Assalamualaikum, terima kasih kepada admin yang publish cerita aku ni (itu pun kalau dipublish kan lah).
Aku selalu baca Fiksyen Shasha ni dan aku rasa nak share sikit pasal maksu aku. Maksu sebenarnya sepupu mak aku, tapi sebab family kitorang rapat, so dah macam mak sedara sendiri. Ok, benda ni dah lama jadi kat maksu sebelum dia kawin lagi. Sekarang maksu dah ada 4 orang anak dan yang sulung pun dah umur 20. So, korang bayangkan lah maksu aku ni kena kacau dah 20 tahun. Atau lebih 20 tahun la kan. Asal yang dia kena gangguan adalah daripada buatan orang.
Masa belum kawin dulu, ada lelaki yang nakkan maksu aku. Time ni maksu aku masih di universiti sekali dengan mak aku. Mak pun ada cakap dulu ramai yang minta nak pinang maksu sebab maksu cantik. Sekarang pun cantik even dah 40an. Berbalik kisah tadi, lelaki ni macam obses dengan maksu tapi maksu xlayan sebab dah nak kawin dengan paksu lan. Bila dah kawin, gangguan lagi teruk. Paksu lan redha sebab dia sayangkan maksu. Jadi macam2 ikhtiar yg paksu buat untuk hentikan gangguan. Tapi semua terkawal bila arwah atuk tinggal dengan maksu. Gangguan dah kurang, tapi still ada. Gangguan yang paling teruk dan kemuncak adalah tahun lepas, bila arwah atuk meninggal. Dalam beberapa bulan atuk meninggal, maksu dah start xboleh tidur malam. Dia akan tidur selepas asar sampai isyak. Lepas tu dia akan jaga sampai ke subuh. Dahla maksu ni cikgu, bayangkan betapa letihnya dia untuk pergi sekolah esoknya tu.
Malam lepas isyak, maksu start meracau. Paksu lan call ustaz nak ubatkan maksu. Bila ustaz sampai, maksu terus je bersilat. Lepastu dia menari la, panjat tangga la. Kudrat maksu time tu lebih dari 3 orang lelaki. Semua yang pegang maksu mesti diterajangnya termasuklah paksu lan. Bila sedar balik maksu nangis lepas tu bersilat balik.
Mulalah sesi dialog ustaz dengan jin tu. Ustaz tu cakap “kenapa kau mesti kacau Limah (maksu)?!”
“Apa yang kau tak puas hati dengan dia!”
Jin tu cakap dengan suara garau (marah tengking pun ada) “aku hanya diperintah tuan aku! Aku hanya taat!”
Ustaz suruh jin tu keluar tapi dia degil. Lepas tu maksu sedar balik then nangis sambil tunjuk kat muka pintu rumah dia. Sebab masa rawatan tu pintu dibuka. Maksu dok tunjuk2 kat pintu rumah dia. Dia cakap ada lelaki yang nakkan dia dulu dok gelakkan dia. Maksu jugak dengar lelaki tu bisik kat telinga dia yang kalau dia xdapat maksu, sampai mati maksu merana. Dulu pun masa awal kawin lelaki nak buatkan paksu ngan maksu bercerai tapi berkat kesabaran paksu aku, rumah tangga diorang selamat.
Tak lama lepas tu maksu meracau balik. Benda ni jadi dalam satu malam. So sekejap maksu break, lepastu kena rasuk balik. Kali ni ustaz ni halau dengan kekerasan. Bila dia ruqyah, jin tu sempat lagi ejek siap betulkan bacaan lagi wehh. Haha power la hantu ni. Kafir betul. Ustaz tanya kenapa sekarang kau berjaya ambik alih badan maksu. Jin tu cakap sebab bapak dia dah mati. Lepas bapak dia mati tak akan ada siapa yang dapat cabar aku. Ni sebab arwah atuk aku pengamal perubatan islam. Arwah atuk selalu ubatkan orang dan selalu jaga maksu. Sebab tu dulu jin tu takut sebab ada atuk. Sekarang bila atuk dah tak ada, takkan ada siapa yang dapat halang dia.
Maksu cakap tapi bukan suara maksu, suara lelaki yang hantar jin tu. Maksu cakap (lelaki yang jahanam tu lah) “aku dari dulu nakkan limah tapi dia tak pernah pandang aku! Aku akan buat dia sampai aku puas sampai dia mati!”. Weh padahal benda ni dah lebih 20 tahun dah. Lelaki tu pun dah tua, ada anak bini. Tapi tetap dendam kan maksu.
Ustaz halau dengan kekerasan sampai bau hangit macam bau terbakar tiba2 ada. Maksu cakap nampak benda tu berbulu besar muka buruk menjerit. Jerit bingit katanya. Lepas daripada malam tu, maksu still lagi sakit2, lebam2 tapi dah tak seteruk dulu. Beransur-ansur sihat. Sekarang alhamdulillah dah tak ada apa2. Maksu cakap ada dengar lelaki tu bisik yang dia ada jumpa maksu dekat pasar malam tapi maksu tak pandang pun dia. Weh benda dah lama, kalau aku sendiri pun dah tak kenal kot. Maksu ckap mungkin dia ada sapu minyak pengasih ke apa sebab selepas dari kejadian kat pasar tu maksu dah semakin teruk.
Disini aku nak bagitau, reda lah kita dengan qada dan qadar Allah. Reda lah dengan jodoh kita. Jangan sesekali bertuhankan syaitan kerana janjinya syaitan iblis untuk menyesatkan cucu adam dan menjadi penemanya di neraka. Nauzubillah, bertakwa dan bertawakallah kepada Allah bahawa Dia lah yang berhak disembah dan bergantung harap.
Maaf jika penulisan aku tak seberapa sebab aku jarang menulis. Semoga menjadi peringatan buat semua
kite kena percaya dan redha dengan jodoh kita..
kejam gile..
peh..hidup kalau penuh dgn dendam ni x aman kot
Cuba dgn perawat ini. 011 3291 6553 -pn maznah. Suami isteri perawat sakit mistik.
Zaman skrg tak dpt jek trus nk berbomoh…itam btol hti dia..
zaman dulu pun sebenarnya
terbawak2 sampai zaman sekarang
Jantan sewel. dh beranak pinak pn x insap2 lg
Teman pon dulu pernah muda remaja….pernah gak dok admire kt seseorang tp ditolak conta teman tu…sedih usah ckp lah…tp idaklah dok tengin pi sihir pompuan tu..alhamdulillah Allah bg teman jodoh yg baik….pompuan yg reject teman tu dgr citer rumahtangga diorang x kekal…selalu kn pukul ngan laki…dulu bkn main cun..skrg dh rupa tong drum…tu bukti jodoh dr Allah utk kita adalah terbaik…sabar & bykkan doa
keji betol hati..sampai bile nak berdendam dengan orng..