Makhluk bertubuh kenit

Assalamualaikum warga FS. Saya kenalkan diri dahulu. Boleh panggil saya kero sahaja. Saya memang peminat cerita- cerita seram yang dikongsi di platform FS dan menyebabkan saya ingin berkongsi cerita juga di sini. Seumur hidup saya tidak pernah nampak hantu, jembalang dan sewaktu dengannya tetapi saya dikelilingi orang-orang yang mempunyai pengalaman sendiri dan berkongsi cerita kepada saya mengenai perkara-perkara ghaib, mistik, dan aneh. Jadi saya ingin berkongsi cerita ini juga dengan warga FS.

Baiklah, hendak dimulakan cerita saya mempunyai seorang pakcik yang berkawan dengan orang yang memburu. Jadi cerita pakcik saya yang diceritakan kepada saya adalah bersumber Daripada kawan-kawanya. Pakcik menceritakan kawannya seorang pemburu dan juga seorang kaki pancing. Kebetulan saya dan pakcik sedang memancing di sebatang sungai di hulu selangor ketika itu, oleh itu bagi menghilangkan rasa bosan menunggu rembatan ikan, pakcik mengajak saya berborak. Ok kembali semula ke kisah kawan pakcik saya si pemburu dan pemancing ini.

Satu hari kawan pakcik saya ni. Saya beri nama samaran sebagai “Man” dan kawannya pergi memancing di sebatang sungai jauh di dalam hutan. Hutan mana tidak pula dinyatakan. Oleh kerana sungai yang berada di dalam hutan tidak diteroka oleh kaki-kaki pancing yang lain, ikan-ikan di situ dikatakan sangat banyak. Hanya orang asli dari perkampungan berdekatan yang memancing ikan di situ. Hendak dijadikan cerita, orang-orang asli di perkampungan tersebut sudah memberitahu si Man bahawa terdapat suku kaum kenit di kawasan situ. Mereka sering terserempak orang kenit ini ketika memancing di sungai tersebut. Si Man jenis seorang yang keras hatinya, memang degil dan tidak mudah takut. Kalau tidak la dia jadi seorang pemburu. Dia juga bukan seorang yang “kosong” dan berani bodoh sahaja memasuki hutan. Kira seorang yang berilmu hutan juga yang dipelajari bukan sahaja daripada orang asli tetapi juga dari gurunya.

Walaupun Man sudah diberi amaran oleh orang asli, dia dan seorang rakannya(saya beri nama samaran Halim) masuk juga ke dalam hutan menuju ke sungai tersebut untuk memancing. Setelah sampai di sana, ada terdapat satu batu sungai besar yang berada tidak jauh daripada sungai dan sungai yang dikatakan itu pun sangatlah bersih dan seperti menjanjikan hasil tangkapan yang lumayan kepada mereka.

Tanpa berlengah lagi, Man dan Halim melabuhkan umpan ke dalam sungai. Seperti yang dijangka, hasil tangkapan mereka agak lumayan. Ikan-ikan sungai seperti ikan tengas banyak dinaikkan. Dan ikan-ikan ini dimasukkan ke dalam kantung(dibuat daripada kain/jaring). Sedang Man dan Halim sedap melayan sambaran ikan-ikan tengas tersebut, air sungai yang pada mulanya sedikit deras dan setinggi pinggang, makin lama makin cetek dan aliran sungai makin perlahan. Man mulai perasan akan perubahan air sungai yang aneh lalu memandang si Halim dengan muka yang kebingungan. Air sungai yg tadinya setinggi pinggang, kini cetek setinggi buku lali kaki dan aliran sungai seakan berhenti sehingga menjadi looak-lopak air. Mereka dengan beribu persoalan mengenai fenomena ini memandang ke arah hulu sungai namun, tidak nampak apa-apa. Lalu Man dan Halim memanjat batu sungai besar yang diawal tadi bagi mendapatkan pandangan yang lebih jelas dari atas batu tersebut. Sedang mereka berada di batu tersebut, Man dan Halim terdengar bunyi seakan memerang. Bukan seekor dua tetapi berpuluh ekor bunyinya seperti berlawan lawanan dan bersahutan. Bunyi-bunyi itu semakin hampir dan dekat dengan lokasi memancing mereka. Man dan Halim menyorok di belakang batu besar itu sambil melihat di sungai itu. Tertanya-tanya akan bunyi yang makin menghampiri. Sedang menunggu sesuatu memunculkan diri, semak-semak yang berada di gigi sungai bergoncang-goncang kasar seakan ada sesuatu yang meredah semak samun itu.

Alangkah terkejutnya bila bunyi-bunyi seakan memerang itu bukan daripada memerang, tetapi lembaga yang digambarkan seolah berbadan kecil, tangannya lebih panjang daripada kakinya, berpakaian cawat dan bertelinga tajam. Jika korang pernah tengok cerita lord of the ring. Rupa yang digambarkan seakan watak Smiggle. Kalau tak tahu cuba google.

Bukan seekor, tetapi seperti sekawan/ banyak yang memunculkan diri di sungai itu. Mereka membawa seperti bakul daripada rotan disandang dibelakang badan sambil menangkap ikan-ikan yang terperangkap di lopak-lopak air sungai tersebut. Oleh kerana air sungai tadi sudah berhenti dan air cetek, maka ikan tiada tempat untuk lari. Lembaga-lembaga ini berebut-rebut sesama mereka dan berbunyi nyaring seperti memerang menangkap ikan-ikan disitu. Man dan Halim mendiamkan diri di belakang batu besar tadi.

Kehadiran mereka disitu seolah tidak disedari lembaga itu. Sambil mereka memerhati dari jauh, mungkin inilah orang kenit yang dikatakan oleh orang Asli setempat itu. Sedang orang-orang kenit itu menangkap ikan, seekor daripada orang kenit itu ternampak kantung ikan yang ditinggalkan mereka di tebing sungai. Seakan tahu ada manusia yang datang ke situ, bertempiaran orang-orang kenit lari sambil membuat bunyi nyaring itu lari kedalam hutan.

Man ni memang jenis yang tak tahu takut, dia berlari cuba mengejar orang-orang kenit tersebut. Tetapi orang-orang kenit lebih pantas meredah semak samun dan hilang daripada pandangan. Halim yang juga mengekori Man bertanya ” apa bende makhluk tadi?” “entahla” jawab Man. Halim mengajak Man pulang, tetapi Man masih belum puas hati dan tertanya-tanya bagaimana aliran sungai boleh terhenti seolah tersekat dengan sesuatu.

Oleh itu Man dan Halim menongkah ke hulu untuk mencari jawapan. Apabila beberapa minit berjalan ke hulu sungai, mereka ternampak batu-batu sungai besar menyekat aliran air sungai. Seperti diempang oleh sesuatu dengan mengangkat batu-batu besar di sekitar sungai. Mungkin orang-orang kenit itu yang mengangkat batu-batu besar itu lalu membuat sekatan air sungai di hulu supaya mereka boleh menangkap ikan di hilir sungai.

Tidak sangka badan orang kenit yang digambarkan seperti budak berumur 5 tahun mempunyai kekuatan luar biasa. Tiba-tiba sekatan yang dibuat pecah dan air sungai mengalir dengan kuat seperti fenomena “kepala air” kerana sekatan tadi tidak lagi mampu menahan tekanan air sungai yang makin kuat. Man dan Halim pulang dengan hasil tangkapan ikan tadi dan sebuah pengalaman misteri untuk dijadikan cerita kepada kawan-kawan yang lain.

Ok itu sahaja kisah orang kenit. Ada lagi dua cerita daripada si Man ni yang diceritakan oleh pakcik saya. Kisah berburu rusa terserempak lembaga seakan Bigfoot dan satu lagi kisah terserempak makhluk aneh seperti dewa hindu di dalam hutan. Kalau cerita ini dapat sambutan daripada warga FS. Saya akan sambung lagi dua kisah ini. Terima kasih

-kero-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]
Kero

22 thoughts on “Makhluk bertubuh kenit”

  1. aku pun pernah jumpa orang kenit ni tapi kecik punya macam saiz tapak tangan orang dewasa.. tapi muka tua takde bunyi nyaring tu dorang silent mood.. suka mencuri mesti hilang barang² aku cari tak pernah jumpa ntah mana dorang pergi sorok!!

    Reply
      • bukan toyol… ni awang kenit dah kantoi hari tu sye ternampak, kalau mencuri takpe la tak kisah pun yang geram tu kucing sye pun dia kacau sampai jadi trauma asyik menyorok bawah katil je nak ambil pun dok hiss hiss sambil nak cakar … panas pulak hati rasa nak pijak sampai lumat je orang kenit ni dah la nakal buat khianat pula mcm la rumah ni dorang punya, ada cara tak nak hapuskan mahkluk ni?! nak suruh dorang berambus selamanya

        Reply
        • Rumah awak tu dok area mana??..pelik pula mmbacanya..
          Kalau penulis ni org islam.. cuba ikhtiar solat sunat tahajjud & hajat.. minta Allah bg petunjuk cara mengatasinya.. sekiranya penulis dh ikhtiar jumpa perawat islam.. sbb arwah nenek saya pernah mengalami situasi yg hampir pelik mcm penulis ni.. dh usaha minta khidmat perawat islam.. masih belum ada cara mengatasinya.. akhirnya arwah nenek saya dh pasrah solat sunat bgn tgh malam 40 mlm berturut2..akhirnya ada jawapannya.. tp minta maaf sy betul2 tak ingat apa yg dia bg tau cara mengatasinya tu..

          Reply
          • Susah sikit benda ni sebab bukan halus dia jenis mahkluk kasar macam kita juga cuma dia lebih ilmu hidup mungkin melebihi umur manusia biasa kata perawat islam.. tengok muka dorang pun rasa seriau muka tua sesangat kalau awk tengok mesti pengsan, dah mcm² ikhtiar buat masih tak jalan juga.. nak solat pun tak khusyuk teringat benda tu buat gila kat belakang masa tengah solat naya oiii ingat nak kasi racun je tapi takut dorang balas dendam sebab mahkluk kenit tu nampak mcm cerdik je kena pindah rumah tapi umah sendiri kenapa sye pulak kena pergi kan dorang la patut berambus stress hari² nak pergi kerja-keluar kena bawa Kucing skali takut dia tak dapat buat sye dia aniaya haiwan tu pula, dah buntu nak buat apa

        • Oh saya bersimpati dgn keadaan awak skrg..tp sy nk tyelh..sungguh benar ke keadaan awak skrg ni???.. sungguh ke mmg nk mengatasi situasi n???..

          Maaflh sbb sy byk baca dlm f.s ni ada yg byk mereka2 kisah situasi.. tp mcm xberniat nk merawat / mngatasinya..

          kalau benar & bersungguh sy cuba kenalkan kpd tok guru saya..

          Reply
    • Boleh bagi gambar kat saya?gambar orang kenit tu. Tok guru saya nak tengok jenis yang macamana. Sebab dulu dia pernah basmi yang jenis pakai senapang . Dia tembak kami tapi tak sakit la.cuma gatal gatal merah. Boleh info saya di whatsapp ya kalau tak keberatan 0187692038

      Reply
  2. wujud eh org kenit ni….mcm goblin dlm cerita harry potter je…hihihii…..nanti cerita laa pasal bigfoot ngan makhluk aneh mcm dewa hindu tuu yaa……

    Reply
  3. Ya Allah tak sangka pula.. Waktu aku umur 5-6tahun, parents aku belikan buku cerita. Roughly ceritanya, mengenai suku sakat ‘manusia’ kerdil yg wujud dalam hutan.

    Cerita ala2 apa penulis ni sampaikan lah.
    Manusia masuk hutan terserempak dgn golongan mereka ni. Memang digambarkan mereka ni akan cari hasil sungai.

    Dan, buku cerita tu pulak terjemahan English ke BM.. author dia pun original mat saleh, bukan org Malqysian. Ilustrasi dia mmg mcm rupa ni lah pun. Telinga tajam2 tu.

    Baca ni teringat den masa dolu2.

    Reply
  4. Ada rakan anggota tentera yg sesat selepas tertinggal dari kumpulannya semasa rondaan. Dia bercerita sepanjang 5 hari tersesat, dia terpaksa tidur atas pokok pasal risaukan kehadiran ‘orang kenit’ pada waktu malam..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.