Main Cak Cak

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada rakan-rakan FS. Selalu baca aje kisah orang lain sampaikan terdetik untuk aku pula menulis. Terima kasih FS sudi approve kisahku ni. Ok lah tanpa berlengah lagi namaku Nurul, cerita aku berlaku disekitar tahun 2003 macam tu la. Masa tu aku study kat salah sebuah kolej kejururawatan di Perak (nama rahsia sebab aku pun tak habis study sini sebab ade masalah dengan pentadbiran kolej).

Nak dijadikan cerita masa tu aku di sem 1, so dalam sem tu kami dikhabarkan untuk menjalani praktikal dan dapat tahu kami kena praktikal kat Hospital kerajaan di Kelantan. Maka, rasa juga la excited nak pergi tu. Kami yang di sem 1 dan 2 ni sama-samalah bersiap ape semua untuk ke sana menaiki bas kolej. Dalam perjalanan everything ok, cuma bila sampai di Gua Musang bas kami rosak dan terpaksalah berhenti. Kalau tak silap malam ke lewat petang kami sampai.

Ok bila dah sampai tu kami semua ni ditempatkan dekat sebuah hostel berdekatan hospital supaya senang untuk kami la kalau ape-ape in case bas rosak ke ape boleh la menapak aje ke hospital tu. Emm, first aku tengok hostel tu dalam hati macam agak tak best la sebab struktur lama dan macam jarang diduduki. Tapi dah sampai dan aku fikir sebab nak praktikal maka bedal aje la kan. Malam yang kitaorang tinggal situ semua ok xde ape-ape yang pelik, seram or perkara-perkara yang mendatangkan kemusykilan tu. Sebulan tak silap kami semua kat situ.

Haaa, sampailah tiba satu hari tu. Bermulanya keseraman aku dengan beberapa kawan aku nih. Bilik ktorng ni memanjang tau pastu dalam satu bilik ade dalam 4 orang gitu la. Tingkap bilik ni jenis tingkap kepak-kepak tu. Hope korang leh bayangkanlah bahawa bila tingkap jenis tu ade lah dalam 6 ke 7 nk kena bukak dan tutup tiap-tiap hari. Jenuhhh. Ceritanye start bila satu hari ni aku dengan dua kawan aku ni pergi ke hospital untuk derma d***h. Kebetulan lah kan ade derma d***h so kami pon derma dan paling best masa tu sape yang derma d***h tak perlu masuk shift. Hahah.

Ok then masa balik tu around nak Zohor dah. Aku dengan kawan aku 2 orang ni naik bas kolej untuk balik ke hostel. Sesampai kat hostel kami pon lepak luar jap. Tapi entah macam mana tertarik pulak kami untuk naik ke bukit berhadapan hostel kami. Untuk pengetahuan korang, berdepan dengan hostel kami ade rumah lama tapi memanjang kata kakak yang jaga kami tu dia bagitahu tu tempat simpan ubat hospital waktu dulu-dulu dan dah tak ade penghuni. Korang ingat ayat aku ni tau, tak ade penghuni dah ok. Pastu jalan sikit ade bukit kat situ ade beberapa rumah yang dikatakan untuk doktor-doktor duduki. Rumah cantik katenya. Haa, kat situ rasa menarik kan. So kitorang bertiga buat keputusan untuk naik ke bukit tu konon nak tengoklah rumah-rumah tu. Gatal sangatkan dengan baru lepas derma darahnya dan dengan waktu dekat Zohornya. Haha, mendapatlah kan.

Maka dengan jayanya, kami pon daki-daki kecil ke bukit tu. Seingat aku 3 buah rumah kot kat atas tu. Kami pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah ala-ala arkitek melawat kawasan. Rumah pertama, kecil struktur binaan ok la. Rumah kedua, sederhana dan boleh la. Tang rumah ketiga ni memang cantik, besar ade porch kereta sebelah rumah dan depan rumah ade binaan air pancuran memang cantik. Kat rumah ketiga ni paling atas bukit tu. Rumah ni lah kami masuk. Memang cantik walaupun dah banyak semak samun, kaca pecah dan retak sana sini. Masa masuk tu rasa meremang tu ade tapi aku buat tak tau aje pon. Cuma tak sempat nak naik atas kawan aku ajak balik. Acah-acah berani. So kami pon turun dengan jayanya.

Kami pon pulang ke hostel sebab dah penat dan dah masuk waktu Zohor. Pastu kami pon rehat-rehat dalam bilik. Waktu tu kawan-kawan aku tumpang bilik aku sebab nak bercerita masing-masing punya seronok mendaki tadi. Tapi tak lama lepas tu kitaorang ni tengok-tengok pemandangan berdepan hostel kami. Hostel ni 2 tingkat so memang kami kat atas sebab bawah ade bilik penjaga hostel dan dapur. Tengah baik punya menikmati pemandangan tiba-tiba, aku terpandang kat tingkap rumah tempat simpan ubat dulu yang aku tegaskan kat atas tadi tu, dah tak ade orang tinggal ok.

Aku terpandang sesusuk tubuh tapi berkain putih. Nak kata penampakan pocong die lebih kurang la. Sekejap die rapat dengan tingkap sekejap die menghilang. Benda tu berlarutan dalam 5 minit la. Aku ingat aku sorang aje nampak, rupa-rupanya kawan aku pon nampak siap sorang lagi yang rabun ni pergi balik bilik ambik spek korang tau semata-mata nak tengok. Bila dah tiga-tiga nampak maunya mulut x bercakap. Kecoh la jugak sampai kawan aku suruh baca surah-surah ape patut.

Untuk pengetahuan korang lagi 2 kawan aku ni berbangsa India. Yang sorang lagi dok tarik langsir sambil tutup tingkap-tingkap sebab takot punya pasal. Aku pon rasa seram sejuk aje time tu. Macam benda tu main cak cak dengan kami. Lepas semua tenang kami pon pergi tanya kakak yang menjaga kami kat hostel tu kisah-kisah rumah dan rumah berhadapan hostel tu. Takde la kisah menyeramkan sangat cuma tempat-tempat tu dah lama tak berpenghuni so tak hairan lah benda dari alam lain yang mendiami rumah-rumah tu kan.

Maaf jika kurang seram tapi bila mengalami keadaan tu depan mata rasanye terima kasih lah tak nak tengok lagi. Tapi lepas kejadian tu ade juga kawan-kawan lain cakap ade dengar bunyi tapak kaki lalu lalang depan bilik dan kelibat tu berhenti depan pintu bilik. Ini sahaja dulu cerita dari aku. Nanti aku kutip pengalaman-pengalaman kawan yang lain ok. Terima kasih kerana membaca kisah aku ni. Sehingga berjumpa lagi.

.

Nurul Eyelaa
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.