#Maira – Terlanggar

Assalammualaikum warga FS. Terima kasih admin untuk cerita yang sebelum ni yang dah dipublishkan. Untuk yang dah baca KAU CANTIK, terima kasih untuk komen. Baiklah, kali ni aku nak cerita apa yang aku sendiri kena.

Nota : Kejadian dalam KAU CANTIK tu waktu aku dah semester 4. Yang aku nak kongsi kali ni time aku semester 1.

**ASRAMA KOLEJ**
**SEM 1**

Asrama kolej aku ni 4 tingkat. Pelajar semester 1 memang secara rasminya akan tercampak ke tingkat 3. Tingkat 4 tu memang kosong. Jangan tanya kenapa, sebab aku sendiri pun tak tahu. Aku ni antara pelajar paling last mendaftar. Kiranya aku masuk second intake. Pula tu untuk batch second intake, aku sorang-sorang je yang mendaftar untuk duduk hostel (walaupun rumah mak aku tak sampai satu jam kalau naik teksi). Yang lain-lain pakat nak ulang-alik. Lepas daftar untuk hostel, kakak AJK hostel yang incharge untuk registration tu tolong aku bawa beg baju dan barang-barang aku. Dia tunjukkan bilik aku, bilik 03-04. Okay, melangkah je masuk dalam bilik tu, aku penghuni pertama. Disebabkan aku orang pertama yang sampai, dengan suka rianya aku boleh pilih mana-mana katil yang aku nak. Dan semestinyalah aku pilih katil bawah yang dekat almari. Kakak AJK tu tinggalkan aku sorang. Bilik aku ni memang tak jauh dari bilik air. Kiranya keluar je dari pintu bilik beberapa langkah dah jumpa bilik air. Haa!! kan seronok, tak adalah aku nak kena jalan jauh-jauh semata-mata nak pergi bilik air. Dan lepas tu aku terus turun jumpa family. Disebabkan aku mendaftar awal dan kelas pun belum start. Aku terus cakap dekat kakak aku yang aku nak balik rumah dulu. Sebab roommate pun belum ada lagipun barang-barang aku tak banyak yang nak dikemas. Untuk pengetahuan aku dah biasa duduk asrama. Dari tingkatan satu lagi, jadi aku dah cukup tahu barang apa yang nak dibawa awal-awal masuk asrama. So kakak dengan abang ipar aku ikut je. Kitorang balik dulu. Dalam petang ke baru balik hostel semula.

MALAM PERTAMA

Petang lepas asar kakak aku hantar aku balik hostel. Kitorang bajet-bajet mesti bilik aku dah penuh. Tapi bila aku naik je bilik still sama. Tetap aku sorang juga. Aku duduk je sambil bersih-bersihkan sikit bilik tu. Barang-barang memang aku belum unpack lagi. Tiba-tiba je kakak AJK yang tolong aku datang bilik aku.

Kak Akilah : dik. Maaf, tapi awak kena pindah bilik.
Aku : Pindah bilik?
Kak AKilah : Ha’ah sebab awak sorang je yang daftar hostel. Awak dah kemas barang ke?
Aku : Belum.
Kak Akilah : Meh akak tolong bawa beg.

Aku ni mengikut je la. Macam terpinga sekejap. Berapa ramai second intake ni sebenarnya? Macam pelik je bila tak ada sorang pun yang nak duduk hostel. Lepas tu macam-macam datang dalam kepala aku ni. Yalah, aku ni susah nak mesra dengan orang. Budak-budak bilik baru tu okay ke dengan aku? Tapi nak buat macam mana, suka atau tak, terpaksalah. Takkan nak duduk bilik tu sorang-sorang.

BILIK BARU 03-09

Bilik ni ada 3 katil double decker yang mana penghuninya cuma lima orang je. Makanya yang satu lagi kosong tu memang untuk aku la. Tapi satu katil tu katil atas. Aku bukan lah demand mengada sampai tak nak duduk katil atas. Tapi sebabkan aku rasa aku yang paling berdaging. Yang lain-lain memang spesis kulit dengan tulang je, tak ada daging langsung. Tak tahulah tak cukup zat atau budak-budak ni spesis anaroxia. Aku masuk je bilik tu aku pandang keliling dulu. Mak aiii… satu sem kena duduk macam ni ke? Bilik tu tak kotor, cumanya agak tak teratur. Katil susun bentuk L, lepastu meja study dengan almari bersepah mana nak je letak. Memang budak-budak ni fail interior design. Tiba-tiba roommate baru aku tegur. Sekali pandang je aku label dia ni cantik.

Kak Siti : Nama siapa?
Aku : Hani Humaira
Kak Siti : Nak panggil apa?
Aku : Ikut la mana yang senang.
Kak Siti : Akak panggil Hani la. Yang ni Peah, Zana dengan Wati. Sorang lagi Intan tapi dia balik rumah semalam.

Aku angguk kepala sambil unpack barang-barang aku. Macam yang aku cakap, barang aku tak banyak. Jadinya tak sampai setengah jam dah boleh settle.

Kak Siti : Hani ambil katil yang ni lah ye. Ni katil Wati, tapi akak minta dia ambil katil atas tu. Tak apa kan?
Aku : (pucuk dicita ulam mendatang namanya ni) Wati tak kisah ke?
Peah : Tu memang katil dia mula-mula. Tapi sebab tak ada orang yang masuk lagi tu yang dia pindah katil bawah.

Dan lepas aku kemas katil, pasang cadar segala bagai. Aku ambil baldi nak pergi mandi.
Aku : Peah, bilik mandi dekat mana?
Peah : Keluar pintu sebelah kanan. Hujung sekali. Akak berani ke? Nak teman?
Aku : (senyum) tak apa. Thanks.

Walaupun aku pelik dengan soalan dia tu, tapi aku buat tak tahu saja. Biasalah, nama pun hostel kan? Oh ya! lupa, aku ni tua setahun dari Peah, Zana, Wati dan Intan. Kak Siti pula Tua tiga tahun dari aku. Lepas aku selesai mandi, waktu tu betul-betul dah masuk maghrib. Aku solat dan lepas tu baca Al-Ma’thurat. Memang dah jadi kebiasaan aku baca Al-Ma’thurat tiap lepas subuh dan lepas maghrib. Kak Siti pun aku tengok mengaji dekat meja study. Yang lain-lain aku tak perasan pula. Mungkin cuti kut.

Aku duduk dekat katil dengan telekung yang masih dibadan. Dah alang-alang tak buat apa, baik tunggu isyak sekali. Dan masa tengah borak-borak dengan Kak Siti tu, Intan sampai. Berkenalan la serba sikit aku dengan budak tu. Ramah dan agak manja orangnya. Dalam sekelip mata bilik tu jadi meriah. Semua penghuni bilik ada. Dari pemerhatian aku, Si Peah ni jenis hyper sikit. Mulut macam bertih jagung kena kacuk dengan M16. Tiba-tiba dia melaung dari depan pintu.

Peah : Kak long! Dari mana?
Kak long : Pergi kenduri kahwin.
Peah : Wah! Tak ajak pun.
Kak long : Peah kan busy.
Peah : Okay bye kak long.

Aku cuma mampu pasang telinga. Belum nak kenal dengan semua orang. Nampaknya persekitaran aku sekarang ni macam family-family je. Ada kak long, ada kak Siti, ada adik Peah dan rakan-rakan. Dan budak Intan ni pula, tiba-tiba je tak berenggang dengan aku. dia boleh duduk tepi katil aku dan mengadu yang jari dia luka lah, apa lah. Siap nak tengok gambar boyfriend aku. What the? Ini kira terlebih ramah atau kepochi sebenarnya? Aku??? Selagi boleh elak, aku elak tepis sehabis baik. Tak mungkinlah baru kenal dah terus nak buka hikayat diri sendiri kut.

Lepas solat isyak tu, kira kitorang ni tengah prepare apa-apa yang patut untuk pergi kolej esok. Tiba-tiba ada sorang budak perempuan (kak long) datang. Aku perhatikan je. Budak tu senyum pun tidak dengan aku. Dia terus jumpa Kak Siti. Dari perbualan dia, aku dengar dia mengadu yang lengan kiri dia lenguh. Tak lama lepas tu dia menangis-nangis cakap lengan dia sakit. Aku memang tak tahu kenapa dengan budak Kak long ni. Aku duduk perhatikan je dia dari katil aku. Si Intan ni pun sama je, dengan selamba dia duduk atas katil aku. Tiba-tiba Kak Siti minta aku baca Yaasin. Aku ikutkan je la. Dari pemerhatian aku, budak Kak long ni tak adalah macam orang kena histeria. Roommate aku yang lain-lain ni tiba-tiba je duduk berkumpul dekat aku. Cuma Kak Siti je yang duduk dengan Kak long. Tengah-tengah aku aca Yaasin tu, tiba-tiba Kak long ni menjerit sambil cakap sakit-sakit.

Kak Siti : Peah, tolong panggil Kak Akilah.

Si Peah ni tak tunggu lama, dia dengan Zana terus berlari ke tingkat satu memanggil Kak Akilah. Kakak AJK yang duk tolong aku angkut barang tu la. Yang budak Kak long ni pula tak habis-habis cakap sakit-sakit. Dari gaya macam normal je tapi apa yang dia sakit sangat bila aku baca Yaasin tu? Ke sebenarnya dia ni terlanggar sesuatu?

Tak lama lepas tu Kak Akilah ni datang. Dia dengan Kak Siti ni berdua cuba tenangkan budak Kak long ni. Kitorang yang ramai-ramai tu cuma jadi penonton. Macam tengah tengok siri Seekers dekat NTV7 time orang kena rasuk. Haa, macam itulah gaya diorang. Dan tak lama lepas tu juga warden Cik Mas dengan Pak Idris datang. Waktu ni baru aku tahu yang Kak long pernah kena histeria dan Pak Idris ni la yang tolong rawat. Kiranya Pak Idris ni memang on call je bila ada budak-budak hostel tu yang kena histeria.

Pak Idris ni baca-baca dan lepas tu libas lengan kiri Kak long tu dengan kain. Dan lepas tu Pak Idris bagi dia minum air dan suruh sapu dekat lengan dia tu. Kata Pak Idris, Kak long ni terlanggar sesuatu. Tak ada apa yang teruk sangat pun. Lepas Pak Idris, Cik Mas dan Kak Akilah ni beredar dari bilik kitorang tu. Kak Siti suruh kak long tidur bilik kitorang je. Sebabnya takut apa-apa jadi pada Kak long. Yelah, badan tengah lemah. Senang-senang je benda ghaib ni nak mengacau. Walaupun budak-budak bilik aku tu tak berapa nak setuju, tapi disebabkan yang bersuara tu Kak Siti. Atas dasar hormatkan orang yang lebih tua, kitorang diam je la.

Okay, itu dulu kisah kali ni. Kiranya ni permulaan untuk cerita-cerita aku yang akan datang. Nanti aku sambung macam mana aku boleh pindah semula pada bilik pertama aku tu dan pasal budak kecil dalam bilik tu.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

46 comments

  1. Seb beklah zaman akk dok hostel dedulu xdo katil double decker…
    Klu idok, mmg akk sanggup bertikam dek nakkan katil bawah…
    Hahhahahaha…

    Tgk Kak Siti tingat diri sendiri…
    Zaman study dlu akk ar runner ble bebudak histeria…
    Tp akk versi yg garang, heheehehhe…

    1. hamboihh geng sajat tabik springggggggGGGG kat kak yulie, pukul 7.09 minit pagi dah baca FS. geng sajat time tu masih beradu lagi bermimpikan kak yulie sedang menepung tawar majlis persandingan geng sajat dengan prince mateen

      1. Yesszaaaaa…
        The only one KAK YULIE in Malaysia especially UiTM, hahahahaha…
        Siapakah ini???
        Syahdu plak ade org ingat lagi ngan KAK YULIE yg garang tuuuu…

        1. hehehe..siapa?student yg jenis takut2 ngn staf garang..kikiki..gurau2..tp dulu kalau sebut je name PN. YULIE sume tau garangnye empunya bdn ni cmne..haha..skrg keje uitm lg tak?

        2. Klu nk teka yg penakot ngan akk jenuh nk kena sebut nama satu kampus termasuk staff, hahahahha…

          Garang ngalahkan singa lapar kaannn…
          Tp yg garang nilah yg bersengkang mata demi adik2 semua…
          Selagi korg x lelap, selagi tu akk dok berjaga tau…

          Ni batch mane ni??
          Sempat grad mse akk keje dlu ke?
          Rinduuuuuu sgt ngan zaman adik2 yg dok KAK YULIE, KAK YULIE ni…
          Lelagi bile dgr lagu Faizal Tahir:Gemuruh tu…
          Tingat zmn MMS…
          Huhuhuhuuu sediihhh…

      1. Kdg akk pon x penah terpikir leh jd runner…
        Tp dah org lain sume surender, xkan nk biooorrr jer bebudak yg kesurupan tu kaannn…
        Bajet2 poyo jeler buat2 berani…

      2. Asslmmkm Dik Maira,
        Nnti sambung lagi yer,
        Saspen lak…
        Ada kah KakSiti nie bole mngubati org sakit ‘dalaman’
        Nama Dik,sama mcm nama anak akak jgak Humaira’?

      1. Ehhh Kutu ke…
        Akk pepagi ni tgh kejekan kepala anak2 yg berjangkit kutu mase blk kg aritu…
        Eeeiiii…
        Akk tenyet2 kutu2 tu taaauuuu…
        Mmg akk anti sesgt ngan spesis kutu annoying ni tau…

  2. perlu ke nak kata org lain kurus ada tulang dengan kulit je?
    kalau org kata awk gemuk mesti tak suka kan?
    geram pulak kita..haha

    1. Akk ngaku gemok selalu…
      Tp org kate akk gemok akk #sissentap kaayyyy…
      Dan akk x suke kesah org kurus ke gemok…
      We never know their problems kan…
      Asalkan ko sehat, hepi dan tak menyusahkan aku, hakak hokeeyyy jer…
      Heheheheheh…

  3. ok? ni lagi sampah doe. bongok la kutu. aku ingt ada kaitan dgn bilik first dia dpt tu ke apa ke.. cite tak related langsung. adududuu pls lerr

    1. InsyaaAllah saya akn sambung dgn bilik 1st.. kan ada mention >> “Kiranya ni permulaan untuk cerita-cerita aku yang akan datang. Nanti aku sambung macam mana aku boleh pindah semula pada bilik pertama…”

      tQ utk comment.

  4. Cepat sambung maira…tringat zmn study dlu..cmtula. xd pokok..tp dgr baby nangis.suh felo kolej g tgkkan.turun bdk2 laki..pakguard cari tkut ada org buang baby tgh2 mlm.xder babyny.suara ngis tu pun hlg.dahla bilik hujung.mlmtu ajak satu floor bc yasiin ramai2.tido 4 org dalam bilik.tkut punya pasal..

  5. aku dulu study 2003 dpt bilik bawah, katil ada bawah ja, 1 bilik 2 org, tp alhamdulillah x dak gangguan sepanjang blajaq tu, bilik pun dekat tandas, depan bilik telefon, tempat membasuh bj, syoq ar zmn blajaq dulu,

  6. bila baca cerita pasal universiti ni rasa windu pulakk zaman study dulu. masa geng sajat belajar kt unive… kgjdxkddh (rahsiaaa) geng sajat la paling diva sekali. takde sape boleh lawan geng sajat terutama daripada segi aura kecantikan dan catwalk. bukan takat student, ustaz pun boleh kesurupan tengok geng sajat catwalk depan diorang.

  7. cter blh dipendekkan dan gabung ngn kisah kenapa blk duk bilik lama. sb pjg jela2 baca, isi sikit sgt. huhu.

    well, cter best.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.