Assalamualaikum. Saya Yana. Dapat tawaran sambung belajar kat matrik la benda yang paling aku nak elak, sebab orang cakap belajar kat matrik ni penat. Padahal kat mana-mana pun semua sama je penatnya. Aku cerita dulu keadaan bilik ni eh. Btw, aku ni rabun jauh. Kalau tak pakai spek, pandangan mata aku tak nampak clear sangat (sedikit kabur).
Bilik kat kolej ni memang besar dan dalamnya terbahagi kepada 3 ruang, ruang kiri dan kanan tu tempat untuk kami tido. Disebabkan setiap bilik ada 6 orang, jadi 3 orang tido di bahagian ruang belah kanan, selebihnya di belah kiri (katil double decker). Bahagian tengah pula ruang untuk study memang dah lengkap dengan setiap meja belajar seorang satu. Almari pula memang besar gedabak tapi yang kayu punya dekat tepi katil. Pintu bilik ada dua, kiranya satu di ruang kanan, satu lagi di ruang kiri. Pintu kiri ni menghadap ke belah belakang, means bila bukak pintu bilik tu kita akan nampak padang luas pastu hutan. Haa depan pintu kiri ni ada tangga yg terbuka. Maksudnya bila kita turun tangga tu kita boleh nampak sekeliling kita. Cukuplah gambaran pasal bilik ni. Okay, meh aku cerita pengalaman aku di matrik ni.
KISAH 1
Aku dapat tawaran sambung pengajian di matrik belah utara. Disebabkan aku memang tak minat aliran sains, aku ambil keputusan untuk tukar ke aliran perakaunan di sebuah matrik yang berbeza tetapi masih di utara Malaysia. Dua minggu selepas itu, aku dapat surat yang mengatakan permohonan aku diluluskan.
First day duduk sana (tempat baru) memang takde jadi apa apa lagi. Hari ke 3 atau ke4 tak silap (lupa sebab dah 5 tahun berlalu), hari tu la first time aku kena kacau. Aku ditempatkan di tingkat 3 bilik paling hujung ke belakang.
Terpaksa aku duduk di katil atas ruangan kiri disebabkan lambat mendaftarkan diri. Petang tu kawan aku yang dok katil bawah tu suruh aku tido kat katil dia sebab dia takde kat bilik nak balik kampung. Aku pun on jelah sebab takyah nak panjat2 katil dah kan.
Malam tu entah kenapa mengantuk sangat, biasa pukul 1 pagi baru tido tapi malam tu semua tido awal. Pukul 12 dah gelap gelita sebab sejenis kami semua memang tido suka tutup semua lampu. Dan2 je baru nak terlelap, ada orang datang jerkah aku. Disebabkan aku ni mengantuk sangat, aku tertido macam tu je. Tapi ternampak jugak la samar2 hujung mata macam perempuan tua bongkok pakai kain batik.
Esoknya tu aku tanya la kawan aku yang tido katil sebelah tu ada dengar suara orang tak? (part perempuan tua tu aku tak bagitau), dia cakap takde dengar bunyi apa apa pun. Pastu dia cover la cakap maybe budak atas dok terjerit2. Muka dia tu aku nampak macam cuak lepas aku tanya macam tu. Cerita tu habis setakat tu jelah malas nak fikir, sebab lama lagi nak stay sana. Cuma ada la kawan aku yang dok bahagian belah kanan pakat cerita yang blok kolej kediaman kami tu memang seram sikit. Dorang dah pernah kena macam terdengar bunyi orang main pintu almari sedangkan semua orang tengah duduk study kat ruangan tengah.
KISAH 2
Kami berenam decided nk layan movie seram ramai2 kat ruangan tengah sampai lewat malam memandangkan esok takde kelas. Semua dah prepare bawak turun empat tilam bawak ke ruangan tengah. Aku lupa kami tengok cerita apa time tu tapi memang cerita seram la. Baru je dalam suku filem tu, aku macam terdengar ada orang tarik bukak almari bahagian belah katil aku (ruang kiri) padahal semua ada kat tengah tu. Aku dengar sebab aku duk paling dekat dengan laluan ke ruang sebelah tu.
Aku buat taktahu jelah maybe bunyi dari dalam movie ke kan. Duk kejap je lepas tu aku nampak pintu almari terbukak weyh. Terkejut aku. Padahal almari tu memang aku tutup rapat (kena tarik kuat pintu almari baru terbukak). Takde angin takde ribut tiba tiba terbukak sendiri. Pastu tiba tiba kawan aku si Gee tu cakap mengantuk nak tido.
Kami semua setuju nak tido tanpa habiskan pun tengok movie tu. Takut punya pasal. Esoknya, dia cerita yang dia dengar bunyi orang tarik almari pastu ternampak almari tu terbukak dengan sendiri. Yang lain cakap diorang takde dengar langsung apa-apa bunyi semalam tapi sebab tengok muka Gee cuak and ajak tido, so dorang ikut jelah.
KISAH 3
Aku ada buat rayuan second intake UITM untuk diploma. Masa dapat tahu result tu, aku tengah dalam musim exam sem satu matrik tu la. Baru first paper kot. Mak aku call suruh balik sambung diploma sebab dapat tawaran sambung uni dekat ngan kawasan rumah.
Gap untuk next paper tu 3 hari tak silap aku, so orang lain study aku kemas-kemas barang sebab kena balik sendiri naik bas. Malam tu dalam pukul 2 pagi, semua tengah study kat ruangan tengah. aku rasa macam nak terkucil so aku keluar la sorang-sorang pergi tandas. Tandas tu sebelah bilik aku je (belah ruangan kanan). Disebabkan aku tengah kemas baju kat katil aku, aku keluar ikut pintu di ruangan kiri jela.
Masa aku keluar pintu tu, ada orang tengah on the phone kat tangga. Lega sikit la sebab aku macam takut jugak nak keluar sorang-sorang pergi tandas kul 2 pagi kan. Entah kenapa lepas aku tengok orang tu, aku gi pandang pulak padang kosong belakang tu.
Aku nampak ada 2 budak kepala botok tengah jalan kat tengah padang tu. Dia jalan slow wey. Aku kan rabun so aku tak nampak sangat muka dia semua tu. Bayangkan la dia duk kat tengah padang, aku kat tingkat 3 (jarak dia jauh gak la). Tapi masa tu macam terpaku duk tengok je dia lalu, ada la dalam 5 minit aku berdiri tengok benda tu. Pastu aku terdetik nak gi panggil kak ika (panggil kak sebab dia tua setahun) suruh mai tengok apa benda yang tengah jalan tu.
Kak Ika datang je benda tu dah hilang. Memang takde dah. Budak yang tengah cakap fon tu still ada kat situ. Aku tanya dia ada nampak orang jalan tak kat bawah since dia yang menghadap padang kan. Dia cakap takde orang langsung dari tadi dia duk situ. Cuak kot sebab aku tanya macam tu, dia end call pastu masuk bilik dia.
Setakat ni je dulu cerita aku. Maaf kalau tak seram dan cara penyampaian tak berapa nak faham. Nanti aku akan hantar lagi cerita aku kalau ada masa free.
Boleh la…
Sambung la lagi
Not bad👍🏻..harap ada sambungan
okay jer jalan ceritanya.. nak baca yang sambunganya nanti.
kisah 1 tue seram.
ok chaa