Assalamualaikum. saya pembaca fiksyen syasya, teringin sekali lagi nak tulis satu cerita semasa di rumah ibu kandung sy. Semasa di tingkatan 3 tahun 2008, saya dikejutkan dgn kematian arwah abg kandung saya. Ayah angkat saya iaitu adik kepada ibu kandung saya mengambil saya di sekolah untuk dibawa pulang kampung. Arwah abang kandung saya meninggal disbbkan kanser kulit pada antara alat kemaluan dan peha nya.
Selepas abang kandung saya dikebumikan, kami pun terus balik kerumah ibu kandung saya. Selesai solat berjemaah, kami semua berkemas menyimpan pinggan,mencuci semua hingga habis selesai semua tu kami adik beradik yagg lain, termasuk ibu ayah angkat saya bekumpul di tengah ruang tamu rumah. Masa tu masih rumah kayu dan tengah bercerita mengenangkan arwah yang dah tinggalkan kami. Mengenangkan arwah yang terlalu baik pada adik-adik nya. Selepas itu kami semua terus terlelap akibat keletihan.
Tiba-tiba dalam pukul 1 pagi, saya nak membuang hajat, masa tu tandas pulak dekat luar rumah. Aduiii..Nak keluar rumah pula tak berani. Keadaan gelap gelita je di luar mase tu. Saya kejutkan adik saya yang dibawah saya, (saya anak keenam dlm adik beradik, so adik saya yg ketujuh), saya kejutkan dia, menyahut jugak lah dia. Terus saya ajak dia temankan kat luar tandas. Masa tengah melepaskan hajat tu, saya terkejut dengan ketukan dinding dibelakang saya. Dinding masa tu atap zink je. Aduii..gelabah terkejut saya. Terus cuci apa yang patut dan keluar. Saya tengok adik saya dah takde kat luar. Eh? Sedangkan saya berborak dengan dia tadi. Mane dia pergi? Saya tengok dekat belakang tandas tadi, sy tengok ade pokok kelapa yg tinggi. Saya tengok diatas ada dua cahaya berwarna merah terang. “benda” tu dekat sangat dengan saya. Badannya tinggi berwarna hitam…dan… saya nampak ada arwah abg diatasnya! Ya Allahh.. Menggeletar habis satu badan saya. Ayah masa tu terus menjerit panggil saya dan tarik saya masuk ke dalam. Saya langsung tak sedarkan diri. Terus tergamam. Mata saya pula memang dah tak berkelip langsung. Saya dalam ketakutan yang amat sangat! Tidak pernah lagi nampak makhluk yang menyeramkan seperti itu.
Tak lama lepas tu, ayah kandung saya terus menghembus air dimuka saya. Lepas tu saya pun tersedar lepas tergamam yang agak lama. Terus saya memberitahu diorang semua yang saya nampak makhluk tu. Ayah saya kata, hantu tu memang tinggi, dan ayah saya kata lagi, bila ‘dia’ nampak dekat, sebenarnya ‘dia’ sangat jauh dan bila ‘dia’ nampak jauh sebenarnya ‘dia’ dekat sangat dengan kita.. huhuhu… Malam tu saya terus tak dapat tidur. Keesokankan malam tahlil hari kedua pula, selesai je tahlil saya dengan keluarga angkat saya balik ke sri aman. Dalam perjalanan pulang ke sri aman. Ayah angkat saya ternampak satu bebola api sebesar bola sepak mengiringi kami sampai ke simpang bulatan ke kampung hilir dan satu lembaga putih berbungkus turut mengiringi kami. Saya dalam ketakutan yang teramat terus memasang ayat yassin dalam fon saya. Lembaga berbungkus tadi tu terus hilang yang tinggal, hanya bebola api masih mengejar kami. Sesampainya kami di rumah, bebola tu hilang. Saya takut kalau-kalau bebola api tu datang untuk menggangu keluarga kami lagi, tapi alhamdulillah lah sampai sekarang benda tu tak ganggu kami lagi. Walaupun dah selalu balik kampung. Sekian dari saya.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Gler,goosebump aku dbuatnye bace cite ni..
puaka tul kg ni