Mbok Miah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan cerita aku yang tak seberapa ni. Semoga admin sihat2 hendak nya. Nama aku Iecha dan aku seorang prempuan. Kisah ni terjadi kt kg ku ni Negeri Sembilan jadi dlm 25 tahun dulu, area mane tak perlu aku sebut sebab nye nanti ada yang takut nak balik kg kalau kg mereka area situ.

Bermula apabila musim cuti sekolah, arwah atukku mesti telefon tanya dekat papa ‘cuti sekolah ni cucu2 abah balik tak?’ papa mesti jawab ‘ balik bah in sha Allah’. Masa arwah atukku hidup kami la insan paling seronok sbb nya, mesti ada acara sukaneka antara keluarga kami. Sepupu semua lebih kurang sebaya yang paling best sape menang dapat hadiah hamper pemberian atuk. Sungguh aku rindu saat tu. Al fatihah buat atuk ku.

Masa tu seingat aku aku dalam darjah 3, punya eksaited nak balik kg seawal 2 hari sebelum bertolak aku dah siap berkemas sebab tak sabar nak jumpa sepupu aku. Mcm2 permainan aku bawak balik sebab nak berkongsi dgn sepupu ku. Tapi sebenarnye more to berlagak sapa ada mainan paling latest hahahah!

Hari yang di tunggu pon tiba, oh ye aku ada 7 orang adik beradik, ramai kan kami mesti akan naik dua kereta separuh dgn ibu separuh dgn papa. Dari KL perjalannya tak jauh Cuma 1 jam 30 minit sahaja. Kami bertolak lepas Zuhur tp sebelum Asar kami da smpai dah rumah atuk. Melihat wajah atuk umpama melihat syurga bg aku, rindu sgt dekat atuk lalu aku salam dan peluk erat atuk aku. Atuk akn mencium dahi semua cucu2 dia. Lepas masuk mcm biasa lah letak bag mmg aku makan dlu. Masak lemak cili api wan aku memang terbaik antara aku pernah rasa.

Lepas dah settle semua, aku pon naik atas bawak bag aku yang besar tu naik smpai hujung rumah kami adik beradik mmg akan tidur di hujung rumah, hujung rumah merupakan hall kedua di kg aku, hall pertama di pintu masuk utama. Kg aku ada 3 bilik tidur,dua di atas, satu di bawah dan toilet masa ni dah dekat dlm rumah ye dulu kat luar rumah, toilet kami ada 3 dekat dapur. Bilik tidur pulak, semua makcik2 aku dah booking dlu. Kami ape ada hal mmg tidur melambak, yg perempuan satu bahagian yang lelaki satu bahagian. Kawasan kg aku mmg seronok sebab di kelilingi pokok rambutan and kalau masuk ke dalam lagi sikit ada pokok nenas Sarawak, rambai, langsat eh banyak laaa lg. Tu yg best nye balik kg lagi2 kalau masa musim cuti sekolah sekali dgn musim buah. Keluasan kampung aku mcm 5 kali padang bola sepak. Luas dan nyaman.

OK harap korang dah dpt bayangkan ye macamane suasana kg aku yg best ni. Seronok mmg seronok tapi keseronokkan kami hanya lah satu hari sahaja. Kerana atukku dapat berita ada orang kampung meninggal di hujung kampung, mbok miah kami panggil dia. Mbok miah ni rumah die paling hujung kampung sehujung2 nya and termasuk sedikit di dalam kebun getah. Aku pernah terserempak dengan arwah mbok sekali je masa aku darjah 1 tak silap. Muka die mmg aku tak boleh pandang ngeri semacam dgn taik lalat die yg hidup siap ada bulu halus kerinting, gigi nye yg kuning and selalu menguyah sireh dan cincin nye yg besar2 serta rantai dragon ball dia tu. Setiap kali org terserempak dgn die die sntiasa dgn selempang kuning dia tu dan tgn nya seolah2 memegang sesuatu seperti memimpin tgn seseorang.

Berbalik pada kejadian mbok td, atukku pulak mmg terkenal kat kg suka membantu org dalam kesusahan dan sntiasa di kunjungi org kadang2 org minta nasihat la kdg2 org nak berubat la, ada juga org dtg nak bertanyakan hal2 agama. Lepas je org kampung bgtau berita tu, atukku pon siap2 dgn kereta legend dia warne kuning tu dan pergi la ke rumah mbok miah. Jadi ptg tu hilang la keseronokkan kami, sukaneka kami berjalan tanpa atuk. Mmg lain la susasana nye. Ta seronok. Dan bila berlabuh senja para2 ibu heboh menyuruh anak2 mandi sambil tgn menyiapkan lauk2 utk hidangan mkn mlm. Kami sepupu2 prempuan mmg mandi sekali sbb nak curi2 pakai pencuci muka makcik2 kami and sepupu yg lebih tua hahahaha! Lepas tu buat ala2 iklan gitu. Lepas selesai mandi dan solat yang yang yuk (solat main2 sbb masa tu budak2), kami semua turun ke bawah makan beramai2. Lalu aku bertanyakan kpd papa.

‘pa atuk mane? Tak makan sekali ke dgn kita?’ papa ku jawab ‘nanti atuk balik la tu dia ada tlg2 siapkan apa yg patut kan mbok meninggal td’ aku pon hanya angguk perlahan. Selang beberapa minit aku dgr atuk bg salam, punye la suka aku dgr suara atuk. Masuk je ke dlm rumah, aku dgr atuk panggil papa memandangkan papa aku paling sulung. Mereka bercakap tp dlm keadaan berbisik. Lalu aku nampak papa angguk2 perlahan tanda fhm. Aku jd penasaran apa yg mereka bincangkan. Papa pula selepas bercakap dgn atuk die pg pula ke arah ibu dan membuat perkara sama berbisik. Aku jadi hairan. Kenapa nak berbisik?

Malam tu ibu mengarah kan semua tidur dgn keluarga masing2, aku lah yang paling bengang sebab dah janji nak tidur dgn sepupu sebab nak main anak patung kertas yang boleh tukar2 baju tu. Ibu mengerling tajam ke arah aku yang dari tadi asyik membentak tanda protes. Lama2 aku pon mengalah sebab selama aku balik kg tak pernah lg aku tak tidur dgn sepupu aku. Kami semua redha je tidur dgn parents masing2. Aku mcm biasa port aku mesti dgn ibu sbb aku acah2 bongsu. Lepas tu adik perempuan aku paling bongsu dekat papa, kakak aku di tengah2 dan abang2 aku di sebalik papa.

Bermula la kisah nya bila aku dgr jam dinding berbunyi 3 kali. Menandakan pukul 3pg. aku nak terkencing sgt jadi aku kejut ibu, tp aku agak pelik kenapa ibu ada depan aku? Se ingat aku sebelum tidur ibu di belakang aku, ‘ibu’ pon bgn dan temankan aku. Masa aku tgah buang hajat aku terdengar seperti ada bunyi nyaring mcm kuku yg orang kuis dekat papan hitam. Tapi bunyi dia agak jauh kedengaran tp mmg jelas dekat telinga. Aku mmg malas amik pedulik sbb niat mmg nak sambung tidur terus. Lepas je aku buang air cuci tgn aku pon pg naik atas aku nampak ibu aku depan toilet aku pon hulur tgn tanda nak pimpin naik ke atas tp ibu ku tak sambut. Die melulu naik atas, aku rasa ibu mesti marah sbb aku protes taknak tidur dgn dia tadi, jadi aku pon naik la dlam keadaan mamai tu.

Lepas tu alangkah terkejut nye aku masa balik ke tmpat tidur, elok je ibu aku nyenyak tidur, wajah aku jd pucat tak berdarah, aku dah berdebar jantung rasa nak meletup air peluh menitik2 terdetik kat hati? ‘siapa teman aku td? Takan secepat ni ibu boleh tidur balik’ bisikku dlm hati. Lalu aku terus tidur dan memaling ke arah papa sebab aku masih lagi terfikir aku ni tidur dgn siapa dan siapa sebenarnye tidur di belakang aku. Bila ibu peluk aku, aku dpt rasakan tgn ibu yg panas baru aku yakin aku tidur dgn ibu. Tp bkn setakat tu je gangguan ye kawan2 aku baru je nak tidur tibe2 bumbung aku seperti ada benda jatuh ‘BEDEBUB”! aku kaget tak berani nak kejut sapa2. Lepas tu bunyik tu seolah2 bergolek2 dari hujung smpai la ke tmpat aku tidur. aku diam pastu terdengar jelas bunyi org kuis2 pakai kuku. Dan menyanyi ye gais! Dendangan lagu die seolah2 gurindam org dlu2. Kalau boleh aku nyanyikan kan korang confirm korang tak leh tidur.Aku berpeluh2, bulu roma tegak. Jantung laju takyah ckp.

Aku terus pusing kt ibu dan peluk ibu, aku dgr ibu baca ayat2 suci al quran. Aku pon panggil sayu sambil menangis ‘ibu…. org takut’ ibu aku tepuk2 sambil senyum je dia tau aku dgr semua tu. Die ckp ‘dah tutup mata, Allah kan ada’ aku lega bila ibu ckp mcmtu. Aku pon cuba lg tutup mata. Kali ni pintu beranda kami di ketuk ‘DUM DUM DUM’!!!! aku terkejut aku ramas baju ibu. ibu aku pon kejut papa ‘ syg tu ada benda ketuk’ papa pon bgn. Papa aku baca sesuatu lalu die hentak tgn die di lantai umah. Aku terdengar real bunyi mengilai halus tapi cukup nyaring. Lepas je benda tu semua senyap, sepupu2 aku bgn rupenye mereka pon kene ganggu malam tu. Nasib la masa tu paling bongsu adalah adik kami. Yg lain semua besar2. Tak lama lepas tu aku Nampak atuk naik pakai jubah putih die minta kami semua bertenang. Die terus pg ke adik aku yg bongsu di baca kan ayat2 lepas tu di hembus kan umbun2 adik aku. Aku ingt lg kata atuk ‘supaya takde yg ganggu’ itu la kata2 die kata kt papa. Papa minta kami berkumpul di hall bawah. Bayang kan masa tu pukul 4 pg kami semua terbangun dan mengantuk.

Arwah atuk pon amik sebaldi air dan mengaji kami semua duduk berkumpul rapat2 di hall lama2 kami tertidur mmg tak sedar pukul berapa kami semua tertidur. Bgn2 je tgok wan kami da siapkan breakfast and semua berlagak seperti biasa seperti takde apa2 kami pon bgn dan mandi serta sarapan. Papa kata siapkan barang2 arini kne balik KL dah. Lg sekali aku ingin protes sbb slalunye kami akn bercuti dlm 4 hari. Papa kata’ takpelah kalau iecha nak tinggal sini kamu nak tidur dgn sape k tatas tu berani ke tidur sorang2? Automatic aku teringat kejadian semlam lalu aku turutkan saje. Masa dekat dapur, aku dlm bilik air buang hajat lalu aku terdegar atuk berborak dgn papa dan pakcik2 aku yg lain, aku pon pasang telinga.

‘takpe la bahagian dia, kita tlg mane yang mampu. Masa abah (atuk) smpai umah bayangkan nadi dah takde nampak mbok tgah duduk sambil mkn kucing yg die bela tu’ Masya Allah kesian abah tgokkan’ lalu papa ckp ‘Ya Allah bah, lepas tu apa jd bah?’ imam semua ada ke semalam?’tanya papa, atuk pon ckp ‘ semua ada, tp tak berani nak naik ada yg naik tercampak ke luar tingkap’ ‘masa abah dah kat atas sempat mboh ckp kt abah ‘aku sakit mad tlg aku mad aku nak pg dgn tenang mad’ menitik air mata abah dgr long (papa aku).’Abah tlg mane abah mampu tp nampaknye ada yg mengikut abah balik marah agaknya abah bantu utk permudahkan urusan mbok, kesian cucu2 abah pon kene ganggu’ ‘bawak la diorang balik dlu tengahari nnti mandikan budak2 ni dgn air yg abah buat tu’ ‘abah na cuci sikit umah ni mane tau ada jalan yang abah terlupa pagar’ dah smpai KL nnti sebelum masuk umah ingt apa yg abah ajar kamu adik beradik supaya takde yg mengikut kamu masuk umah nnti’ pesan atuk aku kt papa dan pakcik2 aku yg lain.

Lepas aku leka dok dgr perbualan org tua,tibe2 aku dgr org jerit ‘ sapa dlm bilik air lama nye!’ terkejut aku di buat nya smpai tercabut getah paip. Aku pon jawab ‘org ni pakngah jap2 sakit perut’ kata aku buat alasan. Pakcik aku pon ckp ‘cepat sikit ramai lg nak membuang ni’. Aku pon acah2 mcm mengomel padahal dah pasang telinga tadi. Selepas zuhur papa dan sepupu2 kami semua berangkat balik ke rumah masing2 ni la percutian cuti sekolah paling singkat. Tp paling tak dpt kami lupakan . Sekarang bila terjumpa sepupu2 kami mesti ada yg teringat pasal hal ni. Rumah di kg pon dah takde org haaa korang nak tau apa jd lepas kami dah meningkat remaja lepastu kami balik semula ke kg ni pada hari raya??? In sha Allah kalau ada kelapangan dan dgn izin Allah dan admin FS aku akn sambung….

Sekian dari aku……

8 thoughts on “Mbok Miah”

  1. Mcm kt kampung teman…arwah tu ader membela hantu raya…ms org surau dtg nk uruskan mayat arwah tu…dr pak imam sampai lah ustaz yg mmg terer sumer surender…ader yg kn campak dr dlm umah ke luar umah…siap bertempik mengilai bagai…alih2 ada lah seorang tua ni dok settlekan…lps kebumi satu kampung kn kacau…semua kedai takder yg berani bukak waktu mlm…maghrib jer semua berebut dok kt umah…sampailah jemaah kt masjid…surau pon pak imam pon x berani nk keluar…kaw2 kn kacau…lama gak jd kejadian seram mcm tu…sampailah org2 tua yg ada ilmu dok ubatkan…ms ni teman kecik lg…ada yg x berani nk pi toilet kt luar siap kencing dlm botol…kutu rayau semua dok melepak kt umah jer…itulah pengalaman teman psl org membela hantu raya…

    Reply
  2. i think i am your fan already la hehe i like your family too..harap dpt kenal and dengar your story mooooreee in real life. haha. tamak kan.

    Reply
  3. Kampung saya pon di NS.. dan bila baca pasal arwah atuk saya.. teringat and rindu sangat kat atuk saya.. al-fatihah untuk keduanya.. btw.. love your story.. keep it up!

    Reply

Leave a Comment