Ly dan ‘Ly’

Assalamualaikum semua. Pertamanya, terima kasih kepada FS kerana dapat siarkan kisah misteri Ly ni. Ly lelaki tau. Hangpa jangan ingat nama Ly ni bagi kat pompuan ja. Ok, berbalik kepada tajuk, kisah ni berlaku di UiTM Seri Iskandar dalam sekitar tahun 2013. Ly duduk blok Bidara, kolej Indera Sakti. Masa ni blok Bidara untuk pelajar lelaki sahaja. Sekarang dah bertukar jantina.

Ada seorang kawan satu batch dengan Ly. Ly panggil dia Zuan. Pada awalnya, batch kami ramai. Dalam 100+ orang, jadi terpaksa dipecahkan kepada 4 group. Ly masuk group C dan Zuan masuk group B. Kos kami setiap semester akan ada study trip site visit. Dua group akan bergabung pergi 1 trip. Group AC dapat trip ke Penang dan group BD dapat trip ke Port Dickson. Maka, bertolak la group AC ke Penang. Group BD kena stay kat uni sebab trip mereka lambat lagi.

Bas group AC sampai kat Penang lewat petang. Oleh sebab hari pun agak lewat, kami pergi makan malam dan terus check-in kat satu hotel ni. Ly tak ingat nama hotelnya. Kami diberi 1 bilik 4 orang. Ly, Riz, Mir dan Kim dapat bilik sekali. Kami berempat pun naik lif ke tingkat 4. Lepas semua letak barang, Kim ajak turun ke lobi; nak lepak kat situ. Ly tolak sebab nak baring-baring kat katil dulu. So, tinggal Ly seorang je la dalam bilik tu.

Di sini seramnya terasa. Tengah Ly baring-baring kan, telefon bilik tu berbunyi. Kring~ Kring~ Ly bangun terduduk. Kerut dahi. “Sapa pulak dok call ni.” Ly pun angkat la gagang telefon tu. “Hello?” Senyap. “Hellooo?” “Ni Ly ke?” Suara lelaki sayup dengar dari dalam telefon. “Haah. Saya Ly.” “Hehe~” Toot. Toot. Talian terputus. Ly pun menyirap jugak bila dia gelak sinis tu. Meremang habis bulu roma sampai ke kuku jari.

Ly mula fikir optimis. “Ni mesti kerja si Riz. Buat kerja nala dengan aku.” Monolog Ly sendirian. Ly pun layan la TV3 tengok 999. Sejam lepas tu, Riz, Mir dan Kim balik bilik. Ly pun tanya la, “Weh, Riz. Hang ka yang call tepon bilik tadi?” “Mana ada. Aku mana tau nak tepon bilik hotel.” Ly tanya Mir dengan Kim jugak. Mereka pun menafikan persoalan Ly tadi. “Awat? Sapa call hang?” Riz tanya balik. “Takda sapa, orang lain kot.” Ly sedapkan hati. Malam tu berlalu dengan tenang sehingga ke pagi. Esoknya terus pergi site. Lusa baru balik uni. Waktu ni Ly tak tau lagi kisah Zuan.

Balik-balik je dari site visit, kat Bidara, Zuan terus tanya, “Weh Ly, kau tak pergi Penang eh?” “Eh? Aku pegi la. Haha!”. Ly gelak kecil tapi Zuan nampak serius. Habis hilang sinar gelak Ly tadi. “Serius la Ly?!” Zuan tanya dengan tegas. Dalam hati Ly fikir, “Hang ni dah kenapa?”. “Sebab aku nampak kau dua hari lepas!” Dah buat air sirap pulak badan Ly ni (menyirap). “Hang biaq betoi. Betul la aku pi Penang.” Ly nafi. Zuan pun mula cerita dia jumpa ‘Ly’ malam dua hari lepas. Malam tu, dia dalam perjalanan balik bilik dari studio. Masa dia lalu di koridor, dia selisih dengan ‘Ly’. Zuan tak pakai cermin mata dia waktu tu, tapi dia yakin dengan susuk tubuh dan bentuk muka, memang dia kenal tu Ly ataupun ‘Ly’. “Hey Ly pegi mana tu?” Zuan tegur. ‘Ly’ diam sambil ukir senyuman sinis kat Zuan. Zuan perasan ‘Ly’ senyum kat dia sebab jarak antara mereka dua dalam 3 kaki.

Zuan pun jalan je la terus ke bilik dia dengan endah tak endah. Sampai-sampai je dia kat bilik, baru dia teringat yang group AC dah pergi site visit kat Penang siang tadi. Habis tu, siapa yang dia tegur kat koridor tadi. Nak sedapkan hati dia, Zuan tanya roommate satu group dengan dia. Roommate dia kata memang group AC dah ada kat Penang. Zuan tak puas hati. Dia terus pergi jenguk bilik Ly. Berkunci sebab satu bilik pergi trip ke Penang. Jadi, Zuan sangka Ly tertinggal bas. Sangkaan tu dia bawa sampai ke hari Ly jumpa Zuan lepas baru sampai ke Bidara.

Sangkaan Zuan meleset bila dapat tahu betul Ly dah ada kat Penang. Zuan kuatkan lagi yang dia selisih tu dengan spesifikasi baju yang ‘Ly’ pakai; lengan panjang, round neck, warna maroon gelap, ada tulisan besar di depan. Memang betul Ly ada baju tu. Siapa yang Zuan selisih malam tu? Dan siapa yang call bilik hotel Ly? Oh ya, waktu panggilan telefon bilik hotel tu dengan perselisihan antara Zuan dengan ‘Ly’ berlaku pada masa yang sama. Hangpa rasa?

4 thoughts on “Ly dan ‘Ly’”

Leave a Comment