Makhluk Menumpang di Highway Melaka

First time menulis kisah seram. Aku share kisah benar yang berlaku pada aku pada tahun 2013 waktu aku bekerja di daerah Batu Pahat, Johor. Aku ni kira suami jarak jauh, kerja di Johor, isteri dan anak-anak di Senawang, Negeri Sembilan. Kiranya, seminggu sekali aku akan berulang-alik untuk berjumpa dengan family. Selalunya tepat jam 5 ptg hari Jumaat aku dah siap-siap nak balik jumpa family. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Aku suka ikut jalan ke Pagoh terus ke lebuhraya PLUS untuk ke Senawang. Sebab bagi aku jalan tu tak banyak kereta dan aku boleh pecut dengan lancar. Hampir 5 tahun aku ikut jalan tu tiada apa yang pelik-pelik yang aku hadapi.

Satu hari tu kereta aku accident kecil dan kena tukar tayar, tapi tak sempat nak buat balancing. Pulak tu hari Jumaat, aku nak balik cepat-cepat ke Senawang nak jumpa family. Aku tangguhkan dulu buat balancing terus balik Senawang. Kereta kalau tak buat balancing, tak boleh bawak laju-laju, Cuma boleh bawak dalam 10 – 20 km/j jer. Memang slow giler, kalau bawak laju dia akan luar kawalan. Takut nanti masuk parit ke langgar kereta lain, naya aku. Jadi berbekalkan semangat balik kampong, aku nekad. Aku dah kira-kira, paling-paling pon jam 11 mlm aku akan sampai Senawang. Laluan ke Tol Pagoh lancar, alhamdulillah. Bila masuk jer lebuhraya PLUS , aku pon tak ingat km berapa, tapi kira dah masuk Melaka.

Aku dapat rasa ada entity duduk seat sebelah aku. Aku boleh dengar rengusan dan boleh nampak dari ekor anak mata memang ada entity dah book tempat tu. Agak besar juga badannya. Kereta aku pulak makin tak terkawal sebab aku cuba nak speed up. Aku cuba baca ayat kursi tapi seolah-olah tekak aku ni macam ada telur kat dalam , jadi semua tak terkeluar secara lisan. Puas aku fikir camana nak buat ni. Aku pon teringat untuk azan, sebab setan lari bila dengar azan. Tapi sebab tekak dan tersangkut, payah juga. Aku gagahkan juga azan, alhamdulillah, walaupun tersangkut-sangkut, keluar la jugak walaupon seketul-ketul. Aku azan hampir 7 kali tiba-tiba aku rasa macam berada dalam satu suasana yang penuh ketenangan. Macam tiba-tiba suasana jadi ‘calm’ dan mendamaikan. Aku cuba kerling ke arah seat sebelah dah clear.

Tengok keadaan dah clear aku terus azan sebab perjalanan masih jauh. Takut kang benda lain pulak singgah sebab dah malam. Sampai rumah memang tepat jam 11 mlm, letih tak boleh nak cerita. Aku tak ceritakan pada sesiapa pon sebab bg aku ni pengalaman biasa jer. Mungkin dia tengok apa slow sgt kereta ni, mai kita tumpang sat. Semoga terhibur.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment