Manusia Bertopengkan Syaitan II

Kelihatan ramai orang yang keluar dari pintu mahkamah Sivik yang berada di Shah Alam, dengan berbelas orang wartawan. Disitu juga terdapat seorang gadis berbaju banduan yang dibawa oleh pihak polis. Ketika itu, seorang lelaki menghampiri gadis itu. “Umairah!”. Panggil lelaki itu. “Iqram? Kenapa?”. Soal gadis yang bernama Umairah itu. “S-Saya…Saya minta maaf…Saya yang sepatutnya ditahan polis, bukannya awak. kalau lah..kalau lah keluarga awak jamin awak seperti ibu saya lakukan untuk saya, pasti awak…” “Tak apa lah, Iqram. Saya ni tak berduit. Lagipun, tak kira macam mana kita terangkan mengenai pembunuhan sebelum ini, pasti tiada sesiapa yang percaya”. Ujar Umairah, memotong kata-kata Iqram. Iqram terus terdiam mendengarnya. Bagi Iqram, Umairah sudah melalui banyak penderitaan. Mula-mula dia mengorbankan dirinya untuk menanggung dosa kakaknya, dan kini dia dituduh membunuh rakan-rakannya dalam kejadian setengah tahun yang lalu. “Saya…Saya janji! Saya akan berusaha untuk membantu awak, Umairah. Saya akan cuba mengurangkan hukuman keatas awak. tak pun, membebaskan awak dari penjara! Saya janji kepada awak!”. Ujar Iqram lagi kepada gadis itu. Umairah terus tersenyum manis kepada Iqram. “Terima kasih, Iqram.”. kata Umairah lagi, sebelum dibawa pergi oleh pihak polis.

“PEMB*NUH!!!”.
“PEREMPUAN GILA!! PSIKO!!”.
“MAMPOS LAH KAU!!! SYAITAN!!”.
“PULANGKAN ANAK AKU DANIEL!!!”.
Dan pelbagai lagi tomahan yang Umairah terima daripada orang luar dan rata-ratanya datang daripada keluarga mangsa yang terkorban. Walau bagaimanapun, Umairah tetap tersenyum dan cuba bertenang, kerana hatinya kuat dan yakin terhadap takdir Allah. “aku harus kuat dan yakin terhadap Allah…Ya, aku mesti….”.
PEMBERSIHAN SYAITAN II
Setahun kemudiannya…\
Beberapa kereta dan trak polis kelihatan bergerak keluar daripada Penjara Sungai Buloh dengan membawa seberapa banyak banduan. Pada masa yang sama, terdapat sepasang kekasih menghampiri pondok pengawal disitu. “Assalamualaikum Tuan. Saya nak jumpa adik saya, Siti Umairah binti Abdul Rahim. Dia banduan kat sini”. Ujar wanita itu. “Boleh bagi IC cik dengan lelaki itu?”. arah polis itu. wanita itu terus menyerahkan kad pengenalan miliknya dan kekasihnya. “Err..Siti Amirah binti Abdul Rahim dan Akmal Syafiq bin Halim”. Kata polis itu perlahan. Setelah beberapa ketika, mereka berdua dibenarkan masuk.
“Um….Hei, Umairah. Kalau kau dah keluar nanti, apa kau nak buat?”. Soal seorang wanita kepada Umairah, yang ketika itu berada didalam bilik penjara mereka. Umairah juga sedang duduk melihat keluar. “Aku…entah lah, Sam. Memang lah aku ada SPM. Tapi lepas aku kena masuk sini, mustahil aku akan dapat kerja. So, aku serahkan semuanya kepada Allah S.W.T”. Balas Umairah panjang kepada rakan sebiliknya itu, Sam. Sam mengangguk perlahan. “Kuat betul Iman kau kat Tuhan. Walaupun kau membunuh 5 orang itu…Oppss”. Sam terus terdiam selepas menyedari apa yang dia katakan. Takut ayatnya itu menyakitkan hati Umairah.
Namun begitu, Umairah langsung tidak memarahinya, malah Umairah memberinya senyuman. “mestilah…Allah ialah pencipta kita, langit dan Bumi, seluruh alam semesta. Mesti kita kena yakin”. Tambah Umairah. Sam mengangguk perlahan, sebelum mengalihkan pandangannya kearah seorang lagi rakan sebilik mereka, Aqilah. “Wei, kau pula macam mana, Aqilah? Kau nak buat apa?”. Soal Sam. Walau bagaimanapun, Aqilah hanya mendiamkan diri tanpa menjawab soalan itu. berang, Sam terus menjerit “terbayang anak kau yang kau bunuh lah tu! Tu la, ada bayi, pergi buang! Kalau aku, aku letak jer depan rumah orang ke, depan rumah anak yatim ke. Ini tidak, pergi buang anak sampai anak tu mati!”.
Sam terus tergelak dengan perliannya itu. namun begitu, Aqilah tetap mendiamkan diri, sementara Umairah menggelengkan kepala dengan perangai Sam itu. “Sudah-sudah lah cari pasal dengan Aqilah. Aqilah pun tengah bersedih lagi dengan kematian anaknya itu”. Ujar Umairah. Tidak lama selepas itu, seorang anggota polis wanita menghampiri cel mereka. “Umairah, ada orang nak jumpa kamu”. Kata polis itu. Umairah terus terdiam. Manakan tidak, selepas setahun dia dipenjarakan, tiada ahli keluarga dia pun yang melawatnya. Hanya Iqram saja yang jumpa dengannya, sebelum dia pergi menuntut ilmu Islam.
“Eh, Kakak!!”. Terkejut besar Umairah selepas melihat kehadiran kakaknya, Amirah. “Adik, adik sihat?!”. Soal Amirah kepada Umairah. “Alhamdulillah, sihat. Kakak macam mana?”. Balas pula Umairah. “Macam Adik tengok Kakak sekarang ni. Kan sihat saja!”. Balas Amirah. Selepas beberapa ketawa, Umairah terus bertanya kepada kakaknya mengenai ibubapanya. “Oh, Mak dengan Abah sihat. Cuma Abah kena masuk hospital sebab darah tinggi”. Umairah mengangguk perlahan selepas mendengar khabar berita itu.
“Kakak minta maaf, Adik. Sebab Kakak ambil masa yang lama untuk jumpa Adik. Yalah, Mak dengan Abah bukan bagi Kakak jumpa Adik. Diaorang cakap….Adik bukan anak diaorang lagi!”. Mendengar pernyataan tersebut, Umairah terus terpaku. Satu persatu ujian yang menimpanya. Kini, ibubapanya membuang dia. Tapi, didalam hatinya, dia membisik “Aku mesti kuat! Aku mesti yakin kepada Allah!”. “Apa pun, kenapa sibuk sangat kat luar? Banyak banduan yang dikeluarkan”. Soal Amirah tentang apa yang dia lihat di luar sana. “Oh, 50 peratus banduan disini akan dipindahkan ke Penjara Kajang sebab masalah fasiliti. Termasuk lah Adik”.
Jelas Umairah. “Eh, maksudnya Adik pun….Nasib baik Kakak datang hari ni. Sekurang-kurangnya Kakak tahu yang adik akan dipindahkan”. Amirah kelihatan menghembus nafas leganya. Apabila ditanya tentang bila dipindahkan, Umairah menyatakan bahawa waktunya adalah minggu hadapan. Setelah beberapa ketika, masa pertemuan mereka akhirnya tamat dan Amirah menegaskan bahawa dia akan berusaha untuk memujuk ibubapa dia untuk bertemu dengan Umairah. “Terima kasih, Kakak. Umairah rindu dengan Kakak!”. Ujar Umairah sebelum kakaknya beredar. “Tiada apalah, Adik. Lepas Adik berkorban demi Kakak..Kakak tahu yang adik seorang yang baik, dan takkan buat kesalahan bunuh itu”.
Balas Amirah seraya tersenyum. Akhirnya, Amirah beredar bersama kekasihnya. Umairah hanya mampu melihat dari dalam tirai besi sahaja. sebagai gadis dan manusia, dia juga ingin dikasihi seperti Kakaknya…..
Seminggu selepas itu, seperti yang Umairah katakan, pindahan terakhir bagi 50 peratus banduan di Penjara itu sedang dilakukan. Ketika itu, dua orang banduan lelaki sedang berbual. “Wei, kau tengok tu, Hakim! Banyak woo betina-betina kat sini! Ni yang aku geram!”. Ujar lelaki bernama Jamil kepada rakannya, Hakim. “Ish kau ni! Dah kena macam-macam hukuman pun masih nak fikir pasal tu!”. Balas Hakim. Pada masa yang sama, satu kurungan besar dibawa melepasi mereka. “Apa fasal mereka bawa kurungan itu bersama kita?”. Hairan Hakim. Jamil kemudiannya membisik kepada Hakim “Kau tak tahu ke? Dalam tu ada pembunuh paling psiko kat Malaysia! Dia tu dah bunuh 20 orang, termasuk budak dan bayi”.
Terkejut terus Hakim, sebelum mereka dipaksa masuk kedalam trak. Pada masa yang sama, Umairah, Sam dan Aqilah juga dibawa masuk kedalam trak. “Wahh…Tak sabar aku nak jumpa dengan ‘member’ baru kita kat penjara sana!”. Sorak Sam, dengan berbunyi sarkastik. Selepas semuanya selesai, barulah mereka bergerak ke destinasi mereka.

“VROOMMM….”
Trak-trak yang membawa banduan-banduan itu terus meluncur laju diatas jalan raya yang basah, taktala hujan yang sedang turun. Mereka yang ada didalam trak itu terdengar beberapa dentuman kilat yang agak kuat. Aqilah terutamanya yang takut akan situasi itu, ditambah pula dengan laluan yang curam. “T-Tuan, boleh perlahan sikit tak? Saya takut”. Pinta Aqilah kepada pemandu trak itu, Mejar Fikrie. “Ah, diamlah! Kitaorang kena bawa kamu semua yang sampah ini secepat yang mungkin!”. Balas Fikrie dengan kasar. “Aih cakap kasar nampak, Abe Polis! Kalau kitaorang sampah, kau pulak pengutip sampah! Ahahaha! Mesti badan korang bau busuk, Ahahaha!!”. Balas pula Sam yang agak terasa dengan cacian polis itu.
Sementara itu, Umairah terus melihat keadaan diluar. Sudah setahun dia tidak menjejak kaki ke luar. Walaupun hujan ketika itu, Umairah tetap gembira dengan apa yang dia sedang nikmati sekarang ini. “Ya Allah, begitu indah sekali ciptaan Kau”. Bisik hati Umairah. Tidak lama selepas itu, mereka memasuki jalan Tanah Tinggi Cameron yang agak berbahaya. Ditambah pula dengan hujan yang semakin lebat. Ketika mereka semua sudah diam, dek kerana mengantuk, Umairah terdengar seseorang membaca satu ayat;
“DENGAN NAMA ——– AKU SERU KAU!! PENGHUNI NERAKA JAHANAM, AZFAR-UN!”.
Pada masa yang sama, kilat terus menyambar sebatang pokok, menyebabkan pokok itu patah dan menghempas Bumi. Trak yang membawa banduan lelaki tidak sempat mengelak dan terbalik, sementara trak yang membawa banduan wanita terlanggar kenderaan tersebut dengan kuat sekali. “ARGGHHH!!!!”. Jerit mereka semua ketakutan. Kenderaan mereka semua kemudiannya terbalik beberapa kali, sebelum terjunam kedalam gaung! “ALAMAK!!!!!!! KITA AKAN MATI!!!!!!!”. Jerit Aqilah, sambil memegang tangan Umairah dan ….
“BAAAAMMMMMMMM!!!!!!!!!!!”.
…………
….. “HATI KAU AKAN GELAP…”.
“UMAIRAH…AKU AKAN TUNGGU KAU….”.
Selepas terdengar suara aneh itu, Umairah terus tersedar dan mendapati Sam berada di sisinya. “Nasib baik kau dah sedar, Umairah!”. Ujar Sam seraya membantu Umairah yang masih lagi kesakitan untuk berdiri. “K-Kita selamat?”. Soal Umairah sebaik saja melihat kenderaan mereka yang sudah hancur remuk. “Tu la pasal! Kita masih panjang umur!”. Balas Sam. Umairah juga terlihat Aqilah yang mengalami kecederaan pada kaki dia. “Aqilah, kau boleh bangun tak?”. Soal Umairah seraya menghampiri wanita itu. “Y-Ya…aku cuma tak boleh berlari. Mungkin”. Balas Aqilah yang masih kesakitan.
Pada masa yang sama, banduan lelaki yang juga masih selamat; Hakim, Jamil serta seorang banduan lelaki bernama Zul sedang menggeledah kenderaan mereka. “Cari apa-apa senjata yang masih lagi elok”. Arah Hakim kepada Zul. Zul kemudiannya menemui senapang patah serta sepucuk pistol milik anggota polis yang mati disitu. “Aku jumpa 2 senjata”. Kata Zul sambil menyerahkan senjata itu kepada mereka berdua. Hakim dan Jamil kemudiannya cuba beredar, namun dihalang oleh Umairah. “Wei! Korang nak pergi mana?!”. Soal Umairah. Jamil tergelak mendengar soalan gadis muda itu.
“Wei, Bodoh! Ni lah peluang kita nak lari! Apa, kau nak tunggu sampai polis datang dan tangkap kita balik?!”. Balas Jamil dengan sarkastik. “T-Tapi…” “Tak ada tapi-tapi! Aku nak korang perempuan ikut kitaorang! Nanti korang beritahu polis pasal kami bertiga!”. Hakim memotong kata Umairah. Pada asalnya para wanita tidak mahu mengikut mereka, namun selepas Hakim mengugut mereka dengan senjata api, mereka terpaksa mendengar arahan lelaki itu. sebelum beredar, Umairah melihat semula kenderaan yang sudah hancur itu, sambil teringat ayat yang dia dengar sebelum kemalangan berlaku. “aku pasti ada orang yang sebut nama Syaitan itu….tapi siapa?”. Bisik hati Umairah. Pada masa yang sama, mayat mangsa yang terkorban itu mula bergerak sedikit……..
Mereka yang masih selamat mula memasuki hutan yang tebal itu, seraya cuba mencari jalan keluar. Ketika melalui sebatang pokok, Umairah hampir terjatuh, namun disambut oleh Zul. “Awak tak apa-apa?”. Soal Zul yang kelihatan risau. “Saya okey, jangan risau!”. Balas Umairah sambil tersenyum manis. Tidak lama selepas itu, Zul meminta maaf kepada Umairah. “Eh, kenapa nak minta maaf?”. “Yalah, disebabkan saya jumpa senapang itu, mereka berdua menggunakannya untuk mengugut kamu semua”. Jawab Zul termalu-malu. Mereka berdua kemudiannya memperkenalkan diri masing-masing, sebelum dikacau oleh Sam “Kalau nak dating, ini bukan masa yang sesuai!”. Ujar Sam tersengih.
Pada masa yang sama, Aqilah tiba-tiba berhenti berjalan. “WEI! Apa pasal kau berhenti?! Aku kata jalan!”. Herdik Jamil sambil mengacukan pistol. “A-aku nak buang air kecil”. Ujar Aqilah sambil tubuhnya terketar akibat kesejukan Tanah Tinggi Cameron. “Ish…Okey-Okey! Kau pergi! Tapi jangan lama-lama!”. Arah Hakim. Aqilah kemudiannya menuju ke sebatang pokok yang agak jauh dari mereka. Ketika dia cuba membuka seluarnya, dia perasan bahawa seseorang sedang mengitai dia. “S-Siapa?!”. Jerit Aqilah yang mula ketakutan. Semak-samun disekelilingnya mula bergerak.
“Hi!!”. Muncul Jamil dibelakang Aqilah secara tiba-tiba. Sebelum sempat Aqilah bertindak, Jamil terus memeluknya. “Wahhh..!! lama betul aku tak datang betina cantik macam kau! Tubuh kau memang tip-top!”. Ujar Jamil yang mula meramas tubuh Aqilah. “LEPASKAN AKU, jantan tak guna!!”. Teriak Aqilah, yang kemudiannya berjaya melepaskan diri dari lelaki itu. ketika cuba mengejar Aqilah, Jamil mendapati dirinya telah keseorangan. “Eh, mana jalan yang aku lalu tadi? Hakim!!! Zul!!!”. Jerit Jamil yang ketakutan. Ketika itu juga dia terdengar suara wanita memanggilnya.
“JAMIL….SINI…..”
“AKU ADA UNTUK PUASKAN KAU….”
Sayu-sayu suara itu kedengaran. Jamil yang sudah dikuasai nafsunya terus menuju kearah suara itu, tanpa memikirkan apa-apa. “Heheheh…tadi kau malu ya, betina?”. Ujar Jamil yang menyangkakan suara itu milik Aqilah. Dia kemudiannya melalui semak-samun, sebelum terlihat seorang wanita yang berdiri tegak di sebatang pokok. “Hei cik adik!”. Jamil cuba menegur wanita itu disebalik air hujan yang semakin lebat. Apabila wanita itu menoleh, jelas kelihatan wajah wanita itu yang matanya dikorek, sementara perutnya terburai. “EHEHEHEHEH AHAHAHAHAHAHAHAH!!!!”. Wanita itu mula mengilai. Jamil yang terkejut cuba melarikan diri, namun akar-akar pokok disekitarnya mula melilit tubuhnya seper tali.
“Tolong!!! Tolong aku!!!”. Jerit Jamil saat wanita hantu itu menghampiri dia. Akar pokok yang ‘hidup’ itu juga melilit lehernya. “KAU KAN NAK MERASA TUBUH WANITA?!! SEKARANG, RASALAH!!!!”. Jerit wanita itu sebelum kaki Jamil dibuka luas. “Alamak…tolong…jangan…JANGAN!!!!!”. teriak Jamil dengan kuat sekali, sehingga mengejutkan mereka yang lain. “Itu suara Jamil”. Hairan Hakim. Pada masa yang sama, Aqilah tiba disitu dengan tercungap-cungap. “Kau tak apa-apa ke?”. Soal Umairah sambil menghampiri wanita itu. “J-Jamil…dia cuba apa-apa kan aku…”. ujar Aqilah sambil menangis. “Eleh, kau tu bukannya suci! Bagi sajalah tubuh kau!”, Balas Hakim dengan kejam, sebelum menyedari kehadiran ‘Jamil’.
Kelihatan Jamil yang terketar-ketar, sementara tubuhnya putih memucat. “Jamil, apa pasal kau teregat saja? Jom lah!”. Ujar Hakim yang kehairanan melihat rakannya itu. Jamil kemudiannya mengeluarkan pistol dia dan mengacukan pistol itu kearah kepalanya. “AKU….AKAN HERET…KORANG MASUK…NERAKA…”. ujar Jamil, sesaat sebelum dia melepaskan tembakan ke kepalanya!! Habis berkecai kepalanya, sementara darahnya terpecik keserata tempat. “Kepala hotak….”. itu saja yang mampu terucap dari mulut Zul. Hakim kemudiannya menghampiri tubuh rakannya yang kaku terbaring. “Kenapa…kenapa kau buat macam ni..?”. pada ketika itu, Jamil bangkit semula dan menerkam Hakim.
“AHAHAHAHAHAH!!!! MAMPOS KORANG!!!!”. Jerit Jamil yang seakan dirasuk itu. Hakim cuba menahan terkaman Jamil yang sangat kuat itu. jamil kemudiannya mengalihkan pandangannya kearah Aqilah. “KAU BUNUH ANAK KAU!!! AKU BAGI KAU LAGI SATU ANAK!!!”. Jerit Jamil, sebelum dia menerkam Aqilah dan memasukan sesuatu kedalam mulut Aqilah. Zul kemudiannya menendang Jamil dan mengambil senapang Hakim. “Mati lah kau!”. Ujar Zul, sebelum dia melepaskan 4 das tembakan kearah Jamil. Akhirnya, Jamil berhenti bergerak. “Celaka…apa yang berlaku?”. Kata Zul perlahan.
Sementara Sam pergi mendapatkan Aqilah yang penuh darah dimulut, Umairah pergi memeriksa tubuh Jamil. Setelah melihat beberapa anggota tubuh lelaki itu, Umairah menyedari satu perkara. Perkara yang telah menghantui kehidupannya sejak setahun setengah yang lalu. Ya, kemunculan semula Syaitan Azfar-Un! “Oh…Tak mungkin…benda ini…”, Umairah masih lagi didalam kemusyikalannya. Manakan tidak, Syaitan yang dia fikir telah tewas ditangan dia dan Iqram, kini muncul semula. “Kenapa, Umairah? Ada yang kau tahu ke?”. Soal Zul yang melihat Umairah terpaku disisi tubuh Jamil.
“Korang…kita patut patah balik! Ini…kita takkan selamat!”. Umairah cuba memberitahu insiden yang dia alami sebelum ini kepada mereka semua. “lelaki ini, Jamil, dirasuk oleh Syaitan! Syaitan ini sangat bahaya! Kita kena patah balik selagi kita boleh!”. Tambah Umairah lagi. Namun, Hakim tidak mempercayai amaran gadis itu. “Kau jangan nak menipu aku lah! Oh ya….kau lah pembunuh psiko yang kata hantu bunuh rakan-rakanya, betul tak?!!!”. Hakim cuba menapis amaran Umairah dengan memikirkan Umairah sebagai penjenayah psiko. “Kejap, kalau dia nak menipu, kenapa lelaki itu boleh bangkit balik lepas kepalanya berlubang?!”. Ujar Sam, cuba membantu Umairah.
Walau bagaimanapun, selepas beberapa ketika, Hakim masih tidak mempercayai Umairah dan memaksa mereka untuk bergerak semula. “Celaka lah semua itu!! aku tetap nak lari dari polis! Korang semua kena ikut aku!!”. Jerit Hakim seraya mengacukan senjatanya kearah mereka. Sekali lagi, mereka terpaksa mendengar arahan Hakim. Pada masa yang sama, Aqilah mula tidak sihat, dan kepalanya mula pening. “Kau okey tak, Aqilah?”. Soal Sam, namun Aqilah mendiamkan diri dan terus bergerak.

Selepas beberapa perjalanan, hujan mula renyai, namun mereka tetap harus mencari tempat berteduh seketika. Kalau tidak, pasti salah seorang daripada mereka akan sakit dan membantutkan perjalanan. “Umairah, betul ke apa yang Hakim kata itu? Tentang awak ni pembunuh psiko?”. Soal Zul kepada Umairah. “Um..terpulang pada awak. kalau awak nak percaya, percayalah”, Balas Umairah secara ringkas. “Hmm…tapi pasal awak kata tentang Syaitan itu…lepas apa yang saya lihat mengenai Jamil, mungkin saya akan percayakan awak”. Ujar Zul lagi. Ketika itu, Aqilah mula muntah-muntah, sementara perut agak membesar. “Wei, kau okey tak ni? Aku dah tanya beberapa kali dah!”. Soal Sam sekali lagi pada Aqilah. “A-Aku…Uuuweekkk!!!”. Aqilah terus muntah sekali lagi, sementara Sam menepuk-nepuk belakang Aqilah. Ketika itu, Hakim menghampiri mereka dan menyatakan bahawa dia menemui sebuah pondok usang. “Kita boleh berteduh disana buat sementara”. Kata Hakim. Mereka kemudiannya bergerak ke pondok itu dan setibanya disana, mereka melihat pondok itu seperti cabin. “Cepat masuk!”. Arah Hakim lagi. Umairah dan Sam membaringkan Aqilah yang semakin tidak sihat, sementara Hakim terus berkawal ditingkap. Zul pula cuba memeriksa kawasan itu, manalah tahu ada pakaian kering. Dan ya, dia menemui beberapa helai pakaian. “Ini mungkin kawasan orang asli”. Ujar Zul. Selepas menukar pakaian, barulah tubuh mereka hangat sedikit. Sementara itu, Aqilah yang keseorangan didalam biliknya mula kesakitan. Perutnya semakin membesar, seperti dia sedang mengandung. “Argh…apa ni…?”. Aqilah cuba menahan kesakitannya. Ketika dia cuba memeriksa perutnya, satu tangan menolak perutnya dari dalam. Pada masa yang sama, darahnya mula mengalir keluar dari rahimnya. Akibat kesakitan yang amat sangat, dia terus tersungkur. “T-Tolong…”. Rayu Aqilah sambil cuba merangkak keluar, namun pintu biliknya tertutup secara tiba-tiba! Ketika itu juga dia terasa sesuatu yang akan keluar dari rahimnya.

“T-TOLONG!!!! SAKIT!!!!!!”.
Teriak Aqilah dengan kuat sekali. mereka yang sudah terlelap itu terus terbangun mendengar jerita wanita itu. Zul cuba membuka pintu bilik itu, namun ianya terkunci rapat. “Ketepi!”. Arah Hakim. Dia menggunakan senapangnya untuk menembak pintu itu. “Aqilah!”. Jerit Umairah. Mereka terlihat Aqilah yang berdiri sambil mengendong sesuatu. “Aqilah…?”. Panggil Sam perlahan. “Sam….Umairah….korang tengok ni….anak aku hidup balik…eheheheheh…”. ujar Aqilah seraya menoleh kearah mereka. Alangkah terkejutnya mereka melihat janin yang masih dipenuhi darah yang dipegang oleh Aqilah. Pada masa yang sama, tubuh Aqilah mula menggeletar dan angin mula bertiup kencang.
Akhirnya, Aqilah dirasuk dan dia terus melahap janin itu, betul-betul dihadapan mereka semua! “Celaka! Apa kau buat tu, Aqilah!!!!”. Jerit Sam yang mula ketakutan. Aqilah kemudiannya menyerang mereka semua dan menerkam Hakim. “MATILAH KORANG SEMUA!!!! AHAHAHAHAHA!!!!”. Teriak Aqilah yang dirasuk itu. dia kemudiannya menerkam Hakim, sebelum menggigit tangannya. Zul terus mengambil senapang Hakim dan cuba menembak Aqilah, namun ianya sudah kehabisan peluru. Tiada pilihan lain, Zul dan Umairah terus menolak Aqilah kedalam sebuah bilik, dan menguncinya.
“MAMPOS KORANG NANTI!!!!! SETIAP DARI KORANG AKAN MASUK NERAKA!!!!”.
Teriak Aqilah lagi. Mereka yang lain sudah tercungap-cungap. Bingung, ketakutan, dan sesat. Itu yang mereka rasa sekarang ini. “Aku…aku dah cakap…..semua ini salah Syaitan Azfar-Un! Syaitan itu pasti telah diseru seseorang! Aku pasti!”. Ujar Umairah kembali. Hakim mulai kesal kerana tidak mendengari amaran gadis itu. “Habis tu, kita nak buat apa? Nak kembali ke sana? Huh? Nak habiskan sisa hidup kita dalam penjara? Aku tak nak!!”. Kata Hakim yang masih lagi kesakitan akibat tangannya yang digigit oleh Aqilah. “Kalau kau tak nak kena tangkap dengan polis balik, kau, tidak, setiap dari kita mesti melawan Syaitan itu. kita mesti cari orang yang seru Syaitan itu”.
Ujar Umairah yang sudah berpengalaman berdepan dengan Azfar-Un. Dan dia masih mengingati bahawa seseorang sudah membaca ayat untuk menyeru Syaitan durjana itu. Jadi, sudah pasti bahawa si penyeru itu ada dikalangan mereka semua. Itu yang Umairah jangka kan. “Jadi, apa yang kita nak buat?”. Soal Sam pula. “Kita duduk disini buat sementara waktu. Kita tunggu sehinggalah orang yang seru Syaitan itu bertindak, barulah kita boleh mengecam identiti orang itu”. Ujar Umairah. Mereka semua terus mengangguk perlahan, sementara Aqilah yang dirasuk itu terus dan terus menghentam pintu bilik itu..
Pada masa yang sama, Mejar Fikrie yang juga terselamat dari kemalangan itu kelihatan cuba menjejaki mereka. Dia kemudiannya terlihat tubuh Jamil yang kaku. “Ya Allah..adakah pembunuh itu yang melakukannya?”. Katanya seorang diri.
………. “Mesti susah untuk kau, betul tak?”.
Soal Sam kepada Umairah, memecah kesunyian pada malam itu. “Susah? Susah apa ?”. Hairan Umairah apabila mendengar soalan Sam itu. “Yalah, kau dituduh melakukan pembunuhan, dan kau dipenjarakan atas tuduhan itu. Walaupun sebenarnya Syaitan itu yang melakukannya. Nanti, kenapa kau tak beritahu saja perkara yang sebenar?”. Soal Sam lagi. “Heh, kau ingat aku tak cuba? Lagipun mana ada orang yang nak percayakan semua itu!”. Balas Umairah pula. Sam terus tersengih mendengar jawapan rakannya itu. “Haha, betul juga. Bodoh juga soalan aku ni!”. Ujar Sam sambil tersengih kambing. Pada masa yang sama, Zul dan Hakim kelihatan sedang berbual di luar pondok.
“Kau nak tahu tak, Zul? Aku rasa bersalah sangat kat mak aku. Dah la aku ni menyusahkan mak aku dari dulu. Lepas tu kena tangkap pula sebab merompak”. Kata Hakim yang mula kesal dengan kisah lampaunya. Zul menepuk bahu lelaki itu untuk melegakan kebimbangannya. “Sabar lah, Hakim. Kita ni manusia. Takkan lari dari ujian dan dosa. Kesalahan yang aku buat lagi teruk”. Kata Zul. Sebelum sempat Hakim ingin bertanya tentang kesalahan Zul itu, mereka terdengar bunyi seseorang menghampiri mereka. “Siapa tu?!!”. Jerit Hakim sambil mengacukan senapang yang tiada peluru itu.
“BAM!!!!”.
Satu tembakan tepat kearah bahu Hakim, menyebabkan dia terjatuh. “Hakim!”. Jerit Zul sambil mendapatkan lelaki itu. pada masa yang sama, Mejar Fikrie tiba dan menendang Zul, sebelum mengheret mereka berdua kedalam pondok itu. Umairah dan Sam pula terkejut dengan kehadian polis itu. “Jangan bergerak! Kamu semua!!!”. Arah Mejar Fikrie sambil mengacukan pistolnya kearah mereka semua. Dia kemudiannya mengambil senapang Hakim itu dan mengisi peluru semula. “Heh! Korang ingat aku bodoh ke apa? Aku tahu senapang ni tiada peluru”. Ujarnya. Mereka semua kemudiannya dipaksa untuk berkumpul di satu sudut pondok itu.
“Ya, Tuan! Saya dah jumpa banduan-banduan yang terselamat dari kemalangan itu! nampaknya mereka cuba melarikan diri!”.

Kata Mejar Fikrie kepada ketuanya melalui walkie talkie. Pada masa yang sama, dia terdengar suara ‘Aqilah’ yang meminta pertolongan darinya. “TOLONG TUAN….TOLONG SAYA TUAN….MEREKA GILA..EHEHEH…MEREKA CUBA BUNUH SAYA….”. Mejar Fikrie terus terkejut dengan suara itu. “Celaka korang! Apa yang korang cuba buat, huh?!!”. Jerit Mejar Fikrie kepada mereka semua. Walaupun Hakim cuba memberi amaran kepada polis itu mengenai situasi Aqilah, namun polis itu tidak mempercayai kata-katanya dan terus membuka pintu bilik itu. “Dah, dah..kamu dah selamat. Mari keluar”. Ujar Mejar Fikrie kepada Aqilah yang duduk didalam kegelapan bilik itu. Apabila Aqilah menoleh, barulah Mejar Fikrie menyedari sesuatu yang tidak kena dengan wanita itu. “AHAHAHAHHA!!! BODOH KAUM ADAM!!!”. Jerit Aqilah sebelum menerkam Mejar Fikrie. Dia terus melahap polis itu, sementara mereka yang lain cuba melarikan diri. Walau bagaimanapun, ‘Jamil’ tiba disitu dan terus menyerang mereka. “SERTAI NERAKA!!!!!!”. Teriak Jamil yang berjaya mendapatkan Hakim. Zul cuba membantu, namun dia terlihat mayat-mayat polis dan banduan yang terkorban dalam kemalangan itu, telah bangkit semula dan menghampiri mereka! “Oh, alamak! Kita kena pergi dari sini!!”. Jerit Zul kepada Umairah dan Sam. Hakim juga bejaya melepaskan diri, namun terpisah daripada mereka yang lain. “T-Tolong!!”. Teriak Hakim sambil melarikan diri secepat yang mungkin. Namun, selepas kehabisan stamina, dia terpaksa berhenti dan bersembunyi disebalik pokok. Sementara dia cuba bertenang seketika, dia mendapati luka yang dia dapat dari gigitan Aqilah itu mula berdarah dan bertukar menjadi hitam. “Apa…yang….Arghhh!!”. Jerit Hakim kesakitan. “Aku minta maaf…aku takkan mencuri…aku takkan mencuri..aku takkan mencuri..”. Hakim mengulangi kata-katanya sambil mengeluarkan sebilah pisau yang dia jumpa dipondok itu. Dia meletakkan pisau itu tepat pada lukanya dan…

    

Memotong tangannya.
Pada masa yang sama, penguatkuasa telah tiba di tempat kemalangan itu, termasuklah para wartawan. Ketika itu juga keluarga Umairah sampai setelah mendengar berita kemalangan itu. “eh, orang awam tidak dibenarkan masuk!”. Kata polis kepada mereka semua. Walau bagaimanapun, ayah Umairah terus merempuh masuk dan menemui seorang anggota polis disitu. “Tuan, anak saya macam mana? Huh? Dia selamat tak?!”. Jerit ayah Umairah. “Sabar, encik, sabar! Sekarang ni kami langsung tak jumpa mana-mana mayat pun! Mereka semua dah hilang! Mungkin mereka semua ada didalam hutan ini”. Jawab polis itu.
“Abah, kalau tak ada mayat Adik kat sini, Adik mesti masih selamat!”. Ujar Amirah dibelakang ayahnya itu. Amirah kemudiannya menatap persekitaran hutan yang tebal itu, sebelum berkata “Biar Kakak yang cari Adik! Kakak pasti, Adik masih ada didalam hutan ini! Adik masih selamat!”. Kata Amirah lagi. Ibubapanya mula tersentuh dengan usaha anak sulong mereka itu. “Betul ke? Hutan ni tebal! Nanti Kakak pula yang sesat!”. Kata ibunya kerisauan. “Tak apa, Mak! Lagipun, Kakak ada Akmal disisi”. Balas Amirah sambil melihat kekasihnya itu. Tidak lama selepas itu, mereka berdua terus bertolak kedalam hutan itu, tanpa pengetahuan penguatkuasa disitu.
Sementara itu, Umairah masih melarikan diri dari Syaitan itu. Pada masa itu, akar pokor disekitarnya melilit kakinya, menyebabkan Umairah tersungkur. “Arghh!!”. Jerit Umairah kesakitan. Didepannya muncul lembaga wanita dengan mata yang dikorek. Ya, itulah Azfar-Un. Umairah yang mula ketakutan itu terus membaca surah-surah Al-Quran yang dia masih ingat, namun entah mengapa Syaitan itu tetap berada disitu. “KAU TAK PERLU BERBUAT BAIK DAN SUCI, BETINA! AKU BOLEH RASAKAN….HATI KAU TAK CUKUP BERIMAN KEPADA TUHAN!”. Kata Syaitan itu dengan bongkak.
Syaitan itu kemudianya memegang wajah Umairah dan menjilatnya. “YA….HATI KAU…HATI KAU BAKAL GELAP….KAU….AKAN HILANG SEGALANYA DAN SEMUANYA…AHAHAHAHAHAH!!! SEHINGGA SAAT ITU, AKU AKAN LIHAT KEJATUHAN KAU!!!”. Kata Syaitan itu lagi, sebelum ghaib didepan mata Umairah. Akar yang mengikat kakinya juga sudah hilang. Umairah terus terkaku disitu. Adakah benar apa yang Syaitan itu katakan? Hatinya tidak cukup yakin kepada Allah? Dia mula bingung disitu. “Tak…aku kuat…aku yakin…aku…”. belum sempat Umairah menghabiskan ayatnya, Sam dan Zul tiba disitu.
“Kau okey tak?”. Soal Sam sambil membantu Umairah untuk berdiri. “Ya, aku rasa”. Balas Umairah yang masih kebingungan. Zul kemudiannya melihat keadaan sekeliling, sebelum berkata “Tinggal kita bertiga sahaja! Dan orang yang seru Syaitan itu masih belum kita temui! Maksudnya, penyeru itu ada dikalangan kita bertiga”. Umairah dan Sam mula tidak sedap hati dengan pernyataan lelaki itu. Zul kemudiannya mengeluarkan sepucuk pistol milik Jamil dan mengacukannya kearah kedua wanita itu. “Aku nak korang jujur! Siapa yang seru!? Umairah, kau tahu semuanya mengenai Syaitan itu! mungkin kau yang seru!”. Kata Zul. “Kau gila ke apa? Aku takkan buat macam tu!”. Jerit Umairah.
“Okey, okey! Macam ni lah, aku ada plan! Kita patah balik dan biarkan polis tahan kita semula. Masalah selesai! Apa macam?”. Kata pula Sam, memberi cadangan kepada mereka berdua. “Baik! Kita akan kesana semula”. Ujar Zul yang mula bertenang seketika. Mereka bertiga kemudiannya berpatah balik dan menuju semula ke tempat kemalangan itu. Walau bagaimanapun, mereka mendapati bahawa mereka yang dirasuk itu telah mengepung laluan mereka. “Alamak…kalau kita ikut jalan lain, tak tentu kita boleh sampai kesana!”. Kata Zul. Pada masa itu, Sam mula terdiam dan menghembuskan nafas panjang.
“Kenapa dengan kau, Sam?”. Soal Umairah yang menyedari kelakuan rakannya itu. “Aku rasa, masa hidup aku sampai disini saja. Aku ingat aku boleh temankan korang”. Kata Sam, seraya menunjukkan kakinya yang mempunyai bekas gigitan. “Aku perasan, Umairah. Mereka dirasuk oleh Syaitan itu apabila mereka mendapat kecederaan dari mereka. Contohnya, gigitan”. Kata Sam lagi. Zul dan Umairah terus terdiam disitu. “Jadi, kau…” “Ya, aku akan tarik perhatian mereka. Korang gunakan kesempatan itu untuk melarikan diri dari mereka”. Sam mencelah kata-kata Umairah. Umairah tertunduk disitu. Kalau lah dia mampu berbuat apa-apa untuk rakannya itu….
“Tak apa lah, Umairah. Aku dah banyak buat dosa. Aku mengedar dadah. Aku gelapkan masa depan orang lain. Tapi, aku ada peluang untuk tebus dosa aku itu”. ujar Sam sambil tersenyum. Umairah kemudianya memeluk rakannya itu buat kali terakhir, sebelum Sam terus menuju ke tempat mereka yang dirasuk itu. “WEI!!!! Syaitan celaka!!! Aku kat sini!!! Mari dapatkan aku!!!”. Jerit Sam dengan kuat. Mereka yang telah dirasuk itu terus berlari menuju ke arah Sam. “Oh, celaka!”. Sam terus melarikan diri, membawa mereka semua mengikutinya, sementara Umairah dan Zul mengambil peluang itu untuk melarikan diri.
“Sam…..”. Bisik hati Umairah. Pada ketika itu, Sam terjatuh selepas tersandung, sebelum tergolek kebawah bukit. “Argh…”. Sam menahan kesakitannya. Dia kemudiannya bersembunyi disebalik pokok dan melihat ‘mereka’ semua mencari dia. “Oh…aku mesti tarik perhatian mereka selama yang boleh”. Ujarnya seorang diri. Apabila dia menoleh ke depan, Aqilah sudah berada dihadapan. “MANA KAU NAK LARI, BETINA SUNDAL?!!!”. Jerit Aqilah sambil mengheret Sam. Sam cuba melepaskan diri, namun dia dikepung oleh mereka yang lain. “SERTAI KAMI…..KAU SUDAH JADI PENGHUNI NERAKA!!”. Jerit mereka bersama. Sambil melihat langit yang mula terang, menandakan pagi akan tiba, Sam berkata “Umairah…”. mereka kemudianya terus melahap Sam.

“Disini!”. Ujar Zul kepada Umairah. Kini, tinggal mereka berdua sahaja. Pagi pula mulai muncul, memudahkan mereka untuk bergerak didalam hutan itu. “Sam…”. ujar Umairah yang masih lagi bersedih diatas kehilangan rakannya itu. Kejadian yang berlaku 1 tahun setengah yang lalu berulang semula. Dan dia masih tidak mampu menyelamatkan sesiapa. “Hei, hei….kita akan selamat, okey? Aku akan melindungi kau”. Ujar Zul, cuba menenangkan Umairah. Umairah terus tersenyum “Terima kasih, Zul”. Ucap Umairah, sesaat sebelum Hakim yang dirasuk menerkam Zul. “Celaka!!”. Jerit Zul sambil cuba menahan serangan Hakim. “Pergi!!! lari dari sini!!!”. Jerit Zul kepada Umairah, melihat situasinya yang dikepung oleh Hakim itu. Tiada pilihan lain, Umairah terus melarikan diri. Pada masa yang sama, Amirah dan Akmal menemui kesan darah Jamil. “Sayang, ini…”. kata Akmal kepada Amirah. Wanita itu terdiam seketika, sebelum berkata “Sayang, jom lah kita patah balik. Cukup lah…dengan lakonan ini”. Kata Amirah. Akmal kehairanan disitu. Lakonan? “Awak, adik saya tu..dah cukup BODOH! Ya, dia memang bodoh dari dulu lagi! Buat-buat baik didepan mak ayah saya. Dan mereka pula cukup sayang dengan dia. Sebab itulah…bila dia tawarkan untuk mengambil kesalahan maksiat saya, saya cukup gembira!”. Kata Amirah, tanpa menyedari bahawa Umairah ada berhampiran dengannya. Adiknya itu terpaku terus disitu. “Saya berpura-pura untuk mencari adik saya yang bodoh itu, hanya untuk mengambil hati mak ayah saya tu! Tapi saya taknak lah sampai sesat dalam hutan ini!”. Tambah Amirah lagi. Umairah bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengari itu. Dia sebolehnya tidak mahu mendengarnya. Kakak yang dia sayangi itu. Kakak yang dia percayakan itu. Kakak yang dia korbankan dirinya itu. Hatinya terus remuk. Tanpa dia sedari, seseorang menghampiri dia dari belakang. “Manusia….memang pelik, bukan?”. Apabila Umairah menoleh, Zul terus menumbuknya sehingga pengsan…

“……”
“……..Umairah..”
“Bangun…”.
Setelah terdengar suara yang sayu-sayu itu, Umairah terus terjaga dan mendapati dirinya berada didalam pondok sebelum ini. Dia juga mendapati Zul sedang mengerat tubuh Akmal, kekasih kakaknya. “Argh…Argh…..”. kedengaran suara Akmal perlahan. “Oh, kau masih hidup ya? Kejap, ini akan membuatkan kau senyap”. Kata Zul, sebelum mengerat leher lelaki itu. habis darah terpecik ke serata tempat. Setelah itu. Zul menghampiri Umairah.
“Kau mesti terkejut, kan? Dengan semua ini? Aku orang jahat. Kakak yang kau sayang tu bencikan kau. Dengan ini, diri pembunuh psiko kau itu mesti bangkit semula”. Ujar Zul seraya mengelap pisau yang dibasahi dengan darah Akmal. Umairah yang masih kebingungan itu tidak mampu berkata apa-apa. “Kau tahu, aku ni pelik dan tak normal dari dulu lagi. Aku suka bunuh orang. Bagi aku, ianya sebuah seni. Tapi, tak ramai macam aku. Sehinggalah aku lihat berita mengenai pembunuhan beramai-ramai disebuah surau hampir 2 tahun yang lepas. Seorang wanita membunuh rakan-rakannya dengan bantuan Syaitan. Ianya…sungguh artistik!”.
“Ya, aku mencari kau dari 2 tahun yang lepas, Umairah. Aku nak kau membunuh lagi! Sebab itu aku biarkan diri aku ditangkap polis sambil belajar cara-cara menyeru Syaitan itu. saat aku bertemu dengan kau, ya, aku seru Syaitan itu untuk membangkitkan sifat ‘seni’ kau!”. Zul akhirnya menunjukkan dirinya yang sebenar. Dia menjadi obses dengan Umairah. Malangnya, bukan gadis itu yang melakukan semuanya. “Aku…bukan aku..aku tak buat semua itu! aku takkan melakukannya! Aku hambah Allah!”. Balas Umairah yang berjaya mendapatkan kekuatannya. Zul kemudiannya memasuki sebuah bilik dan mengheret Amirah ke luar. “Lepaskan aku,!! Jantan tak guna!!”. Jerit Amirah.
Zul kemudiannya mencampak Amirah dihadapan Umairah. “Kau tengok ni. Betina yang kau sayangkan sangat ni, sebenarnya bencikan kau! Dia sanggup biarkan kau kena tuduh macam-macam! Biarkan kau kena penjara! Adakah kau masih sayangkan dia?!!”. Jerit Zul. Umairah terdiam sekali lagi. Mengingati apa yang dia dengari sebelum ini membuatkan hatinya bertambah sakit. “Kau…kau memang menyusahkan dari dulu lagi, Umairah! Disebabkan kau, Akmal mati! Lepas ni Mak Ayah pula! Kau….Tak patut…dilahirkan!!! Kau adalah Syaitan!!!!”. Amirah terus memaki-hamun adiknya itu.
“Aku…Syaitan…?”.
“Apa yang aku mahu adalah kehidupan normal. Menyayangi dan disayangi….”
“Aku sayang kakak, mak, dan ayah..aku juga……cintakan Iqram….”
“Aku buat semuanya. Aku patuh arahan mak ayah aku. Aku patuh dengan perintah Allah”.
“………Dan ini yang aku dapat?”.
“Aku mesti kuat…aku mesti kuat…aku mesti kuat…..aku mesti kuat….aku….”
“……………….Syaitan….”.
Saat Umairah tersedar, dia mendapati dia sedang melahap tubuh Zul. Normal, manusia tidak akan sesekali melakukan perkara itu. Namun, Umairah tidak boleh berhenti. Dia terus menelan daging-daging Zul. Ketika itu juga muncul Azfar-Un dibelakang Umairah. “YA…YA….RASAKAN…NIKMATI PEMBALASAN DENDAM….LUPAKAN TUHAN DAN NIKMATI SAAT INI…” kata Syaitan itu sambil membisik ke telingat Umairah. Kini, hati Umairah dikuasai kegelapan. Tiada cahaya pun yang mampu menembusinya. Setelah selesai melahap Zul, Umairah menoleh kearah Amirah yang cuba melarikan diri. “Tolong…lepaskan Kakak…Kakak janji..Kakak akan tolong Adik…Tolong…”. Pinta Amirah yang sudah terkencing didalam seluarnya, dek ketakutan yang amat sangat.
“TOLONG….?EHEHEHHEH…AHAHAHAHAHAHA!!!!!!AKU DAH DAPAT PERTOLONGAN. DAN IANYA…BEGITU CANTIK..”.
Ujar Umairah yang sudah kehilangan moral manusianya. Baginya, tiada apa yang memberi kenikmatan indah seperti yang dia rasai sekarang ini. Umairah kemudiannya terus melahap kakak kandungnya itu……
Beberapa jam selepas itu, Umairah tiba di sebuah stesen RNR selepas meredah hutan tebal hasil bantuan Azfar-Un, yang memilih Umairah sebagai tuannya. “Dunia ini…terlalu kotor dengan manusia…aku akan bersihkannya. Aku akan selamatkannya. Mengikut…cara aku..Iqram…aku akan tunggu kau untuk bersama aku..untuk selamanya….”.
…………………………………………………………………………………………………………………………………….
“Berita terkini, polis masih cuba mengesan pembunuh bersiri yang dikenali sebagai ‘Zul’ diatas kesalahan membunuh 15 banduan serta 10 anggota polis yang lain. Antara mangsa-mangsa pembunuh kejam itu ialah Amirul Hakim bin Norizan, Nur Aqilah binti Zaini, Asafirah binti Khairudin, Akmal Syafiq bin Halim, Siti Amirah binti Abdul Rahim serta adik yang juga seorang banduan, Siti Umairah….” “Zzzzzz….”.
Iqram terus menutup siaran berita itu. Dia tidak mampu bertahan melihat gadis yang dia cintai itu telah tiada untuk selamanya. “Sabarlah, Iqram. Yang penting sekarang ini, kita mesti redha dengan ketentuan Ilahi. Ajal maut ditangan Allah”. Kata seorang ustaz yang berada dihadapannya. Iqram mengangguk perlahan. Walau bagaimanapun, terpahat didalam hatinya sebuah dendam. Dia tahu, bahawa Syaitan Azfar-Un yang melakukan semua itu. “Bila aku cukup Ilmu, aku akan hapuskan kau, Azfar Un!”. Bisik hatinya……….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

8 thoughts on “Manusia Bertopengkan Syaitan II”

    • Eh kau. Sedap je nak kondem org. Kalau kau tak nak baca, kau skip je la. X payah baca. X pyh tekan link crta dia la. Sebok je nak sruh org tulis crta letak kat facebook sdri. Cuba ka tulis crta skit. Nak gak baca. Best ke tak. Letak je kat fs ni. Letak nama Aku je situ.

      Reply

Leave a Comment