#Maira – Kasyaf

Microsoft Office Word terbentang dihadapan mata. Namun tidak sampai sepuluh baris ayat yang telah ditaip. Entahlah, hendak dikatakan tidak ada idea. Rasanya idea aku banyak, kalau tak masakan aku boleh draf tiga empat cerita. Cumanya tak tahu dimana silapnya, isi yang ada tidak dapat dikembangkan dengan baik. Termasuk ini, sudah hampir sepuluh dokumen word yang sudah selamat didelete. Mujur juga aku menulis menggunakan laptop, jika menulis menggunakan typewriter, mungkin sahaja sudah penuh bakul sampah dengan gumpalan kertas.

WULANSURI – itu tajuk yang aku pilih untuk penulisanku kali ini. Cerita mengenai pontianak yang bersumpah untuk menjaga keturunan yang bukan dari susur galurnya. Kenapa pontianak? Aku senyum sendiri saat soalan tersebut diajukan Hanis sewaktu aku keluar makan dengannya sambil bercerita tentang material baru untuk penulisanku.

Sebab logiknya yang kita tahu pontianak perempuan. Baru sekali aku dengar pontianak lelaki, itupun melalui Cerita EL. Tapi tak mustahil, jin itu ada keturunan dan ada jantinanya. Sebab keduanya, Wulansuri tu nama perempuan. Jadi semestinyalah pontianak aku berjantinakan perempuan.

Klise, kata Hanis. Orang dah tak baca cerita seram. Cuba buat cerita thriller, psiko part pun okay. Aku tak nafikan pendapatnya itu. Memang betul, pembaca lebih berminat membaca cerita bergenre sebegitu. Mungkin sudah muak atau jelak dengan cerita-cerita seram yang lebih kurang sama sahaja jalan ceritanya. Tetapi, ini adalah branding aku. Jadinya, tak salah aku mencuba, lagipun penulisanku masih lagi based on the true story.

Dengan lafaz bismillah aku meneruskan semula penulisanku dengan harapan ianya dapat dinoktahkan sehingga pengakhiran cerita seperti mana yang telah aku rangkakan.


05 November 2017

Keadaan jalan raya dihadapan pusat membeli belah City Square agak sibuk dengan kenderaan yang bertali arus. Mungkin kerana waktu tersebut merupakan waktu kemuncak orang pulang kerumah. Hani membuntuti langkah Irfan dihadapannya. Moodnya petang itu agak tidak baik, Irfan juga begitu. Masing-masing diibaratkan seperti time bomb yang bila-bila masa sahaja akan meletup.

“Jalan tu cepat sikit boleh tak?” Irfan menaikkan sedikit suara seraya memandang Hani dibelakangnya sekilas. Adik sepupunya itu seakan sengaja menduga sabarnya yang sudah semakin menipis.

“Yang abang ngah asyik nak marah-marah Hani kenapa?” soal Hani sedikit membentak sambil mencampakkan aiskrim yang baru suku dimakan. Hatinya jadi panas. Langkah Irfan yang melintas jalan langsung tidak diturutinya.

Tinn!!!! Skreetttttttt……

Irfan tergamam. Kejadian itu berlaku dihadapan matanya dalam sekelip mata. Seluruh sendi tubuhnya terasa melembik tidak menyokong badan saat matanya menangkap susuk tubuh Hani yang sudah terkulai diatas jalan raya.

……….

Hani terpisat-pisat sendiri cuba menerima biasan cahaya yang menerjah pandangan. Anak matanya dipicing bagi menyelesakan diri. Taman permainan. Dia kini sedang berada disebuah taman permainan yang sunyi. Tidak ada kelibat kanak-kanak yang bermain sebagaimana selayaknya sebuah taman riadah seperti itu. Langkahnya mula diatur meninjau keadaan sekeliling.

“Hani…”

Dia berpaling kearah datangnya suara tersebut.

“Si..siapa kau?”

“Namaku Wulan” wanita itu mengukir senyum.

Wulan. Ya, nama wanita itu Wulan. Seorang wanita cantik walau hanya mengenakan sepasang baju kurung pesak gantung yang kelihatan agak lusuh dan dipadankan dengan sehelai selendang nipis menutupi kepalanya. Suaranya lunak menyapa telinga, senyumannya menawan.

Hani diam sejenak. Seingatnya dia tidak pernah mendengar mahupun mengenali sesiapa yang mempunyai nama seperti itu. Malah, wanita dihadapannya itu juga tidak pernah dilihatnya.

“Aku dimana ni?” pandangannya ditebar ke sekeliling. Serasa dia sering melihat kawasan tersebut.

“Kampungmu. Kampung kita.”

Kampung? Bagaimana tiba-tiba sahaja dia boleh berada dikampung? Siapakah wulan sebenarnya? Pelbagai lagi persoalan mulai menyesak benaknya.

“Aku adalah penjagamu. Kau disini atas kehendak Tuhan.”

“Penjaga?”

Wulan tidak terus menjawab soalan yang diajukan. Langkahnya diatur menuju ke arah sebuah buaian yang terletak berhampiran sepohon poko Angsana yang tumbuh merimbun.

“Kau membesar didepan mataku, Hani. Segala yang kau lalui, aku menyaksikannya.”

“Kau saka?” Hani menyoal lagi.

Wulan menggeleng. Masih lagi dengan senyuman yang belum cair dari sulas bibirnya.

“Aku juga pernah hidup sebagai manusia suatu ketika dahulu. Tetapi kini, aku adalah penjagamu. Itu sumpahku.”

Hani terdiam seketika. Cuba mencerna kata-kata Wulan. Langkahnya diatur mendekati Wulan seraya melabuh duduk diatas buaian bersebelahan dengan Wulan berayun santai sambil disapa bayu petang yang berpuput lembut menampar kulit wajah.

“Wulan manusia?”

“Suatu ketika dahulu. Tetapi kini, aku bukan lagi manusia. Kau juga kini tidak berada dialam manusia.”

“Macam mana aku hendak balik?”

“Hanya Tuhan yang akan menjemputmu. Aku tidak ada kuasa untuk menghantarmu pulang ke alam manusia.” Tutur Wulan lagi. nadanya sedikit mendatar.

“Berapa umur Wulan?” Hani cuba menukar topik perbualan. Sedikit sebanyak, dia sedar akan takdir yang telah ditetapkan untuknya walau pelbagai persoalan memberat dibenaknya saat ini. Tetapi kewujudan Wulan lebih menarik perhatiannya.

“300 tahun.”

“Kenapa Wulan cakap, kau penjaga aku?”

“Itu sumpahku pada nenek moyangmu.”

“Boleh Wulan ceritakan kenapa.”

“Kerana aku tidak punya susur galur keturunanku.”

Hani melontar pandangannya ke tengah kawasan lapang dihadapan mereka.


Aku berjeda seketika. Menyisip air milo yang sudah semakin sejuk. Tiba-tiba satu mesej masuk melalui aplikasi facebook messenger. Aku klik ikon aplikasi tersebut.

“Maira, akak ada cerita nak kongsi dengan Maira.” – Sri Wahyu.

Tanpa berfikir panjang aku menaip sesuatu membalas mesej tersebut. Hakikatnya aku tidak kenal siapa Sri Wahyu itu. Tetapi sebelum ini dia ada bercerita tentang pengalaman mistik yang dialaminya. Dan kali ini, kesudiannya untuk bercerita membuatku sedikit teruja. Mungkin boleh dijadikan material untuk penulisanku yang seterusnya.

“Ceritalah kak.” – Aku

“Semalam akak terjumpa ‘dia’.” – Sri Wahyu.

“Siapa ‘dia’ tu kak?” – Aku.

“Ceritanya, semalam akak dekat office. Tengah bersembang dengan seorang staff, kebetulan dah petang. Kerja dah siap, tinggal nak menunggu waktu balik je. Tiba-tiba…” – Sri Wahyu.

“Tiba-tiba? Suspen la akak ni, hihi.” – Aku.

CERITA DARI SRI WAHYU

Jam sudah menunjukkan hampir menjejak pukul lima petang. Hanya tinggal setengah jam lagi sebelum tamat waktu kerja. Aku melangkah kearah meja Nurul. Saja hendak menghabiskan masa bersembang sambil membelek katalog Mary Kay. Maklumlah kakak kepada Nurul merupakan beauty consultant. Sedang asyik bergelak tawa tiba-tiba aku terperasan suatu kelibat yang seakan sedang memerhatikan kami. Atau lebih tepat lagi sedang memerhatikan aku.

Aku kali pandangan ke arah pintu pantry. Tidak ada sesiapa disitu. Pandanganku kemudian aku kalih kearah pintu yang menuju kearah bilik solat. Juga tidak ada sesiapa.

“Kak, pandang apa?” tegur Nurul. Dia juga turut sama meliarkan pandangan ke serata ruang pejabat.

Aku senyum. “Tak ada apalah.”

Kami kembali bersembang tentang isu-isu yang sedang viral di media sosial. Biasalah netizen zaman sekarang yang terlampau taksub dengan dunia sosial. Semuanya hendak dihebohkan, sehinggakan isu bontot ayam dan pedal ayam pun tak boleh dibezakan. Dan sekali lagi dari ekor mata aku perasan memang ada sesuatu yang sedang memerhatikan kami. Kedudukannya tidak jauh dari pintu bilik yang menempatkan fail. Hanya berdiri disitu memerhatikan kami.

“Eh, jomlah balik.” Ujarku pada Nurul.

……….

Perjalanan dari pejabat ke rumah tidaklah mengambil masa yang lama. Kira-kira 20 minit sahaja. Aku memandu dalam kadar sederhana sambil ditemani ocehan dari penyampai radio ERA. Sekilas aku kerling cermin pandang belakang dan wanita itu ada didalam keretaku. Aku cuma menarik nafas dalam sebelum menghelanya perlahan.

“Siapa kau?” soalku.

“Suria.” Jawabnya ringkas.

“Kenapa kau ikut aku?”

“Aku adalah penjagamu.” Ujarnya.

Serta merta aku jadi hairan. Sejak bila aku mempunyai penjaga. Setahuku, keluarga aku tidak pernah mempunyai saka sebagai penjaga. Walaupun hijabku terbuka, tetapi ianya bukanlah disebabkan oleh saka.

“Aku tak perlukan penjaga. Kalau kau nak mengganggu aku dan keluargaku, pergilah sebelum kau dihalau dengan kasar.”

Aku lihat dari cermin. Dia menggeleng dengan senyuman nipis.

“Aku tidak pernah mengganggumu. Sri, kau membesar dihadapan mataku. Aku sentiasa memerhatikan kau dan menjaga kau tanpa pengetahuan kau.” Jelasnya.

Kereta yang aku pandu memasuki perkarangan rumah sebelum aku parkir dan matikan enjin. Aku duduk melepas nafas.

“Siapa kau sebenarnya? Saka?”

“Bukan. Aku juga manusia seperti kau, suatu masa dahulu.”

“Suatu masa dahulu? Tahun bila?”

“Umurku sudah 300 tahun, Sri. Aku berasal dari kampungmu.”

Terkelu aku mendengar kata-katanya. 300 tahun? Maknanya dia wujud sebelum zaman Hang Tuah? Dan mengikut perkiraanku yang cetek ilmu hisab. Jika dia mempunyai keturunan, berkemungkinan keturunannya sudah melebih dari sepuluh keturunan.

“Kenapa aku?”

Ya, itu soalan yang sepatutnya. Menurut katanya, aku membesar dihadapan matanya. Kenapa aku yang dipilihnya untuk diperhatikan.

“Kerana alam kanak-kanak kau hampir sama seperti aku. Kau tak punya ramai kawan, kau sering dimarahi atas sebab yang bukan kau lakukan. Kau sering menjadi mangsa keadaan. Itulah yang aku alami sehingga nafas terakhirku.” Suria bercerita.

Aku diam. Ya, apa yang dikatakannya betul. Tetapi aku tidak pernah berfikir negatif. Biasalah jika mempunyai adik-beradik yang ramai. Tambah pula, ibu aku seorang yang tegas dalam mendidik anak-anak. Dimarah atas kesalahan orang lain itu sudah menjadi kebiasaan. Malah ibuku bersikap pukul rata untuk menyemai rasa tanggungjawab dalam diri kami adik-beradik.

“Dan sekarang apa yang kau nak dari aku?”

“Berkawan.”

Aku menggeleng. Tidak mungkin dan ianya bercanggah dengan norma kehidupan. Tiada pertalian yang bakal terjalin diantara kami.

“Suria, macam mana kau boleh m**i? Kau sakit?”

“Tak. Aku didera oleh ibuku. Dipukul setiap hari dan tidak diberi makan. Akhirnya aku m**i dan ditanam begitu saja.” Lirih dia bersuara. Mungkin kenangan lampau itu masih segar diingatannya. Dan mungkin sebab itu juga dia masih disini.

“Maafkanlah ibu kau. Dia mungkin tidak sengaja.”

“Aku tidak berdendam.” Jawabnya.

Entah kenapa aku rasa lega dengan jawapannya. Dan hatiku berat mengatakan bahawa aku perlu membantunya untuk kembali kealam yang sepatutnya.

“Kau nak balik ke alam roh?” soalku.

“Kau boleh tolong aku?”

Aku mengangguk kecil.

“Bukan aku, tapi ayah. Ayah boleh tolong kau.” Ujarku. Aku lihat wajahnya yang bersih. Dia tersenyum manis.

Aku terus menghubungi ayah, menceritakan satu-persatu tentang Suria sambil diperhatikan olehnya yang masih lagi duduk dibahagian tempat duduk belakang.

“Ya, ayah. Dia ada dengan Sri sekarang ni. Ayah tolonglah.” Aku kemudiannya menekan butang loud speaker di skrin telefon bimbitku bagi memudahkan ayah menjalankan proses mengembalikannya ke alam roh.

“Sri. Jaga ibu kau. Aku sayang pada kau dan ibu kau.” Pesannya ringkas sebelum cahaya putih mula memancar bergerak dari hujung kakinya dan perlahan-lahan merembes naik ke udara. Suria hanya tersenyum memandangku sebelum akhirnya menghilang dari pandangan.

“Sri. Ayah dah selesai. Kamu jangan risau, dia tak berniat jahat, dia cuma terperangkap dialam kita. Sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran buatnya.”

“Terima kasih yah.” Aku menamatkan perbualan sebelum melangkah keluar dari perut kereta.


Aku telan liur yang tiba-tiba terasa seperti berpasir. Kesat. Selajur terasa bulu roma tegak merinding.

“Kak Sri, tu cerita betul ke?” – Aku membalas mesejnya.

“Kenapa Maira tanya?” – Sri Wahyu.

“Tak ada apa, cuma cerita akak ni 80% sama dengan jalan cerita yang Maira tengah tulis ni.” – Aku.

“Hahaha. Kebetulan.” – Sri Wahyu.

“Mungkin. Akak tak boleh baca fikiran orang kan?” – Aku.

Sungguh, waktu ini aku mulai terasa seram. Bagaimana cerita yang sudah lama aku fikirkan dan sudah lama juga cuba aku karang namun tidak pernah berjaya dihabiskan tiba-tiba boleh diceritakan oleh seseorang yang sememangnya tidak pernah aku kenali. Kami cuma berkenalan dialam maya sahaja.

Sri Wahyu was offline.


WULANSURI – Siapakah Sri Wahyu? Siapakah Suria? Adakah mereka saling berkait rapat dengan Wulansuri? Atau mungkin aku perlu menukar konsep asal idea penulisanku. Pontianak ditukar kepada gentayangan. Apa pendapat korang???*

NOTA KAKI :

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menghuraikan makna kasyaf dengan beberapa definisi:

  • Kasyaf bermaksud penjelasan yang terlindung dari penglihatan manusia.
  • Kasyaf mata berkaitan dengan penglihatan. Manakala kasyaf hati berkaitan dengan firasat.
  • Kasyaf ialah terbukanya hijab antara roh jasmani dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera zahir seseorang manusia.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

48 comments

  1. hm. senafas je. kenapa tak letak tajuk Wulansuri? Aku ingatkan pasal cerita budak bernama Kasyaf. hm.

    Ohh tu maksud Kasyaf rupanya. hm. Kalau Kasyaf Mahmud? Eh? Hahahahahahahaha.

    1. Tq FF baca. haha nasib baik senafas.

      Wulansuri tu cerita lain. Saja letak Kasyaf sebab tengah kompius. aku ke yg kasyaf dalam situasi ni. haha

      Kasyaf Mahmud tu… entahlah hahahaha

        1. yup pasal cerita wulansuri yg mana aku tengah tulis cerita tu. tapi tiba-tiba muncul orang lain yg bercerita lebih kurang sama pasal Wulansuri pada aku.

    1. Aku nak kau twist sikit neuron otak kau Syer. hahaha

      Tajuk Kasyaf adalah utk misteri siapa yg bercerita tentang jalan cerita Wulansuri.

          1. ahh berdrama pula kau ye.. cakap je la DS. Kesalahan, kekhilafan, kekurangan untuk diperbaiki. aku okay je kalau kena kecam.

          2. Haha…takkanla aku nk kecam ko..takde pape la..saje nk kaco ko..da lama xnmpk..cite best..cuma ade bape part tu tak berapa smooth..detsol.

    1. Mawar… maira terkenang dia la masa tulis ni..hihihi

      takde sambungan pun.. mungkin.. mungkin la akan sambung tajuk Wulansuri tu. itu pun mungkin la……….

  2. Salam and hi to all.. Saye nie newbie dlm FS, da tersangkut membaca setiap entri baru dan ulangkaji post lama2 dlm nie.menariknye kisah nie. Tp knape setelah sekian lame bru penjaga nie munculkn diri?

    Dan byk kisah yg saye bace ade melibatkan terbuka hijab (baru bce pasal kasyaf)..kat mne saya bole minta pendapat/pandangan n tips drpd insan2 yg terbuka hijab?

    1. Waalaikumsalam Anis. Selamat datang. Tq sudi baca cerita ni. Kenapa penjaga baru memunculkan diri InsyaaAllah akan Maira jelaskan nanti. Hihi sabar ya.

      Hijab Anis terbuka juga ke? Maira tak tahu sangat nak cakap soal hijab ni. Mungkin boleh rujuk pada pengamal perubatan islam. Lebih baik refer pd orang yg arif. Hihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.