg…

    1. Pepaham je ko ekkk…
      Hentak kaki kt lantai…
      Hentak kepala kt dinding…
      Mmg hangeeeennn jer leh ending camtu…
      Mane Langsat ni…???
      Sat g die soh gantung diri plak…
      Ekau poie mano somalam…???
      Kate follower tegar…
      Pastu arini ayat sopan2 je plak, are u ok Apid…???

      1. semalam den domam kak ….ntah lah lain mcm badan ni ….seram sejuk sampai domam…mula2 ayat je sopan….pastu lain mcm plak ayatnya

      2. Br nk jd follower tegar akk dh domam…
        Tu belom laie den lantik soh jd PA…
        Mau kena cikukunya kang…
        Hahahhahah…

          1. Kate tegar+sejati kaaaannn…
            Kenalah cargas…!!!!
            Akk bace sapan ns lemak ni pkol 3.20ptg…
            Bikin lapaaarrrrr weeeiii…

    2. baca balik awal story tu kak yulie..sebenarnya awl cerita tu sambungan utk ending ‘aku nampak… ‘ tu..pandai sicelupar ni susun cerita

    1. Br pg td tgk kt utube short story tajuk Pictures…
      Setiap gmbr kt hs tu menggambarkan ape yg akn jd…
      Tp yg citer ni kt novel…

  4. Nice story..memang suka citer kau ni dari first citer..walaupun nampak macam reka tapi best sebab lain dari yg lain. Takde la asyik citer pasal saka, hotel berhantu ngan tempat belajar je..

        1. Ha MA sebut name tu den terseronok jer…
          Tapi klu dh tersasul tertypo pggl den YANG ni mmg bikin akk terkesima sambil tersipu2 malu dek non…
          Hahahahahha…
          Tu ar kutuk lg akk typo td…
          Kena tulah dah…

          1. hhahaha bahaya ni mcm kene sumpahan nek moh je …. tobat den nak kutuk lagi…terpanggil yang plak tu…klw panggil adik ok lah lagi kan

          2. Haaaa…
            Tau takooottt…
            Tu baru TERsasul…
            Kalau TERsengaja lg power sesi pembalasan tu…
            Jage-jage haaaaa…

          3. Den harap nya xde la sampai tersengaja…mati den kene rembat dengan tok aki nant…nek moh love sgt ngadu kat tok aki

        1. Terkono…den nak campak dah telefon bila dia kata org tgh baca blog FS atas katil pastu ada pocong… den santet juga sicelupar ni

        2. Penakot bonar ekau ni apid…
          Cmno nk jd PA den ni…
          Ish ish issshhh…
          Kang den poie berperang sensorg lak dh ekau berselubung takot…

          1. hahahaha mcm x biasa kak…g perang mmg den dok depan tapi klw musuh datang den serah kat akak balik ye lah…kita kan hadik-hadik akai baju pink uols

  5. Nampak apa? Mimi tanya aku. Muka dia terus berkerut bila nampak aku pandang lama-lama novel yang dia bagi tu.

    “Aku nampak lukisan orang tengah baring atas katil sambil online baca cerita kat page Fiksyen Shasha. Kat kepala katil dia ada pocong berdiri tengah pandang dia sambil senyum menyeringai”.

    “Sumpah lah?”. Mimi terkejut sakan bila aku cakap macam tu. Tapi, aku ni jenis kalau nak menipu tak boleh nak berlakon lama. Konfem tergelak cepat.

    “Mana nampak apa-apa la. Saje je buat suspen. Hahahahaha”

    Dia nampak ni laa..smbung ke atas tu haa..hahaha..bijak2..BM A1~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *