Lukisan Beruk Kakak

Asalamualaikum and hai ! Selama ni aku cuma baca je fiksyen shasha tapi kalini aku nak try hantar and terima kasih untuk admin kalau cerita aku ni dipublish. Aku perempuan , umur 20an dan masih belajar . Cerita yang aku nak cerita ni adalah cerita masa aku tadika . Dah lama tapi nilah permulaan kepada cerita seram dalam hidup aku smpai skrg .

Tahun 2003
.
Aku tinggal di kuarters askar di Johor .
Hari khamis , cikgu minta aku dan rakan2 untuk lukis haiwan . apa apa saja haiwan yang kitorang nak . Ada yang pilih ular , pilih beruang , kura-kura .
Dalam otak aku satu je , beruk . Yes guys , taktahu cemana aku boleh terfikir nak lukis beruk .

Balik rumah , biasalah kita budak-budak . mana boleh tak main dengan kawan petang2 . Sampai aku terlupa pasal kerja rumah beruk tu . Maghrib tu aku mintak kakak aku lukiskan , yelah kalau aku lukis takut kang menang award pulak . Kakak aku lukis cantik punya ! memang cantik . Aku bagi gambaran eh . Lukisan tu dalam hutan , mmg really hutan and beruk tu kat tengah2 . bijaknya kakak aku ni sebab dia memang aliran seni , dia lukis real beruk tu tengah senyum . Sebab excited aku siap frame dan gantung gambr tu kat dinding . Punyalah esok nak ngaku gambr tu kita lukis sndiri . Kot2 cikgu nak bagi coklat ke kan

Malam tu aku terbangun dari tidur , dalam pukul 12 mcmtu . Haus yakmat ! Pergi dapur , lunaskan hajat tekak ni . Excited tetwiba datang balik . Makanya teringin lah nk tengok gambr beruk tu . Nak tahu tak ? Gambr tu still cantik tergantung berframe , yang buat aku pelik . Beruk tu takde dalam lukisan tu . Yes ! tak ada ye guys . Aku terkjut . Takut . nak kejut mak sebab ayah on duty .

Tapi mak knci pintu . Rumah askar ni kecik je , pintu masuk selorong dengan pintu bilik . pusing je belakang . Menjerit aku . Kakak aku tengah berdiri , dengan rambut panjang dia tutup muka , mcm patung puppet yang ada tali tu , terangkat sikit tangan dan kaki dia . Belakang dia ada beruk yang hilang tu tadi ! Cuma dia besar tinggi dan sangat berbulu . Tinggi dia cecah syiling rumah . Bila aku jerit “woi kak apa tu belakang kau !” serentak tu , dia menjerit . Jerit skala 10 . beruk tu hilang sekali dengan jeritan dia .

Mak keluar dan bermulalah episod makcik2 pakcik2 datsng rumah . Best jiran2 dekat rumah askar ni , maghrib esoknya , ustazah dtg . Dia bawa lada hitam . Mak takkasi aku masuk .Dia suruh duduk luar . Aku sempat lah intai dari celahan umat tu , ustazah letak lada hitam kat kaki kakak aku , menjerit jerit dia kesakitan . sedih . mcaam nak putus nyawa kakak aku . Ustazah kata , dia takleh buat . Dia suruh hntr pergi kt rumah ustaz kat taman xxxxxx biru . Malam tu jugaklah arwah ayah bawak satu family pergi .

Masuk je rumah tu , ustaz tu kata . yg kecik tu (aku) suruh masuk skali , ada yang nk ditanya ni . Maka bersorok soroklah aku ikut belakang mak aku . Sesi mengubat start , kakak aku still bukan kakak aku . dah tk menjerit cuma menjeling jeling senyum je , eee ingat lawa lahtu . Ustaz kata dia boleh ubat tapi kakak aku terpaksa hadap satu benda which is hijab dia terpaksa dibuka .

Mak setuju memandangkan kakak aku brutal skit (rasanya banyak) . Ustaz ikat satu reben merah kat perut kakak , baca doa dan tepuk belakang kakak aku . Terus dia sedar macam orang bangun dari tidur . Dia kata “mak apatu kat luar kenapa ramai org pucat . Mak kenapa dia takde tangan . Mak kenapa dia berdarah” .

oh Ustaz tu tnye aku “kenapa nak lukis beruk?” aku relaks ckp , sebab beruk berbulu , kawan2 taknak lukis . Ustaz cuma ckp , lepasni lukis je kucing tau .Jangan beruk ke monyet ke . And yes guys , sampai sekarang, aku cuma reti lukis kucing je . Ustaz kata , kesian kakak . Beruk tu kacau kakak , balik nanti amik gambar tu suruh ayah bakar tau . Ayah kata , semua ada kaitan dengan penghuni tetap kuarters tu , wallahualam

Itu je cerita aku , mungkin tak seram untuk korang . Tapi ni adalah permulaan kepada hidup aku yg sedikit seram . Tempias kakak aku kena kat aku . Kakak aku ? alhamdulillah , still gojes and cntik even dah 3series . Dia nampak je , kalau aku drive pun , dia yg warning aku biar aku tak terlanggar benda yang aku tak nampak . terima kasih korang .

p/s : terkurang trlebih mintk maaf . terpulang nk percaya atau tak . ini adalah kisah hidup aku .

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 thoughts on “Lukisan Beruk Kakak”

  1. Apa cerita disebalik beruk dan lukisan beruk tu? Boleh cerita sikit tak? Macam tergantung pulak. Curious ni nak tahu.

    Reply
  2. wah bestlah cerita ni.. harap bleh sambung lg.. next episod cer cerita psl apabenda tempias kakak kau kt kau tu.. cm menarik sgt ja

    Reply

Leave a Comment