Hi, Aku tak tahu best ke tak tapi ni memang bukan reka reka, tapi bapak aku sendiri yang rasa cuma aku tukar jadi perenggan macam ni dan nampak sedap sikit ayat, taklah banyak tapi sikit je sedap. tapi apa-apa pon, ini bapak aku lalui. Aku, Tulus nak kisahkan balik kat korang semua. nak percaya dan baca terpulang, nak komen negatif cerita reka atau tipu terpulang. Terimalah cerito den!!!
____________________________________
TEKSI yang akan dipandu telah pun dibersihkan sejak awal pagi lagi. Setiap kotoran walau sebesar zarah pasti dilihat oleh Zarul. Dia tidak akan membiarkan sahaja kotoran itu terus mengotori teksinya. Dia juga tidak mahu para penumpangnya duduk di dalam keadan yang kotor.
Keluar pagi dan pulang lewat malam telah menjadi kebiasaan bagi Zarul iaitu seorang pemandu teksi. Biarlah sesusah mana sekalipun pekerjaannya, baginya ia adalah suatu kepuasan mendapat rezeki yang halal dan mungkin juga disebabkan bantuan daripada salah seorang.
Ketika pulang lewat malam, Zarul ditumpangi oleh seorang Pak Cik tua. Pada mulanya agak gerun dan berasa takut untuk menumpangkan seorang Pak Cik tua yang berjalan seorang diri di tepi jalan. Namun, amanah sebagai seorang pemandu teksi haruslah dipatuhi dengan sebaiknya memandangkan Pak Cik tua itu juga telah menahan teksinya. Terpaksalah dia memberhentikan tayar teksinya daripada terus bergolek laju. Pak Cik itu terus membenamkan tubuhnya ke dalam perut teksi.
“Pak Cik nak ke mana?” soal Zarul dengan lembut sekali.
Ketika itu, tayar teksi yang dipandunya telah pun bergolek laju setelah pintu kereta dibahagian belakang ditutup rapat oleh Pak Cik tua tersebut. Tangan kanannya tidak henti menukar gear sebaik sahaja dia inginkan.
Pak Cik itu masih lagi tidak mahu menjawab pertanyaan Zarul. Wajahnya hanya ditundukkan seolah-olah sedang tekun bertafakur ketika duduk di tempat duduk bahagian belakang.
“Pak Cik ni nak ke mana? Biar saya hantarkan,” soal Zarul sekali lagi. Kini, soalannya diputar belit menjadi lebih panjang. Namun, masih lagi bleh di fahami.
“Pak Cik nak balik.”
Kata Pak Cik tua dengan suara yang sangat garau.
Zarul berasa hairan. Adakah soalan yang ditanya tadi salah atau memang Pak Cik itu tidak faham? Tanpa berfikir panjang, dia bertanya lagi.
“Pak Cik nak balik mana?” soal Zarul sekali lagi untuk mendapatkan jawapan yang lebih sempurna.
“Pak Cik nak balik ke rumah anak Pak Cik.”
Zarul mengangguk laju. Kini, dia sudah faham ke mana hala tuju Pak Cik itu. Tapi, ke tempat mana yang di maksudkan oleh Pak Cik tersebut? Itu menjadi tanda tanya di kepala Zarul.
“Rumah anak Pak Cik di mana?”
“Di jalan seberang sana, anak akan nampak. Nanti Pak Cik tunjukkan.”
Zarul menganggukkan kepalanya menandakan dia faham benar dengan penerangan Pak Cik itu sebentar tadi. Nasib jawapan Pak Cik itu tidak sepatah dua lagi. Tiba-tiba Zarul membeku. Kepalanya asyik terfikir akan kata-kata Pak Cik itu. Benarkah di situ ada rumah? Sebelum ini belum pernah Zarul melihatnya jika dia melalui jalan yang di katakan oleh Pak Cik itu. Dengan sepantas kilat dia melupakan sahaja tentang perkara itu. Jika benar ada rumah, ia sangat bersyukur. Jika tidak, Tuhan sahaja yang akan tentukan.
“Pak Cik, boleh saya tahu nama Pak Cik?” soal Zarul sengaja ingin tahu. Lagipun, apasalahnya kalau seorang pemandu teksi ingin beramah mesra dengan penumpangnya.
Kemudian, Pak Cik itu ketawa sebaik sahaja Zarul menghabiskan kata-katanya. Zarul menjadi pelik. Dia mengerutkan dahinya.
‘Aku tanya betul-betul, dia gelak pulak.’
Bisik hati Zarul. Ketika itu, Pak Cik tua sedang memandang Zarul dengan tajam. Tidak langsung mengalihkan pandangannya ke arah lain. Zarul menjadi tidak senang duduk. Mungkin ada yang tidak kena dengan Zarul.
‘Kenapa Pak Cik ni pandang aku?’ ujar hatinya. Sekali sekala dia pandang cermin bahagian belakang kereta. Wajah Pak Cik itu masih lagi tepat memandangnya.
“Ada apa-apa yang boleh saya bantu, Pak Cik?” soal Zarul ingin tahu. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena daripada Pak Cik itu.
Dengan pantas Pak Cik itu terus menundukkan kepalanya semula. Tangannya dengan cepat menyeluk poket seluarnya. Seolah-olah sedang meraba sesuatu barang yang ingin dibawa keluar daripada kepompongnya.
Terserlah butir-butir manik yang tersangkut kemas dan terikat kemas pada talinya. Bunyi manik-manik yang digenggam erat oleh Pak Cik itu terus menganggu Zarul yang sedang memandu di kawasan yang agak sunyi dan gelap ketika itu.
“Anak, ambil ni,” arah Pak Cik tua itu dengan kerasnya.
Zarul terkejut sebaik sahaja Pak Cik itu menyerahkan manik yang berkilau di bawah gelap tanpa ada sebarang cahaya yang dapat menerangi mereka berdua. Hanya lampu hadapan kereta teksi yang dapat memancarkan jalan untuk memudahkan pemanduan Zarul sahaja.
“Untuk apa ni Pak Cik?”
“Untuk kamu, Pak Cik tak ada duit nak bayar tambang ni. Jadi Pak Cik tukar duit itu kepada benda ni.”
Panjang lebar kata-kata yang keluar daripada mulut Pak Cik itu. Zarul bertambah hairan.
“Tak apalah Pak Cik kalau tak ada duit, saya belanja Pak Cik. Lagipun dah lewat malam ni, rasanya saya halalkan sahaja tambang yang akan saya kenakan kepada Pak Cik.”
Kata Zarul dengan lembut sekali.
“Tak apalah, Pak Cik beri, kamu terima aja.”
Zarul megangguk kepala sahaja sambil mengukir senyuman manis. Setelah itu, Pak Cik itu terus menyangkutkan manik tersebut pada cermin pandang belakang tanpa disuruh oleh Zarul. Zarul hanya memandang tingkah laku Pak Cik itu.
“Moga benda ini dapat menyelamatkan kamu semasa pulang lewat malam dan dapat rezeki yang banyak.”
Zarul menjadi hairan. Apa maksud di sebalik kata-kata Pak cik itu? Suhu yang dingin ketika itu membuatkannya bertambah seram sejuk. Meremang juga bulu di tengkuknya.
“Pak Cik ni siapa ya sebenarnya? Saya tanya nama Pak Cik langsung Pak Cik tak jawab.”
Orang tua itu ketawa sekali lagi sebaik sahaja Zarul menanyakan namanya. Makin panas hatinya apabila oarng tua itu berkelakuan aneh.
“Kenapa Pak Cik ketawa kalau saya tanya nama Pak Cik?”
Sengaja Zarul mempersoalkan perkara sedemikian. Dia sengaja ingin tahu apa jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu.
“Nama Pak Cik siapa?”
Kedengaran kuat suara orang tua itu ketawa setelah soalan yang sama Zarul lemparkan. Kini, dia ketawa lebih lama. Pada masa yang sama, tayar kereta Zarul melanggar lubang yang agak dalam. Teksi yang dipandunya sedikit hilang kawalan. Zarul menarik nafas laju. Dia juga takut kalau perkara buruk berlaku. Secara tiba-tiba, suara orang tua yang memekik di telinganya tadi telah hilang dengan serta-merta. Zarul cuba memperlahakan kenderaannya. Dia menoleh ke arah belakang. Kelihatan tubuh Pak Cik tua tersebut tiada lagi di bahagian tempat duduk belakang. Rupanya Zarul bercakap seorang diri.
Zarul terus memberhentikan teksinya dengan pantas. Jantungnya berdegup laju. Wajahnya bertukar merah padam seolah-olah darahnya telah memenuhi kepalanya. Keadaan gelap di kawasan sekeliling yang agak sunyi itu membuatkan Zarul bertambah takut. Tangannya menggeletar. Stereng kereta juga tidak mampu dipegang dengan sebaiknya.
“Ya Allah, siapa yang tumpang aku tadi?” kata Zarul sendirian.
Tanpa berfikir panjang, dia meneruskan perjalanannya walaupun dalam keadaan yang penuh dengan ketakutan. Dia menguatkan semangatnya sahaja.
Semasa memandu, Zarul asyik terfikir dan asyik membayangkan Pak Cik tua yang sempat menumpang teksinya. Sekali-sekala matanya mengerling ke arah manik yang sempat digantung oleh Pak Cik tua tersebut sebelum menghilangkan diri begitu sahaja. Kelihatan, kilauan daripada manik itu masih lagi dilihatnya dengan mata kasar walaupun dalam keadaan gelap seperti itu. Tangannya lantas mencapai manik tersebut. Dia cuba menghidu manik itu dengan hidungnya. Tiada bau yang dapat memberi petunjuk dari mana datangnya Pak Cik tua dan manik itu.
Kalau benar Pak Cik itu bomoh, pakaiannya serta perwatakannya tidak seperti bomoh di kampung-kampung, malah pakaiannya lebih kepada orang yang hidup mewah dan dijaga oleh keluarganya dengan baik sekali.
“Siapa Pak Cik tu sebenarnya ya?”
Tak henti-henti soalan sama yang bermain di fikirannya. Matanya hanya memandang tepat pada manik-manik yang cantik itu ditangannya. Pemanduannya kini tidak lagi fokus seperti sebelumnya.
Pada masa yang sama, Zarul terlanggar bonggol jalan tanpa memperlahankan kenderaan. Lalu, manik yang dipegang tadi jatuh ke lantai teksi. Badannya di bongkokkan sedikit untuk mencapai manik yang telah dimakan oleh kawasan bawah tempat duduknya.
Kemudian, Zarul terus menundukkan kepalanya untuk mencari manik tersebut setelah melihat keadaan jalan raya yang lengang dan selamat daripada bencana ketika itu. Sekali-sekala kepalanya diangkat ke atas untuk melihat jalan raya agar tidak berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Teksi yang dipandunya juga tidak melebihi had kelajuan yang ditetapkan jalan, malah lebih perlahan daripada itu.
“Ish, mana manik tadi?” soal Zarul sendirian.
Kini, dia tidak sabar untuk menemukan manik tersebut. Dia makin baran dengan keadaan yang memaksanya untuk terus mencari manik tersebut di dalam keadaan yang agak gelap ketika itu. Tak lama kemudian, hon lori treler kuat menghentam telinganya. Dia terkejut dengan buyi tersebut. Entah mana datangnya pun tidak tahu. Sangkaan Zarul terhadap jalan yang lengang tadi ternyata salah. Tangannya yang memegang stereng kereta terus tidak dapat mengawalnya. Zarul sempat menjerit dengan lantang kerana takut perkara ngeri yang akan berlaku.
Zarul melanggar bahu jalan. Penghadang-penghadang jalan terpaksa dia rempuh sehingga menyebabkan teksinya terhumban ke bahu jalan. Darah gemuruh yang menyelubunginya ketika itu menyebabkannya tidak stabil. Dia kemalangan. kemalangan di kawasan bersebelahan kubur yang semat dikatakan oleh Pak Cik tua tersebut. Bukannya rumah, tetapi kubur.
Teksi yang dipandunya remuk di bahagian hadapan. Syukur, lori yang menyebabkannya kemalangan tadi baik-baik sahaja. Lori tersebut berhenti di tepi jalan mungkin kerana pemandunya mahu melihat keadaan Zarul ketika itu. Terbit juga rasa bersalah daripada pemandu lori tersebut.
Tak lama kemudian, Zarul dibawa ke hospital. Dengan pantas wayar-wayar yang berselirat dipasang ke seluruh badan Zarul oleh beberapa orang jururawat dan juga seorang doktor ketika di dalam ambulans. Mungkin juga pemandu lori tadi yang mengaku silapnya terus memanggil ambulans datang ke tempat kejadian.
Ketika Zarul asyik terbaring di atas katil putih empuk, manik-manik seperti tasbih menjadi lamunannya ketika koma di hospital. Mimpi-mimpinya hanya menggambarkan manik-manik yang telah lama menjadi pendampingnya untuk mencari rezeki sejak awal dia menjadi pemandu teksi. Sebenarnya, orang tua yang menumpang teksinya adalah seorang bomoh yang pernah dia jumpa sewaktu meminta pendamping daripadanya. Manik yang tergantung itu juga telah lama tersangkut. Cuma Zarul sahaja yang berhalusinasi ketika malam kejadian. Itulah sebenarnya bantuan yang sempat diperkatakan tentang Zarul yang pernah mendapatkan bantuan daripada seseorang iaitu bomoh.
Dia inginkan rezeki yang melimpah ruah, jadi jalan yang salah telah Zarul gunakan untuk dirinya sendiri. Barulah, dia ingat bahawa Pak Cik yang menumpang teksinya itu adalah Wak Suharto yang memberi pedamping untuk mengaut rezeki yang melimpah ruah diminta oleh Zarul sendiri. Kini, Zarul menyesal dengan perbuatan syiriknya. Dia tidak akan percaya lagi dengan perkara karut sehingga menyebabkannya koma terlantar di hospital.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
wow! BEST!
Sampahnya cerita kenapa la aku baca
x brapa paham cerita hang ni…pening
Terima kasih sebab baca
So bapak kau mintak pendamping la? Jangan lah bukak aib keluarga hm
die share maybe bukan sbb nk buka aib tpi nk bgi pengajaran
Hahaha.lawak cita ni.
x berapa paham.