#Max- Tersingkap Misteri

Pagi itu aku terjaga. Bau busuk yang kuhidu sungguh meloyakan tekak. Black dan Jendul masih membuta. Segera kugoncang badan dua lelaki itu dan mereka terus terjaga. Kulihat jam di handphone menunjukkan pukul 9 pagi.

Aku: Oi bangun. Dah pukul 9 ni. Korang tak hidu apa-apa yang pelik ke?

Aku ingin mendapatkan kepastian. Mereka mengemut-ngemutkan hidung masing-masing.

Jendul: Kau kentut eh Black? Pengotor lah kau ni. Eeee tepi sikit.
Black: Mulut baik sikit ek. Mana ada aku kentut. Bau tu dari luar la. Cuba kau tengok.

Kami bertiga keluar beriringan. Langkahku terhenti apabila aku terpijak sesuatu yang berlendir. Ulat sampah! YA! Ulat sampah berkeliaran di dapur. Sampah yang elok aku ikat dalam plastik malam tadi diselerakkan. Black lantas menyapu ulat-ulat serta sisa-sia makanan yang bertaburan di lantai. Ku lihat pintu bilik mak cikku tertutup menandakan dia masih belum bangun. Jendul pula sibuk mengemop lantai dengan pencuci lantai, barulah senang aku bernafas.

Aku: Ishh pengotor lah kucing ni. Habis berselerak dia buat.
Jendul: Mak cik kau mana bela kucing dol. Apa kau merepek?
Aku: Habistu macam mana sampah-sampah ni boleh berterabur kat sini? Aku dah ikat ketat plastik tu malam tadi.

Persoalan ku dibiarkan senyap. Masing-masing ligat berfikir mencari jawapan. Di fikiranku hanya satu. Ya, makhluk sama yang menggangguku semalam. “kriukkk” pintu bilik mak cikku terbuka. Mak cikku keluar sambil menguap.

MC: Apa yang ko bertiga bincangkan tu?
Jendul: Ni haa. Sampah tergantung kat situ tiba-tiba berselerak. Siap dengan pakej ulat lagi. Kitorang dah kemaskan tadi.
MC: Aikk, biar betul korang ni? Ada-ada je. Kucing kot. Kucing jiran sebelah tu memang selalu masuk ikut tingkap ni. Korang dah makan ke belum ni? Aku nak masak jap. Pasni gerak Bahau, nk beli barang sikit.

Tanpa banyak soal, aku terus mandi. Mak cik aku masak nasi goreng kampung masa tu, memang sedap. Masa makan, aku terus tanya mak cik aku tentang kejadian semalam.

Aku: Su, ktk sik rasa pelik kah rumah tok. Kmk mula-mula datang terus kenak kaco. Kali ada semandin nak su. Coba ktk pergi jumpa ustaz dekat-dekat sitok. Ne tauk nya dapat nolong.
MC: Pelik camne ya Max, usu diam sitok sekda apa-apa pun. Bukan usu sik cayak, usu sik penah nangga.
Aku: Yalah kita coba mintak tolong ustaz lok. Ne tauk ada apa-apa. Kita sik tauk nak. Kmk nangga rumah tok tang pelik jak rupa. Black tauk kali rumah ustaz dekat-dekat sitok.
MC: Aok lah.

Black dan Jendul mengerutkan kening masing-masing sambil makan. Mungkin sedang memahami bait-bait perbualan aku dengan mak cik aku. Mak cik aku pun menerangkan kepada Black apa yang dibincangkan oleh kami sebentar tadi. Barulah dia mengangguk faham. Perancangan mak cik aku untuk shopping terpaksa dibatalkan hari tu. Stall juga ditutup buat hari ini.

Sekitar waktu isyak , rumah mak cik aku didatangi oleh seorang lelaki dalam lingkungan 40an. Berjubah putih, berserban dengan tasbih di poket kanannya. Memang kelihatan seperti seorang yang kuat beragama. Black dan Jendul hanya mengikuti dari belakang sahaja.

Ustaz: Assalamualaikum.
MC: waalaikumsalam. Jemput masuk ustaz.
Ustaz: nama saya Ali. Black datang jumpa saya, katanya rumah ni keras.
MC: Ye ustaz, cuba ustaz tolong tengokkan. Kot-kot ada penunggu ke. Sebab saya sendiri tak pernah nampak benda ni. Kalau ada, saya mintak tolong ustaz halau lah. Anak buah saya ni pun mengaku kena kacau semalam.

‘Pangg’ Bunyi kuali jatuh di dapur. Kami segera menoleh ke dapur, memang betul kuali yang mak cikku gantung tadi jatuh. Tidak cukup dengan itu, pintu bilikku juga ditutup dengan kasar. Marah benar bunyinya. Kulihat wajah mak cikku tampak terkejut dan gusar. Black dan jendul pula berpandangan sesama sendiri. Masing-masing membisu. Tidak berani untuk melihat ke dapur. Ustaz Ali kelihatan tenang. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu dan dihembuskan ke arah dapur.

MC: Apa benda tu ustaz?
Ustaz: Dia tak suka aku datang.

Ustaz memejamkan mata dan mulutnya terkumat-kamit seperti tadi. ‘Pang’ Pintu bilikku dihempas buat kali kedua. Aku pula yang berasa marah akibat terkejut dengan bunyi itu. Mak cikku pula kelihatan seperti cacing kepanasan, tidak senang duduk. Matanya melilau-lilau, sesekali tersenyum sinis memandang ustaz Ali.

MC: Kau nak apa orang tua! Kenapa kau kacau aku?!

Mak cikku tiba-tiba bersuara. Kelihatan matanya kemerahan sedikit. Black dan jendul terlompat kebelakang , barangkali terkejut.

Ustaz: Aku tak kacau engkau. Kenapa engkau ganggu makhluk Allah ini?
MC: Itu bukan urusan engkau!
Ustaz: engkau keluar dari badan dia sekarang, atau aku bakar kau!
MC: Tidak! Aku tak akan keluar selagi urusan aku tak selesai!

Ustaz mengarahkan Black dan Jendul pegang mak cik aku. Aku pula pada ketika itu hanya mampu melihat sahaja. Lidahku kelu. Black kulihat seperti takut-takut namun terpaksa menggagahkan diri. Ustaz Ali segera memicit ibu jari mak cikku. Maka meraunglah mak cik aku meronta-ronta kesakitan. Aku tidak pernah melihat dia menjerit seperti itu seumur hidup aku. Terbit perasaan kasihan namun terpaksa aku tolak ke tepi.

Ustaz: bagitahu aku apa urusan engkau dengan wanita ini!
MC: Dia sakitkan tuan aku! Tuan aku nak wanita ni menjanda seumur hidup!
Ustaz: Siapa tuan kau!

Belum sempat mak cikku menjawab, dadanya kelihatan terangkat sedikit lalu rebah. Mak cikku tidak sedarkan diri. Beberapa ketika, kelihatan mak cikku seperti meracau-racau. Setelah sedar, mak cikku diberikan air oleh ustaz yang telah dibacakan dengan sesuatu.

Ustaz: Kamu ada sakitkan hati sesiapa ke?
MC: Setahu saya memang tak ada ustaz. Tapi kalau ada yang terasa hati dalam diam tu saya tak tahulah.
Ustaz: Ada orang hantar benda dekat kamu. Tujuan dia supaya kamu tidak berkahwin. Dia akan ganggu mana-mana lelaki yang cuba dekat dengan kamu.

Mak cikku seperti memikirkan sesuatu. Man! Nama itu bermain-main di fikirannya.Man merupakan bekas teman lelaki mak cik aku selepas mak cik aku bercerai.

Ustaz: Ustaz dah halau benda tu. Tapi ingat, benda ni tak akan berputus asa ganggu kamu. Ustaz akan pagarkan rumah kamu. Banyak-banyakkan buat amalan sunat. Solat jangan tinggal.
MC: Baiklah ustaz.
Ustaz: Nampaknya kamu kena selesaikan perkara ni dengan tuan dia. Betul ke kamu tak tahu siapa yang buat?

Mak cikku kelihatan sugul. Man. Wajah lelaki itulah yang muncul di mimpinya sebentar tadi.

MC: Saya rasa saya tahu siapa dalangnya ustaz.
Ustaz: Baguslah kalau macamtu. Kamu selesaikan secara baik dengan dia. Kadang-kadang kita tak tau perbuatan kita ni boleh sakitkan hati orang.

Mak cikku mengangguk faham. Setelah rumah dipagar oleh ustaz, ustaz meminta diri untuk pulang. Kulihat mak cikku menghulurkan sekeping sampul kepada ustaz. Malam itu, kami tidur berjemaah di ruang tamu. Sungguh tenang tanpa gangguan. Baru aku faham kenapa mak cikku tidak pernah diganggu. Benda itu tidak suka ada lelaki di rumah mak cikku. Jadi benda itu melepaskan amarahnya kepada aku.

8.30pagi, mak cikku menerima mesej whatsapp daripada mangkuk. Satu gambar keratan akhbar dihantar oleh mangkuk dengan caption ‘akak baca ni. Ni Man bf akak dulu kan?’. Mak cikku segera zoom in gambar tersebut. Ya! Man terlibat dengan kemalangan yang melibatkan 2 buah kereta dan sebiji motosikal. Akibat daripada pendarahan yang terlalu banyak di kepala, Man meninggal di tempat kejadian manakala kedua-dua pemandu kereta tersebut cedera ringan sahaja. Menurut saksi, motosikal yang ditunggangi Man hilang kawalan lalu terbabas ke jalan yang bertentangan. Kereta dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran.

Belum sempat mak cikku menemuinya, Man meninggal dengan tragis sekali. Akibat terlalu mengikutkan hati, Man sanggup berdamping dengan jin. Aku berharap perbuatan syirik Man diampunkan oleh Allah SWT. Al fatihah buat Abdul Rahman bin Haji Ali. Tenanglah kau di sana Man. Kepada ahli keluarga Man yang mungkin sedang membaca nukilan ini, mak cikku telah memaafkannya dan tidak berdendam pun dengannya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Max

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

19 thoughts on “#Max- Tersingkap Misteri”

  1. Next kalau ada cerita lagi dalam bahasa sabah/sarawak tolong translate supaya lebih senang paham jalan penceritaan. Saya orang utara. TQ 🙂

    Reply
  2. Translate la lain kali. Story best akan jadi tak best bila pembaca tak faham. Bukan semua orang faham bahasa sarawak. Mood nak baca pun jadi down tapi story plak best. Rugi2.

    Reply
  3. Aku: Su, ktk sik rasa pelik kah rumah tok. Kmk mula-mula datang terus kenak kaco. Kali ada semandin nak su. Coba ktk pergi jumpa ustaz dekat-dekat sitok. Ne tauk nya dapat nolong. ( su, su tak rasa pelik ke dgn rmh ni? Aku mula-mula dtg trus kena “kacau”. Mun ada org kacau tak su. Cuba pergi rmh ustaz dekat-dekat sini. Mana tau dia dpt tolong)

    MC: Pelik camne ya Max, usu diam sitok sekda apa-apa pun. Bukan usu sik cayak, usu sik penah nangga.
    (Pelik mcm mana tu Max? Su tinggal sini tak ada pun apa-apa. Bukan su tak caya tp su tak pernah tgk pun)

    Aku: Yalah kita coba mintak tolong ustaz lok. Ne tauk ada apa-apa. Kita sik tauk nak. Kmk nangga rumah tok tang pelik jak rupa. Black tauk kali rumah ustaz dekat-dekat sitok.
    (Tu la cuba minta ustaz tolong dulu. Mana tau ada apa-apa. Kita tak tau kan… aku tgk rmh ni mcm pelik semacam je. Black mungkin tahu kot ada rmh ustaz dekat-dekat sini)

    MC: Aok lah.
    (Baiklah)

    Reply
  4. Klu akk ar g dapor pastu terpijak ULAT, mau bergegor satu taman perumahan tu dengor akk menjerit campor histeria darab menggelupor…
    Aaaaarrrggghhhhh…!!!!!!

    Reply
  5. Ok best tp lnkli klo blh bhasa di traslate

    Contoh : den dah koba kek ekau
    Maksud: saya dh bgtau bnyk kli suh translate translate translate

    Haha

    Reply
  6. Translate ayat sarawak
    Aku: su, awak x rasa pelik ke kat rumah ni.Saya mula mula datang terus kena kacau. Mungkin ada ‘benda’ x su.Cuba awak jumpa ustaz yanga ada dekat dekat sini. Mana tahu dapat tolong
    MC:Pelik mcm mana tu Max , Usu duduk sini x da apa apa pun. Bukan x percaya, tpi x pernah nampak.
    Aku : Tu lah. Kita cuba minta tolong kat ustaz, mana tahu ada apa apa, kita x tahu. Saya tengok rumah ni mcm pelik je.
    Black tahu kot rumah ustaz yg ada dekat sini.
    MC: ye lah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.