Hi, just call me S.M, ini kali kedua aku post dekat FS. Cerita pertama aku bertajuk #SuaraYangMemanggil. Kali ni aku nak cerita tentang kolej kedua aku dulu, juga terletak di utara tanah air. Okay jom, ikuti kisah aku.
Masa ni tak silap aku, tahun 2013 masa tu aku semester 2, hostel aku tingkat 3. Aku dapat bilik 2 orang, masa aku masuk tu roommate aku dah ada tapi dia beritahu aku dia nak pindah bilik, so aku macam terkejut kenapa tiba-tiba nak pindah bilik. Dia cakap dengan aku sebab dia sakit (asthma) jadi warden tukar bilik dia kat ground floor. Aku pun pasrah je la bila takde roommate, masa tu aku takdelah sedih pun, happy lagi ada, dapat bilik yang kau sorang je conquer. Tapi biasalah awal-awal tu seram gak nak tidur sorang-sorang, dah la baru masuk sem tapi lama-lama tu aku dah biasa dah. Ok, panjang pula intro.
Kisahnya bermula malam tu, lepas maghrib, aku kat bilik macam biasa, study sorang. Masa tu aku dengar orang ketuk-ketuk pintu, dengar sayup-sayup je. Aku ingatkan orang sebelah, aku buat tak tahu je lah. Pastu tak lama, aku dengar lagi orang ketuk, tapi bunyi ketukan lagi jelas. So aku pun bingkas bangun lalu buka pintu, rupanya ada mak cik tua dan dia senyum depan aku, aku pun senyumlah balik, dia tanya aku, nak beli kuih tak? Aku tanya dia, mak cik jual kuih apa? Mak cik tu jawab ringkas, “karipap.” Aku pun macam “oh..karipap.” Aku mulanya tak nak beli sebab aku dah makan nasi, tapi bila tengok muka mak cik tu, tak sampai hati pulak, malam-malam jual kuih kasihan pula tengok dia. Aku pun beli la singgit ke dua ringgit ntah. Pastu dia ucap terima kasih, aku balas sama-sama sambil lontarkan senyuman paling manis dalam abad ni, haha. Aku perhati je mak cik tu jalan, lepas tu aku masuk bilik, sambung study.
Esok tu aku pergi kelas macam biasa, petang lepas habis kelas, aku keluar berniaga (berniaga dalam kampus je la). Aku pun bersembang dengan member aku, member aku buka cerita, lebih kurang gini la cerita dia, “eh tadi kecoh dekat kelas, pasal ada mak cik jual karipap kat hostel.” Reaksi aku macam pelik dengar, yelah benda nak kecoh sangatnya, mak cik jual karipap je pun, relaks la aku pun berniaga, “apa yang kecoh sangat? Kenapa dengan mak cik jual karipap tu?” Member aku jawab, “Entah la diorang, diorang kata mak cik tu hantu!” Berdesing telinga aku dengar, aku takleh hadam pula ayat dia. Aku tanya tak puas hati, ” Hah! Hantu?! Apesal pula hantu?” Member aku cakap, berdasarkan logik akal manusia, ada ke mak cik jual karipap dekat hostel? Malam-malam pulak tu? Mak cik tu masuk ikut mana? Sedangkan kawasan hostel kita adalah kawasan larangan. Lagi satu mana dia larat naik tangga sampai tingkat 5!
Oh, damn! Sel-sel otak aku mula berhubung dan aku pun dah berdebar-debar, aku dengan penuh ketakutan aku separuh menjerit kata, “Tapi semalam mak cik karipap tu datang bilik aku! Dan yang tak bestnya aku beli karipap dia!” Member aku pandang aku, aku pun pandang dia, aku macam blur kejap. Member aku tanya lagi, “Kau makan ke karipap dia?” Otak aku ligat berfikir tapi gagal, aku tak ingat langsung yang aku makan ke tak. Aku ingat sampai aku beli je, lepas daripada tu aku tak ingat dah. Masa tu member aku tak tahu nak cakap apa, aku pun dengan penuh desakkan tanya, betul ke mak cik tu hantu? Member aku cakap maybe budak kelas dia emotional sangat fikir bukan-bukan, dia yakinkan aku bahawa mak cik tu adalah manusia! Tapi aku dah macam orang gila fikir yang memang tak logik sebab apsal dia nak jual malam-malam, dalam hostel pula tu, dia dapat access dari mana masuk kawasan hostel, dah tu dia sorang-sorang pulak, kalau dia bawa cucu dia ke atau anak dia ke takpe jugak. Yang lagi aku bengang, macam mana aku boleh lupa aku makan ke tak karipap tu tapi aku yakinkan diri aku yang aku tak makan karipap tu, aku buat teori sendiri (sebab aku musykil apsal aku tak ingat) yang malam lepas beli karipap tu aku study sampai tertidur, lepas tu aku bangun pagi tengok aku lupa makan karipap, sebab takut basi, aku buang karipap dalam tong sampah.)
Cerita tu berlarutan dari mulut ke mulut, cuba korang bayangkan, mak cik tua mampu pergi dari blok ke blok sampai tingkat 5? Blok siswi je dah 7 blok tau, blok siswa 3 blok. Aku naik tingkat 3 pun dah semput, ini kan pula mak cik tua yang jalan pun terbongkok-bongkok boleh larat, tak logik weh! Sampai sekarang aku seboleh-bolehnya nak anggap mak cik tu manusia, sampai la aku terbaca dekat page FS juga kot, yang rupanya ada ramai lagi yang terkena macam aku, mak cik karipap tu memang wujud! Tapi orang kata dia bukan manusia… Aku tak nak ingat lagi yang aku makan ke tak karipap tu, mimpi ngeri pulak kang. Tapi sampai sekarang aku still lagi tak tahu mak cik tu orang ke bukan, aku pernah tanya junior aku yang masih study dekat sana, diorang kata pernah terjumpa and masih jadi perbualan students tapi haha diorang pun tak nafikan kemusykilan diorang tentang mak cik tu.
Okay cerita dah tamat. Thanks, sudi baca. Tak seram sangat pun tapi bagi aku seram la sebab jadi kat aku kan. Nanti ada masa aku kongsikan lagi kisah aku diganggu waktu menghuni sebuah condominium di ibu kota.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
HAI ADMIN… INI BUKAN CERITA MAIRA. KENAPA TAK GUNA NAMA WRITER TU SENDIRI???? SUSAHLAH MACAM NI. ADMIN DAH LA SUSAH NAK REPLY QUESTION!!!! BAIK EMAIL, MESSENGER, PUBLIC STATUS SEMUA TAK REPLY. NAK CAKAP TAK GUNA MATA BUAT KERJA.. NANTI CLAIM KITA BIADAP PULAK.
Kena cakap bahasa nigga baru admin paham..skriaappp pah pah pah pah pah pah..skrappp pah pah..
Betul..sokong Maira..I Love Maira..
savarlah maira savarr…ademin sedang bekerja keras.
Woi ademin, pecat kang!
Da lama aku perati..kenapa nama yang kuar nama lain…konpius iolsss…tapi admin ni macam wat dek je dengan komen dan komplen nih…kemon mimin…suara kami menentukan jatuh bangun page ini…gittew..
saba noks..jgn marah2..hilang kejelitaan ko tu nnt..mihmihmih
la…camne leh tersilap ni?
cite makcik karipap ni mcm familiar je kan…..
Hahaha. Lawak la
Aku rasa ko dah makan karipap tu…kan?..kan?…
MAKCIK KARIPAP NI DAH DIFRANCHISEKAN. UNIFORM DIORANG SAMA.HMMM. LAWAK KAN?
Yo Admin.. awat salah2 lagi ni? kesian la kat penulis sebenar nama dia x di angkat.. kicik ati tau minmin..
takmo la salah2.. nak tok jd editor tok ok je.. meh pm tepi..
Seramm
Demin mate dah mgantok tuh 😂😂😂
Oooo citer maira ke…
Ini kt Sintok ke? Dulu memang selalu ada makcike jual keropok nak kuih karipap kt hostel. Tapi siang hari. Kalau malam hari, mana ada orang luar boleh masuk
Yala..sy follow cerita Maira..gaya bahasa Maira bukan mcm ni..anyway nice story.
oi min napee komen aku tak kua…
Kesian penulis, penat penat taip. orang lain dapat nama.
owh…mak cik karipap ni da mmg jd trend erk..hihi
Sampai sekarang pun masih ada.
wow karipap flavor hangit
#cumel
Ala ni mitos semua kolej semua tempat belajar cerita yg sama mitos
Aku suka makan karipap kentang. Tapi taknak jumpa makcik karipap. Mintak dijauhkan
Aku pun sama seram gila
sebenarnya… awak memang makan karipap tuu…. 12 bijik…. tabah laaa…. hiiii hiiiii hiiiii…….
Aku rasa ni Ptss kan? Hehe..