#Maira – Kau Akan M**i

Pagi tu aku sampai awal. Staff belum ramai yang tiba. Aku terus menuju ke pantry bersama sebungkus lontong kering. Mujur Kak Zah dah sampai, ada lah juga teman sambil bersarapan sebelum memulakan tugas harian. Kami berborak pelbagai cerita, dari hal anak-anak kak Zah, sampailah ke hal jualan murah butik-butik baju. Perempuan dan shopping memang tak boleh dipisahkan.

Hi aunty!!!

Suara si kecil didepan pintu pantry mencantas perbualan kami. Aku senyum menyambut kehadiran Eisya, anak kepada branch manager kami, Encik Farid. Dia terus naik ke atas ribaku.

Encik Farid memang selalu membawa Eisya ke pajabat, kadang-kadang seharian si kecil tu melangut dipejabat sementelahan papanya sibuk ke hulu-hilir berjumpa klien. Dan kebajikkan Eisya diletakkan sepenuh kepercayaan kepada kami.

Kak Zah : Sya, dah sarapan?

Eisya : Belum. Tunggu acu beli. Eisya nak ni.

Petah si kecil bercakap sambil menuding pada polistrin aku.

Aku : Eisya nak ni? Pedas tau, tahan pedas tak?

Eisya : Tak naklah. Pedas.

Dia terus berlari mendapatkan bapa saudaranya Hakim yang baru sahaja tiba. Kami hanya memerhatikan sahaja keletah Eisya. Jauh disudut hati, timbul rasa simpati pada nasib kanak-kanak sekecil itu. Usianya baru sahaja menjangkau tiga tahun, tetapi sudah kehilangan kasih sayang seorang ibu.

Aku : Kesian Eisya tu kan kak? Dah berapa tahun arwah mama dia meninggal?

Selaku staff baru aku memang tidak banyak tahu tentang Encik Farid dan keluarganya. Hakikatnya, Encik Farid seorang yang peramah dan memang terkenal dengan sikap kuat menyakat tetapi entah kenapa dengan aku dia tak macam tu. Mungkin sebab aku orang paling berat mulut dalam pejabat tu. Tak kisahlah, yang penting aku tak kacau orang.

Kak Zah : Dah dekat dua tahun. Maira nak tahu tak sebab apa arwah meninggal.

Aku : Kalau akak nak cerita, Maira dengar je. Pagi-pagi ni invois belum masuk lagi kan?

Kak Zah : Belum. Macam tak biasa pula, hari Isnin, kalau tak masuk tengahari, petang baru masuk invois.

Aku tertawa kecil menyambut kata-kata Kak Zah. Dia memulakan ceritanya setelah pasti kelibat Encik Farid mahupun Hakim benar-benar tidak kelihatan didalam pejabat.


Dahlia memandang kawasan sekelilingnya. Gelap. Dirinya seperti tercampak disuatu tempat yang dia tidak pasti dimana. Tangannya cuba meraba bahagian lantai, kasar seperti berbatu dan berdebu. Kemudian dia beralih pula ke bahagian tepi. Mencari-cari letaknya dinding, tidak rata seperti berbonggol-bonggol. Akhirnya dia cuba bersuara meminta tolong. Dan suaranya bergema berpantulan antara dinding. Dari situ dia mengagak yang dirinya kini seakan berada didalam sebuah gua.

‘Aku dekat mana ni? Tolong!!! Abang, tolong Lia!!!’

Namun tiada sebarang jawapan. Hanya pantulan suaranya sahaja mengisi segenap ruang. Berhati-hati dia cuba berdiri. Langkahnya agak terbatas dalam gelap namun tetap dikuatkan juga semangatnya untuk mencari jalan keluar.

Hampir beberapa langkah dia menapak, hayunan kakinya terasa ditahan sesuatu. Kakinya keras memaku tanah.

‘Kau takkan kemana-mana Dahlia.’ Satu suara bergema disebalik kegelapan.

Dahlia berpaling tanpa arah berkali-kali. Cuba mencari dari mana empunya suara tersebut berada.

‘Siapa kau? Tolong lepaskan aku.’

‘Ha. Ha. Ha. Kau akan m**i Dahlia! Kau akan m**i!!!’ sekali lagi suara tersebut bergema.

Dahlia terkaku dalam berdiri. Kata-kata tersebut. Spontan dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Cuba untuk menidakkan yang kata-kata tersebut akan dikotakan. Dia tidak mahu berburuk sangka.

‘Tolong lepaskan aku. Tolonglah…’ sekali lagi dia cuba merayu meraih simpati. Namun kata-katanya tiada balasan. Dahlia terpunduk sendiri.

………….

Farid masih setia menemani isterinya yang tidak sedarkan diri. Sudah hampir tiga hari Dahlia disahkan koma oleh pihak hospital. Puncanya masih belum diketahui. Menurut kata doktor berkemungkinan kerana suhu badannya meningkat naik terlalu tinggi hingga menyebabkan dia mengalami strok haba. Selain itu, Dahlia juga berkemungkinan menghidapi virus kencing tikus dek kerana timbulnya gelembung-gelembung air yang ada di sekitar kulit tubuhnya. Itu penjelasan dari doktor.

Ayah : Farid, kita cuba perubatan islam. Esok ayah cuba minta ustaz Halim datang tengokkan Lia.

Farid : Rid ikut je ayah. Asalkan Lia sembuh.

Haji Fuad mengangguk lemah. Dia faham hati seorang suami, dia selaku ayah juga turut merasakan hal yang sama. Risau dan bimbang bersarang dalam hati mereka. Dahlia yang sebelum ini sihat tiba-tiba sahaja terbaring kaku, hanya gerak nafas dan nadi yang masih berdenyut menandakan dia masih bernyawa.

…………

Dahlia tersentak dari lenanya apabila terasa seperti ada libasan menyentuh permukaan tanah dihadapannya. Dia terpisat-pisat di dalam gelap. Seumpama matanya saat ini telah dibutakan. Celik mahupun tidak, pemandangannya tetap sama. Gelap!

‘Siapa tu?’ soalnya rendah.

Hee~ hee~ hee~ suara tawa yang kedengaran tidaklah bersifat hilaian mahupun dekahan. Ianya sekadar tawa yang mendatar atau seakan sedang mengejeknya.

‘Kau tak nampak Dahlia?’

Dahlia tidak menjawab. Terdetik juga rasa marah apabila ditanya dengan soalan sebegitu. Masakan dalam gelap gelita boleh nampak?

‘Kau akan m**i Dahlia. Kau akan m**i. Itu sumpah aku!!!’ keras bergema suara tersebut. Dahlia menelan liur.

‘I..Iz..Izat? Kau ke tu?’ tergagap-gagap Dahlia menyoal.

‘Siapa aku tak penting. Kau akan m**i!!!’ seusai berkata, sesuatu yang bersifat cecair disimbah pada Dahlia membuatkannya menjerit kesakitan.

………..

Ustaz Halim menggeleng kecil setelah menjalankan proses scan terhadap Dahlia. Farid serta Haji Fuad turut berdebar menanti penjelasan ustaz Halim.

“Perbuatan khianat. Kita kena rawat Dahlia cepat kalau tak, dia takkan selamat. Semuanya dengan izin Allah, saya cuma membantu.” Ringkas kata-kata Ustaz Halim sudah cukup untuk membuatkan kedua mereka faham akan situasi yang dimaksudkan walau tidak secara keseluruhannya.

“Ustaz, buatlah apa sahaja. Berapa pun bayarannya saya akan bayar. Saya cuma nak isteri saya sembuh. Tolong saya ustaz.”

Ustaz Halim mengangguk. “Tapi, prosedur hospital takkan benarkan saya jalankan rawatan disini. Awak pun tahu kan?”

“Tak apa ustaz. Kami akan cuba untuk keluarkan Dahlia secepat mungkin.” Haji Fuad pula bersuara bagi mewakili menantunya.

“Baiklah, kita selesaikan hal hospital dahulu. Kemudian baru Dahlia kita rawat dirumah saya.”

…………

Dahlia bersandar lesu. Hanya matanya berkedip walau hakikatnya tidak ada apa yang terbias pada pandangannya. Suasana gelap dan sunyi. Tiada sebarang bunyi. Perit disetiap inci tubuhnya masih terasa dek simbahan yang tidak jelas dimata. Dia merintih menahan kesakitan sendirian.

‘Ya Allah, kau bantulah aku.’

‘Ha. Ha. Ha. Baru sekarang kau ingat tuhan, Dahlia?’ suara tersebut ketawa mengejeknya.

Dahlia menangis dalam sendu. Iya, sebelum ini dia agak leka. Solatnya bila berkelapangan sahaja. Kesibukkan membuatkan dia lupa kewajipannya.

‘Siapa pun kau, tolonglah lepaskan aku.’ Rayu Dahlia dalam esakkan yang masih bersisa.

‘Tidak! Kau akan m**i, itu janji aku!!!’

‘Tapi kenapa?’ soal Dahlia ingin tahu.

“Kau akan m**i” ayat itu diulang-ulang si empunya suara tanpa jasad itu. Kali terakhir sebelum dia tercampak diruang yang serba gelita itu, ayat itu disebut oleh Izat. Adakah Izat yang sedang menganiayanya sekarang ini? Tetapi kenapa suara tersebut berbeza dengan suara milik Izat. Dia kelam sendiri.

‘Kau akan m**i!!! Hee~ hee~ hee~’ sekali lagi suara tersebut bergema diiringi dengan simbahan kali kedua yang membuatkan Dahlia memekik kesakitan.

…………

Farid menyanggah Dahlia dengan tubuhnya ditempat duduk belakang. Dapat dirasakannya pernafasan isterinya itu agak laju. Peluh merecik didahi Dahlia walaupun seluruh ruang kereta disimbahi penyaman udara.

“Farid, bisikan zikir. Tawakal ‘alallah, insyaaAllah dia dapat dengar bisikan kita.” selajur Ustaz Halim bersuara dari tempat duduk hadapan.

Farid pantas menurut. Dia memulakan bisikan zikir-zikir ringkas.

Setibanya dirumah ustaz Halim, Dahlia ditempatkan disebuah bilik yang sudah disiapkan oleh isteri ustaz Halim. Disitu, isteri ustaz Halim mengambil alih urusan kebajikkan Dahlia. Dahlia diwudhu’kan dan disempurnakan auratnya. Itu adalah metod lazim sebelum ustaz Halim memulakan rawatan. Menurut kata ustaz Halim, setiap penyakit datangnya dari kekotoran, maka dengan kebersihan sahaja yang akan merawatnya. Dan segalanya dengan izin Allah.

“Farid, terus bisikan zikir dan kuatkan semangat kamu. Itu sahaja perantaraan kamu dengan Dahlia. Saya akan bantu semampu yang boleh.” Pesan ustaz Halim. Farid mengangguk sambil menyelesakan duduknya disebelah Dahlia yang terbaring kaku. Dia memperbaharui niatnya seperti yang telah diberitahu ustaz Halim dan memulakan zikir. Semangatnya dipadukan dengan kekhusyukkan zikirnya pada Sang Khaliq.

………..

Perlahan-lahan Dahlia membuka kelopak mata. Telinganya dipicing semampu yang boleh. Sayup-sayup kedengaran suara yang beralun-alun. Masih tidak jelas butir alunannya tapi hatinya kuat mengatakan itu bukanlah suara yang sering didengarnya. Suara yang menyeksanya berhari-hari diruangan gelap. Bukan.

‘Aku akan tamatkan nyawa kau Dahlia!!!’ tiba-tiba sahaja suara kasar penuh dengan ancaman itu muncul berserta simbahan cecair pada tubuhnya. Dahlia meraung kesakitan.

‘Allah!!!’ berulang-ulang kali dia menyebutnya.

‘Nur Dahlia Binti Nur Aisyah, bertawakallah kepada Allah.’ Suatu suara lagi muncul sambil menyeru namanya. Dahlia pasti, cukup pasti bahawa suara yang muncul kali ini adalah insan yang cuba menyelamatkannya. Walau dia masih didalam rengkungan gelita namun suara tersebut sudah cukup membawa cahaya padanya.

‘Kau takkan dapat b***h aku. Hidup dan m**i aku hanya pada Allah.’ Balas Dahlia.

‘Bodoh!!!’ serentak dengan jeritan tersebut juga Dahlia merasakan sesuatu sedang membelitnya. Dia yakin saat itu dia sedang dibelit ular. Keberatan dan kekejapan belitan haiwan tersebut benar-benar melumpuhkan tubuhnya yang sedia lemah.

‘Allah, Allah, Allah.’ Dipusatkan hatinya pada Sang Pencipta yang Agung. Siapa pun dirinya sebelum ini tidak dihiraukan, dia hanya memikirkan saat-saat terakhir hidupnya kini.

‘Lia, kuatkan semangat. Ingat Allah.’ Dahlia cam suara tersebut. Itu suara suaminya, Farid. Ya, dia pasti Farid sedang cuba menyalurkan semangat untuknya. Semakin kuat Dahlia melafazkan zikir. Belitan tersebut seolah-olah terbejat dikakinya.

‘Aku b***h kau!!!’ suara tersebut bertempik lagi dan serentak dengan itu juga Dahlia berguling dilibas sesuatu yang sudah cukup untuk membuatkan tulang-temulangnya remuk.

‘Lepaskan dia! Kau hanya khadam’

‘Dia tugasan aku. Nyah kau dari sini!’

‘Lepaskan dia, aku perintahkan dengan nama Allah.’

Sekali lagi Dahlia menjadi mangsa libasan makhluk tak berjasad itu. Teroleng-oleng tubuhnya dek hentaman tersebut.

‘All..ah.. Allah.’

Perhatian makhluk tak berjasad tersebut kini beralih pada suara yang cuba menghalangnya. Dia menyerang dari pelbagai sudut. Melibas kemana suka. Adakala libasannya menyapa tubuh Dahlia. Dahlia mengah dalam kesakitan.

Perbalahan diantara dua alam tersebut cukup melelahkan. Ustaz Halim meraih segala tenaga dalamannya demi menyelamatkan Dahlia. Makhluk tak berjasad tersebut perlu dihapuskan. Hanya itu sahaja cara untuk mereka membawa pulang roh Dahlia yang diperangkap. Hebat permainan syaitan. Dalam ruangan tak berdinding itu, mereka lebih hebat jika hendak dibandingkan dengan manusia.

Farid terhenti seketika berzikir apabila melihat rombak didada isterinya yang kelihatan tidak menentu. Dia cemas. Mujur ayah mertuanya cepat menyedarkannya agar diteruskan bisikan zikirnya.

‘Kembalikan roh yang kau perangkap dan kau aku tidak akan aku seksa.’

‘Aku tidak menurut kata selain tuanku.’

‘Baiklah. Kau akan aku seksa.’

Perkelahian bermula lagi. Kali ini ustaz Halim menyerang dari segenap ruang tanpa membiarkan sesaat pun makhluk tidak berjasad itu membalas. Perkelahian yang bersifat batin hakikatnya.

Penyudah serangannya ustaz Halim melibaskan sesuatu sehingga menimbulkan jeritan yang amat nyaring dari makhluk tersebut.

…………

“Allah!!!” serentak dengan itu Dahlia bersuara dengan nafas tertahan seperti dihenyak sesuatu. Matanya terbuka memandang tegak ke siling rumah.

“Subhanallah, Allahuakhbar.” Ustaz Halim juga turut bersuara seraya melepas lelah yang kedengaran agak berat.

Farid seakan tidak percaya melihat isterinya sudah sedar. Walau Dahlia masih tidak bersuara selain dari kalimah Allah disaat sedarnya beberapa saat yang lalu. Namun itu sudah membuatkan dia bersyukur.

“Abang haji, Farid, kita solat sunat dulu. Dahlia biar isteri saya uruskan.”

Haji Fuad dan Farid pantas menurut. Dahlia ditinggalkan bersama isteri ustaz Halim.

“Alhamdulillah, segalanya dah selesai. Dahlia dah selamat dengan izin Allah. Cuma saya minta, Farid dan Dahlia jangan terlalu leka dengan urusan harian. Solat jangan tinggal walau kita sibuk macam mana sekalipun. Dan satu lagi, kalau boleh, setiap bulan bawa Dahlia datang jumpa saya. Dia masih perlukan rawatan.” Panjang lebar ustaz Halim berpesan seusai menunaikan solat sunat dua rakaat.


Aku : Dahtu Kak Zah, arwah kak Dahlia sihat?

Kak Zah : Sihat. Alhamdulillah dia sihat. Cumanya arwah ni dia tak berapa rajin nak berulang jumpa dengan ustaz Halim tu.

Aku : Kiranya arwah Kak Dahlia cerita dekat akak apa yang dia alami masa koma tu la? Betul ke Izat yang buat semua tu? Apa jadi lepas tu?


LEPAS 3 BULAN

 

“Kak Zah, jom pergi makan bakso kubur cina.” Pelawa Dahlia dengan senyuma lebar.

“Tak apalah Lia, akak nak keluar ambil budak balik sekolah sekejap lagi ni. Lia pergi dengan Farid je la.”

“Alah, tak bestlah makan berdua je. Ni betul tak nak join? Nak kirim apa-apa tak?”

“Tak payahlah Lia. Akak ada bawa bekal hari ni.”

“Okaylah, Lia pergi dulu.” Dahlia terus berlalu keluar dari pejabat. Kak Zah juga tak lama lepas tu terus beredar untuk menjemput anak-anaknya pulang dari sekolah. Mujur bos-bos besar tak duduk dekat branch, kalau tak alamat m**i kutulah masing-masing.

Petangnya selepas waktu makan tengahari, Farid masuk berseorangan. Kelibat Dahlia langsung tidak muncul.

“Farid, Lia mana?”

“Dia balik kak, sakit perut lepas makan tadi. Petang karang baru nak bawa pergi klinik.” Terang Farid.

Kak Zah mengangguk. Hairan. Setahunya, Dahlia tu hantu cili. Makanan kalau tak berasa pedas memang dia takkan makan. Setakat sambal dekat warung bakso kubur cina tu, langsung tak mencabar katanya.

Hampir dua hari Dahlia tidak masuk pejabat. Menurut kata Farid, isterinya sakit perut. Sudah dibawa ke klinik, tapi masih tiada perubahan. Petang tu, setelah selesai segala kerja, kak Zah menghubungi Dahlia.

“Lia, teruk ke sakit perut tu?” soal Kak Zah apabila talian bersambut.

“Boleh tahanlah kak. Lia tak tahu kenapa. Nak cakap salah makan, Lia tak cirit-birit. Tapi memulas lain macam, senggugut pun tak. Doktor tak ada pula cakap gastrik ke apa.” panjang Dahlia memberitahu.

Kak Zah berkerut kehairanan. “Dahtu sakit apa sebenarnya. Tak pergi hospital?”

“Farid cakap dia balik karang baru pergi hospital.”

“Yalah, jangan lengah-lengahkan lagi Lia. Kita tak tahu penyakit dalam badan ni. Benda tak nampak.”

“InsyaaAllah kak. Kak, Lia nak minta tolong sikit, boleh?”

“InsyaaAllah boleh. Tolong apa?”

“Nanti akak tolong tengok-tengokkan Eisya ea kak. Akak anggap la dia macam anak akak sendiri. Kesian Eisya, dia kecil lagi.”

Kak Zah terpempam sejenak. Kata-kata Dahlia agak tidak menyenangkannya. Namun dia cepat beranggapan yang Dahlia risau jika dia ditahan diwad.

“InsyaaAllah Lia. Eisya tu memang dah macam anak akak dah.” Kak Zah membalas.

Talian selepas itu ditamatkan. Kak Zah kembali menyudahkan apa yang patut sementara menunggu waktu pulang. Entah kenapa hatinya disapa rasa yang tidak enak namun perasaan tersebut cepat-cepat disingkirkan. Dia tidak mahu bersangka-sangka.

……………

Dahlia ditahan diwad. Disebabkan Dahlia dan Farid merupakan orang terpenting dipejabat, ketiadaan mereka terpaksa diambil oleh Kak Zah. Segala kerja-kerja Dahlia, Kak Zah yang selesaikan. Farid pula hanya sesekali muncul dipejabat. Masanya lebih banyak dihabiskan di hospital menemani isterinya. Eisya pula dibiarkan dibawah jagaan ibu mertuanya.

Menurut kata Farid, keadaan Dahlia bertambah teruk. Doktor tak dapat mengesan penyakit yang sedang dialami Dahlia. Penyakit yang pelik, tiada langsung simptom gastrik mahupun apendiks. Dahlia sudah menjalani bermacam ujian untuk mengesan kanser didalam perut. Namun tiada sebarang tanda positif yang dia mempunyai kanser. Tetapi pihak hospital masih menahan Dahlia demi rawatan lanjut.

Tambah Farid lagi, keluarganya ada menyarankan untuk membawa Dahlia berjumpa dengan ustaz Halim lagi. Tetapi prosedur hospital tidak membenarkan sebarang rawatan luar didalam kawasan hospital. Jadinya Farid menangguhkan sementara menunggu keputusan doktor.

…………

Berita tentang Dahlia sampai ke pengetahuan Encik Ibrahim iaitu bos syarikat. Encik Ibrahim terus ambil flight dari KL ke JB bersama orang yang boleh mengubat Dahlia, katanya.

Destinasi pertama Encik Ibrahim adalah pejabat Dahlia. Tergamam seketika Kak Zah dan beberapa orang staf yang stay up menyudahkan kerja masing-maisng dengan kemunculan bos dan seorang lagi bomoh sami yang dibawanya.

Kak Zah hanya memerhati segala tindak tanduk bomoh tersebut. Habis segala penjuru pejabat diasapkannya. Itu belum lagi diletakkan telur ke empat penjuru. Dan terakhir sekali bomoh tersebut meminta tangga. Katanya ada sesuatu yang dihantar kepada Dahlia dan ianya terletak diatas siling pejabat.

Percaya atau tidak, bomoh tersebut menarik seekor anak ular hitam yang masih hidup dari atas siling didalam bilik Dahlia. Terkejut tidak terkata Kak Zah apabila menyaksikannya dengan mata sendiri. Tidak tahu samada mahu percaya ataupun tidak.

Selesai upacara didalam pejabat tersebut. Encik Ibrahim bersama bomohnya bergerak pula ke hospital. Dan setibanya di hospital, Dahlia sedang bertarung dengan sakaratulmaut. Perutnya agak membusung. Menurut kata Farid, keadaan Dahlia sewaktu nazak cukup menyayat hati. Jika boleh ditukarkan jasadnya dan jasad Dahlia, mahu saja dia mengambil alih sakit sakaratulmaut tersebut. Tidak sanggup melihat Dahlia menderita sedemikian rupa. Dan malam itu juga Dahlia menghembuskan nafasnya yang terakhir dihadapan suami dan ahli keluarga yang terdekat.


Aku : Kiranya arwah kak Dahlia kena kali kedua la kan?

Kak Zah : Ha’ah. Bomoh yang bos bawa tu pun cakap, orang yang hantar tu memang nak buat arwah sampai m**i. Arwah Dahlia kena santau.

Aku : Dahtu tahu tak siapa yang buat?

Kak Zah mengangguk sambil membawa mug ke arah sinki.

Kak Zah : Dari apa yang akak dengar dari Farid, Tina dengan Izat.

Aku : Cik Tina? Ish, dia kan macam baik je kak. Macam terlebih lembut je cara dia bila bercakap dengan dia dekat phone. Macam tak boleh nak percayalah kak, diorang tu kan anak bos.

Kak Zah : Kan? Akak pun mulanya tak percaya. Tapi bila Farid ceritakan sebabnya, akak percaya jugalah tu kerja diorang.

Aku : Sebab apa kak?

Kak Zah : Dendam. Tina memang dari kecil cemburukan arwah Lia. Diorang tu kira saudara jugalah. Memang dari kecil lagi apa je yang Tina buat salah, dia akan buat sampai arwah yang jadi pesalahnya.

Aku : Takkanlah sebab tu je, suka-suka hati nak b***h orang.

Kak Zah : Yang jadi dendam sangat tu sebab arwah Lia bagi bukti pada bos yang Tina selewengkan duit company dekat 300k.

Aku : Seriously? Buat apa duit banyak tu? Izat tu kenapa pula dia nak aniaya arwah Kak Dahlia?

Kak Zah : Izat tu, sebab dia sakit hati bila kakak dia kena pecat. Dekat dua tahun dia tak kerja, ni kiranya dia baru rejoin semula. Yelah, orang anak-beranakkan, air dicincang takkan putus.

Aku : Huh! Kalau Maira. Air tu kalau tak putus dicincang, kita tutup je kepala paip. Confirm tak mengalir lagi.

Kak Zah : Haish, dia ni. Garang sangat jadi orang. Lari tunang awak tu nanti baru tahu.

Aku : Larilah kak. Maira cari lain.

Berderai tawa aku dengan Kak Zah. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Dekat satu jam setengah dah kami mengular. Masing-masing bergegas kembali ke meja.


Deringan telefon dimejaku petang itu agak membingit. Bertalu-talu. Aku capai gagang telefon seusai memberi salam kedua. Sedikit terganggu solatku dengan deringan tersebut. Disebabkan aku mempunyai ruang kerja yang agak luas dari orang lain dan kawasannya agak terselindung, maka aku lebih suka solat berhampiran meja kerjaku sahaja.

“Hello.”

“Maira, banyak kali saya call awak.” Suara si pemanggil menerjah corong telefon.

Tina!

“Sorry Cik Tina, saya tengah solat. Ada apa ye?”

“Oh ye ke? Sorry. Maira boleh tak awak bagi saya password pc awak dengan encik Farid. Saya try log in dari HQ tapi tak boleh, mungkin dah tukar password.”

Pelik!

“Sorry Cik Tina, saya pun tak tahu apa password pc saya. PC Encik Farid lagilah saya tak tahu. Cik Tina nak log in untuk apa ye? Nanti saya try tanye IT, kutlah diorang boleh bagi.” Aku cuba berbasa-basi. Manalah tahu kut dia terlepas cakap.

“Eh, tak payah tanya IT. Leceh. Saya nak cek anti virus apa yang JB branch guna. Saya nak standardizekan semuanya guna antivirus yang sama je.” beritahunya.

Ni nak goreng aku ke apa sebenarnya? Cek dengan IT la, called aku buat apa? Aku ni duduk bahagian kira-kira je. Dari kedudukan meja aku, aku sudah nampak Kak Zah memanjangkan leher memasang telinga. Namun aku tak ambil pusing langsung.


Keesokan paginya agak terkocoh-kocoh juga aku tiba dipejabat. Semuanya gara-gara terlajak tidur lepas subuh ditambah pula cuaca hujan. Memang makin dibuai lena.

“Maira. Apa yang Tina suruh awak buat?” tegang semacam suara Encik Farid pagi itu. Aku yang baru sahaja meletakkan punch card agak tergamam.

“Cik Tina suruh saya bagi dia password komputer saya dengan encik.” Datar aku menjawab. Pandangan Kak Zah cukup untuk aku faham yang dia sudah bercerita pada Encik Farid perihal semalam.

“Awak bagi?”

Aku pantas menggeleng. “Tak. Saya cakap saya tak tahu.”

“Bagus. Saya tak nak hasut awak apa-apa Maira. Awak staff baru, saya tak nak libatkan awak dengan apa yang pernah jadi. Tapi saya minta sangat-sangat, tolong jangan berkerjasama dengan Tina. Kalau awak nak selamat.”

Aku mengangguk tanda faham. Hakikatnya, aku juga tidak pernah mahu meletakkan diri dalam situasi merbahaya. Bukan terhadap Tina, tetapi pada semua orang yang ada. Rambut mungkin sama hitam, tapi hati manusia kita takkan tahu. Hari ni mungkin dia baik, tapi seminit akan datang takkan siapa boleh jangka. Jadi berpada-padalah.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.3]

77 comments

  1. Maira oh Maira.
    Tulis apa ni panjang2?
    Baik lukis je.

    Maira taknak ke jadi penganti untuk En Farid?
    Maira kan shingle.

    Best la jugak cerita awak ni. Tatabahasa power, kenapa kerja account? Baik jadi penulis je. Tapi awak ni kan..hmm. takpelah.malas cakap lebih.

    Rate:7/10

    1. Juez
      1) Maira tak pandai melukis. Lukis orang lidi pun x cantik.
      2) Maira dah bertunang. Single sekejap je.
      3) Maira suke kerja pegang duit. Manalah tahu boleh jangkit jadi kaya. Hehe
      4) Maira kenapa ea? Better habiskanl ayat. Tak baik buat maira tertanya-tanya.

      tQ sudi baca

  2. weh maira ko bekerja dengan mereka semua ni ke oi? santaui menyantau sampaikan orang m**i dah gila ke. tapi aku faham sebb dulu orang yang anta santau pada aku pon mmg bertujuan nak buat yusuf m**i!

    dunia akhir zaman, jahat ya amat!!
    satu lagi ni maira, ko berkawan ke dengan tiga makhluk di atas tu?

    1. Ye kak nas. Maira berkerja dengan depa semua. Tak lah berkawan cumanya terpaksa deal dengan dorang

      kak nas tolong reply komen kt fb. Tlg bagitahu citer ni tak bersambung sebab arwah kak Dahlia dah meninggal & cerita cuma setakat nak bagi pengajaran je.

      ade yg tanye tu. Maira tak dan nak reply. Tolong kak.

  3. Best as always Maira..

    Rambut mungkin sama hitam, tapi hati manusia kita takkan tahu. Hari ni mungkin dia baik, tapi seminit akan datang takkan siapa boleh jangka. Jadi berpada-padalah.
    ?yang ni sangat betul

  4. “Rambut mungkin sama hitam, tapi hati manusia kita takkan tahu. Hari ni mungkin dia baik, tapi seminit akan datang takkan siapa boleh jangka. Jadi berpada-padalah”. Sangat setuju

    1. tQ Mawar sudi baca.

      Boleh tahanlah.. tapi nasib baik jugalah Maira dekat branch je.. kalau duduk HQ mahu resign 24jam.. hahaha

  5. ada sambungan tak.cerita yang sangat menarik terutama ayat yang ni:Rambut mungkin sama hitam, tapi hati manusia kita takkan tahu. Hari ni mungkin dia baik, tapi seminit akan datang takkan siapa boleh jangka. Jadi berpada-padalah.

    1. Zrin.. tak ada.. sebab dendam Tina pd arwah Dahlia dah terlaksana. Maira tulis true story. Jadinya habis setakat tu je..

      tQ ye sudi baca

  6. Busuknya hati seorang manusia..
    Kadang kadang kita tak buat salah apa pun, tapi dia yang sakit hati tak memasal,pastu main bomoh.. Ya Allah, semoga dijauhkanlah daripada perbuatan khianat macam ni..harap maira pun dilindungi sentiasa la ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.