Assalamualaikum wbt & salam sejahtera buat semua warga & pembaca FS sekalian. Kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa berada di bangku sekolah rendah. Saya & adik beradik saya memang semuanya bersekolah rendah di sekolah yang sama dari darjah satu sampai darjah enam. Sekolah ni bukanlah sekolah berasrama, tapi masih terselit sedikit kisah angkernya.
Al-kisahnya bermula bila ada dua orang kawan saya ni suka sangat bermain di belakang bangunan last sekolah ni. Time tu, saya darjah empat kalau tak silap. Banyak lagi kawasan kosong di sekolah tu compare dengan sekarang yang dah dipenuhi dengan bangunan baru untuk menampung pelajar yang semakin banyak. Masa tu, bangunan last tu menempatkan bilik muzik, bilik kemahiran hidup dan stor sukan di tingkat bawah manakala tingkat atas makmal sains. Belakang bangunan tu hutan yang masih tak diteroka (sekarang dah jadi taman perumahan).
Mulanya saya tak ambil kisah pasal dua orang kawan saya ni (saya namakan Lala & Lili, bukan nama sebenar). Tapi lama kelamaan, semakin pelik sebab mereka berdua sanggup skip makan or hilang bila kelas pendidikan jasmani semata2 nak bermain di belakang tu.
Satu hari, masa rehat, saya tanya la diorang, apa yang seronok sangat main kat belakang tu. Lala bagitau saya diorang ada kawan baru, sorang budak lelaki comel, nama Bob (bukan nama sebenar), rumah dia belakang sekolah, selalu main dengan diorang. Masa saya tanya tu, kebetulan memang diorang on the way nak ke belakang. Diorang ajak saya join, konon nak kenalkan saya dekat budak tu. Saya ok ja, follow diorang.
Bila sampai kat belakang, diorang bersemangat tunjuk rumah Bob kat saya. Tapi masa tu yang saya nampak cuma hutan tebal. Saya cakap la, jangan main2. Diorang bersemangat tunjuk macam betul2 ada. Saya malas nak layan, saya pusing nak gerak dari situ. Lepastu, diorang cakap lagi, “haa, tu Bob da mai”. Seriously, saya memang tak nampak apa2. Nak kata diorang tipu, nampak macam betul sebab lagak diorang macam tengah pimpin kanak2 kecik kat tengah2. Ala, macam mak ayah pimpin anak kecil tu. Tengah jalan ke arah saya nak kenalkan. Saya dah seram time tu, terus lari turun kantin sambil cakap “lain kali la, aku nak pi makan dulu”. Masa tengah lari tu, dah agak2 jauh dari diorang, saya pusing nak tengok, masa tu nampak diorang macam tengah main kejar2 sambil gelak2, gayanya macam tengah dikejar “orang ketiga”.
Saya pernah tanya diorang, budak Bob tu macam mana orangnya rupa dia, pakaian dia. Muka diorang pelik saya tanya macam tu. Diorang cakap “Kan hari tu dah tengok, tu la, orang nak kenalkan tak mau”. Tapi bila banyak kali suruh cerita, diorang cerita jugak. Diorang cakap la, first time jumpa budak Bob tu masa diorang simpan barang dekat stor sukan. Budak tu comel, pakaian dia pun macam budak biasa, pakai t-shirt dengan seluar pendek. Tapi baju dia macam orang susah, dah lusuh macam tu. Rumah dia kat belakang sekolah tu pun macam pondok buruk. Telan air liur ja saya dengar cerita diorang.
Masuk darjah lima, diorang semakin berani. Sampai ke kantin diorang usung “budak” tu. Ada sekali tu, saya tengah makan, diorang suruh saya ke tepi sikit untuk bagi space “budak” tu duduk. Saya yang seram sejuk terus bangun konon2 dah habis makan. Masa tu, dah ramai budak2 lain pinggirkan diorang sebab berperangai pelik. Lala yang merupakan sorang pengawas pun dah jarang buat tugas dia gara2 sibuk bermain dengan Bob tu. Dekat kantin ni, kata diorang, Bob suka main dekat satu sudut ni. Dekat situ ada pokok buluh yang boleh dikatakan rimbun jugak la.
Cerita tu tak stop dekat situ saja, masuk darjah enam, pihak sekolah buat keputusan nak tebang pokok buluh tu, sebab dah terlampau rimbun, mencacatkan pemandangan sekolah. Tapi setiap kali nak tebang tu, ada ja masalah yang timbul. Mula berlaku kes hysteria di sekolah tersebut. Yang si Lala & Lili pulak, sekali tu, menangis2, teruk sangat, katanya sebab si Bob dah tak mau berkawan dengan diorang lagi. Lama kelamaan, dengan bantuan ustaz, ustazah, guru kaunseling & guru2 lain, Lala & Lili pun semakin ok.
Ingatkan semua dah berakhir. Kami semua masa tu tengah pecutan terakhir untuk UPSR. Masa tu jadual memang pack. Balik sekolah lambat, malam ada kelas tambahan di sekolah, hujung minggu pun ada kelas tambahan.
Bercerita tentang kelas tambahan malam, masa tu keluarga saya ada satu kereta saja, motor pun tak ada lagi. And ayah saya pulak kerja kilang, ada shift. So, kalau ayah kerja malam (guna kereta), terpaksa la mak saya ambil saya (berjalan kaki) dengan jarak rumah ke sekolah lebih kurang 1.5 km. masa tu adik saya semua kecil2 lagi, (9 tahun paling besar & yang bongsu baby lagi). Mak saya selalu bawa semua adik saya (4 orang) sebab tak berani tinggalkan kat rumah.
Selalunya, masa menunggu saya habis kelas tambahan malam, mak tunggu dekat dengan tangga untuk naik ke library (bangunan depan sekali, kelas saya bangunan 2nd depan). Bawah bangunan tu bilik guru and depan bilik guru tu ada kolam ikan. Malam2 boleh bayang la keadaan memang sangat gelap, tambahan lagi bilik guru dah tutup. Hanya mengharapkan lampu koridor yang malap2. Adik2 saya suka bermain dekat kolam ikan & tangga tu sementara tunggu kelas saya habis manakala mak saya pulak duduk ja jaga adik bongsu saya dalam stroller.
Ada satu malam tu, mak saya terdengar suara macam orang berjalan dengan kasut terompah kayu. Mula2 bunyi macam berjalan, lama-kelamaan semakin laju bunyi tersebut. Adik saya yang 9 tahun tu hampir2 tegur bunyi tu, tapi mak saya sempat tutup mulut dia. Mak cakap, time tu mak hanya berani dengan adik2 ja. Mak pimpim semua adik2 sambil tolak stroller, jalan kearah bangunan kelas saya sebab dekat situ cerah sikit dengan lampu kelas. Masa berjalan tu, dengar tapak kasut seperti orang berkawad tengah ikut belakang. Mak saya tak berani menoleh, tapi semakin cepat berjalan kearah kelas saya. Hari2 seterusnya mak dah tak tunggu dekat tangga library lagi, mak terus ke kelas saya. Tapi kadang2 still dengar lagi bunyi yang sama. (Setelah berbelas tahun berlalu baru mak cerita dekat saya pasal benda ni).
Berbeza pula dengan cerita dalam kelas tambahan malam. Ada satu malam tu, kelas berjalan seperti biasa. Tiba2 ada sorang budak perempuan menjerit, tak tahu kenapa. Terus kelas terberhenti. Masa cikgu cuba untuk menenangkan pelajar tersebut, sorang lagi pelajar menjerit. Masa tu saya tertengok dekat luar. Dekat satu pokok tu (pokok yang ada tali macam cerita tarzan tu, tapi pokok tu kecik lagi, lebih kurang tinggi orang ja), saya ternampak macam ada benda tergantung. Saya cuba tengok betul2, bila dah jelas saya hampir nak menjerit, tapi Lala pegang saya cakap jangan jerit, nanti “benda” tu lagi senang nak masuk. Rupanya Lala pun nampak (kepala tergantung dengan rambut serabut & darah menitik dari kepala tu). Kedengaran cliché macam cerita dibuat2, tapi tu la cerita dia time tu. Lala bangun bagitau cikgu, masa tu sangat huru hara sebab semakin ramai yang menjerit. Lepas bagitau cikgu, Lala duduk balik depan saya and pegang tangan saya. Elok2 Lala sentuh tangan saya, Lala terus tertolak ke belakang (macam ada yang menolak), terlepas tangan saya. Lala cakap macam ada current dari dalam badan saya tolak dia. Tiba2 ja saya shaking tak boleh nak control. Last2 cikgu dah tak tahu nak buat apa, cikgu mintak tolong pelajar yang still ok tenangkan pelajar2 yang menjerit, and cikgu keluar call semua parents datang ambil.
Nasib hari tu ayah kerja shift siang, so bila cikgu call, ayah terus datang ambik saya. Ayah tanya apa jadi, kenapa balik awal, tapi saya tak boleh nak bukak mulut, saya diam ja dalam kereta. Sampai2 rumah, mak bukak pintu, terus saya lari pi peluk mak sambil nangis2. Terus mak marah ayah “abang buat apa kat dia ni?”, ayah saya blur2 sambil cakap tak buat apa pun (lawak pulak bila fikir balik). Bila dah cool down sikit, baru saya start cerita apa jadi. Malam tu saya tidur dekat bilik mak saya sebab takut sangat.
Lepas dari hari tu, pihak sekolah batalkan semua kelas malam dan panjangkan masa kelas tambahan hujung minggu. Tapi, kelas di waktu siang pun bukanlah seindah yang disangka. Setiap kali masa nak ke kelas, mesti ternampak seperti kelibat hitam (macam mengendap) di sebalik tingkap di tingkat atas. And bila pergi tengok, pintu kelas tersebut kunci, means tak ada yang boleh masuk. Tu tak termasuk bunyi2an yang dengar dari bilik muzik, dari makmal sains, bau-bauan yang pelik (macam kapur barus kadang2).
Start dari tu, macam2 doa (ayat dari al-quran) mak suruh hafal dan amalkan. Kadang2 mak sapukan minyak celak (minyak nyok yang dah dibacakan ayat suci al-quran) untuk elakkan diganggu. Kata mak, kita hanya beriktiar. Berkenaan pokok buluh tadi pulak, setelah macam2 usaha dibuat (tebang guna gergaji mesin, bakar, etc) tak berjaya, akhirnya berjaya ditebang dalam tahun 2011 tak salah (adik bonus saya pun dah darjah tiga time tu). Tapi Alhamdulillah, kami adik beradik berjaya habiskan sekolah di situ tanpa apa2 insiden buruk yang berlaku.
Itu sahaja cerita saya pada kali ini. Saya mintak maaf jika tidak menyeramkan dan membosankan. Terima kasih & assalamualaikum wbt.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ingat lg ceta sekolah rendah yer dik.tp mmg..ingatan budak2 ni mmg kuat smpai dia dewasa bole ingat.niway best!.seram.teruskan menulis.kipidap
Sy tulis yg sy ingat ja.. Ada lg yg ingat2 lupa.. Haha..
Untunglah ada adik bonus…
Sy pun xtaw mcm mn boleh trok beno typo nya.. Sy dh bc balik dh lepas tulis, boleh jgk terlepas pndg.. Haha..
Lame gak ekk kirenye diorg kena gangguan teman tapi mesra tu…
Mesti ko cuaaakkk jer kan bile kwn2 rapat buat pe’el camtu…
Pastu bebudak lg plaknye nk take action pape pn xtau sgt…
Scary jgk la.. Walaupun xnampak ap, tp bla dekat dgn diorg pn dah rasa meremang.. Haha..
Lala dan lili pun takda jumpa bob lagi ke pastu?
Katanya, last diorang jumpa msa pihak skolh nk tebang pokok buluh tu.. Msa tu Bob mrh sgt diorg ckp..
adik bonus ek hahahaha.
Haha.. Tertypo.. Tp terteruk lak typo yg satu tu.. Jauh beno bunyinya..
hahaha..xpe lynn, yang penting cerita best 🙂
Terima kasih 🙂
Ok cerita ni adlh slh satu cerita yg dh brjaya takutkn aku mlm ni.. Congratssss ??
adik bonus tu ape?
lala n lili bila dh last2 sklh, diorg x tau ke diorg bukan bkawan ngn org mse tu?