makhluk berbulu ikut tumpang tidur

Haii semua,
Saya irah (nama samaran),hari ini saya nak ceritakan kisah menyeramkan masa kecil saya, tak tahulah kalau korang tak rasa seram dengan cerita saya ni..saya akan ceritakan kisah seram saya dimasa kecil…tak tahulah cerita saya ini dijadikan sebagai bahan publish atau pun tidak. Seandainya dipublishkan ya syukur…

Cerita ini bermula disuatu malam yang sejuk, apa tidaknya hujan datang dengan begitu lebat disertai dengan guruh yang menyambar yang boleh membuatkan bulu roma kita berdiri walaupun tiada apa yang menakutkan…kejadian ini berlaku sekitar jam 3:00..saya ni boleh dikatakan seorang yang penakut, saya tidur sebilik dengan kakak saya, ya biasalahkan rumah pun alah kadar je memang kena kongsikan bilik dengan adik beradik yang lain.

Disaat malam yang sunyi dan teramat sejuk, bekalan elektrik juga terputus membuatkan keadaan rumah menjadi gelap gelita. Saya terbangun sekitar jam 3 pagi kerana merasakan kehadiran seseorang disuatu ruang sudut bilik kami, dalam keadaan yang gelip gelita itu saya cuba meraih benda tersebut dalam keadaan separuh sedar tetapi bendaa yang saya alami itu bukanlah hanya halusinasi sahaja tetapi ianya nyata, dalam keadaan yang separuh sedar, saya melihat sesosok yang mempunyai rambut yang panjang, berbadan gempal…saya pun tidak pasti apa benda itu sebenarnya..seolah-olah makhluk itu sedang memerhati saya dan kakak yang sedang tidur dalam kegelapan malam yang ditemani dengan rintik-rintik hujan yang mulai reda..ketika itu hati saya sangat tidak ketentuan..saya masih berfikir apakah makhluk itu wujud atau hanya halusinasi saya sahaja.

Dalam keadaan malam yang mencengkam…saya memberanikan diri untuk menyentuh benda tersebut dan apa yang paling menghairankan saya seolah-olah terpegang tangan atau kaki seseorang yang sangat besar dan apa yang menggelikan adalah tangan atau kaki yang saya tersentuh tu memiliki bulu yang sangat lebat…apakah ada manusia (seandainya) yang memiliki hal sedemikian…benda itu tetap terduduk kaku disudut ruangan yang gelap dan tetap memperhatikan tindakan saya..waktu itu saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana mulut saya terkunci…lampu elektrik juga tidak dapat dinyalakan..apakan tidaknya belakan elektrik pada ketika itu sedang terputus…

Dalam keadaan yang tidak tentu arah dan terketar-ketar saya berusaha untuk bangun untuk membakar lilin yang masih tersisa…pada ketika saya sudah membakar lilin dan ingin mendekatkan lilin tersebut dengan makhluk tersebut tiba tiba…….angin yang begitu kuat secara tiba-tiba muncul masuk kedalam bilik dan mematikan lilin yang sudah saya nyalakan..

Pada ketika itu keadaan kembali menjadi gelap gelita, suram dan menyeramkan..dan apa yang menjadi tanda tanya saya dari mana datangnga angin yang begitu kuat masuk kedalam bilik mematikan lilin yang telah saya nyalakan..sedangkan diluar rumah hanya hujan rintik-rintik dan angin cuma sepoi-sepoi bahasa…keadaan saya semakin tidak ketentuan ketika itu yang hanya ada dalam fikiran saya hanya ingin berlari menuju ke bilik ibu dan ayah…tanpa berfikir panjang saya terus berlari dari bilik tersebut meninggalkan kakak saya keseorangan menuju ke bilik ibu dan ayah saya..ibu yang terbangun dengan Tindakan saya secara spontan melompat kekatil mereka dan menutup seluruh badan dengan selimut tanpa membicarakan apa-apa….ibu yang pelik dengan perilaku saya bertanya “apa yang terjadi pada kamu adik, mana kakak kenapa tak tidur dengan kakak?”.Itulah yang ibu tanyakan kepadaku tetapi mulut saya seolah-olah terkunci untuk memberitahukan ibu akan kejadian tersebut…dan saya hanya mampu berdiam ketakutan yang teramat..

Keesokkan harinya…menjelang waktu 6 pagi…saya sudah terbangun dari tidur sedangkan ibu, ayah dan kakak sudah pun bangun menikmati sarapan…ibu yang ingin membangunkan saya tidak sampai hati kerana ibu melihat anak bongsunya ini sangat lelap dengan tidurnya…sehinggalah…ibu bertanya kepada saya “Adik kenape tiba-tiba melompat kekatil mama semalam dan meninggalkan kakak sendirian tidur?”.Saya hanya diam membisu dengan pertanyaan mama dan tiba-tiba kakak bersuara…”Ape mak!…adik tidur semalam dekat bilik mama habis tu yang tidur dengan kakak tu siapa? ehh Adik jangan main-main ehh dengan kakak, semalam bukan main sakan adik tarik kain selimut tu sampai kakak tak dapat pun selimut!” spontan kakak berbicara…Aku, mak, ayah terlopong besar…siapa pula yang bersama dengan kakak?!!…itulah yanga da dalam fikiran kami masing-masing…

Kakak yang masih belum dapat menduga atau curiga mampu memarahiku kerana kakak berasa saya hanya mempermainkannya dan apabila ibu sendiri yang meyakinkan kakak akan hal tersebut…secara tiba-tiba kakak menangis lalu memeluk ibu dan kakak menceritakan bahawa dia menyangka yang bersamanya malam itu adalah saya tetapi sebaliknya kakak menceritakan bahawa pada ketika itu dia terbangun kerana merasa saya sedang bergerak-gerak dengan gerakan yang kasar sehingga kakak terbangun…kakak juga merasakan makhluk itu berbulu lebat, rambut yang panjang mengurai tidak terurus dan berbadan gempal cuba untuk mencari selimut daripada kakak…kakak menangis dalam ketakutan menceritakan hal tersebut..kerana yang difikirkannya itu adalah adiknya (saya) tetapi sebaliknya…sehingglah saya berusia 18 tahun dan ketika itu baru berusia 10 tahun tetapi masih tidak dapat menduga makhluk apakah itu..

Kalau itu dikatan manusia ianya sangat musthail…kerana tiada jejak yang menunjukkan ianya manusia..bagaimana pula dia boleh masuk kerumh dengan rumah kami tidak memilki sebarang ruang untuk dimasuki atau dicerobohi manusia..sangat mustahil jika makhluk itu masuk melalui pintu atau tingkap..sedangkan pintu dan tingkap dikunci rapat yang tidak membolehkannya ianya masuk kedalam rumah….jika juga ia dikatakan makhluk halus bagaimana pula baju yang kakak sangkutkan kedalam bilik boleh beralih ke jalan raya depan rumah kami…sedangkan baju itu sudah kakak basuh dan kakak pastikan dia belum menggunakan apatah lagi dia membawanya keluar…itualah menjadi tanda tanya kami sekeluarga sehinggalah hari ini..syukurlah peristiwa itu tidak berulang lagi..yang membuatkan saya dan kakak trauma untuk tidur di bilik itu lagi…beberapa hari selepas kejadian itu kami kakak berpindah ke bilik sebelah dan tidak berani lagi tidur di bilik tersebut angkara peristiwa tersebut berulang lagi…

Hanya ini saja yang mampu saya kongsikan kepada rakan-rakan…maaf seandainya bahasa atau perkataan saya kurang menarik dan kurang sopan, dan maaf juga jika cerita saya ini tidak seseram cerita-cerita yang lain…salam;)

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nerah sanson

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.