#Lynn – Hospital

Hellooo… Hellooo… Hellooo… Kopi O Milooo… Ok, maaf… Terjangkit sebab baru dengar slot ‘Sister Kool’ dekat Kool fm td.Assalamualaikum warga FS dan pembaca FS semua. Lama dah saya tak menulis. Tengah duduk sorang2 dekat office waktu lunch, tiba2 teringat kisah2 zaman praktikal dulu.

Saya dulu praktikal di satu hospital ni. Memandangkan saya ambil kos kejuruteraan mekanikal, saya diletakkan di bawah seliaan bahagian fasiliti & maintainance (mostly bawah maintenance lif, air cond (HVAC), fire fighting, ambulance and etc). Mula2 saya masuk, sedikit awkward sebab department mekanikal ni semuanya lelaki. Supervisor saya di situ pulak, head facility dalam masa yang sama jurutera mekanikal di situ, so hari2 dia akan arrange saya untuk ikut mana2 group untuk follow sekali buat kerja.

Sebenarnya, seronok praktikal kat sini. Sebabnya, saya boleh masuk semua tempat dekat hospital yang kita tak boleh masuk sebagai orang biasa. Awal2 semua smooth. Tapi, biasa la, nama pun dekat hospital, tak sah kalau tak dak selit2 element2 seram.

1) Bilik meeting

Awal2 masuk situ, saya tak ada tempat (meja) memandangkan sebelum ni tak pernah ada lagi student perempuan, sebelum ni student lelaki, join ja technician2 lepak dekat bilik. So, supervisor saya minta duduk di bilik mesyuarat sementara sediakan tempat untuk saya. Saya ingat lagi, masa tu bulan puasa (part ni saya pelik, sebab kata orang, bulan puasa hantu setan diikat. Mungkin banyak lagi yang saya tak tahu). Masa mula2 nak masuk bilik tu, belakang saya galas beg laptop, tangan pulak penuh dengan fail log book. So, saya tolak ja pintu guna badan, and bila dah masuk, pintu laju ja nak tertutup, saya dah ready telinga nak dengar bunyi ‘doom’, tapi tak ada sebab pintu tiba2 macam ditahan. Lepas tu baru ‘doom’. Yang ni saya terkejut sebab tak bersedia. Tapi buat tak tau ja sebab tak fikir apa kan. Sebab bulan puasa, waktu lunch, stay ja dalam bilik meeting tu sambil layan you tube, al-maklum la internet laju. Tiba2 saya rasa macam ada angin tiup, agak kuat. Saya pusing, pelik, pintu tutup. Bilik tu pulak bilik air-cond. Saya buat tak tahu ja, sambung tengok you tube. Lepas tu rasa lagi. Saya buat tak tahu jugak. Bulan puasa kan, memang tak fikir apa langsung. Sekali dengar macam ada orang mendengus dekat sebelah kanan bersambung dengan macam bunyi orang bernafas. Terus meriding bulu tengkuk.

Slow2 saya pusing, nampak kelibat hitam, nak kata bayang macam 3D, tapi lutsinar, nak explain pun tak reti. Terus saya kaku. Tapi sekejap ja sampai la benda tu perlahan2 masuk bawah meja dan menghilang. Dah takut sangat saya terus keluar pergi stay surau sampai waktu zuhur. Maybe ‘dia’ pun bosan, nak join tengok movie sekali kan.

2) Pantry

Ada sekali tu saya lalu dekat depan pantry. Tapi dalam pantry gelap. Masa tu tengah rembang (tengah hari). Lalu ja, saya ternampak mak cik cleaner duduk atas meja sambil goyang2 kaki (dalam gelap) sambil nyanyi2 (bukan nyanyi la, macam buat muzik hmmm hmmm hmmm macam tu). Jantung saya tiba2 laju, tapi bila fikir, ‘ala, mak cik cleaner ja pun’ (ayat penyedap hati), kembali coolla kononnya. Sampai ja dekat pintu depan office, sekalijumpa makcik cleaner tadi, baru nak thumb print masuk kerja. ‘Aiseh’, mengusik betul. Last2 pi bilik SV acah2 nak tanya soalan sebab tak berani nak balik bilik meeting sorang2.

3) Lift motor room

Lif motor room banyak jugak tempat saya pergi. Dalam bangunan hospital, bangunan HR, bangunan quarters, and etc. Dalam banyak2 lif motor room yang saya masuk, ada la dua tiga yang sedikit ‘keras’.

First sekali, seingat saya, lif motor room bahagian neurologi (ye kot). SV saya cakap tu tempat pesakit2 kanser ditempatkan. Nak naik ke lif motor room bangunan ni, kena naik monkey ladder yang tinggi. Masa tu saya dengan SV saya saja. Dia nak tunjukkan kawasan2 yang perlu saya belajar. SV saya suruh saya naik dulu, in case kalau tergelincir or apa2. Saya naik la, dalam separuh naik, saya toleh ke bawah tengok SV saya follow or tak sebab tengok keadaan dekat atas yang agak gelap.

SV cakap naik sampai atas baru dia naik. Dekat2 nak sampai, saya rasa macam kaki kena tarik. Bila tengok, tak ada apa2 pun. Saya teruskan naik, tapi rasa berat sangat, sampai imbalance. Nyaris2 terjatuh, nasib kepala dan tangan dah sampai lubang lif motor room tu, ada tempat berpaut. Bila dah sampai tu, kaki shaking macam apa lagi. Dah sampai satu hal lagi, nak tunggu SV naik. Gelap krik2. Bertambah scary bila lif bergerak, boleh dengar bunyi rod lift tu berpusing dekat pulley. Bila SV dah sampai, dia pun start la cerita2 tentang system lif ni. Tiba 2 dia cakap, lain kali sambung, padahal baru ja dia naik atas. Saya pun ikutkan saja. Masa nak turun, sekali lagi terjadi macam nak naik tadi.

Then, lif motor room yang bagi saya agak keras sikit, dekat quarters hospital. Masa tu, SV nak tunjukkan saya lif jenis lain. Sebab katamya, lain jenama, ada beza sikit dari segi operation dia. Masa tu, dia nak tunjukkan saya lif jenis Toshiba tak salah. Kali ni naik tak gunakan monkey ladder. Cuma naik lif sampai level atas sekali, then naik tangga macam nak pi roof top.

Sampai atas, saya sedikit lega sebab cerah dari cahaya2 luar sebab ada macam jendela m**i di situ. Tengah syok2 dengar SV explain, sekali saya nampak macam bayang putih, bentuk macam orang, cumanya tak ada jisim. Boleh bayang tak macam mana? Time tu jugak tiba2 rasa meremang. Kat situ tak salah saya ada dual lif, kiranya ada dua motor la. Benda tu dok pusing2 kat salah satu motor tu. Tiba2 ‘dia’ terjun melalui lubang yang hubungkan lif dengan rod pulley (ala, tali yang pegang lift tu). Terus saya dari tengah tulis apa yang SV cakap, xtak boleh nak menulis sebab tangan dah shaking habis. Nak ambik gambar pun dah terketar2, gambar semua jadi macam orang Parkinson yang ambik. Bila SV perasan saya macam dah tak selesa kat atas tu, dia ajak turun. Tengah jalan on the way nak balik office kat dalam hospital, baru dia cerita, dah banyak kali orang2 yang duduk quarters tu buat bacaan yassin dekat situ, tapi still ada. Penduduk yang duduk dekat level paling atas (bawah lif motor room) yang selalu diganggu.

4) Asset clean up

Masa ni saya ditugaskan follow abang2 technician buat asset clean up (check asset2 hospital). Time ni paling best, semua bilik, bilik Dr, bilik bedah, bilik bersalin, semua bilik la senang cerita boleh masuk. Abang2 technician pun seronok sebab time ni la boleh masuk kolej jururawat nak usha awek2 nurse.

Cerita pasal nurse, ada satu hari tu saya dan sorang abang technician ni kena check asset dekat bangunan kolej jururawat. Masa check kelas2, tak ada apa yang pelik. Tapi bila check dekat dewan kuliah (masa tu tak ada kuliah), dah rasa pelik. Masuk2 gelap ja. Abang technician bukak lampu untuk check semua asset yang ada dalam tu. Tiba2 rasa macam ramai sangat dalam tu, sampai ke tahap tak boleh nak bernafas (macam ada dekat dewan yang buat jualan murah and ramai sangat orang, macam tu la rasa). Last2 saya cakap kat abang technician tu saya tunggu dekat luar. Nasib la asset dalam tu cuma air cond and PA system saja, tak la banyak abang tu nak check sorang.

Masa tugasan ni juga, ada satu bilik tu saya masuk, saya tak ingat bilik apa. Tapi bilik ni macam ada organ2 (saya tak tahu la organ betul (yang diawet) or organ buatan) untuk tujuan pembelajaran. Tapi agak scary la bilik ni. Ada jugak patung2 anatomi yang beurat2, saya tak tahu nak describe. Masa ni nak check asset air cond tak salah saya. Masa lalu depan patung2 tu nak ke air cond, rasa macam ada mata2 dok ikut pergerakan kami. Saya buat berani ja, tu pun sebab ada abang technician tu. Sampai ja kat air cond, abang technician yang pair dengan saya panjat nak tengok nombor asset dekat air cond tu. Saya tunggu bawah sambil tunggu abang technician bagitau nombor asset untuk saya catat. Masa tengah tunggu tu, dari ekor mata, rasa macam nampak ada yang bergerak2. Bila pusing semua static ja. Tapi bila tengok dengan ekor mata, nampak lagi dok bergerak2. Saya suruh la abang tu cepat sikit. Baru ja dia nak turun, sekali ada benda apa entah jatuh dekat belakang. Terus abang tu dari sopan2 nak turun, terjun and keluar dari bilik tu.

Lepas tu dewan bersallin. Dalam bilik bersalin ni, setiap pesakit diasingkan dengan tirai ja. tak ada pintu la senang cerita. So, masa ni abang technician suruh saya ja masuk setiap bilik sebab dia risau pesakit2 tak selesa kalau dia yang masuk check asset. Faham2 la, dewan bersalin. So, saya pun masuk la setiap satu bilik tu check satu persatu asset yang ada. Sampai ke satu bilik ni, baru saya nak masuk, nurse keluar tolak troli penuh d***h fresh. Bau dia, aduh, tak tahu nak explain. Bila dah ada d***h, paham2 la. ‘Makanan’ benda2 ni. Ada la yang bertenggek. Terus saya jatuh terduduk dekat situ. Nurse2 yang ada dekat situ terus datang pegang saya, ada yang pergi panggil abang technician yang tengah tunggu dekat kaunter luar.

Elok2 abang technician masuk nak tengok saya, dia selisih dengan nurse yang bawak troli d***h tadi, dia sekali terduduk. Saya pun tak tahu sama ada dia terduduk sebab tak pernah tengok d***h sebanyak tu or tertengok ‘benda’ lain. Lepas tu terus kami balik office, sambung check asset esoknya pulak.

Keesokkannya pulak, kami pergi ke jabatan ginekologi tak salah. Masa masuk satu bilik ni, sorang Dr tengah operate sorang baby ni. Selalunya saya bayangkan pembedahan ni melibatkan Dr yang ramai, tapi yang ni sorang ja Dr. Kesiannya tengok baby tu. Tengah kosentrate tengok, sekali nampak macam ada bayang dekat sebelah, macam setia ja tunggu Dr and baby tu. Sebab scary, saya pun terus acah2 fokus buat kerja.

5) Bilik Frozen aka Bilik Mayat

Masa ni saya cuma round2 hospital dengan SV sebab SV nak tunjukkan saya system ‘water sprinkler’ dekat dalam kawasan hospital. Masa tu hospital pun nampak busy sebab kononnya minggu tu ada orang kenamaan nak melawat hospital tu. Semua kerja2 pembersihan giat dijalankan. Tengah2 round tu, tiba2 saya rasa seram sejuk. Lepas tu SV saya suruh ke tepi. Saya pusing belakang, tengok ada staf hospital tengah tolak keranda besi (yang selalu dekat hospital tu). Jantung saya tiba2 laju, padahal tak ada apa2 pun, tak tahu kenapa.

Lepastu jalan macam biasa, sekali ada lagi beberapa keranda yang ditolak. Rupa2nya diorang tengah ‘kosongkan’ beberapa peti untuk dikhaskan kepada mangsa2 MH370 sekiranya betul pesawat tersebut ditimpa kecelakaan dan ada kemalangan jiwa (masa tu tengah heboh kehilangan MH370 and sebab hospital yang saya praktikal ni antara yang terbesar, sebab tu bilik mayat di ‘book’).

6) Ambulance

Kisah pasal ambulance pulak, masa ni Sv bawak saya pergi check semua ambulan yang ada dekat hospital tu untuk kenal pasti yang mana dah boleh dikategorikan sebagai BER (beyond economic repair). So, setiap kali check satu2 ambulan ni, leh rasa la bahang2 pelik. Al maklum la, ambulan tu bekas d***h, macam2 jenis pesakit dah naik, dah berapa orang meninggal dalam tu lagi. Tapi sebab siang, tak la rasa takut sangat. Sampai la dekat satu ambulan ni. Nampak la appearance dia yang agak old school. Masa saya nak masuk dekat seat driver untuk tengok sticker bila last servis, saya macam ditolak. Mula ingat khayalan ja, bila try sekali lagi still macam tu. Last sekali saya hold dulu yang sebiji tu.

Sebenarnya ada banyak lagi saya nak bercerita. Contohnya macam dekat wad khas untuk mangsa melecur/kebakaran (tak ingat nama scientific dia), tempat haemodialisis, kantin hospital, VIE tank (tank untuk supply oxygen) and banyak lagi. Tapi cukup la buat masa ni ya. Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]
Lynn

21 thoughts on “#Lynn – Hospital”

    • Terima kasih semua 🙂
      Insha Allah kalau saya ingat saya sambung..
      Sebab cerita ni dah 4 tahun lepas (2014), banyak yang dah lupa..

      Untuk Rakyatmarhaen,
      Terima kasih untuk pendapat awak.. betul dah tu.. Hehe..
      InshaAllah kalau ada kelapangan menulis lepas ni, saya google2 dulu untuk term2 yang saya tak sure 😀

      Kalau rajin, baca2 lah post2 saya yang sebelum ni..
      Sehingga bertemu lagi..
      Assalamualaikum..

      #Lynn

      Reply
  1. nama pun hospital..1001 satu kisah cerita seram ade. cuma antara diorg bercerita atau tak jer kan.. best story ni.. siap kakak cleaner duduk atas meja sambil goyang2 kaki humming dlm gelap u..uuuu~~~seram..mama nervous..

    Reply
  2. Cerita menarik dan tersusun. Suka cara penulis olah cerita.
    Thumbs up!
    Cuma ada kesalahan penggunaan term. Mungkin penulis boleh google dulu sebelum tulis supaya pembaca tak keliru.
    Contoh untuk pesakit kanser, wad onkologi bukan neurologi.. satu lagi yg Dr bedah baby tu bukan ginekologi tapi pediatrik(kanak2) atau neonatologi(baby).. so that org boleh belajar term yg betul..
    Just my humble opinion.

    Reply
    • Terbaik ler abg.. ingat saya sorang jer perasan ejaan dia salah rupa-rupa nye abang pun sekali. tulisan mcm abg ni ler baru betui-betul “engineer mekanikal” punya orang.. hahah

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.