MAKTEH

Makteh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Thanks FS kalau publish kan cerita aku kali ni. Cerita ni tentang Makteh aku – Adik abah. Bukan lah cerita 1 episode je tapi ber-kompilasi kekdahnya. Sebab semua kejadian seram ni makteh aku yang alami. Puas aku collect semua maklumat dari dia sampai dia pandang aku dengan muka “Eh kau ni, sabar je lah. Macam seronok sangat aku kena ganggu” gitu. LOL. Okay let’s start.

Makteh duduk kat rumah pusaka dengan Pakcu, Pokde and anak angkat dia, Willy. Tapi kebanyakkan masa dia akan berdua je dengan Pokde so rumah akan sunyi. Makteh aku ni kami panggil Jeneral. Tahap kegarangan dan tempikan dia, bukan setakat manusia, hantu setan pun boleh terkincit. Maybe sebab tu dia selalu nampak jembalang bagai ni.

CAUTION: CERITA NI PENDEK-PENDEK JE TAU. HARAP MAKLUM.

Kisah 1

Masa ni makteh aku tengah membasuh baju kat belakang rumah. Even rumah makteh aku ada mesin basuh, dia suka memberus. Then baru masuk dalam mesin. So masa tengah syok memberus, dia rasa macam ada benda tengah pandang dia. Then dia pandang lah balik. Dia cakap masa tu lah dia nampak benda hitam berbulu besar berdiri bertentangan dengan dia. Tapi dia buat tak tahu and teruskan memberus dengan jayanya.

Kisah 2

Makteh aku tengah nak start solat. Suddenly jembalang tu duduk bertinggung depan dia sambil perhatikan dia. Tapi makteh aku buat bodoh je lah. Dia solat macam biasa and benda tu blah.

Kisah 3

Ada satu petang tu, almost maghrib lah, makteh aku nak ke dapur dari ruang tamu. Then dia nampak berkepul-kepul kabus or asap kat area dapur tu. Dia dah tahu ada benda tak kena. Di baca-baca lah apa yang patut and dia lalu je tepi asap tu. Almost 2 minute juga kata makteh baru benda tu hilang. Kalau nak kata asap bakar sampah, setempat pula tu benda tu.

Kisah 4

Malam dalam pukul 10, makteh aku pi ke dapur. Tiba-tiba dia nampak Willy berdiri tegak kat area depan pintu bilik dia sendiri. Makteh aku ni tegur lah banyak kali sambil memetir kenapa tak tidur lagi. Tapi benda tu buat tak tahu je. Makteh aku dah agak lah tu bukan anak angkat dia. Terus dia sudahkan kerja dia then masuk tidur.

Makteh ni juga yang aku cerita nampak jelmaan abah aku masa subuh di bulan Ramadhan dulu. Aku rasa aku ni dapat tempias gangguan dari dia juga kot sebab maybe aku ni di jaga dia since aku 7 hari lepas lahir. Okay tak ada kene mengena.

Sekarang makteh ni ada macam 1 penyakit kulit. Selepas dia jumpa ular hitam bawah katil dia plus ada lembaga hitam sergah dia masa dia nak masuk bilik bulan lepas. Tak tahu lah kalau berkaitan or apa but guys, doakan makteh aku cepat sembuh ye. Appreciate it.

Nanti kalau ada lagi yang mistik, aku share. Maaf kalau ringkas sangat and tak seram mana. Aku dah bagi amaran seperti di atas. Sampai ketemu lagi guys.

Fara.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

47 thoughts on “MAKTEH”

  1. watak … kisah… maklumat… situasi dh ada … cuma perlu didetail…. ade byk kenampakkan… tp kenapa dibiarkan jer… bende mcm tu tak blh dibiarkan kat umah sesuka atinya…. paling kurang klau tak mmpu selawat secara kuat( nada brckp) dlm rumah mcm mse maulud nabi… bukak surah Al -baqarah sekurangnya…bende tu takkan tahan dgr selawat hari2…

    Reply

Leave a Comment