Salam.
Ucapan terima kasih buat FS kerana menyiarkan pengalaman aku Berdesing sebelum ini. Seperti yang dijanjikan, aku akan menceritakan pengalaman di Matrikulasi.
Aku memang belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) dulu. Cuma cerita kali ini bukanlah di matriks tempat aku belajar. Tetapi ia berlaku semasa aku menjadi fasilitator dari UKM ke Matriks yang berada di selatan tanah air pada tahun 2005. Setibanya di matriks tersebut, aku dan rakan-rakan sangat gembira kerana banyak aktiviti yang kami akan lakukan untuk menambah semangat pelajar untuk meneruskan pelajaran ke IPTA.
Aku dan geng-geng rapatku kebanyakannya menjadi ketua fasilitator untuk kumpulan-kumpulan kecil mengikut aktiviti masing-masing. Termasuk pembahagian kumpulan memasak, aerobic, persembahan pembukaan dan penutup. Dalam hatiku mesti kami akan tidur berasingan dari rakan fasilitator lain sebab matriks selalunya mempunyai pengambilan yang terhad. Sudah pasti tiada tempat tinggal khas untuk kami di sana. Setahu aku, design asrama pelajar matrikulasi lebih kurang antara satu sama lain. Macam kat KMNS dulu- Satu Cluster A akan ada Blok A1, A2, A3, A4, A5 dan satu cafeteria. Setiap blok akan ada beberapa aras. Satu bilik ada 4 katil dengan almari pakaian sekali.
Setibanya di sana, pihak kolej terus membawa kami melawat sekitar kawasan bilik kuliah, padang dan tempat tinggal kami sepanjang menjalankan program tersebut. Guess what? Aku dapat tinggal bersama-sama geng aku dalam satu bilik yang sama kat Blok A1 bersebelahan cafeteria. Macam mana seluruh blok ni boleh kosong? Dahlah blok ni semestinya menjadi pilihan utama untuk menempatkan pelajar sebab blok pertama dan betul-betul di sebelah café? Pelik kalau di kosongkan tanpa sebab.
Geng aku yang lain pun hairan sebab diorang pun dari matrikulasi yang berlainan dan tahu betapa banyak permohonan orang yang nak masuk matriks di tolak disebabkan kekurangan tempat tinggal. Dah kena tidur di situ, kami pun berhusnuzon beramai-ramai. Lagipun dapat bilik dengan geng rapat, mesti lagi Best! Setelah membuat pembahagian kerja, aku dan geng aku menjadi fasilitator terakhir yang membawa beg masuk ke bilik. Aras bawah sekali dah penuh. Jadi kami kena stay kat aras atas nya di bilik hujung sekali bersebelahan tangga dan berhadapan dengan toilet. Untuk menempatkan fasilitator perempuan, hanya dua aras ini sahaja digunakan. Semua bilik-bilik di aras atas kami sememangnya kosong.
Bilik ada 4 katil dan susunan sebijik macam bilik kat KMNS dulu. Jadi aku memilih untuk tidur di katil pertama. Dinding aku tu sebelah tangga. Geng aku yang lain semua sibuk menyusun barang masing-masing. Hujung bilik ada bahagian kecil ada ampaian untuk menggantung pakaian basahan dan ada tingkap kecil di situ. Takde siapa yang fikir pasal tingkap tu. Jadi memang dibiarkan terbuka sepanjang masa sampai ke malam. Bentuk bilik empat segi tepat. Aku katil penjuru pertama. Marya katil penjuru kedua. Katil Linda penjuru ketiga di belakang. Katil Zura di penjuru keempat. Antara katil aku dan Marya, adalah pintu bilik. Antara katil Linda dan Zura pulak ada bahagian penyidai ampaian tu. So korang dah faham kedudukan kitorg tidur kan.
Keesokan harinya, kami bermula dengan aktiviti di dewan kuliah dan program lain sehingga malam. Semasa sesi ramah mesra bersama pelajar, ada juga pelajar yang tanya di mana fasilitator tidur. Aku beritahu yang kitorg tinggal kat blok kosong tu. Aku tanya kenapa seluruh blok pertama tu kosong? Takde siapa pun yang nak bukak cerita. Masing-masing mendiamkan diri. Confirm ada benda creepy kat situ. Selesai aktiviti, kami semua balik dan terus mandi kat toilet.
Untuk pengetahuan korang, susunan toilet ni bentuk macam huruf ‘U’. Ada dua pintu keluar. Pintu pertama masuk akan terus jumpa sebaris toilet menegak sebelah kanan dan dihujungnya ada cermin dan sinki dalam kedudukan melintang. Kalau jalan sepanjang cermin bersinki tu pulak akan jumpa pulak sebaris tempat shower dan dihujungnya ada pintu keluar. Haa macam jalan buat U turn tu kiranya. Masa berada di sinki tu, rasa seram jugak sebab bila dengar pintu utama toilet terbuka, tapi xde orang masuk. Memang kena cepat-cepat la keluar dari situ. Ketua aerobic adalah geng sebilik aku- Linda dan aku ketua persembahan pembukaan. Jadi malam tu selepas selesai aktiviti, kami pasang radio kuat-kuat dalam bilik untuk berlatih gerakan aerobic dan persembahan. Tengah bilik memang ada ruangan kosong di bawah kipas. Jadi kami yang penuh semangat ni pun berlatih berkali-kali dan terlupa kawasan ni sebenarnya creepy. Boleh pulak kan buat latihan memalam macam tu dan ketawa kuat-kuat.
Malam tu aku tidur seperti biasa. Tengah malam aku terjaga sebab terdengar bunyi orang berlari-lari kat tangga sebelah bilik aku. Alamak siapa pulak ni yang lari kelam-kabut ni. Macam main kejar-kejar. Bising jek kitorg nak rehat. Esok dah laa banyak lagi program lain. Aku pun nak sambung tido buat taik mata. Aktiviti berlari naik turun tangga masih berlaku selepas beberapa minit. Lepas mengamati bunyi larian tersebut, aku terfikir bunyi tu sekejap lari ke atas, sekejap lari ke bawah. Lagi pun dah nak dekat 20 minit macam tu. Tak penat-penat pulak. Kalo manusia yang berlari, mesti siap mulut bising-bising di sepanjang larian tu dan termengah-mengah. Lagi pun, mana ada fasilitator yang tidur di tingkat atas bilik kitorang. Masa ni aku dah start rasa creepy tapi buat-buat berani. Aku baring keras jek kat katil aku tu.
Tiba-tiba, aku dengar bunyi berjalan. Dari arah toilet ke arah bilik aku. Masalahnya, ‘orang’ tu berjalan selangkah-selangkah diikuti dengan bunyi pemberat rantai yang ikat kat kaki tu. Srett.. srett… srett.. srett.. dia langkah satu-satu kaki dia. Setiap langkah ada disertai dengan bunyi rantai yang ada batu atau bola berat kat hujung tu. Macam banduan-banduan dalam movie. Masa terasa macam tak bergerak. Bunyi tu makin lama makin dekat dengan bilik aku. Last-last masa dia jalan depan bilik aku, dia berhenti betul-betul kat depan pintu masuk bilik kitorg. Maksudnya hanya pintu yang memisahkan kami dengan dia. Aku dah berderau masa tu. Dalam hati memang aku harap dia teruskan langkah dia. Cepat lah! Mana bunyi jalan tadi tu? Lepas seminit dua dia masih tak berganjak, aku melompat dari katil dan terus ke katil Linda yang terletak di penjuru belakang bilik. Aku kejut Linda berkali-kali. Goncang badan dia kuat-kuat supaya bangun. Aku tak nak beritahu dia. Konon-konon tak nak tegur laa benda macam tu. Linda still tak bangun-bangun maybe sebab terlalu penat dengan aktiviti sepanjang siang tadi. Sambil aku terjerit-jerit kejutkan Linda, takde pulak kawan-kawan yang lain terjaga. Aku pandang sekeliling dan terpandang tingkap kat ampaian tu. Aku nampak pokok besar kat bawah tu macam terhayun-hayun kiri kanan. Korang bayangkan pokok yang tengah head-banging. Macam tu lah. Cuma bukan ke depan. Tapi kiri kanan. Kalau daun pokok berdesir kena tiup angin, mungkin masuk akal. Ni pokok tu dah macam terliuk-liuk kiri kanan dengan jayanya. Aku masa tu dah takut giler. Tiba-tiba Linda bukak mata sikit sambil pisat-pisat dan suruh aku tidur jek sebelah dia. Apa lagi. Aku tidur laa berdua dengan dia kat katil single bed tu. Yang penting, aku tak nak tengok arah tingkap tu dah. Nasib baik laa aku tertidur sampai pagi. Entah-entah siap berdengkur. Hahahaa.
Esok nya, masa rehat dari aktiviti, aku pun cerita kat geng aku pasal kejadian yang berlaku. Masing-masing dah ngeri sebab malam ni nak kena tidur situ lagi. Oleh sebab semua dah rasa tak sedap hati, kitorg pun ambik tilam dan susun atas lantai di tengah-tengah bilik. Kami berempat tidur sama-sama kat situ. Malam tu aku terjaga sebab Marya bangun dan keluar pergi ke toilet sorang-sorang. Aku terjaga dan tunggu sahaja Marya balik. Tak sampai beberapa minit. Aku terdengar bunyi pintu toilet dihempaskan dan bunyi orang berlari pecut 100 meter sampai ke bilik. Marya masuk, kunci pintu dan terus baring keras kat sebelah kitorg. Aku pegang Marya. Dia terkejut. Aku tanya kenapa ko tak kejut aku nak teman pergi toilet? Dia cakap tak nak ganggu kawan-kawan lain yang tengah penat. Nanti dah terjaga, susah nak tidur balik. Masa ni aku berdebar-debar nak tahu apa yang jadi kat Marya sebenarnya. Dia ni lagi kuat semangat dari aku. Jadi kalau dia pun dah lari pecut, aku apatah lagi kalau kena ganggu kat toilet tu. Menjelang siang, baru Marya bukak cerita. Sebenarnya, lepas dia buang air kecil dan nak basuh tangan, dia rasa tak sedap hati dan seram kat toilet tu sorang-sorang. Tiba-tiba dia rasa macam ada benda yang nak kejar dari arah belakang dia. Sebab tu dia keluar hempas pintu bilik tu dan lari tak cukup tanah masuk bilik kitorg malam tadi. Korang pun mesti pernah ada perasaan macam tu kan? Macam dikejar sesuatu.
Sampai sekarang kitorg tak tahu apa sebenarnya berlaku kat blok yang kosong tu. Kalau ada rakan atau kenalan korang belajar di situ. Sila update kami para pembaca. Adakah sekarang dah ada penghuni blok pertama di kolej matrikulasi tersebut? Tempatnya? Di Melaka
First saje nk gurau tu
First?
Saya pun dari kmns jugak. Hmm sekarang tgh struggle utk final exam. Ni mesti kolej lama macam kmm kan
Good luck dik!! Rindu nya zaman belajar bersungguh2 kat matriks dulu. Masa kat uni, x seteruk blajo kat matriks. Hahaha
Matrik melaka. Sepanjang sy study kat sana, mmg ada je student stay kat blok tu
Ada org stay situ dh? Takde apa2 cer kah? Ke dorg dh bersihkan area tu. Eieee nk ingat pun seram tau blok tu
Hampir tiap blok ad cerita tersendiri. Hahaha saya student dua tahun kat sana. So macam2 la dengar dari mulut orang. Tapi Alhamdulillah sy takde la kena kacau
bestb
…
seram gak la
Ohhh matrik melaka. K saya x blaja kat situ pun. Bye
Saya pon tertanya tanya apa yang pernah terjadi di blok tu, pasti ada sejarahnya tersendiri.. Btw, kalau saya jadi Marya , mmg saya sanggup tahan sampai kesiang 😀 hehehe
Means mmg kosong ke blok tu skrg??
tahun ni ada je yg duduk kat blok A1 😂 nasib kitavduduk kat A4
aku sorg je ke mcm dh pnh bce cite ni tp olahan lain?
same la….munkin cerite lbh kurg je dgn lain…yg biase2 dgr..
Sy baru 1st time cerita pasal pengalaman ni kat media sosial. Hmm.. ada org kena mcm ni jgkk? Kat mana?
Pernah baca org post dlm fs cerita pasal ada benda berjalan sekali dgn bunyi rantai besi bola ditarik..dkt matriks jugak..mungkin matriks yg sama 😁
salam perkenenalan lah kot…
Adoiii…seram jgak… Brhati2 di tmpt org yea..
ni memang matrik melaka. blok A1..aku alumni matrik melaka. blok A1 ni mmg sebelah cafe. aku blok A5 (sebelah dgn cafe jgk). Tapi dari cafe, kena turun tangga untuk ke blok A1. kalau nak ke Blok A5 kena naik tangga. cafe ni tengah2 antara 2 blok ni. First mula2 masuk, hari ketiga aku kena ganggu..memang seram weii. dekat blok lain pun camtu. Pernah ternampak miss ponti dekat tingkap
cerita laa…..nak thu gak pengalaman awk ni…
Bila terbaca ” ‘orang’ tu berjalan selangkah-selangkah diikuti dengan bunyi pemberat rantai yang ikat kat kaki tu. Srett.. srett… srett.. ” dalam hati aku cakap aku pun pernah kena dgn ‘orang’ tu kat matrik aku. Then bila baca last paragraph rupanya benda ni berlaku kat matrik melaka tetibe meremang lak …sebab bende tu kat matrik melake and aku alumni matrik melaka haha. Tapi aku kena dekat blok B4 ground floor. Mase tu nakal sangat tak join solat bjemaah malam jumaat n kebetulan sorang2 bergelapan dlam B4 tu, memang kene ah bende2 mcm tu nak mengacau. Katil lak sebelah tingkap memang clear HD bunyi besi dia kene seret.. pastu bole lak ‘dia’ bhenti depan tingkap kite.. kejung dah pale taknak toleh tingkap smpai budak2 ni balik hahaha so aku bukan keseorangan la ni kene kacau dgn ‘banduan’ ni
Sy rs dr taun sy blok a1 tu mmg xpnh berpenghuni.. sy blok b.. rajin dengor org seret besi kt tgga.. bising sgt…tgge tu holder dia besi.. so dia heret besi sepanjang2 holder besi tu.
Ermm gaya cerita mcm matrik melaka hahaha i’m from that matrik and saya tinggal dekat blok A5 atas bukit dekat je dengan blok A1 tu….btw blok tu skrg dh brpenghuni dah…ade je bnyk kisah2 seram dlm blok2 dekat kmm tu cth seperti blok B5 C4
Rindunye kehidupan matrik… saye alumni KMNS… struggle nak blajar but sronok.. suke duka.. sir mark yg ajar kimia… seronok sgt2.. bilik pon luas je.. saye duduk kt blok A4, aras satu.. hehehe.. dekat aje dgn kuliah… n kafe.. ade jgk budk kene mase tu… 2 kali… tp saye ni degil, sbb x pernah2 tgk kejadian histeria perasaan nak thu tu tinggi… ade sekali tu searas dgn saye tp wing lain.. die kene n saye kluar blik nak tgk.. dgrlah suare terjerit2.. time tu warden x bg kluar.. tp yelah. Bdk x nak dgr ckp.. nasib baik x kene ape2.. alhamdulillah.. hahahhahaa..