Malam Sebelum Peperiksaan

Assalamualaikum semua pembaca FS. Saya selalu baca kisah-kisah seram dan paranormal yang dikongsikan para pembaca FS. Di kesempatan ini saya nak ambil peluang untuk kongsikan kisah saya yang pernah terjadi sewaktu saya belajar di sebuah kolej awam di selatan tanah air. Sebelum tu, terima kasih kepada admin FS sebab sudi siarkan kisah saya. Harap pembaca FS terhibur dengan kisah saya.

Semasa saya belajar di kolej awam tu dulu, saya ada 3 orang kawan rapat, seorang lelaki dan dua perempuan. Kitorang ni kira sangat rapat la. Nak pergi makan petang atau malam tak boleh kalau tak ajak sekali makan sama-sama. Jadi bila buat ulangkaji pelajaran pun mestilah sama-sama jugak. Saya letak nama diorang macam ni, yang kawan baik lelaki saya tu si A, dan yang kawan baik perempuan dua orang tu sorang B and sorang lagi D. Pakai huruf depan nama diorang jela ea.

Okay, pada satu malam tu kitorang macam biasalah akan keluar di sekitar dalam kawasan kolej tu nak cari tempat yang sesuai nak buat ulangkaji pelajaran. Bila musim peperiksaan je, memang boleh dikatakan hampir di setiap ceruk-ceruk mana yang ada plug elektrik tu mesti ada beberapa orang satu kumpulan duduk atas lantai bukak laptop bukak nota dan buat ulangkaji sama-sama.

Tapi macam saya cakap tadi, hampir semua tapi tak semua. Sebabnya ada beberapa tempat tu yang ada plug elektrik tapi agak terpencil dan seram sikit nak buat ulangkaji. Kang tak memasal, apa yang dibaca tak masuk kepala otak nanti. Tapi sebab kami dah tak ada pilihan lain, maka dengan persetujuan semua, kamipun pilihlah satu tempat yang terpencil ni di belakang perpustakaan kolej.

Di sekitar tempat yang kami pilih tu ada sebuah waqaf pondok kecil di tengah kawasan rumput. Tempat tu menghadap salah satu blok asrama perempuan tapi jauh sedikit. Dengan berbekalkan satu lampu kalimantang je, kamipun mulalah keluarkan segala buku-buku nota kami dan mulakan mengulangkaji subjek masing-masing.

Dah beberapa minit duduk situ, si B ni terperasan ada kucing berwarna coklat gelap seolah-olah macam berlari laju kearah dia dari arah sebelah kanan dia, terus dia terperanjat dan melompat tiba-tiba. Kitorang pun tanya la kenapa, dia pun cakap “korang tak perasan ke ada kucing lari datang kat aku tadi” . Lepas tu kitorang cakaplah tak ada. Si B ni memang sangat tak suka kucing sebenarnya. Bukan dia jijik ke apa tapi dia trauma dengan kucing. Pernah kena cakar atau gigit masa kecil kot.

Dah beberapa lama ulangkaji tu, kamipun berehat sekejap dekat bawah pondok waqaf tu bertemankan suluhan lampu kalimantang yang tak seberapa jauh dari tempat kami tu. Dan masa tu, barulah ada kucing sama warna coklat gelap datang berlegar-legar di sekitar pondok tu. Yang lain memang suka la kacau kucing tu, belai-belai manja. Tapi yang si B ni memang lari ke sudut lain la bila kucing tu datang ke arah kami. Yang peliknya, kucing tu sangat berminat nak pergi ke arah si B ni. Macam seolah-olah kat situ cuma ada si B ni je.

Sebab kesiankan si B ni, aku pergi tangkap kucing tu lepas tu kurung sementara waktu dalam bilik AHU berdekatan. Kejap je. Nak balik tido aku bukak la balik. Bajet ingat kan. Haha…

Selepas nak sambung ulangkaji tu, aku dengan si A ni cakap nak pergi ke kedai runcit kejap nak beli makanan ringan buat kami makan sambil belajar. Jadi aku dengan si A pun berlalulah pergi ke kedai tu. Kedai tu bukak lagi sampai pukul 10 kalau tak silap. Kitorang mula ulangkaji selepas isyak.

Masa aku dengan kawan aku si A ni pergi kedai runcit tu, si B ni sekali lagi kena dengan gangguan kucing tu. Kucing yang sama, berlari dari arah yang sama. Tapi sebab dia fikir aku dah kurung kucing tu, so dia cuma tersentak je. Dia pandang si D, si D roommate si B ni pun pandang si B balik.

Tak lama selepas tu, diorang berdua terdengar satu suara dari belakang tiang bangunan tu, si B ni duduk membelakangi tiang tu la. Satu suara menyebut nama aku “Ra….. zi……”, diorang saling berpandangan dan lepas tu suara tu berbunyi dengan nada marah “siap kau!”. Terus si B ni melompat ke arah si D dan sesaat selepas tu jugaklah aku dengan kawan aku si A muncul dari arah depan perpustakaan tu. Terus terkejut diorang bila ternampak aku tiba-tiba.

Aku terus tanya kenapa dan diorang pun ceritalah diorang terdengar suara garang jerit nama aku dengan amaran keras tu sekali. Aku secara tiba-tiba terus jerit ke arah mana datangnya suara tu, konon berani sangat la kan. Disebabkan diorang berdua dah ketakutan jadi aku pun ajak berpindah ke tempat lain.

Ingatkan dah pindah tempat lain, dah tak kena kacau. Memang meleset dugaan kitorang. Di tempat baru, kitorang pilih nak sambung duduk atas lantai berhadapan bilik kuliah. Tadi kat situ ada ramai orang tengah ulangkaji. Dah balik bilik agaknya. Si B ni duduk menghadap pintu bilik kuliah, aku, si A dengan B semua duduk membentuk bulatan. Sambil mendengar lagu dan menyelak halaman buku nota, aku ternampak dua titisan d***h yang baru jatuh di sebelah atas sudut kanan halaman yang aku tengah sibuk selak tu. Aku terus tengok ke atas nak tahu datangnya dari mana. Tak ada apa-apa pun!

Aku pandang si D yang duduk berhadapan aku, dia terus cabut headphone dia seolah-olah macam dia terdengar suara berbisik di telinga dia. Dan terus si B ni menjerit dan menangis tiba-tiba. Aku tenangkan semua orang, aku cakap “okay geng, cukuplah setakat ni je malam ni, besok kita sambung apa yang boleh”. Dan semuanya pun masing-masing balik ke bilik. Masa dalam perjalanan tu, si B cerita dekat cermin pintu bilik kuliah tu dia ternampak satu makhluk hitam mata berwarna merah d***h merenung tajam ke arah dia.

Si B ni pun sebab terdengar suara berbisik tu yang dia tanggalkan headphone dia tadi. Manakala aku plak, aku tunjukkan sudut halaman yang terkena dua titisan d***h tu. Masing-masing agak ketakutan tapi aku pesan balik nanti nak tido baca tiga Qul dan Ayatul Kursi, niat supaya jangan diganggu. Alhamdulillah tak ada apa-apa buruk berlaku.

Sampai sekarang buku nota berdarah tu ada lagi aku simpan. Sejak haritu aku mula berwaspada kalau nak cari tempat untuk ulangkaji berkumpulan, baik jangan pergi ke tempat yang sunyi terpencil. Hm….

Sekian, terima kasih sudi baca.

Fakhrurrazie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

6 thoughts on “Malam Sebelum Peperiksaan”

  1. Misteri tak selesai lagi lah…kucing tu macam mana?
    Org yg takut kucing bila mengelak kucing lagilah kucing tu datang kacau. Pasal pa ea? Huhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.