#MEHMET U’MAR – Padah Si Celupar : Dayang Fatimah

Terima kasih aku sekali lagi akan budi baik para admin FS kerana sudi menyiarkan cerita yang pertama sebelum ini.

Bagi yang terlepas pandang bahagian pertama korang dipersilakan klik link dibawah:

Padah Si Celupar

Dengan Lafaz tauhid Tiada Tuhan Selain Allah Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ambil lah iktibar pada setiap cerita yang aku siarkan ini..

” Sampeyan ora ngganggu keturunanku. Aku iki penjaga saka leluhure maneh. Aku ora bakal melu karo cucuku hahahaha”

“Kau jangan masuk campur hal keturunan aku. Aku adalah penjaga dia sejak dari moyang dia lagi . Aku tidak akan boleh berpisah dengan cicit aku hahahaha”

…………
Seminggu sebelumnya.
…………

Cuti semester kolej baru bermula, memang sudah niat aku pulang ke kampung halaman di salah sebuah daerah di perak untuk luangkan masa secukupnya dengan keluarga aku dan sudah semestinya juga ingin aku siasat siapa Dayang Fatimah.
………….
” Selama ini kau menjaja kisah keturunan ku kepada kawan kawan kau..kau hina keturunan ku..ya aku adalah Dayang Fatimah..moyang kepada datuknya si Zira..lagi sekali kau hina keturunan ku kepada orang lain nahas kau aku kerjakan”

Ayu: Isk..isk..isk..aku minta maaf …aku minta maaf aku janji tak akan hina keturunan kau lagi Dayang Fatimah..aku minta maafff….

……….
Masih terngiang ngiang di telinga aku akan nama yang disebut oleh ayu sewaktu dia mengigau pada malam tersebut. Siapa dia sebenarnya?kenapa aku?

Petang yang damai, Sedang aku termenung ditingkap bilik rumah yang dihadapanya rumah embah(atuk), aku memikirkan akan nama gadis berpakaian dizaman silam itu…lamunan ku tersentap!

“Wes mangan sayangku? Kangen bener aku pada kamu”

“Sudah makan sayangku? Rindu benar aku pada kamu”

Ah sudah, aku rasa kali ini bukan lagi aku mimpi tapi suara dia memang aku dapat dengar dengan jelas cuma rupa dia aku masih samar samar lagi..

“Cucuku..bener kamu pingin melihat aku?”

Ummiiiiiii!!!…aku sudah tidak sanggup menahan ketakutan,aku berlari mendapatkan umi tanpa aku pedulikan pertanyaan suara yang menjengah ditelinga ku sebentar tadi.

Umi aku dari dapur datang berlari mendapatkan ku, abang long dan angah seperti biasa petang begini lepak dengan kawan sekampung, ayah aku belum pulang dari kerja sebagai salah seorang penjawat awam di daerah negeriku.

Umi: Zira, kenapa terjerit jerit ni? Umi tengah masak kat dapur tekejut tau tak..kenapa?

Aku: Umi zira takut umi..

Aku menceritakan kepada umi tentang kejadian ayu dan rohana semasa di kolej. Umi ku bertanya kalau dah ayu mulut celupar tapi kenapa rohana pun kena sekali?
………..

Keesokan hari kami semua terjaga jam 8 pagi sabtu haritu cuti dan tiada kuliah, akibat badan letih dengan kejadian kelmarin, rohana pon cerita kepada aku kenapa dia pula yang kena gangguan “kembar” aku tu. Elok semua dah mandi dan sarapan maka kami berempat pon bersembang lah di dalam bilik tentang kenapa rohana pon terpalit sekali..

Rohana: Zira, aku nak bagitau sebenarnya sebelum aku jumpa kembar “kau” akuu..em..

Aku: Kenapa rohana?

Rohana: Aku terserempak dengan fara..masa ayu kena rasuk dia pon ada sekali tengok ayu. Kami ada la sembang sekejap dalam 10 minit pasal kejadian ayu kena sempuk tu, Dia pon nampak mata ayu asik jegil kau jer zira yang aku pulak masa tu em..terlepas cakap ..

Aku: Apa kau cakap kat fara masa tu?

Rohana: Aku boleh tersasur cakap “Entah entah saka si zira apa yang kacau ayu ni?”padahal aku saja je nak bergurau dengan fara.

Masa ni aku tengok muka rohana dah naik pucat.

Aku: Kenapa kau ni hana? Pucat semacam lak..

Rohana: Lepas aku bergurau terlepas cakap dan tercelupar macam tu, terus fara cakap dengan nada yang serius
“Jaga jaga sikit mulut kau rohana jangan kerana mulut badan jadi macam ayu pulak”

Aku tercengang zira..terus aku berlalu tinggalkan fara dan pergi ke medan selera..dan bila aku pusing ke belakang sebab rasa bersalah aku bergurau macam tu..aku tengok fara tak dapat dikesan..hilang ghaib walaupun aku toleh tak sampai 5 minit zira….

………

Aku: Umi sapa si Dayang tu?kenapa tiba tiba muncul pulak dalam hidul zara ni?

Umi: ……(Diam sambil senyum)

Aku: Umi…kenapa diam bagitau la..

Tiba tiba telinga aku tertangkap dengan suara yang aku memang kenal dari luar tingkap..

“Zira tolong umi kejap angkat kain ni..dah nak hujan dah ni”..

Aku jenguk ke tingkap ya memang umi aku dibawah luar tingkap..bila aku toleh ke arah umi yang aku peluk tadi…..

Wajah semirip umi dengan wangian kasturi indah, aku terbungkam dengan kecantikan pakaian nya, rambut teramat lurus hingga kepinggang..selendangnya halus berwarna merah…

“DAYANG NUR ZAHIRAH BT KU ZAINAL.. Itu lah Padahnya buat sesiapa yang pingin menghina keturunan ku, menghina kamu..aku BENCI kawan2 mu yang sangat CELUPAR!!”

……….

Sayup sayup aku mendengar bacan Al fatihah di iringi dengan ayatul kursi oleh suara wanita yang amat aku cintai iaitu umi ku…..

Aku mulai tersedar dari pengsan setelah umi menyuruh aku mengangkat kain jemuran kira sejam lebih sebentar tadi..umi tanpa buang masa terus naik ke rumah untuk menyedarkan aku..

Aku di tanya umi..zira macam mana zira boleh sebut nama Dayang Fatimah masa zira pengsan tadi..Aku tidak mampu untuk menjelaskan kerana kondisi aku sekarang ini antara gila dan normal sahaja dan aku takut kalau yang di depan ku ini bukan umi ku.

Ayah ku yang ketika ini sudah pulang kerumah bersama dengan abang abangku dan semestinya ayah ku antara orang yang paling risau melihat keadaan aku setelah aku tidak sedarkan diri tadi.

Umi ku tanpa buang masa menyuruh aku bersihkan diri dan solat maghrib..sudah semestinya ini adalah umi ku..kalau “DIA” masakan boleh suruh aku solat pula.

Jam detik di dinding terus berjalan menepati destinasi tepat pada 8.45 malam. Aku masih dibilik setelah solat isyak sebentar tadi, ternyata setiap kali aku sedang mengadap tuhan setiap kali itu lah aku pasti akan mendengar dengusan di belakang badan ku seolah olah ada makhluk sedang memendam amarah.

Fikiran aku terarah oleh jelmaan “DIA” dan aku masih kaget dengan panggilan namaku. Setahu aku nama aku tiada tambahan DAYANG di depan sebab sudah terbukti di surat lahirku nama aku NUR ZAHIRAH BT ZAINAL..

Tuk..tuk..tukk…terdengar aku akan bunyi ketukan di pintu bilik ku,zira jom makan malam..embah bedok(tok perempuan) pun ada sekali. Rupanya umi aku mengajak makan malam bersama sama setelah amat jarang sekali peluang kami sekeluarga dapat makan malam sekali.

Aku disapa oleh embah bedok..

“DAYANGG…kenape makan sikit sangat..tu lauk ayam bakar makan la lagi DAYANG…”

Umi: Ibu cakap apa ni..siapa DAYANG? tu zira la ibu.

Embah Bedok: Zira ker? Maaf la aku terlupe maklum lah aku kan dah nyanyuk…

Pada situasi ini,mata abang abang dan ayah ku semua terarah kepada aku.

Ayah: Kamu ni kenapa?dari balik dari kolej lagi kurang bercakap, dah la petang tadi meracau, kamu sakit ke zira?

Embah Bedok: Udoh udoh ler tu zainal banyak soal depan rezeki serebut bebenor aku nengoknye..habis mangan terus turu(tidur)..

Aku masih berteka teki mengenai hal semasa makan tadi,embah ada memanggil ku Dayang . Entah tiba tiba selama aku hidup sampai sekarang kenapa hal macam ni baru terjadi. Ya aku mengerti embah semakin nyanyok tapi tidak la seteruk sehingga memanggil aku Dayang..atau memang benar kah aku ini keturunan DAYANG FATIMAH?

Aku persetankan persoalan itu, hari sudah lewat malam. Aku dapati semua ahli keluarga aku telah tidur termasuk la embah bedok. Walaupun rumah dia sendiri di depan rumah keluarga aku tetapi setiap kali kalau cucu dia balik bercuti dia akan tidur di rumah orang tua aku kerana embah bedok begitu sayang dan manjakan aku.

Dongg…donggg…donngg…bunyi jam tepat 12 tengah malam..jam ini merupakan jam pusaka keluarga aku, kira barang antik la senang aku maksudkan. Tengah sedap aku baring baru nak buka buku seram yang aku baru beli sebelum aku pulang ke kampung, hidung ku dihadiri bau yang aku alami petang tadi..

…………..

” Aku di tayangkan wajah si Ayu dan Rohana, seolah olah aku berada di bilik mereka bersama, aku juga dapat mendengar dengan jelas setiap bait kata mereka, sungguh tidak aku sangka mereka berdua sememangnya sangat celupar hingga sesuka hati mengata aku membela saka…suara Dayang Fatimah aku kedengaran…..

D.Fatimah: Keponakan(cucu) sayang..lihat lah rakan mu itu..

Aku menoleh kebelakangku…ternyata amat jelas kewujudan Dayang Fatimah tanpa aku sangsi lagi..lalu dia bertanya kepada aku..

D.Fatimah: Mahukah kamu aku hapuskan mereka berlidah buaya ini ..mereka sengaja menjatuhkan air muka mu kepada kawan kawan mu..ini ku berikan keris pusaka keturunan kita..sudah semestinya berasal dari keturunan tanah jawa..ambil lah sayang..jika engkau mahu membalas ini lah caranya….heeee……

ANGIN MELAMBAI MEMBAWA DINGIN, TEMPAT DITUJU JELAS TERKATA, AKU SERU DIKAU WAHAI SI KUNING HAPUSKAN DIA BIAR TERSIKSA…

Kucuplah keris mu seraya melafaz bait bait itu untuk mengajar mereka mereka yang menganggu ketenteraman hidup mu zira sayang”….

Allahhuakbar!!!!!
Aku kaget aku terbungkam dan aku terjaga dari mimpi aku serta yang paling aku tidak boleh terima disebelah ku ada sebuah kotak berbalut kain berwarna keemasan, harum baunya.Jam sudah lewat tengah malam pukul 2.45 pagi. Aku membuka bungkusan dan kotak tersebut lalu aku lagi sekali aku terpaku..ya keris lama yang sama aku bermimpi tadi diberikan oleh Dayang Fatimah untuk menghapus kan si mulut durjana iaitu kawan aku.

Juga didalam kotak tersebut terdapat satu bungkusan kulit rusa dengan tulisan jawi..tidak perlu rasanya aku membaca kerana apa yang tertulis memang sebuah seruan yang sama didalam mimpi aku tadi.

Aku jadi tidak tentu arah, aku istighfar sebanyak yang boleh, Al Fatihah dan pendinding diri menjadi basah di dalam mulutku.

“JANGAN KAU BACA APA YANG BUKAN AKU AJAR CUCU KU!!”

Mata ku terbeliak kali ini aku benar benar seperti patung bernyawa melihat didepanku “real” bak kata orang putih. DAYANG FATIMAH dengan kecantikannya tetapi dalam nada yang marah habis bergegar satu bilik ku sedang merenung ku dalam keadaan amarah yang amat sangat.

Dalam hati aku tentu sekali setan ini sedang kepanasan dek kerana kalimah kalimah tauhid masih lagi menjadi sebutan ku ketika ini,
Tetapi hanya dengan telunjuk jari dia kearah muka ku sahaja, lisan ku menjadi kelu hati ku seolah dikunci untuk meneruskan kalimah Allah badan aku terpasak dibumi tidak dapat aku berganjak lagi.

Air tangisku mula mengalir. Peluh keringatku telah membasahi raut wajah dan badan ku..aku terperangkap dengan telunjuk jari “DIA” sepertinya lidah aku boleh berkata kata tetapi malangnya aku…..

“ANGIN MELAMBAI MEMBAWA DINGIN, TEMPAT DITUJU JELAS TERKATA, AKU SERU DIKAU WAHAI SI KUNING HAPUSKAN DIA BIAR TERSIKSA”

Tanganku memegang keris seolah diarah oleh Dayang Fatimah, lalu aku mengucup hujung keris lama tersebut. Segala tindak-tanduk perlakuan dia aku ikut sepenuhnya tanpa sedikit cacat cela. Setelah ritual itu selesai, dia memberikan senyuman yang menawan jika aku seorang priya sungguh aku pasti akan ghairah dengan senyumannya.

…”Si Celupar itu telah menerima padahnya keponakan ku sayang heee…”

…….

Pagi yang subuh keesokan. Satu permulaan hari yang membuatkan satu keluarga aku amat meresahkan jiwa..

Pintu bilik diketuk serta namaku dipanggil tidak dijawab oleh aku. Sudah semestinya umi mahu mengajak aku solat subuh. Sedang aku mendengar tetapi aku masih kelu..ya seluruh urat badan ku seolah tegang seperti terkena sawan. Pintu bilik aku ditendang oleh ayah, abang long dan abang ngah serta merta meluru masuk bersama umi dan ayah aku.

Ayah aku melihat aku dalam keadaan mulut berbuih mata terbeliak memandang dihujung katil ku. Ayah ku mengarahkan umi mengambil sebotol air lalu di bacaku selawat serta 3 Qul dan disapukany air itu seluruh wajah aku.

Tangisanku tidak dapat dipertahankan lagi, aku telah terlepas dari cengkaman “DIA” setelah ayah aku selesai mengubati ku dengan apa daya yang mampu. Umi memeluk aku seraya bertanya…

Umi: Zira kenapa ni sebelum ni umi tak pernah tengok zira sakit ni. Cuba bagitau umi, apa yang jadi sebenarnya ni..

Belum sempat aku mengadu akan apa yang terjadi dikamarku sebentar tadi. Peranti telefonku berbunyi panggilan dari Ayu…..

Aku: Asalammualaikum ayu..

Ayu: Waalaikumusalam, zira kau buat apa pada anak makcik ni hah?

Aku: Buat apa pulak ni makcik?

Emak Ayu: Ayu anak aku tak sedarkan diri lepas dia sebut “Maafkan aku Dayang Fatimah maafkan aku zira aku janji tak akan mengata keturunan mu lagi”

Kau cakap betul betul apa bomoh kau dah buat kat anak aku ni hah! Selepas dia sebut nama dan apa dia kata tu terus dia jadi sawan sampai sekarang tak sedarkan diri lagi kau tau tak!

Aku dengan menekan “loud speaker” untuk bagi umi ayah dan abg abg aku dengar perbualan aku dengan mak ayu. Terus aku menangis yang amat sangat dan ayah mengambil dari telefon ku serta merta terus berbual dengan emak ayu entah apa aku tidak dapat mendengar.

Umi, betul kah keluarga kita ada saka bernama DAYANG FATIMAH.Aku menyoal umi dengan perasaan yang amat ku ingin tahu. Jawapan umi hanya sepatah..TIADA!

Kalau tiada habis tu keris lama di sebelah zira ini keris apa..umi dengan muka yang pelik begitu juga dengan abang abangku kerana kata mereka.

Umi: Apa zira melalut ni..umi tak nampak pon keris di sebelah zira. Abang long dan abang ngah pon tak nampak…

Yang menghairankan aku..sebenarnya aku masih lagi nampak keris disebelahku dan hanya aku seorang sahaja yang nampak cuma yang lebih membuatkan aku tertanya tanya bila aku mahu pegang kotak berisi keris tersebut seolah olah jari jemari ku tidak dapat mencapai dan menembusi bentuk fizikal kotak tersebut.

Aku masih tersedu sedu. Embah bedok ku masuk kebilik aku setelah solat subuh dan terus berkata kepada aku.

” Cu Zira..(dengan nada yang perlahan) embah nampak tapi jangan sesekali zira guna keris ini..”

Aku pada keadaan ini seolah olah tidak percaya apa yang embah aku katakan. Dalam waktu yang sama telinga ku terdengar halus suara itu..

“Zira keturunanku….jangan engkau sesekali menurut kata orang tua itu jika kau mahu aku punahkan orang orang yang bermulut celupar seperti Ayu dan rohana”…

Ya rohana aku pasti dia sudah senasib dengan si ayu kerana dengan keceluparan yang sama seperti ayu.

Episod akan datang akan aku ceritakan pula apa sudah jadi dengan rohana sehingga aku hampir hampir ingin m******h diri aku.

Jawapan siapakah DAYANG FATIMAH adakah dia dari keturunan sebelah ayah atau umi ku? Sudah aku pasti kalian dapat mengagak. Iaitu umi ku…

P/s: Jangan lah kita menghina sesuka hati peribadi seseorang. Kelak buruk akibatnya….heee.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Azstrange89
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

39 comments

  1. Kesimpulan jin2 kafir ni mmg jahat nak mampus..
    Macam tu pun nk b***h org..
    Klu manusia y ia aim menurut. mmg dh msuk prangkp le..biasanya mnurut je..tmbh hati tgh panas..jd tahniah nak krn mnolak

    1. MEHMET UMAR
      Cerita yang menarik!Penggunaan ayat yang teratur dan gaya bahasa yang tersusun membuatkan cerita mudah untuk difahami.Kisah ini juga diceritakan dengan sangat teliti dan tersusun rapi.Syabas!Kalau ada kelapangan,sambunglah lagi ya?Berusaha.

      Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita di FS!😬
      Assalamualaikum

    • Inilah Saatnya Menang Bersama MejaVIP
      Situs Impian Para pecinta dan peminat Taruhan Online !!!
      Hanya Dengan 1 id bisa main 7 games boss!!!
      CAPSA SUSUN | PLAY POKER | BANDAR POKER | BandarQ | Domino99 | AduQ | SAKONG Terbaik

    Keunggulan MejaVIP
    – MINIMAL DEPO 10.000 & WD 25.000
    – PROSES DEPO & WD TERCEPAT
    – KARTU-KARTU BERKUALITAS DISAJIKAN
    – CS RAMAH & INSPIRATIF SIAP MEMBANTU 24JAM
    – TIPS & TRIK MENJADI KEUNGGULAN SITUS INI
    – DAN KAMI MEMILIKI BONUS NEW MEMBER 20%

    Baca juga Berita dari kami di Berita Terupdate

    Tunggu apalagi Boss !!! langsung daftarkan diri anda di MejaVIP
    Bagaimana cara mendaftar? SIMPEL boss!!!
    cukup kunjungi kami
    klik daftar dan daftarkan diri anda di MejaVIP
    atau bisa juga melalui live chat dan dan cs kami akan membantu anda 24jam bos!!
    Ubah mimpi anda menjadi kenyataan bersama kami!!!
    Dengan Minimal Deposit dan Raih WD sebesar” nya!!!

    Kami tunggu kehadiran bosku yah^^

  2. tetibe Diva rasa insap… Diva nih selalu celupar…

    Mungkin Diva perlukan perlindungan dari seorang yg bergelar suami…

    gittewwww

          1. ehem, ko tengah mencari buah hati ke skang? hmm,

            tetiba rasa nak #fliphair

            hahaha

            Pasal DIVA kita bincang lain kali

          2. Confuse gender ko ni. Hahaha
            Diva tu kite bagi delu je la.
            Jangan masuk campur urusan rumah tangga orang.

          3. aihh. ko tak kenal aku ke? bulan lepas top 1 commentorrr tahu? medi? cak? cakcak? ko tak kenal? kecewa. hahahaha.

            pompuan lah dol~

          4. speechless dgn pengakuan berani kau! hahahaha. Yelah top commentator.
            Aku nak chow dulu.
            Assalamualaikum.

          5. aihh, sebab tu lah aku malas nk reveal diri aku. hmm, takpe2, nanti kalau kita bertembung lagi, buat2 macam takde apa. hahaha

            adios

          6. izul yg datang kat aku. aku dah tolakk. tapi. hmm, aku tak besalah dalam hal ni.

            tapi, masalahnya, hati aku taknak AA, tsk tsk

  3. dulu saya selalu mimpi ada orang nak bagi baby lelaki pada saya…tp saya tolak…lama2 mimpi tu tak dpt lagi…nasib baik saya tak terima baby tu…ramai kata tu tanda ada org nak beri saka melalui mimpi….mmg jaga2 la mulut kita dari mengutuk orang…dpt yg mmg bersaka jenuh la nanti…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.