Assalammualakum warga FS. Terima kasih admin sebab dah publishkan cerita #Maira – Terlanggar. Terima kasih untuk semua komen. Maaf kalau ada yang terkecil hati dengan cara saya bercerita.
Okay, cerita kali adalah seperti yang saya janjikan. Saya akan sambung macam mana saya boleh berpindah semula ke bilik pertama saya.
Selepas kejadian Kak long yang terlanggar tu. Ada dua tiga lagi kejadian yang terkena pada kak long dan budak-budak yang lain. Jadi untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang. Warden dan AJK asrama pindahkan kitorang. Aku dan 3 lagi ahli bilik aku (Kak Siti, Zana & Wati) dipindahkan ke bilik 03-04. Yang mana ni adalah bilik pertama yang aku dapat. Yang lagi dua orang tu(Peah dengan Intan) dapat bilik lain.
Katil aku bersebelahan dengan katil Zana. Katil Kak Siti atas katil Zana dan Wati atas katil aku. Kak Siti ni jenis yang suka on laptop dengan ayat-ayat Quran selepas maghrib sampailah ke pagi. Dan aku dengan Zana pula jenis yang suka dengar Misteri Jam12 dekat radio (channel Ria 98.7). Kitorang ni penakut, beriya-iya dengar cerita hantu lepastu nak pergi toilet mesti nak kena berteman. Selalunya Kak Siti la yang jadi mangsa. Wati pula jenis tak campur dunia orang. Dia hal dia je. Tahu-tahu hari Jumaat petang dah hilang balik rumah. Disebabkan dia yang macam chipsmore tu, so kitorang bertiga je yang rapat kehulu-hilir sama-sama.
TERHENTI SENDIRI ATAU…?
Aku jarang study dalam bilik. Walaupun aku dengan Kak Siti satu course, tapi Kak Siti ni jenis orang yang bila study dia suka suasana keliling senyap sunyi. Ibaratnya kalau jarum peniti jatuh atas lantai pun boleh dengar. Dan aku pula bukan yang macam tu, aku tak suka keadaan senyap. Otak aku macam tak boleh nak serap apa yang aku baca. So sebab tu aku suka study jauh-jauh dari dia. Jadinya aku tak menganggu dia.
Satu malam tu, aku ada group discussion dengan Intan dekat bilik dia. Entah bila masanya pun kitorang terlelap pun aku tak perasan. Tiba-tiba aku tersedar tengok jam dah pukul 3pagi. Aku terus balik bilik. Masuk je bilik aku tengok Kak Siti tertidur dekat meja study dia. Lampu bilik memang kitorang jarang tutup. Bak kata Kak Siti, tak elok orang perempuan tidur dalam gelap. Aku kejutkan dia dan terus kemas buku-buku aku.
Kak Siti : Akak ingatkan Hani tidur bilik Intan.
Aku : Akak, Hani tidur dulu la kak. Subuh nanti kejutkan ea, takut tak sedar.
Kak Siti : Yelah, tak nak pergi toilet dulu? Cuci kaki, cuci muka?
Aku : Taknaklah. Akak nak pergi ke? Nak Hani teman?
Kak Siti : Tak apa, akak pergi sendiri.
Dan selalunya memang macam tulah. Kak Siti ni aku tak tahulah, dia ni memang jenis yang berani atau pun dia berani kan diri sebab tak nak kitorang yang penakut ni makin takut. Dan macam biasa, tiap-tiap malam laptop Kak Siti ni akan on dengan lantunan ayat-ayat Quran. Kalau dalam laptop dia ada save 114 surah makanya hampir tiap-tiap hari kitorang khatam dengar 114 surah. Sesuatu yang mendatangkan faedah untuk ahli bilik.
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba je music player dekat laptop dia ‘pause’. Aku yang mamai baru nak terlelap tu terus pandang laptop Kak Siti atas meja study dia yang betul-betul sebelah pintu. Kak Siti tak ada, pintu bilik terbuka luas. Tapi disebabkan aku dalam keadaan mengantuk, jadinya otak aku tak berapa nak berfungsi. Aku bangun dan play semula music player tu. Lepas tu aku terus naik katil dan tarik bantal tutup muka. Subuh tu Kak Siti kejut kitorang satu bilik. Kitorang jarang la berjemaah. Masing-masing solat sendiri-sendiri je. Cumanya dah jadi rutin kitorang satu bilik untuk duduk sama-sama baca Al-Ma’thurat. Permulaan dari kebiasaan aku dan Kak Siti pun minta kitorang amalkan.
Kak Siti : Hani stopkan ayat Quran ke malam tadi?
Aku : Tak.
Kak Siti : Dahtu siapa?
Aku : Bukan akak ke? Malam tadi Hani on kan semula masa mula-mula Ayat Quran tu stop.
Kak Siti : Dah 3-4 kali jadi macam ni. Akak ingatkan korang yang bangun tengah malam stopkan ayat Quran tu.
Zana : Eh, tak adalah. Kitorang lagi suka kalau on tak la takut sangat.
Aku : Dah 3-4 kali jadi? Maksudnya malam tadi tu bukan 1st time la?
Kak Siti : Ha’ah. Mungkin laptop akak kut problem. Tak apalah nanti hantar dekat IT kut dorang boleh tolong tengokkan.
TINGKAT 4
Macam yang aku ada sebut dalam cerita sebelum ni. Tingkat 4 kosong. Tapi yang peliknya, tiap-tiap malam mula dari maghrib sampailah ke subuh, tingkat 4 tu meriah dengan segala macam bunyi. Pintu berdentam-dentum. Katil kena tolak sana sini. Pernah sekali tu aku, Peah dengan Intan naik ke tingkat 4 sebab masing-masing sibuk sangat nak tahu apa yang bising tiap-tiap malam. Kitorang naik masa tu dah senja nak menjejak ke maghrib. Tapi tak ada apa pun. Kawasan tingkat 4 tu sangat bersih. Tak ada satu sampah pun. Habuk pun tak banyak. Suasana sangat tenang dan suhu agak sejuk. Pintu setiap bilik terbuka luas padahal tiap-tiap malam kitorang dengar pintu berdentum tertutup macam kena hempas dek angin yang kuat. Dan lepas tu kitorang dah tak heran dah. Dah tahu dah yang tiap-tiap malam ‘orang tingkat 4’ tu akan sibuk berkemas.
Satu malam, waktu ni aku, Zana dengan Wati balik rumah. Tinggal Kak Siti sorang. Kak Siti ni dia tak kisah pun tinggal sorang, tak macam kitorang. Jadinya malam tu dia tidur sorang-soranglah. Menurut cerita Kak Siti, malam yang dia tidur sorang tu keadaan di tingkat 4 sangat bising. Tapi disebabkan dah biasa, jadi dia buat tak peduli je. Malam tu Kak Siti mimpi. Dia nampak ada satu susuk tubuh lelaku dan budak kecil. Lelaki tu bercakap dengan budak kecil tu.
Lelaki : Kenapa buat bising kacau orang?
Budak Kecil : Sebab diorang pun buat bising.
Lelaki : Diorang tak tahu dan tak boleh nampak kita.
Budak Kecil : Tapi kita nampak diorang.
Lelaki : Ye, dah jangan kacau lagi. Diorang tak kacau tempat kita.
Dan lepas tu Kak Siti terjaga. Dari cerita Kak Siti, dia tak nampak muka lelaki dan budak kecil tu. Macam bayang-bayang. Dan sejak dari tu, Kak Siti tak bagi aku atau sesiapa pun ahli bilik memandai-mandai naik ke tingkat 4.
MEJA KAU HALANG AKU!!!
Lepas kitorang dengar cerita pasal mimpi Kak Siti tu, memang masing-masing dah tak berani nak menjengah ke tingkat 4. Dah elok-elok tak terkena dan ternampak, baik tak payah cari penyakit. Lebih baik mengelak dari merawat kan?
Musim exam. Biasalah, kalau duduk mana-mana asrama pun musim examlah musim paling ramai orang kena histeria. Termasuklah hostel aku ni. Satu hari tu, aku balik dari bilik member aku. Disebabkan Kak Siti dah tak mampu nak memahamkan aku dengan subjek Fundamental Business, so aku ambil keputusan untuk minta tolong orang lain. Waktu tu dekat pukul 1pagi. Untuk student yang nak exam, 1pagi tu sterlampau awal untuk tidur. Tapi otak aku dah tepu, kira aku tawakal alallah je esok time jawab paper tu. Roommate aku yang lagi dua orang tu (Zana dengan Wati) tak ada. Diorang belum balik asrama lagi. Paper course aku start awal dari diorang. So malam tu cuma tinggal aku dengan Kak Siti je la. Lepas cuci muka aku terus masuk tidur.
DALAM MIMPI
Mimpi. Malam tu aku mimpi, aku temankan Kak Siti pergi toilet. Aku cuma temankan dia sampai depan pintu toilet. Sementara menunggu Kak Siti selesaikan segala hajat dia, aku tiba-tiba macam terperasan satu kelibat melintas dekat kawasan ampaian. Tapi aku buat tak reti je. Tak lama lepas tu aku nampak ada sorang budak perempuan. Pakai dress sampai ke buku lali, dress dia warna kelabu-kelabu asap. Rambut budak tu paras bahu je. Sekali imbas, budak tu comel. Cuma dia tak senyum. Aku tengok dia masuk bilik air dan terus ke tempat mencuci pakaian. Dia keluarkan something. Dari apa yang aku tengok, benda yang dia keluarkan tu macam tuala wanita. Aku perhatikan gerak geri dia. Dia buka pili air dan tak semena-mena kawasan cuci pakaian tu penuh darah. Aku baru je nak buka mulut tegur budak tu tiba-tiba Kak Siti keluar dari bilik air. Terus terbantut apa yang aku nak cakap. Aku dan Kak Siti terus masuk bilik.
DALAM MIMPI
Dalam mimpi aku tu, Kak Siti tidur katil Zana iaitu sebelah aku. Tiba-tiba daun pintu bilik aku terbuka luas. Budak perempuan yang aku nampak dekat toilet tu masuk bilik aku dan berdiri hujung katil aku sambil hempas baldi dia. Dia pandang aku dengan pandangan marah. Aku bangun dan duduk pandang dia. Pelan-pelan dia pun duduk atas tilam aku dekat bahagian hujung katil. Aku tanya dia.
Aku : Kau nak apa?
Dia : Aku nak balik.
Aku : Balik mana?
Dia : Tu jalan nak ke rumah aku. Tapi aku tak dapat balik. (dia cakap sambil tunjuk arah meja study aku)
Aku : Kenapa tak dapat nak balik?
Dia : Meja kau halang aku
Aku : (aku pandang meja aku sambil fikir) Oh, mungkin sebab buku aku kut.
Dia : (geleng kepala) Meja kau ada ayat yang aku tak boleh nak lalu.
Aku : (aku terus teringat yang dekat atas meja aku ada Quran) Oh…. Quran aku. Kau lalu la tempat lain.
Dia : (dia tunduk sekejap) Aku nak kawan dengan kau boleh? Aku tak ada kawan.
Waktu ni tiba-tiba Kak Siti terbangun dan tanya aku.
Kak Siti : Hani cakap dengan siapa?
Aku : Ni budak ni kak. Dia nak kawan dengan Hani.
Kak Siti : Budak mana?
Aku : Ni depan ni, kejap Hani cakap kat dia.
Aku : Kau tunjuklah diri kau dekat kakak ni. Dia pun kawan aku.
Dia angguk dan toleh pada Kak Siti.
Kak Siti : Kau tak boleh kawan dengan dia. Kau tak sama dengan kami.
Aku cuma perhatikan je Kak Siti bercakap dengan dia. Budak perempuan jadi marah tiba-tiba. Dia bangun dan terus tampar aku. Dan lepas tu aku terus terjaga. Mencungap sekejap nafas aku sebab rasa macam dia betul-betul tampar aku.
SAKIT
Lepas terjaga dari mimpi tu, waktu dah masuk subuh. Aku bangun bersihkan diri dan terus bersiap untuk solat subuh sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Exam aku start pagi. Aku tak ceritakan pada Kak Siti. Masa tu aku cuma fikir, mungkin mimpi biasa je. Maklumlah otak dah terlampau penat.
Tapi waktu tengah jawab exam tu, mulut aku dah terasa berdenyut-denyut. Aku nak cakap sakit gigi, aku tak pernah sakit gigi. Nak cakap gusi aku bengkak, semalam elok je. Tapi memang sangat tak selesa. Bibir aku mula membengkak sikit demi sikit. Sampailah menjelang nak masuk asar. Keadaan aku makin teruk. Aku menangis-nangis mengadu pada Kak Siti yang mulut aku sakit. Kak Siti pula dah macam-macam cara dia tolong, siap dia bagi aku kumur air garam dan minum air zamzam. Tapi tetap tak berkurang. Makin teruk. Sudahnya dia call warden minta tolong hantarkan ke klinik. Sampai klinik, doctor cakap gigi aku okay, tak ada yang rosak. Gusi aku pun okay. Cuma mungkin aku ada alergik makanan. Setahu aku, aku alergik seafood tapi tak pernah sampai bengkaksatu mulut dan seingat aku, aku tak ada makan seafood pun.
Balik dari klinik dah masuk maghrib. Bila azan, makin kuat berdenyut mulut aku ni. Lepas je aku solat maghrib, mak aku call. Tanya khabar aku. Aku pun apalagi, terus mengadu sambil menangis-nangis cakap yang mulut aku sakit. Semua mak-mak pun takkan duduk senang bila anak dah meraung macam tu. Mak aku terus suruh kakak aku ambil aku bawa balik. Nasib baik juga next paper aku lusa.
Aku sampai rumah masa tu dah masuk isyak. Kebetulan masa aku sampai halaman rumah, aku berselisih dengan Pak Cik Daud. Pak Cik Daud ni jiran lima enam biji rumah dari rumah mak aku. Dia cuma perhatikan aku je. Selalunya dia akan tegur aku tapi malam tu tak. Aku masuk rumah, terus mengadu dekat mak aku. Menangis toksah cakap la. Akulah drama queen masa tu. Dan tiba-tiba ada orang bagi salam.
Rupanya Pak Cik Daud yang datang. Sempatlah dia bersembang lebih kurang dengan abang ipar aku dekat beranda rumah sebelum dia masuk jumpa mak aku. Waktu tu aku duduk dekat dapur dengan kakak aku. Pak Cik Daud tanya mak aku.
Pak Cik Daud : Hani tu kenapa Ros?
Mak : Tak tahulah dia. Tadi mengadu yang mulut dia sakit tu yang kakak dia bawa balik.
Pak Cik Daud : Cuba panggikan dia. Aku nak tengok kejap.
Pak Cik Daud ni memang boleh mengubat orang. Setakat nak bagi air baca-baca tu boleh sangat. Maklumlah orang tua-tua ni ada ilmu sikit.
Pak Cik Daud : Kau buat apa dekat asrama tu?
Aku : Tak ada buat apa-apa pun.
Pak Cik Daud : Ada salah yang kau buat ni Hani. Benda tu marah rasanya.
Puas aku perah otak aku untuk ingat apa salah yang dah aku buat. Dan baru aku teringat pasal mimpi aku. Terus aku ceritakan pada Pak Cik Daud dan Mak aku.
Pak Cik Daud : Mungkin tu la salah kau.
Aku : Mana nak tahu tu jalan dia ke tak. Bukan boleh nampak. Dinding je ada lah.
Pak Cik Daud : Benda tak nampak ni jangan kau nak suka-suka hati je. Dia bukan kira kau nampak dia ke tak.
Mak : Habis dia cakap nak berkawan dengan Hani ni macam mana Daud?
Pak Cik Daud : Aku rasa kawan kau tu tahu pasal budak ni. Benda ni takkan dapat nak dekat dengan kau cuma dia boleh kacau dari mimpi atau dari kawan-kawan rapat kau. Tu je cara dia. Kuatkan semangat, solat dengan mengaji jangan tinggal. Tu je yang boleh tolong kau untuk elak dari benda-benda tu.
Pak Cik Daud : Ni Ros, daun sireh dengan kapur ni kau kunyah lepastu semburkan dekat mulut si Hani ni. InsyaaAllah, surut nanti bengkak tu. Kau Hani, balik asrama nanti ubah meja kau tu. Jangan halan jalan dia.
Mak aku buat macam yang disuruh Pak Cik Daud tu. Sumpah masa tu aku rasa macam nak termuntah. Bukan sebab mak aku sembur tapi sebab bau daun sireh ni. Dan Alhamdulillah, bengkak mulut aku surut malam tu. Esoknya aku dah boleh cok-cek-cok-cek dengan normalnya. Tak adalah bercakap macam bunyi orang berkumur je. Balik asrama petang esoknya tu, aku terus cerita dekat Kak Siti pasal apa yang Pak Cik Daud tu cakap dekat aku. Dan Kak Siti cuma angguk je. Dia cakap, dia memang tahu ada budak kecil yang keluar masuk dekat bilik kitorang ni. Cumanya dia tak pernah nampak dari mana laluan utama dorang. Dan lepas tu Kak Siti terus suruh aku ubah kedudukan meja study aku.
Baiklah para pembaca setia FS. Sekian cerita saya kali ni. Mohon maaf kalau terkurang disana-sini. Saya cuma berkongsi.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Alahaaiii…
Tabahnye Kak Siti tu…
Teradmire plak akk dgn ketenangan die…
kannnn…baiknya kak Siti.
Dia memang sangat tenang kak Yulie…. yelah, dia je yang boleh nak diharap dalam benda2 ghaib ni.
Kagum akk dgn die…
Jumpe Kak Siti bgtau akk kirim salam kay…
Harap2 dpt serap sikit2 aura Kak Siti tu…
insyaaAllah kak Yulie.. nnt sy kirim slm dr akak.. hihihi
Betul
Effect dia terus bengkak mulut.sakit tu.akak pelik jg..slalu klau yg xjg mulut j dia main tampar2 ni.ni cuma halang laluan..hmm..ikut ske dia j..
Ye akak.. sakit. Padahal dalam mimpi je yg dia menampor.. hahahah
Mcm2..angin dia tgh xbtul tu..?nasib cpt sembuh..klau x..aduiiyai
rasanya la kak.. kan masa mule2 dalam mimpi tu sy nmpk dy cuci p*d byk darah… hahahaha period pain kut…
sian ko..x pasal2 kene lempang..
Hahahaha…. kan?? Padahal bukan tahu pun tu jalan dia.
Oo cmtu citernya…naseb la bnda tu x kcau teruk…teruk pun kne lempang je ngn bnda tu…dia lempang sbb bg amran la tu…
mungkin la nk bg amaran… atau dy marah dy x dpt nk bkwn dgn sy..
Kesian writer ni , tapi cerita awak menarik … ?
Lagi menarik kalo kita cipta sejarah percintaan kita sendiri kan beri?
No komen awak . . . . ?
Ada org ngorat
Dia tak ngorat laa , dia saja je tu nak hiburkan ~?
tQ kranberi…
Sedih pula ngan nasib c penulis
Sedih sedih ni mintak dipujuk keee…???
Hahaha kak.. Segan2 pula nak continue sedih..
#dalamhatiadataman
nak pujuk cara ganas ke cara lembut?
huhuhu
Apa pun cara cikbambam abang singkong setuju.
#dalamhatiadataman
#dalamtamanadakamu
Ciaciacia
lepas tgk muka abang singkong cikbambam x mampu nk bertindak ganas..
awat suci sgt muka nye..hahaha..
#dalamhatiadaabangsingkong
#dalamtamanpunadaabangsingkong
ciaciacia
Ha’ah…
Ensem siuman orgnye…
Mane dtg Singkong Kingkong bagai tu pon xtau…
Puas belek ghase nampak Pomade jer…
Tu penangan air sembahyang tu.. Tu yg nmpk suci sangat kan.. Hahaha
tu la kak..tgk nama singkong bayangkan muka jawa2..
sekali kua muka sesuci keju plk..
tak sesuai la ngan cikbambam..hahahaha
Haha kak.. Kot2 masin mulut kan ada yg nak bg den jd duta pomade drng.. Den x kesah sangat.. Haha
Tp kalau da ltk gmbr ni mcm x kena kalau post komen ganas2..ke a post yg sopan2 la gamaknye lepasni..
Camera 360 kot tu nmpk suci.. Jgn risau cikbambam kita mmg seswai..
Ehhh tapi lately ni mmg akk pasan sejak singkong dh lme x komen, ayat2 dh stok sopan2 jer…
Idokler mcm memule dlu ade unsur puaka sket komen tu…
Hahahahahha…
Cikbambam…
Ni berkat mkn singkong sllu ni muke bersih…
Seputih ubi dikupas tuuuuuu…
Sebab tu den da memilih baca setori kak.. Takut mencarut itu kembali.. Hahaha den baca karya yg high class je..
kak yulie..serius baru tau singkong tu ubi..hahahaha
abang singkong..kite x sesuai..kite ni umpama singkong & keju..
ecehhh….
adehhh selama ni cikbambam ingat singkong tu apa? abes keju tau x? haha
sedih tak sedih la singkong… huhuhu
Fs ni dh jadi forum utk cr kekasih dah yek???… lawak pun ada nak tergelak aku
Kaannn…
Nnt dh langsung majlis diorg, terus x komen dh kt FS ni, biziiii…
Pastu diorg plak jd writer share story ala2 cerita IKUT tu…
Maybe diorg gune tajuk lain ar, AI FOLLOW namo eeiii…
Itu jam lg meremang2 akk nak bace ke tak…
Kalau da sudh majlis aku buat intro lagi panjang kot dr cerita ikut tu kak.. Hahaha
Oh no…!
Akk dh ketumbit siap2…
buat intro sampai kak yulie ketumbit dua2 mata..
hahaha
Muntah ijoo siap pakej…
hahaha..singkong buat intro sikit..bg kak yulie muntah ijau..
Jangan la skrng.. Orang tua2 pesan.. Hal dalam bilik jgn ckp kat luar.. Hahaha
oppss..sorry abg singkong..
jangan ckp kat sini..nnt ramai yg baca..
hahaha..nnt kene kecam..
Tudia..berjela membalas
Kat FS je la yg mampu.. Kat tmpt lain x bole haha
FS je tmpat nak mengarut..
kat Fb ngn Ig nnt org pelik plk nnt..hahaha
Maira,
Nnti sambung lagi k,
Akak suka KakSiti tu…
Mau sakit kan pipi Maira kan,
Kena lempang dek budak pompuan tu kan…
Mulut kak yang dilempang… InsyaaAllah nnt sy sambung pasal kak siti.. nak recall balik.. hihi
Adduuhhyaaiii,
Mulut ek,
Akak pikirkan pipi Maira,
Maafin yek…
Nnti sambung lagi,
Suka pada KakSiti tu
insyaaAllah… citer pasal kak siti dah draf tp byk nk kne recall blk…
Ksiannya penulis ni..
Thats unfair right? I mean, we can’t see them yet they always blame us for something kita tak sedar pun salah kita. lol bersabarlah ye penulis 😀
yup!! kite bukan nampak diorang… tp selalunya kite juga yg terkena..
Betul tu, tapi tak best gak if hijab kita terbuka. naya laa.. tak tdo agaknya hehe 😀
naudzubillah… jangan la hijab terbuka. Kwn sy ade sorg yg mcm tu.. pi mane2 ade je yg dy nampak…
Betul
Sabar jelah Maira. Faz ada untuk Maira selalu. Tp tulah tak pasal pasal je Maira kena lempang
Engko jgn nak berdrama ciaciacia kat sini. Story engko mana faz? Engko jgn macam2. Part 3 menunggu berapi dah montot aku. Kang tak memasal aku pulak yg psiko.
Dia tak sambung lagi part 3 hah sibuk mengular .
#akusaksiFazAhmad
Kuaja kau Mika.
Kemain dah kau ye .
dah dah Faz. Sambung cerita anda.
Tiap komen kau ade faz.cpt sikit siap story tu..folower akak ramai tggu ni..?
ye Faz.. dah habis bersabar dah.. hihihi
tenang sungguh kak siti.. boleh ilek je nmpk budak keluar masuk.. wuuuu
ye akak.. dia sangat rileks..
aku ingat dalam cite Insidious 2 tak silap ada 1 scence ni hantu tu lempang heroin ni..
aku rasa benda tu tak logic gilaaa..and masa tu mmg aku tergelak..haha
tapi bila kau cite ni kau kena lempang jgk..errr huhu kesian kau..harap bertabah ye..
Insidious 2 ea?? Hahaha boleh try download ni.. nak tengok scene kne lempang tu…
saya tak kuat bila tengok penulis berwajah ayu
alamak…… hihihih
Hahaha asyik nk tgelak baca komen kak yulie,singkong,cik bambam dan yang sewaktu bagi tukang komen komen yg lain?By the way maira akak suka story maira keyy…?Dongibabkipidap
Kak Farza thanks…. sy pun tak berhenti gelak bace komen dorang.. meriah…
Kesian maira, tiba tiba kena pangg.. Hihi kiranya memang takleh halau la ek? Cuma kena kasi jalan je ke dia..
kak siti memang cool, teringat dulu kat asrama yang tukang teman roommate pergi toilet meiyo la..hihihi..sebenarnya bab teman pergi toilet ni yang tukang teman paling seram, duk luar tunggu tak buat apa perhati je..
Cerita awak awesome sangat, meiyo kasi empat bintang ⭐⭐⭐⭐
tak pernah dihalau rasanya. Sbb management pun x tau pasal tu.
tQ meiyo.
perghh..kena tampar sampai in real life sakit tu…kne tukar kedudukan meja la jwbnye
memang kena tukar pun ramzimiyumaru (susahnya nak eja nama kau ni) haha
laluan dia rupanya
haah laluan dia. yalah kita manalah nak nampak benda-benda ghaib ni. salah dia, kita pula yang kena. huhu