Makcik Tua Bagi Peringatan

Assalammualaikum dan salam sejahtera para pembaca, penulis dan admin. Betapa hepi nya saya kalau admin publish cerita saya. Terima kasih ya admin 🙂 This story kena dengan saya sendiri. Nama saya Laila (of course bukan nama sebenar..haha). Jap, time tengah duk tulis cerita ni tetiba fail kat belakang ada bunyi-bunyi. lamak dia macam tau-tau jer kita tengah borak pasal kawan dia..hmmm..

Cerita nie dah lama, tahun 2013. Masa tue saya baru masuk sem 2 kat politeknik bumi kenyalang. Alkisahnya bila saya dan roommate baru masuk ke bilik asrama yang baru (yalah. Bukan tiap-tiap sem dapat bilik yang sama. Memang bertukar-tukar bilik & tingkat tapi roommate jer yang masih maintain hehe). Masa kitaorg masuk tue, takda pula benda yang pelik-pelik cuma berhabuk habis bilik tue. Walhal student cuti sem baru 2 minggu je kot tapi ni habuk macam dah berbulan-bulan tak tinggal. Tapi, kami tak ambil port terus kemas bilik, kemas katil bagai. Haaaaaaaa. dah siap duk kemas, tiba laa masa nak terlelap pula. Sebelum tidur tu, saya tak prepare apa-apa tau. Main baring jer terus. Kan dah kena sound.

Sedap-sedap tengah lena, tiba masa nak bangun Maghrib..haihhhh dah nak Maghrib baru bangun. Masa tu mata dok elok lagi terbuka. Nampak cahaya matahari yang dah kekuningan dari balik tabir. Tiba-tiba! Aik? Apasal mata aku berat semacam ni. Tadi dah elok buka tertutup balik. Bila nak buka, ya Allah! Punya lah payah! Saya apalagi terus lah baca ayat kursi & 3 Qul. Mula-mula tue bacaan saya ok. Tersusun cantik. Tapi bila ternampak ada bayang hitam duk berdiri di antara pintu almari saya (pintu almari berdepan dengan katil) ngam-ngam pintu almari saya tu terbuka, nampak la susuk bayang hitam dengan mata merah yang mencerlung ke arah saya. Saya terus cepat-cepat ambik hp nak buka yassin tapi yang peliknya, saya tak dapat nak tekan keypad hp saya.

Macam tersekat. Lepas tue, saya renung roommate saya (dia tak tidur). Saya kata “Lin, tolong aku” dan dia cuma senyum jer. Terus besar mata saya bila dia bangun then rentap pergelangan kaki saya. Bila dah rentap tu, dia terus berubah jadi makcik tua. Badan dia bongkok, muka berkerut-kerut, pucat, baju nyonya yang dah lusuh warna biru dengan kain sarung songket (serius! Saya masih ingat lagi muka dia) Sungguh! Saya dah nak nangis masa tu. Bila saya tengok katil roommate saya sekali lagi, roommate saya takda pula. Time tu dah tengah pikir ni mimpi atau realiti.

Saya beranikan diri nak berdepan dengan makcik tua tu. Kot-kot ada silap kami terbuat yang kami tak tau. Sumpah! Makcik tu memang bercakap tapi saya tak faham satu benda pun. Bahasa dia pun saya tak tahu bahasa apa. Masa tengah bercakap tu dia makin ke depan ke depan tapi tangan dia masih kemas pegang pergelangan kaki saya sampai lah muka dia dah nak dekat dengan muka saya, terus saya menjerit sekuat hati. Masa tu baru lah saya tersedar dari tidur. Haihhhhh tercungap-cungap saya. Berpeluh habis! Kemudian, saya terus pusing nak tengok roommate saya. Ada pulak dia ni. Tapi dia pelik tengok saya. “Apahal mata ko, Laila? Merah semacam.” Bila dah dengar dia cakap macam tue, baru saya lega. Tapi dalam hati saya masih lagi dup dap dup dap hahaha tapi tak pula roommate saya dengar saya menjerit. Dia cuma perasan saya dah bangun masa saya toleh kat dia.

Seriau jugak saya. Then saya tengok kaki saya. Takda juga bekas apa-apa tapi masih terasa sentuhan makcik tu. Lepas tu saya tengok almari saya. Aik? Tertutup pula ni pintu almari saya.hmmm. Dah namanya mimpi atau ‘dia’ sengaja nak nampakkan diri. Terfikir juga saya, apa yang makcik tue cuba sampaikan. So, saya ajak la roommate bersiap-siap untuk maghrib. kitaorg solat dalam bilik jer sebab masa kitaorg masuk tadi dah la tak bagi salam, langkah kaki kiri masuk bilik, lepas tu terus main terjah dengan barang yang mengalahkan orang nak pindah rumah.

Esok hari baru saya cerita tentang mimpi saya. Roommate saya ni penakut dia kalah kucing haha macam takda masa lain nak pasang yassin dalam laptop. Padahal jam 10 pagi kot saya cerita haha saya ni dah cukup trauma bila nampak ‘akak’ for the first time tengah duk sedap teman saya tidur dan saya harap itu la juga the last time. Gara-gara tu saya dah tak berani tidur bergelap, sampai sekarang saya ditemani lampu tidur Hello Kitty hehe..insyaAllah saya akan ceritakan kisah penampakan ‘akak’ bila kisah saya yang pertama ni admin publish kan 🙂

Terima kasih kepada yang sudi membaca. bagi yang meninggalkan komen-komen (tak kisah positif atau negatif), saya ucapkan terima kasih. Itu tandanya anda dah jatuh sayang dengan saya hehehe ceewwaahhh..ok la semoga bertemu di kisah yang akan datang. Wassalam

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

LailaIsabella
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.