Lukisan Berhantu di Asrama Puteri

Kisah yang ingin aku kongsikan adalah sebuah kisah benar, di mana kisah ini benar-benar berlaku pada diri aku sendiri. Kisah ini berlaku kira-kira 8 atau 9 tahun yang lalu. Namun kisah ini tetap segar di ingatan aku dan tidak akan luput sampai bila-bila.

Kisah ini berlaku ketika aku masih bersekolah disebuah sekolah bandar yg berasrama. Ketika itu, pada tahun 2012, aku berada di tingkatan 3.

Pada hari tersebut, iaitu hari khamis. Semua pelajar seperti biasa pada waktu petang akan bersiap untuk turun ke masjid untuk solat dan selepas solat kami semua akan bergerak untuk pembelajaran kendiri sesi malam. Pada hari itu aku dan beberapa rakan lain terlewat sedikit untuk turun sehingga kakak pengawas marah. “Amboi, dah tahu lambat turun masih lagi nak berjalan macam ratu, cepat sikit jalan dan terus pergi surau,” tegur salah seorang kakak pengawas yg menunggu kami di pintu utama. Sedang kami menuju ke kantin (pelajar yang tak boleh solat semua berkumpul di kantin) aku beru teringat yang ada barang tertinggal, hari pun semakin gelap, cuaca petang itu agak gelap ala ala senja nan merah, orang tua cakap kalau hari warna macamtu agak kurang baik kalau nak pergi mana mana (huhuhu).

Aku terus berjalan dengan laju sambil berlari anak untuk menuju kembali ke asrama. Aku lihat pintu pagar masih terbuka, mungkin kakak2 pengawas tengah periksa bilik untuk pastikan semua pelajar sudah turun. Aku bergegas naik ke bilik yang berada di tingkat atas sekali. Bilik sudah gelap gelita hanya bercahaya warna oren kegelapan dek cuaca di luar. Agak seram juga….
Aku terus menuju ke almari untuk mengambil barang, aku malas nak bukak sebab nak cepat. Aku cari di almari bahagian bawah yg memerlukan aku untuk duduk, sampailah aku jumpa barang aku. Aku bangun, sssssapppppp!! tiba tiba ada sepintas angin yang kuat lalu depan aku sehingga tudung aku pun menari dek angin tersebut (huhuhu) huishhh “apa benda tu, kataku dalam hati,”. Aku lihat sekeliling… sunyi, gelap, kipas kipas pun tidak dibuka langsir langsir pun tiada pergerakan. “kalau angin mesti langsir semua bergerak2 sebab kena tiup, kataku dalam hati”. Aah! aku sudah lambat. Aku terus turun dengan keadaan yang tergesa-gesa takut di kunci, dari tangga blok aku lihat ada kakak sedang tunggu di pintu utama. “Habis lah aku kena dengan ustazah sebab turun lambat”. Aku pun lalu depan kakak pengawas dan sempat pandang wajah kakak itu dan mintak maaf sebab aku lambat. Kakak itu hanya menganggukkan. Aku terus menuju ke kantin. Sampai di kantin aku terus duduk semeja dengan rakanku yang lain. Aku pelik, tadi kakak yg tunggu aku belum lagi pergi sini dan tengah kunci pagar, tapi dia dah ada kat sini sambil bergelak dengan kawan-kawan dia. Laju betul dia ni berjalan, mentang mentanglah diri pelari pecut sekolah..

“Perhatian kepada semua pelajar, sila bergerak ke dataran utama selepas solat isyak, arahan dari cikgu Johan,”. Semua pelajar kehairanan kenapa ada perjumpaan tiba tiba sedangkan ini minggu exam, kena masuk kelas awal untuk ulangkaji awal.

Kami semua menuju ke dataran utama. Semua pelajar sudah berkumpul dan cikgu Johan pun mula berucap. Suara cikgu Johan sayup sayup kedengaran sebab kami duduk belakang sekali dah mikrofon pun tak ada. Aku berada di kedudukan belakang sekali dalam barisan.

TIBA-TIBA!!!!!! SSSAAAPP!! GELAP!! aku cuba buka mata tetapi tetap gelap, sehinggalah aku menangis meminta pertolongan, aku terfikir aku berada dekat mana ni….. Aku merasa tubuh aku digoncang dengan kuat. “Mia, mia, mia!!, bangunlah kenapa dengan kau ni,” Aku perlahan membuka dan menggosok mataku. Aku lihat semua pelajar baru sahaja bersurai dan hanya tinggal aku dan 5 orang rakanku di situ. Kami terus berjalanmenuju kelas. Kepala aku masih lagi pening, entah kenapa lah. Aku pun duduk di tempat aku dan terus memandang ke luar jendela, seperti ada seseorang sedang melambai lambai kerahku dari blok makmal yg berhadapan kelasku. Aku terus mengalihkan perhatian dan membuka buku.

Tamat sesi pelajaran, semua menuju ke dewan makan. Aku terus meluru masuk asrama dan terus masuk ke dalam tandas. Sebelum aku masuk tandas ada seekor kucing hitam di pintu tandas, kucing itu menjeling aku dengan tajam. ERRRR seram… Rupanya kawanku, Esah mengekori aku dari belakang. “Kenapa dengan kau Mia, dari tadi dah berperangai pelik, masa kat dataran, dekat kelas, ni pintu tandas kau tutup dengan kuat, nasib baik tak pecah pintu tu,” bebel Esah. “entah lah sah, kepala aku ni, pening, sakit semacam, eh dahlah aku nak naik dulu nak tidur, bye sah,”. “Ha, yelah naiklah, nanti aku bawakan ubat untuk kau,” katanya. Aku hanya senyum dan terus berlalu.

Aku terus pasangkan lampu dan terus menuju ke katil untuk tidur… selepas itu aku terus tidak sedarkan diri..

(bahagian ini berdasarkan cerita rakan-rakan aku)

Menurut Esah dan rakan yang lain, aku meronta sebaik naik katil. Dah macam orang kurang siuman. “Ika!! tahan kaki Mia, jerit Esah sambil memeluk badan aku. Esah ada bagitahu yang dia ada tampar pipi aku sekuat hati sambil menangis kenapa aku jadi macamtu. Keadaan semakin teruk apabila aku melawan, tubuh seolah di arahkan untuk memberontak. 10 orang yang menahan tubuh aku dikatil ketika itu semuanya aku tempis dengan kuat. Sehingga tiba lah seorang senior yg beranikan diri dia untuk berbicara padaku ketika itu, kakak senior itu menyoal,
“Kenapa kau kacau Mia hah!!!, dia ada ganggu kau ke, anak2 kau, cucu2 kau ataupun kediaman kau?!, teriaknya.
Lalu “aku” pun menjawab. “Kamu semua boleh tak lepaskan Mia, jangan peluk Mia, jangan tahan kaki Mia!! Aku sukakan Mia! Aku nakkan Mia!! HAHAHAHAHAHAHAHAH. dengan suara garau ditambah lagi dengan ketawa yang mengilai. Semua yang berada disitu ketakutan sambil berpelukan sesama sendiri. Ustazah dan cikgu Johan pun tiba, ustazah arahkan semua pelajar untuk mengambil air sembahyang dan membacakan surah yassin beramai ramai. Mereka membuat bulatan yg besar supaya aku boleh di letakkan ditengah2 bulatan itu.
Cerita Esah lagi, Cikgu Johan terus menuju katil dan berbicara denganku, “Kau ni dari mana, cuba kau bagitahu, kenapa kau kacau budak ni!” jerit cikgu Johan. Tiba2 cikgu Johan terus memicit ibu jari kakiku dengan kuat. Ketika itulah suara seram, mengilai2 menahan kesakitan. “SSSSAAAKITTTT!!! lepaskan lah lepas!!!!!!! kau nak tahu kenapa aku masuk kat tubuh dia, sebab aku nak kan dia!! Aku sukakan dia, sebab dia manis.. darah manis… HAAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA lepaskan akuuu!! lepassss!! jerit”ku”. Kelihatan mulut cikgu Johan terkumat kamit membacakan sesuatu dan terus meniup kearahku, dan aku terus longlai dan tidak sedarkan diri.

Selepas itu, rakan2 terus mengangkatku ke tengah tengah bulatan atas arahan cikgu Johan, di mana rakan yang lain sedang membaca surah yassin. Dalam beberapa minit, aku sedar dan terus duduk. Dengan mata yang merah dan duduk bersila sambil kepala bergerak2 seperti mengikut irama lagu. Cikgu Johan yg berada dihadapanku terus menyoal, “Kau datang dari mana, kau asal dari mana. “Aku terus ketawa mengilai dan terus menunjukkan jari ke arah dinding belakang, tengoklah gambar siapa yang masih ada di dinding itu” ujarku lagi sambil ketawa, Cikgu Johan terus tertunduk sambil menggelengkan kepala. Keadaan masih terkawal. Setiap bilik di asrama mengadakan bacaan yassin dan juga surau sekolah. Kedengaran pelajar lelaki mengalunkan surah yassin dan ayat kursi dari surau dengan menggunakan alat pembesar suara. Tiba tiba aku yang duduk ditengah itu seperti dirasuk sesuatu dan terus pengsan. Cikgu Johan dan ustazah terus menelefon keluargaku untuk mengambilku dan pulang ke rumah.

Aku merasakan kepalaku sangan pening, dan sakit, pandanganku juga kabur. Perlahan lahan aku membukakan mataku dan lihat aku sudah berada dirumahku. Aku berada di ruang tamu. kedengaran suara ayah dan makcikku sedang berbual. Aku terus panggil ayah untuk membantuku pergi ke tandas. Ayah mengiringku ke tandas. Aku masuk ke tandas dan aku terkejut apabila melihat tubuhku dipenuhi darah! ya darah! tapi kenapa ayah tidak tegur. Aku terus membersihkan diriku. Selesai aku membersihkan diri aku terus beritahu supaya berkemas sebab ayah nak bawa aku balik kampung untuk berubat.

Selepas kejadian itu aku yang sebelumya seorang penakut menjadi seorang yang sangat berani. Aku juga sedar bahawa ada sesuatu yang mengekoriku setiap kali aku pergi ke mana sahaja. Selepas 2 kali berubat secara ruqyah, ustaz bagitahu yang aku sebenarnya “di tunang jin” selama 7 tahun.. Alhamdulillah sekarang aku sudah sihat seperti orang lain. Menurut cerita nenekku, mungkin sebab itulah aku tidak pernah berkawan dengan mana mana lelaki sebelum aku berkahwin, sebab jin tu halang. hahaha entahlah.

Mengenai dinding dibilik asramaku, dinding tersebut mempunyai kisah tersendiri, dimana sebelum ini terdapat sebuah lukisan menggambarkan kebun getah yang kecil dan ada sebuah pondok di lukisan tersebut. Kak Sha tunjukkan kami gambar lukisan tersebut err agak seram juga lah. macam ada sesuatu yang tersembunyi disebalik lukisan tersebut. Bermacam usaha dah dilakukan untuk menghapuskan lukisan tersebut sebelum ini tetapi tidak berhasil sehinggalah lukisan tersebut ditutup menggunakan cat. Tetapi tidak berapa lama selepas dicat, cat tersebut terkopek sedikit demi sedikit sehingga menampakkan sedikit cat lukisan tersebut.apa yg tidak disangkal lukisan tersebut masih utuh, tidak rosak sedikit pun walaupun sudah dicat. Mengenai gambar dan nama kami yang ada kat dinding tersebut pula.. untuk kecantikan bilik kami menghias bilik dengan melekatkan gambar dan nama kami didinding tersebut. Waalaupun dilekat menggunakan gam sedihnya, semua gambar kami tertanggal satu2 kecuali nama dan gambar aku…. Mungkin suratan atau kebetulan……

Terima kasih kerana sudi mendengar coretan kisah benar saya walaupun tidak begitu menarik. tetapi ianya kisah benar. masih lagi segar walaupun hampir 10 tahun berlalu…

3 thoughts on “Lukisan Berhantu di Asrama Puteri”

Leave a Comment