Kerana Midnight Movie

Assalammualaikum, first aku nak ucap terima kasih FS kerana sudi publish cerita aku ni. Mungkin cerita aku ni tak la seram tapi pada aku yang mengalaminya dan tengok dengan mata aku sendiri memang buat aku tak boleh lupa sampai sekarang walaupun da 3 tahun benda ni berlalu. Cerita ni jadi masa tu aku tengah belajar lagi and kalau tak silap aku belum pun abes sem 1. Biasa la time tu still junior lagi so masa enjoy tu lain macam sikit hahaha ye la sebab stress belajar belum datang lagi.

Benda ni jadi masa tengah heboh pasal cita seram Conjuring kat wayang. Kecoh orang update kat twitter dengan facebook segala pasal keseraman filem Conjuring ni. So nak jadikan cerita kita orang ni pon tersampuk dengan nak sangat rasa seram cerita Conjuring tu. Plan punya plan kita orang book tiket and Midnight sebab kata kawan aku kalau tengok cerita hantu kena tengk midnight baru best baru rasa seram betul. So book la kami midnight tiket tu.

Tepat pukul 10 malam kiteorang siap-siap untuk pergi mall yang tayang cerita Conjuring tu sebab memandangkan tiket dalam pukul 11 lebih macam tu. Kami gerak 5 orang. Kami semua satu rumah tapi ada yang duduk bilik asing. Dalam pukul 10.30 malam kitaorang gerak pergi mall tu. Disebabkan mall tu dekat je dari hostel kiteorang so kiteorang decide untuk jalan kaki ke mall tu. Ye la sambil tu boleh jalan malam and kuruskan badan (katanya la).

Sampai je mall tu memang da sunyi. Yela sunyi sebab semua kedai da tutup kan sebab da lepas pukul 10 yang ada pun wayang dengan karaoke tu pun dua-dua dekat tingkat atas sekali. Sampai tingkat 3 ada lagi masa dalam dekat setengah jam je lagi movie nak start. Ok skip this part. Dalam wayang memang penuh la cerita dia. Sebab cerita tu hot kan.

Da puas menjerit dalam wayang, habis wayang lebih kurang dekat pukul 1 pagi. Borak punya borak sambil keluar wayang (semua pasal cerita conjuring tu la) dekat luar mall da sunyi tapi tak la sunyi sangat sebab tempat tu memang busy sikit memang tak m**i walaupun tengah malam. Sebab penat kiteorang decide nak naik teksi sebab malas nak jalan kaki balik lagi pon rasa takut dengan cerita tu pon still berbaki lagi. Then kiteorang tahan teksi tapi mula-mula teksi tu tak nak ambik sebab kiteorang berlima ye la mana boleh naik teksi berlima paling maximum pon boleh naik sampai 4 orang je. Kiteorang pujuk la pak cik teksi tu then die setuju sebab katanya da malam so dia tak kisah sangat. Dalam teksi borak la dengan pak cik teksi tu pasal kiteorang tengk cerita conjuring tu tapi kata si pakcik ni die tak percaya hantu.

Salah sorang kawan aku ni aku gelar dia Ti dia ni special boleh nampak benda-benda halus ni tapi dia bukan boleh nampak semua dia macam partial la cuma nampak kadang-kadang. Then dia tegur pakcik tu dia cakap, “pak cik jangan cakap berani sangat karang jumpa baru tahu, saya boleh nampak tau”. Pak cik tu terdiam then dia tersenyum je pastu dia sambung cakap, “ish takut la tak mau” disambut pulak dengan gelak dia. Kami semua dalam tu buat muka masing-masing rasa meluat jugak dengan cara pak cik tu yang agak berlagak sebabkan da selalu bawak teksi malam tapi tak pernah jumpa katanya.

Sampai je hostel kami keluar lepas bayar tambang teksi tapi kawan aku Ti ni boleh pesan dekat pak cik tu, “pak cik jangan seronok sangat ye sebab saya nampak dia tengah menumpang dekat seat belakang tu. Hati-hati ye”. Masa Ti ni cakap macam tu masing-masing berderau jantung rasa macam nak gugur. On the way nak naik lift kitaorang tegur la Ti kenapa dia cakap macam tu dekat pak cik teksi tu macam tu. Ti cakap, “aku saja je cakap macam tu kat pak cik tu padahal takda apa pun dekat seat belakang tu”. Geram aku sebab pak cik tu cakap besar sangat”. Tapi memang betul pun pak cik tu berlagak betul.

Sampai rumah kami mandi and siap untuk tidur. Disebabkan saki baki penangan movie tu ada lagi so semua decide nak tidur sekali. And bilik aku la yang jadi mangsa sebab bilik aku ni bilik master so besar la then boleh la tidur untuk 5 orang. Bilik aku ada 2 katil 2 tingkat tapi yang 1 tu da pecah jadi 2 and cantum jadi satu tapi satu lagi tu still 2 tingkat macam biasa. Yang pelik ya sorang pon tak nak teman aku tidur sanggup tidur berhimpit and dalam masa yang sama 2 orang tidur bawah kata nya takut so nak jugak berhimpit. Tapi aku tak nak sebab aku lagi rela tidur katil aku sendiri walaupun sorang.

Lebih kurang pukul 3 pagi aku sedar sebab dengar bunyi kecoh dalam bilik tapi dalam masa yang sama aku nak buka mata tapi tak boleh rasa berat sangat tapi yang pelik aku bleh nampak jelas apa yang berlaku. Kawan aku Ti tu kejut kawan aku yang lain. Mula-mula die kejut Hida dengan Eiqa. Ti mintak Hida dengan Eiqa ikat kaki dengan tangan dia

Ti : Hida, Eiqa tolong ikat tangan dengan kaki aku sekarang aku rasa lain macam ni
Hida, Eiqa : kenapa kau ni? (dalam nada mamai)
Ti : Aku rasa macam aku nak kena rasuk, cepat ikat aku sebelum aku meracau lagi teruk.
Hida, Eiqa : ha?! kau jangan main-main (dalam kelam kabut diaorang ikat tangan dengan kaki Ti)
Ti : tak ketat ni, ketat lagi.

Time ni aku memang cuba nak bangun tapi aku tak boleh tapi apa yang jadi tu semua aku nampak aku cuba bangun untuk tolong tapi tak boleh. Aku nampak seolah-olah macam dalam mimpi tapi aku rasa benda tu real sebenarnya. Selang dalam 10 minit macam tu kawan aku Dhia pon bangun aku dengar suara Dhia terkejut tengok keadaan Ti da start nak meracau. Ti da start duduk peluk lutut dia dengan kaki and tangan terikat. Hida, Eiqa, Dhia da jerit-jerit panggil nama aku. Aku cuba bangun tapi still tak boleh. Sampai aku cuba kuatkan diri aku, aku jerit “Allahuakhbar !” Terus tercelik mata aku terus menjerongkah aku bangun lari untuk dapatkan dorang.

Aku jelas nampak Ti da mula meracau. Dengan rambut dia yang panjang paras p******g mengurai sampai ke pergelangan kaki menutupi muka dia. Badan dia da berenjut-renjut macam menurun ilmu. Diselang seli dengan pulak dengan suara dia yang berderam-deram kasar. Sebab takut kami semua lari tinggalkan Ti dalam bilik sorang kami ketuk bilik depan kejut housemate lain.

Sumpah takut gila time tu. Bingung tak tau nak buat apa. Dalam otak aku pikir takkan aku nak tinggal kan macam tu je. Aku ajak Hida dengan Eiqa untuk jenguk Ti dalam masa yang sama nak pasang Ayat Quran dari phone dekat dengan Ti. Masa kitaorang pergi bilik tu tiba-tiba Ti terus meracau nak terkam kitaorang. Bayangkanlah aku yang paling depan sekali terus lari keluar sampai tersungkur kami 3 (berlebam la jugak masing-masing ye la jatuh macam nangka busuk) hahaha dari luar dengar Ti meracau-racau memang suara dia lain macam garau betul. Sebab takut terus bangun and lari pergi bilik depan tempat berkumpul housemate lain.

Lama jugak benda tu jadi sampai la warden datang, alhamdulillah Ti ok. Tapi bukan orang yang pulihkan dia tapi dia pulih sendiri. Ti cerita dia jadi macam tu sebab punca dia tegur “benda” tu dalam teksi pak cik tu. Sebenarnya “benda” tu pak cik tu punya saka tapi dia sendiri tak tau. So benda tu marah sebab Ti tegur dia dan tak nak Ti bagi hint dekat pak cik tu yang “benda” tu jaga pak cik tu selama ni.

“Benda” tu berlegar dalam bilik kitaorang. Kata Ti “benda” tu besar, hitam dan berkepak. “Benda” melekat dekat tingkap bilik kitaorang and bagi warning dekat Ti jangan kacau dia. Kesian jugak tengok Ti macam tu, memang aku rasa bersalah juga sebab tinggalkan Ti seorang masa die kena rasuk tu tapi aku sendiri tak kuat nak stay dengan Ti time tu.

Sorry la cerita aku ni tak la seram pun harap korang terhibur la. Nak pesan dekat korang jaga la mulut tu. Jangan celupar sangat. Benda-benda macam ni kalau nampak ke apa ke jangan tegur senyap je baca ayat Quran banyak-banyak.

Tu je la sekian.

SeolJung

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

11 thoughts on “Kerana Midnight Movie”

  1. PALING TERKESAN BILA PART DIA SENDIRI BG TAHU YANG DIA MCM NAK KENA RASUK.. KALAU AKU DENGAR MCM TU MEMANG DAH MEREMANG DAH..
    (DAN SEKARANG AKU TAKUT PULA NAK PERGI TANDAS SORANG2 LEPAS BACA) AHAHAHAHA HADOI..

    Reply
    • haha sama, aku selalu lepas baca FS takut nak pi tandas. nak pulak lepas baca Makhluk Halus Takut Saya yg pasal KLIA tu.

      Reply
  2. bile bace part bole nampak benda2 halus ni, trus tkde mood nk bace… mcm senang je dpt sixthsense ni… dh bnyk kali bace cite org dpt tgk benda2 halus ni… agaknye d m’sia, melambak org ada sixthsense ni…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.