Maafkan Aku Ibu (bhg. 2)

Sejak aku lari dari rumah.Hidup mula jadi kacau bilau. Kami semua buat plan .Mula2 kami akan sembuhkan fuad dulu kemudian barulah turn aku pulak.

Malam jam 9 aku sengaja nak makan angin. Jadi aku jalan kaki ke kedai makan berhampiran then order kuew ttiau special 1 dengan apple jus. Masa tengah makan, datang seorang lelaki dengan seorang perempuan umur dalam lingkungan 30 an macam tu. Dia kata dik boleh tak kami duduk makan kat sini? Why not kan? So aku ajak la diaorang duduk. Diorang order milo ais tanpa pesan apa apa makanan. Muka memang pucat mereka berdua tu..macam sakit je aku tengok. Aku tenung dia, dia tenung aku. Laki ni aku bg nama kuaci dan pompan ni aku bg nama santan. Hahaha..gasak laaa namaa.. si santan tanya aku, duduk mana dan kenapa sorang2.Aku jawab la aku stay area sini je.Saje jalan2 ambil angin. Dalam nada serius, si kuaci bagitahu aku yang dia tahu aku ada masalah.Agak terkedu aku dengar.Macam mana dia tahu? Sedangkan aku kenal pun tak. Dia ajak aku pergi ke rumah dia sebab katanya ada orang nak cederakan aku.. Aku pun pikir, apa salahnya kalau dia nak tolong aku sebab nampak muka ikhlas. Aku pun bayar dan nak ikut si kuaci ni tiba2 orang tua yang pernah tegur aku sebelom ni pasal tingkatkan ilmu bagai tu datang dan si kuaci sama santan pun blah dari kedai tu. Aku terpinga pinga jugak. Kenapa dia bla sedangkan dia ajak aku pergi rumah dia.aishhh.. Dengan lembut pakcik tu suruh aku duduk semula dan tanyakan sama ada mereka berdua tadi ada tak bagi aku sesuatu. Maka aku jawab xada melainkan mereka ajak aku pergi ke rumah mereka agar aku dapat diselamatkan dari pembunuhan.

Dengan tenang dan bersahaja, orang tua tadi..okay aku gelar sebagai seri muka sebab orangnya lembut dan berseri wajahnya bagitahu aku yang mereka berdua tadi bukanlah manusia. Tetapi jelmaan yang dihantar untuk memujuk aku supaya mengikut mereka ke suatu tempat yang dipercayai ada tujuan tertentu. Aku perkenalkan seri muka kepada ayah fuad. Mengucap panjang seri muka bila tengok keadaan fuad. Dalam keadaan tenang, seri muka menyuruh fuad berada di ruang tamu untuk di ubat. Malangnya, aku tak dapat saksikan kejadian tu sebab aku ke dapur menyediakan sedikit santapan buat seri muka. Cuma apa yang aku lihat, muntah fuad busuk, ada segumpal rambut dan darah yang tak seberapa banyak tetapi cukup mengerikan dan memualkan. Selepas dimandikan dan di beri sedikit minuman daripada air yang telah diselawatkan, fuad kulihat semakin segar dan sihat dari sebelomnya. Boleh mengucap dan boleh melafazkan selawat dengan baik.Alhamdulillah.

Berbalik pada siapakah seri muka? Beliau mengakui aku adalah anak saudara nya yang telah dilarikan oleh makmi. Ayah kandungku sebelom menghilangkan diri telah mengamanahkan agar aku dijaga oleh seri muka untuk kebaikan aku kerana makmi merupakan pengamal ilmu hitam. Dan seri muka telah menjaga aku sewaktu aku berumur 8 bulan dan beliau sanggup berhenti kerja dan menyewa rumah berhampiram demi menjaga keselamatan aku. Namun begitu, ayahku bukanlah lelaki pengecut yang sanggup tinggalkan anaknya demi mencari harta dunia kerana segala baju baju dan barang tidak dibawanya sekali jelas seri muka kepada kami. Seri muka tegas mengatakan bahawa kehilangan ayah ku ada kaitan dengan makmi namun tiada bukti menunjukan makmi yang melakukan.

Jam 2 pagi baru aku mampu melelapkan mata namun otak masih berpikir apakah permainan makmi selepas ini. Dalam kesedapan lena di ulit kesejukan, aku dikejutkan dengan bunyi ketukan kayu katil dan gegaran tilam seolah2 ada yang melangkah badanku. Terasa seperti ada sesuatu yang lembut menyapa kakiku. Lantas aku tersedar dan mendapati 3wanita berambut ikal mayang tersenyum menyegih ke arah ku. Salah satu dari mereka merapati mukanya ke mukaku seiring dengan perkataan “TOLONG KAMI DIK” dan mengcekik aku sehingga aku rasa sukar bernafas. Rasa dah cukup kuat dah aku menjerit tapi entahlah takde plak yang datang tolong aku masa tu..Dalam hati hanya sebut Bismillah dan Allahuakhbar dan benda tu trus menyeringai hilangg.. Rupanya aku mimpi dan telah menjerit sekuat hati sehingga mak ayah fuad meluru masok melihat aku. Tersedar jam 3.40 something macam tu.

Pagi tu aku cerita lah kat family fuad pasl mimpi aku. Dorang tanya sama ada aku kenal ke tidak mereka yang berada dalam.mimpi aku tu. Memang aku tak kenal seorang pun. Seri muka datang selepas dimaklumkan bahawa aku mimpi aneh malam tadi. Seri muka tanya kan wajah2 mereka tu.Namun sukar untuk aku jelas kan bagaimana rupanya. Allah, kenapa aku tak terpikir yang aku boleh melukis. Terus aku capai pen dan kertas dan melukis ketiga tiga wajah mereka. “ALLAH ALLAH ALLAH” itulah apa yang mampu dikeluarkan dari.mulut seri muka.Aku letak lukisan tu atas meja tiba tiba air yang berada berdekatan lukisan tu tumpah dah berderai ke lantai. Baru nak capai selamatkan lukisan tu, seri muka kata, xpe.. aku nampak “dia” yang buat.
Siapa “mereka” dalam mimpi aku?
Kami pun membaca Yassin selepas apa yang berlaku dan berharap agar aku serta yang terlibat kembali pulih semangat untuk menempuh hari seterusnya selagi teka teki ini masih belom diselesaikan.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

35 thoughts on “Maafkan Aku Ibu (bhg. 2)”

  1. koaci/santan/seri muka.. spoiled mood aku la..cer la bagi nama serius skit..
    cerita da best tp letak nama mcm tu dia jd x brapa nak best..

    lagi satu mak aku pernah pesan : –
    janganlah kita mengikut orang yang tidak di kenali ke satu tempat yg tidak pernah kamu kunjungi..

    6/10

    Reply
    • Kaaannnn…
      Geram plak akk tgk peel sambil lewa die ni…
      Memalam jalan kaki g mkn sensorg…
      Pastu sebarang2 nk ikot org2 yg die x kenal camtu jer…
      Mmgler katenye org tu nk tolong, tapi byk perkara mencurigakan yg boleh dipertimbangkan kot kaannn…

      Reply
  2. Best crita ni tp lg best klau santan..seri mua bagai tu gnti dgn nama org..letak je la nama pa pun asal nama org..baru best..cerita ni btul ke tak?
    Klau.btul la dik..aku nsihatkn kau jgn mudah percaya org,senang sgt kau nk ikut org bru yg kau kenal tak smpai sehari pun…waduh..
    Mohon bagi.panjang lg dik bru best klau nk buat part.. okey aku tunggu cerita kau

    Reply
  3. apa laa nak bersambung2 bagai….ingat drama sinetron ke dik????
    taip jlah panjang2 terus,bagi abis terus citer….nak femous jgk ke apa dik oii???

    Reply
  4. citer best..tapi nama watak tu tolong letak cara yang betul mcm pak cik,mak cik ka…x sshkan
    btw citer mmg best…
    kasi panjang ye…

    Reply
  5. Betul2 … cerita dah best.. tapi bila baca nama samaran tu jadi menyampah pula nak baca.. tolong tukar nama tu boleh tak… terus rase cam tak best pulak …

    Reply
  6. Masok part 2 eh bersambung lagi pulak daaa…tp full story best gile dgn care penulis mengilhamkan karya nye !! so next entry please la jgn ade sambungan..bg abes !!
    9.945/10.000

    Reply
  7. Tak baik tau pitnah makmi..
    Makmi ta pernah suruh ekau p semayang kat sejid..
    ekau yo yang ta nak semayang kat rumah sebab rumah makmi takdo aircond.

    Reply
  8. kadang penggunaan nama ni penting untuk jalan cerita …kalau letak nama2 makanan tu seri muka…santan…kuaci…seram tu boleh tenggelam…mcm kelaka pun ada… hanya padangan sahaja
    jangan kecam ea

    Reply
  9. dulu bila singgah fiksyen shasha mesti berkerut je muka aku, kengkonon tengah menjiwai cerita seram yg diceritakan. tapi la ni aku baca komen2 bole gelak sorang2 dibuatnya.

    Reply

Leave a Comment