#MakLang – Dah Masak Ranum Ni

Assalammualaikum para pembaca FS. Sebenarnya ini kali kedua Mak Lang menghantar story kat FS ni. But maybe story yang 1st tu x seram so tak terpilih untuk di publishkan.

Anyway, kisah ni terjadi masa umur Mak Lang 7tahun kat kawasan setinggan tempat Mak Lang menetap dulu. Aku dalam kisah ni adalah Mak Lang.

Setinggan tempat tinggal ku ini tak la crowded. Rumah2 tersusun macam bentuk U And tengah2 dijadikan tempat letak kereta dan tempat budak2 main konda kondi, polis sentri want to jaga.(sape tw lagu ni kite geng).

Nama pun setinggan, so 80% umah aku dibuat dari papan and 20% batu. Cuma moden sikit umah aku ni sebab jamban kat dalam umah.

Sebelah rumah aku ni tinggalah sepasang suami isteri En Jepri dan Pn Alin. Siang tu Pn Alin baru balik dri hospital dengan tangan bersimen. Die bagitau mak aku, di accident terhempap motor so tangan die retak. Sebagai jiran yang prihatin, ayah aku plan nak melawat pn Alin malam tu sesudah maghrib. So, mak aku suh kakak, abang and aku bersiap2 sendiri sebab mak aku pregnant 6bulan masa ni. Tak larat sangat.

Masa aku mandi and membuang dalam toilet, dengar jiran sebelah aku bergaduh kaw2. En jepri dok jerit keluar kau.. keluar… peliknya tak dengar pulak suara Puan Alin membalas tapi dok dengar suara garau dok gelak2 mcm mengejek.

Aku keluar toilet berlari pergi kat mak aku. Mak aku suh siap2 untuk g melawat jugak. Sampai depan umah En Jepri tahan tak bagi mak aku masuk. Die cakap bini die da bukan bini die.. da ada benda menumpang and benda tu tengah mengamuk. Aku sempat jeling dalam rumah dia tengok Pn Alin tengah baring and kaki die kena ikat(terpaksa sbb Pn Alin ni XXL manakala suami die XS). Tangan die yg bersimen cantik ptg tadi da pecah2.. mata dia besar hitam pandang mak aku..

Pn Alin: Bagi die masuk! Aku nak dia datang dekat aku! (Suara garau giler)
En Jefri: Tak de sape bole masuk selagi kau tak keluar dari badan bini aku!!
Pn Alin: Aku nak hidu die.. die tengah wangi (sebab mak aku pregnant). Yang kat depan tu dah ranum tu..Ermmm (sambil jilat2 bibir dengan scarynya)..
Yang kat depan tu maksudnya jiran kami yang pregnant jugak. tapi die da 9 bulan..kira memang tengah menunggu hari..

Atas nasihat en jepri, malam tu gak kami kemas2 and gerak tido umah nenek kami kat kampung sebelah. Ayah aku je stay sebab nak tolong en jepri kawal ‘bini’ die sementara tunggu ustaz datang.

Dua hari lepas tu, kami balik umah and pn Alin pun da bebas dari gangguan tu. Rupanya masa die accident tu, die ada terpijak benda tu punya family. Sebab tu benda tu polow die and mengamuk.

Aku tanya ayah aku camne sesi mengubat. Dari ayah aku citer, sama je macam kisah2 yang aku baca dalam FS ni. tekan buku lali, bersoal jawab dengan benda tu dan pujuk benda tu balik ke tempat die.

Tu je kisah MakLang kali ni. Ada rezeki MakLang story pasal kisah kami satu keluarga hampir accident akibat diganggu..

P/s : Nama dalam cerita da diubah.

.

Mak Lang
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

25 comments

    1. Ko pun ada jgk story pasal hotel yg bosan giler tu kopiceroi. Adoii..kemain lak ko nk bosan bosankan story org. Jarang aku tengok writer yg kondem story org lain padahal story dia pun lebih kurang bosan je.

      Btw maklang, story ko ni okay je, biasa2. More better kalo compare dgn story kopiceroi pengalaman kt hotel yg excited nk bagitau pasal interview je lebih.

      1. Kopi ceroi pnya story yg baru publish tu pun x ok juga..bnyk sngt makcik dia hahaha

        kipidap Mak Lang..bnykkan lagi moment seram ye

        1. Takdenya senior pun kopiceroi tu. story pun suam2 kuku je. Lain la si celupar ke, detektif d9 ke. Ramai lagi sebenarnya. Rileks maklang.

    1. Psl jiran Mak Lang diganggu after beliau secara tak sengaja terpijak benda tu masa accident. Xleh paham ek? Sorry la ayat penulis baru..

    1. Paling scary bila die dok menjilat bibir masa cakap tu sambil pandang kami. Sampai sekarang masih teringat ekspressi muke die.. seriau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.