PONTIANAK

Hafiz dan Hannan ialah pasangan sepupu yang minat memancing ikan sungai. Mereka gemar memancing sejak kanak kanak, lagi lagi ketika cuti sekolah. Asalnya mereka akan pergi bersama ayah mereka suatu ketika dahulu. Apabila meningkat usia, dengan kepakaran memancing yang ada, mereka hanya pergi berdua ke sungai berdekatan.

Nak dijadikan cerita, Hannan bercadang untuk memancing di sebuah tasik pada waktu malam. Kalau tak silap, lokasi tasik itu ialah Tasik Bera yang tak jauh dari lokasi rumah mereka. Hafiz tak membantah cadangan itu tetapi satu kisah dari kawan lamanya. Hafiz memberitahu, katanya di Tasik Bera ada makhluk halus yang sering mengganggu manusia yang berada di tasik itu. Pernah suatu ketika dahulu ada seorang pemancing diganggu langsuir sehingga demam beberapa hari.

Hannan dengar apa yang Hafiz katakan tetapi tidak dapat menghalangnya untuk memancing disitu. Hafiz akan bersama Hannan untuk pergi ke Tasik Bera. Ketika sampai di sana, mereka bersedia dengan kelengkapan seperti joran, umpan, karpet, lampu suluh dan makanan dalam bekal mereka. Ketika itu sudah pukul 9 malam, mereka biasanya keluar selepas isyak. mereka mula mencari lokasi sesuai.

“Hafiz, kau rasa tempat kita berdiri ni ok tak jadi port kita” Hannan mulakan pertanyaan.

“Aku rasa ok, tapi kalau kau rasa tak ok, bagitau aku” jawab Hafiz.

Hannan melihat jelas wajah Hafiz yang agak serius. Memang ada yang tidak kena. Kemudian mereka melabuhkan karpet dan meletakkan barang keperluan mereka. Memasang umpan pada joran dan mula memancing. Macam biasa, perlu beberapa minit sehinggalah ada ikan terlekat di umpan. Untuk menghilangkan bosan, Hannan kembali bertanya kepada Hafiz.

“Kau rasa betul ke cerita pasal hantu langsuir semua tu? Takkanlah tempat yang cantik pemandangan ni boleh jadi tempat berhantu?”

Hafiz menjawab “dah banyak berlaku sebelum ni, tapi kalau belum berlaku kat kita, aku tak boleh kata apa apa. Cuma apapun yang akan berlaku, kita kena hati hati”. Hannan diam seketika.

Baru selesai borak, joran Hannan tetiba bergerak. “Hannan, jorak kau tu. Dapat ikan kot tu”. Hannan terus menarik dan memusing pemegang joran dengan pantas. Hannan merasakan dia sudah dapat ikan yang besar seperti dulu. Kemudian dia berasa pelik, ikan tidak timbul walaupun hannan menggunakan segala tenaga untuk menarik jorannya. Kemudian badan Hannan ditarik seolah olah ada sesuatu menarik tali joran dari dalam sungai. Hafiz memegang badan Hannan untuk mengelakkan Hannan dari termasuk ke dalam sungai.

Tali joran terputus lalu Hafiz dan Hannan tersungkur ke tepi sungai. Dari situ Hafiz merasakan tali joran itu tidak ditarik ikan besar. Ikan sebegitu tidak wujud di tasik, lagi lagi di Tasik Bera. Kemudian mata mereka terlihat sesuatu yang dari permukaan tasik. Itu bukan ikan. Yang keluar itu berbadan atau berbaju putih, rambut hitam kusut melitupi muka dan kukunya panjang.

Hannan sekarang sudah merasakan makhluk itu ialah hantu langsuir. Mereka melihat langsuir itu memegang objek tajam dan mula bergerak laju ke arah mereka. Mereka cemas dan ketakutan lalu lari meninggalkan tasik itu. Mereka menaiki kereta lalu bergerak dengan sangat laju. Hannan menarik nafas dengan tenang setelah tidak lagi melihat langsuir itu. Kemudian Hannan teringat sesuatu.

Hannan pernah berubat dengan seorang bomoh terkenal di sebuah kampung di Bera. Bomoh yang dimaksudkan ialah Tok Un. Tok Un sudah biasa merawat penduduk kampung yang terkena gangguan mistik. Setelah bercerita panjang lebar, Hafiz tidak jadi balik ke rumah dan terus ke rumah Tok Un yang dikenali Hannan itu. Sebenarnya Hafiz pun tahu kehebatan bomoh itu jadi dia tak berasa sangsi.

Ketika sampai di rumah Tok Un, Hafiz menceritakan masalah yang dihadapi tetapi..”sudah, aku sudah tahu masalah kamu berdua. Kamu diganggu langsuir bukan?” tanya tok bomoh. Kami angguk saja dan faham akan kepakaran tok bomoh. Tok Un meminta kami bersila dan Tok Un membancuh air seketika. Tok Un mula menceritakan tentang keberadaan hantu langsuir yang suka menganggu semua orang. Kami dah agak, cerita itu bukan rekaan semata mata.

“Kalau betul kamu diganggu langsuir, kamu ada ambil gambar langsuir itu masa di tasik tu?” tanya Tok Un. Hafiz tidak sempat mengambil gambar langsuir itu kerana hanya lari ke kereta, tapi untung Hannan sempat mengambil gambar langsuir. Hannan terus menunjukkan gambar itu kepada Tok Un dari telefonnya. Tok Un cuba melihat gambar itu, namun berasa agak pelik buat seketika.

“Eh kenapa macam kenal yang dalam gambar ni? Pasti ke ini langsuir?” tanya Tok Un. Hafiz menjawab, “Betullah tu tok, inilah rupa langsuir tu”. Hannan pula balas “hantu ni pun mengubah rupa jadi macam macam tok”.

Tok Un kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan jawapan mereka, jadi dia mengajak mereka berdua bergegas ke satu lokasi yang tidak jauh dari kampung itu. Hafiz dan Hannan menurut perintah Tok Un supaya misteri langsuir itu selesai. Mereka bertiga menaiki kereta Hannan dan bergegas ke lokasi yang dituju. Tok Un senyap seketika dalam kereta dan kelihatan sangat serius.

Sampailah di sebuah rumah usang, Tok Un bergegas ke hadapan rumah. Hafiz dan Hannan ikut dari belakang. Salam diberi oleh Tok Un, dan dijawab oleh seseorang dalam rumah itu. Mereka naik ke rumah itu membuka pintu dan melihat ada seorang lelaki. Lelaki itu duduk di kerusi beralas kusyen dan mengusap perut kerana kesakitan agaknya. Mungkin Tok Un sudah kenal dengan pemuda itu. Pemuda itu bernama Ahmad. Tok Un mula bertanya kepada Ahmad

“Maaflah Tok Un mengganggu, tapi Tok Un nak tanya. Kamu kenapa pegang perut dari tadi, kamu sakit perut ke apa?”.

Ahmad mula cerita. “Begini, sejam lepas saya pergi tasik nak cari barang saya. Saya tak sengaja tercampak sebab nak buang botol kat situ. Masa saya cari di tasik, saya ternampak kilat sabung menyabung. Baju saya pulak tersangkut mata kail. Saya ternampak dua orang kat situ, jadi saya cuba mintak tolong dengan mereka tapi mereka pula lari. Saya pun balik ke sini.

Tok Un terus bertanya, “jadi yang tarik kali masuk ke tasik tu Ahmad lah? HAHAHAHAHA”. Jadi Tok Un menjelaskan perkara sebenar. “Begini, tadi dua orang budak nak memancing kat tasik tu. Bila mata kail tersangkut, budak ni tariklah. Lepas tu budak ni lari katanya nampak langsuir. Jadi langsuir tu Ahmadlah? HAHAHAHAHA”.

“Buang masa je aku kita bazir tenaga lari dari hantu, dia hantu rupanya HAHA” Hafiz Ketawa. “Apa punya Ahmad, tak pasal pasal tertinggal barang aku HAHA”. Mereka berempat ketawa setelah mengetahui ahmad lah hantu sebenar.

TAMAT

Rating Pembaca
[Total: 30 Average: 1.8]

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.