Assalamualaikum. Thanks admin sebab approve cerita aku. Kisah ni terjadi masa aku kecik lagi. Umur dalam 8 tahun macam tu la. Aku dilahirkan dalam keluarga besar, dan aku yang bongsu sekali. Family aku banyak diganggu dengan benda benda mistik sejak aku kecik lagi. Tapi harini aku nak cerita pasal kisah Mak Lampir & Patung Pooh dulu. Kalau ada feedback positive, aku akan update cerita-cerita mistik aku yang lain.
Rumah keluarga aku ni boleh tahan juga besar, sebab siblings ramai kan. Rumah kampung je. Ada 3 bilik, dan satu bilik mak/ayah yang almari sahaja yang jadi penghadang ganti dinding. Bilik yang aku tidur ni bilik yang paling besar, luas. Menempatkan 2 katil queen size dan 1 katil bujang. Dalam bilik tu aku tidur dengan 4 orang kakak aku. Alkisah pada waktu tu famous dengan CD Mak Lampir. Arwah mak aku suka beli CD Mak Lampir dari 1st episode sampai lah habis. Kononnya nak bagi kami berkumpul and at the same time nak kami takut sebab kami ni payah nak lekat kat rumah. Maklumlah budak-budak kampung kan, ada je aktiviti yang nak dibuat.
Kak Y dengan Kak A aku stay kat asrama. Satu hari tu diorang balik rumah. Kak Y aku bawa balik patung Pooh. Aku rasa excited gila sebab parents aku tak pernah beli bear. Kak Y aku cerita la kalau nak tidur, kaki jangan menghala ke patung bear. Nanti patung bear ni hidup. Aku yang naif tu pun percaya la. Pada suatu hari tu, aku rasa amat penat. Akibat keletihan yang amat, aku terlentang tidur atas katil dan masa dah nyenyak tu, tetiba aku terjaga bila terdengar suara orang ketawa.
Suara tu pulak sebiji macam dalam cerita Mak Lampir. Bila aku celik mata, rupa-rupanya kaki aku menghala ke arah patung Pooh tu. Aku terus teringat pesanan Kak Y. Cahaya lampu luar boleh pulak fokus dekat patung Pooh tu. Allahu. Aku cuba intai dengan hujung mata ke arah tingkap, nampak la dedaun pokok bergoyang. Pokok tu duduk depan stor, stor pulak tepi bilik aku. Aku cuba sedapkan hati, mungkin abang aku baru balik keje then layan cerita Mak Lampir sebab aku nampak cahaya dekat alang atas.
Selalunya kalau buka tv dekat ruang tamu, alang atas tu nampak cahaya tv. Rupa rupanya sangkaan aku silap. Tu cahaya spotlight kereta dari taman atas bukit. (Sebab aku dengar enjin kereta, taman tu bukan jauh sangat pun). Dalam otak aku ingat nak lari je pegi bilik mak/ayah aku, tapi membayangkan kalau aku buka pintu benda tu muncul, aku batalkan niat. Nak jerit pun mustahil orang dengar, semua tido mati.
Aku kejut kak aku yang no 4 pun dia kejung aje tido. Disebabkan benda tu gelak tak berhenti (korang bayangkan Mak Lampir gelak macam mana), aku pun bacalah surah Al Ikhlas tak berhenti dalam keadaan berpeluh satu badan sampailah aku tertido. Esoknya aku bawa bear tu letak kat luar. Malam tu pulak masa nak tido aku tengok bear tu ada balik dalam bilik tapi dalam posisi lain. Aku dah sumpah seranah time tu terus sumbat bear tu dalam almari. TAMAT. (Maaf kalau ada yang tak suka dengan cerita ni or penulisan nampak skema, aku tak suka short form).
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
wuu, tula x suka simpan patung kt rumah
Tingat ade kwn belikan anak die patung BABY ALIVE tu…
Dlm ms 3hari patung tu ade,memacam perkara pelik jd kt umah die…
Trs hari ke4 die jual prelove patung tu…
Seraaammmm…
Penulis sila smbg lg yer citer…
Nenek aku selalu citer kalau simpan patung dlm rmh nnt malaikat tak masuk sbb jin suka patung2 ni.. So parents aku mmg takkan bagibawak msuk patung dlm rmh.. Wallahualam
malaikat pun tak masuk rumah kalau ada gambar yang di dalam nya merupakan sesuatu yang bernyawa, macam gambar family .
best,sambung 🙂
Dulu selalu marah sebab mak bg anak2 buah main n pijak2 bebear (sbb time tu syg taknak rosak. Yela bf sekarang merangkap husband yg bagi). Now dah paham nape mak bagi buat main sampai lunyai bebear tu jadiknya
smbung weyh
kalau aku buang je terus. tknklah simpan2
Teringat koleksi ank patung dulu😢😢
serius lahhhhhh…
cikpeah dah la peminat bear..
dulu rumah aku berlambak patung bear….tp skang sume da buang…yg paling syg patung angry bird…da la mhl bli..last2 mak buang