Pengakuan Dari Yang Merasuk III

Pengakuan Dari Yang Merasuk III

Assalamualaikum. Saya Hana. Saya kembali menulis untuk menyudahkan apa yang sudah saya mulai.

Sambungan…

“Dah lah cikgu, esok start cuti dah.. Balik kampung nak raya tu hati-hati naa.. Jangan duk pikiaq sangat hal depa ni. Cuti ni ustaz Mat cakap nak bawak kawan-kawan dia mai sini tengok apa duk ada. Balik la cikgu. Duk jaga anak orang sampai nak putuih napas. Gi tengok anak sendiri pulak..”

Aku tersengih mendengar jenaka itu.

Perlahan kereta kuhala keluar dari perkarangan sekolah.
Belum sempat keluar dari pagar sekolah aku tertekan pedal brek mengejut.
Pak Din yang sudah berjalan ke pondok jaga gelengkan kepala.
Aku teringat pesanan rakan setugas tentang Bilik Pengurusan Disiplin. Dia pesan agar aku tolong kuncikan pintu bilik tersebut kerana dia perlu pulang sedikit awal.

Jam menunjukkan pukul 7.10 petang.
Hatiku berat untuk ke bilik itu dalam remang senja ini.
Untuk mengajak Pak Din temankan aku, aku lihat dia sudah tunduk berwudhuk di surau sekolah.
Hendak atau tidak, aku kena jalankan amanah yang digalas pada bahuku ini.
Kakiku pantas menghampiri Bilik Pengurusan Disiplin. Ku keluarkan kunci, dan kuncikan bilik tersebut..
Segera kupusingkan badan untuk beredar.
Dari bilik sebelah, kedengaran suara wanita menangis mendayu. Mana ada manusia lain lagi dalam sekolah ini? Selalunya aku antara guru terakhir yang pulang. Bilik itu hanyalah stor koperasi sekolah. Masakan ada orang menangis di dalamnya.
Mula-mula tangisan kedengaran perlahan, tetapi semakin aku atur langkah untuk tinggalkan bilik tersebut, semakin kuat tangisan kedengaran. Dadaku berdebar dengan kencang sekali. Kaki semakin berat. Payah sekali untuk kuangkat. Tangisan semakin kuat. Nafasku manjadi sesak. Hendak ku menjerit tetapi seolah tiada daya. Perlahan air mata mengalir dari mataku tanpa dapat ku kawal.

“Allahuakbar Allah…huakbar!!!!”

Suara tua Pak Din kedengaran dari belakangku.
Habis azan yang dilaungkan, baharulah aku rasa cengkaman kuat di kaki dilepaskan perlahan…
Aku menyedut nafas rakus.
Tercungap-cungap jadinya.

“Pakcik dah habaq… Balik, cikgu. Balik. Ni boleh drive tak ni? Nak pakcik panggil husband?”

Aku hanya gelengkan kepala dalam sendu yang masih bersisa.
Cepat-cepat aku keluar dari perkarangan sekolah.

Sejak itu, aku jadi lain. Aku jadi perengus, pemarah.
Sampai di rumah, tidak semena-mena aku marahkan anak-anak.
Suami yang tahu aku sering handle pelajar histeria hanya jauhkan baby daripadaku. Aku dibiarkan berseorangan.
Ketika aku tidur malam, kedengaran dia bacakan ayat-ayat suci al quran di kepalaku.
Pulang beraya di kampung pun, aku lain dari biasa.
Adikku memanggil ustaz, dan rawatan diberikan.

Kembali ke sekolah, aku sering sakit-sakit.
Ini menjawab kenapa kisah ini tertunggak lama.
Baharu sekarang aku mampu menulis, walaupun demam masih bersisa.
Semoga sekolahku kekal aman sampai bila-bila.

Menjawab beberapa persoalan..

Kenapa saya tulis bersiri?

– Lillahi, tidak terlintas untuk saya buat sambungan pun.. Pada mulanya, saya hanya cuba berkongsi tentang kisah histeria yang pada saya, menarik juga, sebab suara yang berkata-kata dari tubuh pelajar saya itu mengaku bahawa pelajar yang dirasuk itu adalah pelajar hasil didikannya. Boleh rujuk siri 1 . Tetapi apabila hari demi hari kami lalui selepas itu, penuh dengan episod histeria, membuatkan kami tertanya-tanya. Apa punca jadi berpanjangan begitu? Sebab itu ada entri kedua. Apatah lagi jalan cerita makin menarik, jadi saya share.
– Sejujurnya, saya merupakan manusia pelik. Simply say, saya kerap nampak entiti demi entiti sejak saya kecil lagi. Entiti di sekolah ini, sudah saya tahu dan kenalpasti setiap satunya. (Alah, setiap sekolah pun ada blok yang haunted, ada bilik yang keras, kan..)Pantang mereka, kegemaran mereka.. Ada yang suka pesta, ada yang suka dikir barat, ada yang suka baca buku.. Macam-macam lah. Dan setiap kali entiti yang marah atau frust, saya sendiri yang akan disapa terlebih dahulu, diberi bayangan apa punca mereka marah atau apa punca mereka gedik semacam. Ya, macam mengarut, kan? Tapi itulah dunia saya. Seringkali saya tersilap apabila entiti menyerupai pelajar, nasib baik saya tak peluk entiti itu. Cuma serangan kali ini betul-betul kami hilang punca. Tiada salam, tiada penjelasan daripada pihak mereka. Hanya serangan, serangan dan serangan dan kata cacian yang mengatakan kami bodoh. Rupanya ‘penyerang’ ada pemiliknya. Siapalah kami ini untuk meneka sehingga sejauh itu.

Histeria adalah kes biasa?
– bagi kami, memang kes biasa jika berlaku sehari dua. Jika sebulan, maka ianya bukan lagi biasa. Histeria hasil rasukan ‘mereka’ yang bertuan, sukar untuk dikendalikan, tuan.. Kerana ‘mereka’ hanya ikut apa yang tuan mereka arahkan.

Apa jadi pada budak yang diakui oleh ‘makhluk’ itu sebagai anak didik mereka?
– Ya, pelajar itu menjadi sedikit baik daripada sebelumnya. Mereka lebih rapat dengan saya sekarang. Saya guru disiplin. Selama ini saya sering dimusuhi pelajar-pelajar bermasalah ini. Tetapi selepas kejadian histeria ini, mereka lebih mudah dibentuk, tidak terlalu memberontak seperti sebelumnya. Setiap teguran saya, mereka angguk dan tidak melawan. Alhamdulillah untuk perubahan ini.

Apa motif sihir sekolah?
– Kami masih tidak punya jawapan untuk soalan ini. Kami sendiri masih tertanya-tanya.

Apa jadi apabila sekolah dibuka?
– Alhamdulillah, pembelajaran dijalankan dengan tenang. Tiada lagi gangguan. Saya cuba merisik daripada Ustaz Mat dan Pak Din apa yang jadi ketika cuti. Ustaz Mat hanya bagitahu, dah rawat sekolah. Siapa yang hantar, kenapa hantar sup bunjut, katanya supaya boleh masak sup di hari raya.

Oh ya, saya sedang berada di hadapan pondok guard ni. Biasalah, sebagai guru disiplin, kena bertugas di hadapan pagar, kan.. Pak Din bagitahu, sup bunjut tu bukan satu, tapi empat. Setiap satunya isi berlainan. Isinya kalau pak cik tunjuk, mesti cikgu muntah. Ok, since saya dah makan tengahari, saya pun malas nak tengok. Yang penting, pelajar kami tidak lagi kerasukan. Menurut Pak Din, satu dijumpai setiap minggu. Apa maknanya, saya kurang pasti. Tapi Pak Din cakap, seolah mereka memperbaharui setiap minggu. Wallahualam.

Untuk yang mendoakan keamanan sekolah kami, terima kasih kami ucapkan. Untuk yang mengutuk kenapa pihak sekolah tidak panggil pihak berwajib, jawab saya, sudah pelbagai perawat kami panggil. Mungkin sebab itu si dia yang menghantar keep on renewing sihir yang dihantar kut.

Segalanya tinggal rahsia.
Biarlah.

Biarlah kamu dengan alam kamu, dan kami dengan alam kami.

InsyaAllah saya akan menulis lagi di FS tentang pengalaman saya yang sering nampak ‘mereka’.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Nur farhana
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 comments

  1. Alhamdulillah. Semoga keamanan in kekal terus dan semoga penyihiran itu tak lut lagi lah. Walaupun sering deganti-ganti (betul nye takde kerja). Setahu saya ada orang yg sengaja nak ‘test’ ilmu (khurafat) diorang, tu yg kekadang cari pasal hantar kat orang2 tanpa sebab.

  2. Dasat lah..apelah motif tiap minggu jak renew tue..huhuhu alhamdulillah dah ok.. Semoga cikgu cepat sembuh..nanti share story lagi ea…

  3. “Siapa yang hantar, kenapa hantar sup bunjut, katanya supaya boleh masak sup di hari raya.”
    dalam seram, tergelak jugak MG. Pandai ustaz buat lawak. apa2 pun, moga Allah pelihara seluruh warga sekolah puan.

  4. Sapa lah yg dengki sgt smpi sanggup menghantar sihir kt skolah tu.. ramai org yg x bersalah menjadi mangsa.. sy yg menjadi tukang baca ni pun dpt rasa “kepenatan” yg cikgu¬≤ rasakan.. bertabah la cikgu.. semoga sekolah cikgu akn menjadi aman spt sedia kala.. aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.