Maafkan Aku Ibu (Nasi Kangkang)

Assalamualaikum admin dan pembaca FS sekalian. Aku intro dulu. Aku mai umur 21 merupakan anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan yang suci sesuci lebaran. Nak dimulakan cerita,aku hanyalah anak atas kertas tetapi reality nya aku seorang hamba dibawah jajahan dan kekuasan makmi iaitu ibu kandung aku sendiri.

Hidup aku mula berubah sejak aku berkenalan dengan seorang lelaki iaitu Fuad. Ouh lupa, dalam hidup aku, musuh manusia aku adalah kakak aku sndiri iaitu moci.Umur 24 memang lawa tapi perangai kalah ceton. Semua aku buat memang dia akan komplain. Sehari tak gaduh bukan moci namanya. Anak kesayangan makmi.

Kawan punya kawan dengan fuad ni.Akhirnya dia lamar aku..uuuuuuiii bahagia bak hang. Aku bawak dia jumpa makmi sebab aku dah ready nak hidup sendiri. Hidup jauh dari keluarga aku yang sekarang ni. Seminggu selepas aku bawak fuad balik rumah jumpa mak, dia mula berubah perangai. Dia seolah olah dah jadi orang yang aku sendiri tak kenal dengan sikap biadab dia, dengan panas baran nya. Diringkaskan cerita, si fuad ni memang 100% abaikan aku. Bohong aku cakap aku tak frust..heh penipuu.. giler tak frust, dahlah dia orang yang kita sayang, kaya tu kaya la dari aku..hahaha.. handsome tu memang ada la.. ahhh abaikann.. menagis meraung gak aku masa tu..paling sakit kakak aku sendiri beb yang sailang si fuad ni. Aduhh, malang sungguh kau fuad dapat awek ceton macam tu..

Aku ringkaskan cerita, aku kalau nak solat kene solat kat surau berdekatan. Jalan kaki 10 minit sampai surau. Jarang ada orang perempuan solat kat surau.Kadang kadang solat sorang2. Sejak aku lahir sampai la ni. Aku memang tak tahu sebab kenapa dan mengapa makmi tak benarkan aku solat kat rumah.

Khamis malam Jumaat, aku tersedar dari tidur dalam anggaran 1 ke 2 pagi. Dengan kat dapur macam ada orang membaca something. Ayat aku tak faham bende apa entah dia merepek. Slow2 aku jalan tinjau dari langsir di ruang pintu dapur, aku tengok moci sedang membuat nasi kangkang.

(Aku tahu nasi kangkang sebab pernah tengok dalam tv posisi dia).

Tak semena mena aku kena satu tumbukan yang aku sendiri tak pasti apa. Tiba2 makmi keluar bilik dah diheretnya aku ke satu bilik yang aku tak pernah tahu kewujudan nya. Rupa rupanya makmi mengamalkan ilmu hitam. Bilik kecik yang penuh tengkorak, lilin, kemenyan dan beberepa bungkusan yang dibalut kain kuning. Takut yang teramat sangat.

Then moci masok bilik bawak satu periuk nasi dalam keadaan berpeluh peluh. Dengan senyum sinis, moci kata inilah makanan yang fuad makan hari hari. ALLAH..menitik air mata aku.. Dalam hati aku bersumpah akan hapuskan moci dan makmi walaupun makmi ibu kandung aku sndiri.

Sebelom keluar bilik, makmi bagi amaran kat aku. Katanya, kalau aku berani berbuat perkara yang mampu merosakan ilmu dia..maka aku akan dia hapuskan seperti mana dia hapuskan anak anak dia yang lain kerana ingkar menerima ilmu dia dan cuba melawanya kecuali moci. Kini baru aku teringat, sebelom ini ada seorang lelaki tua yang aku anggarkan umur beliau dalam lingkungan 50-an pernah menyapa aku secara tetiba tiba menyuruh aku perbanyakan amal ibadat dan tingkatkan ilmu agama. Aku ingat orang yang kurang normal. Yela, tetiba dok menyapa kita kan. Kenal pun tak. Rupanya ada sebab aku bertemu dia. Tapi dimana lelaki itu sekarang? Adakah dia tahu keadaan aku sebenar benarnya?

Hati terasa bersalah bila kekasih sendiri makan makanan yang kotor dari d***h daging sendiri. Aku yang depan matanya seolah olah kami memang tak pernah kenal. Hati ni nak je bagtau” woii fuaddd, jangan makan dowh..kotor beb”. Hanya mampu berkata dalam hati sebab terlalu takutkan makmi.

Dalam sibuk memikirkan cara bagaimana hendak ku khabarkan kepada fuad bahawa dia telah diguna guna oleh akak ku, tetiba satu panggilan kuterima. Ku angkat dan ku say hello. Rupanya ayah fuad. Ayah fuad suruh aku datang rumah dia katanya ada hal penting. Ingat ayah dia nak belanja makan ke apa ke eh dimaki makinya aku weh. Anak dia dah macam bukan anak dia. Macam orang sasau. Ibu bapa mana tak sedih. Disalahkan aku 100% atas perubahan anak dia. Fuad kian baran. Dia mula tak solat dan tiap kali dia dengar azan atau mengaji, dia akan meracau racau.

Diringkas kan cerita, aku lari dari rumah setelah aku berterus terang kepada ayah fuad tentang perbuatan makmi dengan moci. Aku menginap buat sementara di rumah fuad atas keprihatinan ayah dan ibunya serta atas faktor keselamatan aku jugak. Betul kata makmi, dia akan b***h aku seperti mana dia b***h anak2 dia. Tapi tidak semudah tu dia nak bagi aku m**i dengan sekali tikaman atau pukulan. Game dia baru bermula.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

13 thoughts on “Maafkan Aku Ibu (Nasi Kangkang)”

  1. cerita sebenar atau bukan? 6.5/10

    sebab aku da jadi pembaca yg agak baik lately..so aku x nak komen la pasal bbrapa spelling ngn ayat yg salah tu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.