#MEHMET U’MAR – RIWAYAT PENDENDAM SETIA (5/5)

Karya oleh : Mehmet U’mar AbdulAziz

Disunting Oleh : Defend&Dee Edot @ Arkib Angker Negara

Kakinya melangkah laju menuju ke luar rumah, alangkah terkejutnya ustaz Rahman apabila melihat ustaz Ariff melutut sambil membaca sesuatu. Manakala kelihatan seorang gadis yang terbaring di sebelah ustaz Ariff dalam keadaan yang tidak sedarkan diri dan berlumuran d***h keluar dari mulutnya.

“Itu Niza dan ustaz Ariff. Apa dah jadi sebenarnya ni, aku dimana?” Getus hati ustaz Rahman menunjukan tanda kehairanan kerana dia yang menyedari akan hakikat bahawa dia kini memang berada di suatu dimensi lain bersama dengan ustaz Ariff dan Niza.

“Aku yang bawa kau kesini wahai musuh ku! Hahahaha.”

Belum sempat ustaz Rahman melangkah keluar dari rumah itu melalui tangga, terus ada satu suara yang garau muncul dari belakang ustaz Rahman. Tanpa menoleh ke belakang, ustaz Rahman terus melompat keluar dari rumah tersebut sepantas yang mungkin.

“Siapa kau wahai makhluk laknatullah!”

Dengan tidak semena-mena muncul dua makhluk dari dalam rumah secara perlahan-lahan menunjukkan diri. Seorang kelihatan seperti pemuda dengan melilitkan kain kuning di kepala, manakala satu lagi makhluk yang tinggi besar berbulu lebat berdiri di sebelahnya.

“Aduwullah! Musuh Allah yang terlaknat!”

Itulah perkataan yang menggambarkan bahawa dua makhluk di pintu rumah tersebut adalah sememangnya musuh Allah iaitu sekutu iblis!

Tanpa membuang masa, ustaz Rahman mula membacakan ayat pendinding diri untuk persediaan dari perkara yang tidak di ingini.

“Hahahahaha manusia bodoh, kau fikir dengan ilmu kau yang cetek itu dapat menghapuskan aku?! Hahaha.”

Dalam sekelip mata, kedua-dua makhluk yang berada di atas rumah itu hilang dan muncul di depan ustaz Rahman di atas tanah.

“Hahahahah, kau hanya menempah maut wahai Rahman Bin Rashid. Lagi elok kau pun ada disini sekali, mudah untuk aku menghapuskan kau orang bertiga! Hahahhaha.”

Suasana pada ketika ini tidak menentu buat ustaz Rahman, seolah keliru atas apa yang telah terjadi.

“Hati kau penuh dengan keraguan dan ketakutan wahai manusia, jangan kau fikir kau akan dapat mengalahkan aku. Hahaha.”

Dari tadi pemuda itu tidak habis bergelak ketawa seolah menyindir dan mencabar akan ilmu yang ada pada ustaz Rahman.

Belum pun sempat ustaz Rahman membuat apa-apa untuk bertindak, terus makhluk dihadapanya itu membaca sesuatu sehingga membuatkan ustaz Rahman juga berlutut sehingga mengeluarkan d***h dari mulut seperti ustaz Ariff.

“AJAL MU AJAL, TENTERA KU DATANG SAKTI KU UNDANG, UNDANG AWAN-AWAN KU UNDANG!”

“ALLAHUROBBII.” Mengerang ustaz Rahman kesakitan yang amat sangat akibat dari sihir yang dibacakan oleh mahkluk di hadapannya itu.

“Rahman, bertahan Rahman, jangan ikut rentak iblis tu, ingat apa yang ilmu kita belajar Rahman,” kata-kata ustaz Ariff di tujukan kepada ustaz Rahman serta-merta membuatkan ustaz Rahman bangkit perlahan-lahan dari berlutut untuk berlawan dengan dua mahkluk durjana di hadapannya.

Kemudian ustaz Rahman menggunakan segala kudrat yang ada seraya melafazkan kalimah berserah sepenuhnya kepada Allah SWT.

“TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN PERTOLONGAN ALLAH! ALLAHUAKBAR!!!”

Dengan tidak semena-mena kedua-dua makhluk tersebut terpelanting ke belakang dengan serentak lalu ustaz Rahman secepat mungkin menggunakan peluang yang ada ini memegang tangan serta memapah badan ustaz Ariff sebagai persediaan bergabung tenaga untuk menghadapi makhluk yang dilaknat oleh Allah itu.

“Rahman, ingat tumpukan sepenuhnya jiwa dan raga hanya kepada Allah. Dia yang Maha kuasa hanya kepada Allah kita meminta pertolongan.”

Kata-kata semangat oleh ustaz Ariff kepada ustaz Rahman seolah sebagai syarat bahawa keadaan yang mereka alami ini adalah sesuatu yang amat serius, jika tersilap langkah, maut menanti.

“Baiklah Ustaz Ariff, saya rasakan inilah peluang yang ada untuk kita hapuskan makhluk terkutuk tu.”

Ustaz Ariff hanya mengangguk tanda setuju dan melupakan sementara akan kesakitan yang dialami oleh mereka. Kelihatan kedua-dua ustaz tersebut berada dalam posisi bersedia.

Tangan diangkat dan berdoa sepenuh hati hanya kepada yang maha Esa.

Kelihatan kedua-dua makhluk di hadapan ustaz Ariff dan Rahman juga telah bangkit dari terpelanting sebentar tadi. Tidak kurangnya mereka juga berada dalam posisi berjaga-jaga sambil menitipkan sebuah mantera sihir di bibir masing-masing.

Pemuda seperti bomoh itu terus mengarahkan makhluk yang berbulu lebat dan tinggi di sebelahnya itu supaya memberikan satu tendangan yang padu kepada kedua-dua ustaz di hadapan mereka.

Tetapi tindakan itu hanyalah sia-sia kerana seolah ada satu halangan yang kuat sehinggakan makhluk berbulu lebat tersebut tidak dapat menyentuh tubuh ustaz Ariff dan juga Ustaz Rahman walaupun seinci.

Kedudukan ustaz Ariff dan juga ustaz Rahman langsung tidak tergugat. Mereka terus membaca kalam-kalam Allah dan tidak langsung mempedulikan akan serangan yang ditujukan oleh musuh di hadapan mereka.

Kelihatan pemuda seperti bomoh itu mula menunjukan amarah yang amat sangat lantas melipat kali gandakan serangan dengan membaca mantera yang berterusan.

Keadaan sekeliling seperti bergegar seolah dilanda gempa bumi.

“Rahman inilah masanya!”

Tahulah akan ustaz Rahman dari arahan ustaz Ariff iaitu menamatkan terus keadaan yang getir itu. Kedua-dua ustaz mula menunjukan bunga silat secara serentak bagaikan pendekar. Hanya dengan satu syarat tumbukan makrifat secara serentak iaitu tanpa menyentuh tubuh musuh, terus membuatkan tubuh makhluk yang berbulu lebat itu marak terbakar dan hilang dari pandangan.

Manakala pula pemuda yang lagaknya seperti seorang bomoh tersebut jatuh tersungkur rebah ke bumi dalam keadaan menggelupur seluruh badan.

Keadaan kembali tenang, ustaz Rahman dan juga ustaz Ariff terus menuju ke arah Niza untuk memastikan yang Niza masih lagi bernyawa.

“Niza…Niza…bangun.”

Mata dibuka perlahan-lahan,dalam keadaan kesakitan yang amat sangat akan bisa disihir masih terasa, Niza akhirnya dapat membuka mata dan melihat keadaan sekeliling serta terkejut di hadapanya kini ada dua orang dewasa, seorang yang dia kenal seorang lagi dia tidak pernah dilihat.

“Ustaz Ariff, kita kat mana ni, apa dah jadi?”

Niza menyoal sambil memandang ke arah belakang ustaz Ariff dan juga ustaz Rahman.

“Ustaz Ariff, dialah Adam, dialah yang menyebabkan saya jadi macam ni, dialah punca kekasih saya m**i ustaz.” Ustaz Ariff dan juga ustaz Rahman terus mengalihkan pandangan ke arah Adam dan alangkah terkejutnya kerana Adam telah hilang dari pandangan dari tempat dia jatuh tersungkur sebentar tadi. Tanpa sempat berbuat apa-apa…

“ALLAH!” Mulut ustaz Ariff terus menerus mengeluarkan d***h yang pekat dan terus rebah ke bumi.

“Ustaz apa dah jadi ni?!” Ustaz Rahman semakin cemas akan keadaan yang dialami oleh ustaz Ariff.

“Rahman, jangan menyerah kalah kuatkan semangat kamu Rahman, mohon sepenuhnya pada Allah, jangan longgarkan pertahanan kamu untuk dia menyerang.”

Tahulah akan ustaz Rahman yang mana pertarungan itu belum lagi selesai. Lantas ustaz Rahman terus membaca ayat-ayat Quran nur karim dan ustaz Rahman merasakan musuh ada di belakangnya.

“Hahahahahha…bersedialah kau untuk m**i wahai manusia bodoh!”

Ustaz Rahman memalingkan badannya ke belakang dan melihat Adam masih lagi berdiri gagah, kali ini Ustaz Rahman telah bertekad untuk menamatkan perlawanan ini secepat mungkin. Tanpa bicara dari mulut ustaz Rahman, dia terus membacakan ayat-ayat Allah dengan penuh yakin dan tawakkal..

Belum sempat Adam hendak membuat apa-apa, kali ini ustaz Rahman lebih bertindak pantas tanpa ragu-ragu lagi dan terus Adam menggelupur kepanasan.

“Hentikan-hentikan..panas bodoh panas!!Arrrggghhhhhh”

Ustaz Rahman terus membaca kalimah-kalimah Allah tanpa menghiraukan rayuan dari Adam. Kali ini seluruh tubuh Adam mula terbakar dengan marak sekali.

“Niza….saya minta maaf.” Mata Adam memandang ke arah Niza yang penuh dengan kesayuan. Kini kesedaran Adam sudah terlambat, tubuhnya terus marak dimamah api yang tidak tahu dari mananya datang. Tahulah Adam yang dia kini diambang kekalahan..

“Maafkan saya Niza.” Itu lah ayat terakhir yang dilafazkan oleh Adam Kepada Niza..dengan secara tiba-tiba pandangan ustaz Rahman, Niza dan juga ustaz Ariff kembali gelap gelita.


“Ustaz..ustaz Rahman, ok tak ni ustaz?”

Badan digoncang oleh seseorang, mata dibuka perlahan-lahan akibat keletihan yang amat sangat seolah berlari dari jarak yang jauh. Ustaz Rahman mula tersedar apabila dikejutkan oleh anak muridnya Akmal. Pandangan matanya semakin lama semakin jelas kelihatan.

“Akmal apa dah jadi dengan saya? Kenapa baju saya penuh d***h ni? mana ustaz Ariff, Niza dan semua orang?”

Persoalan demi persoalan diajukan oleh ustaz Rahman kepada anak muridnya Akmal. Dia terus menceritakan apa yang berlaku semasa ustaz Ariff dan ustaz Rahman dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

Ustaz Rahman kelihatan termenung seketika memikirkan perihal nasib yang menimpa Ustaz Ariff dan Niza kerana apa yang diberitahu oleh Akmal, Ustaz Ariff berterusan muntah d***h selepas tersedar dari pengsan manakala Niza masih lagi tidak sedarkan diri.

Menurut Akmal, abah kepada Niza terus membawa ustaz Ariff ke hospital sebagai pesakit rawatan kecemasan memandangkan waktu kini jam 3 pagi, begitu juga dengan Niza, dibawa oleh dua rakanya Laila dan Alisha memandu kereta ke tempat hospital yang sama dengan ustaz Ariff.

Kini yang tinggal di rumah ustaz Ariff hanyalah Akmal dan juga ustaz Rahman. Persoalan kini kenapa ustaz Rahman tidak dibawa ke hospital seperti ustaz Ariff dan Niza, kerana Akmal belum lagi mahir dalam memandu kereta dan kondisi ustaz Rahman tidaklah seteruk seperti ustaz Ariff dan juga Niza.

Ustaz Rahman masih lagi mendiamkan diri setelah tersedar dari pengsan, seakan kekeliruan yang melanda dari dalam fikirannya atas hal yang terjadi semasa dia bersama ustaz Ariff dan Niza di dimensi lain sebentar tadi adakah ianya benar-benar berlaku?

“Ustaz, ok tak ni?” Akmal menegur.

“Akmal semasa saya pengsan tadi, saya, Ustaz Ariff dan Niza ada di dimensi lain, macam kat kawasan rumah kampung yang miliknya kepada seorang pemuda nama Adam, kamu percaya tak Akmal?”

Akmal kelihatan agak terkejut dengan kata-kata ustaz Rahman. “Saya nak percaya atau tidak itu semua kuasa Allah ustaz, tapi apa yang berlaku?”

Ustaz Rahman menceritakan setiap detik apa yang berlaku ketika dia dan ustaz Ariff bertarung dengan Adam yang mana mengamalkan ilmu khurafat sehingga sanggup melakukan sihir terhadap Niza.

“Bagi ustaz, ustaz rasa tu mimpi atau memang benar-benar terjadi?.” Akmal menyoal untuk lebih kepastian dari ustaz Rahman.

“Saya rasa memang benar-benar terjadi Akmal, sebab semasa saya di dimensi sana, setiap kali saya sakit memang saya akan rasa sakit itu memang terjadi pada saya dan kamu pun nampak banyak d***h keluar dari mulut saya dan juga ustaz Ariff bukan?”

Akmal mengangguk tanda mengiyakan atas apa yang diberitahu oleh ustaz Rahman.

“Tak mengapalah Akmal kalau perkara tu benar-benar terjadi bermakna Niza sudah terlepas dari perbuatan sihir pemuda yang bernama Adam tu, dan kita bersyukur kepada Allah kerana Allah telah memudahkan urusan kita semua.”

Keadaan pagi itu terasa tenang dan mendamaikan, jam telah menunjukan pukul 4.15 pagi isnin.

“Akmal, tolong papahkan saya kejap saya nak ambil wuduk untuk solat sunat sementara kita nak tunggu solat subuh, kamu pun sekali yer Akmal.”

Begitulah keadaannya orang yang soleh walaupun diri masih lagi dalam kesakitan tetapi tetap bersemangat untuk mendirikan solat dan mendekatkan diri kepada Allah sentiasa.

Setelah selesai solat sunat jemaah bersama Akmal, handphone milik ustaz Rahman berdering menunjukan number yang tidak dikenali muncul di screen handfone ustaz Rahman.

“Assalammualaikum, ni sapa ya?”

“Waalaikumusalam, saya ni Azman ustaz Rahman, saya nak bagitau keadaan ustaz Ariff dalam keadaan tak stabil sekarang, saya dalam perjalan pergi amik ustaz dan Akmal ni ya.”

“Baiklah, hati-hati bawak kereta bang man.”

Perbualan tamat, ustaz Rahman kelihatan semakin resah tidak menentu, lalu ditegur oleh Akmal anak didiknya.

“Kenapa ni ustaz, ada yang tak kena ke?”

10 minit ustaz Rahman mendiamkan diri kerana memikirkan akan keselamatan Ustaz Ariff.

“Akmal, kita kena bersedia walau apa pun terjadi.”

“Kenapa pula ni ustaz?” Kini wajah Akmal pula yang dalam keresahan menanti jawapan ustaz Rahman.

“Ustaz Ariff dalam keadaan tidak stabil lagi sekarang, pakcik Azman dalam perjalanan nak ambil kita pergi ke hospital di Ipoh, jom Akmal kita buat solat hajat untuk ustaz Ariff.”

“Baiklah ustaz.” Dengan segera mereka mendirikan solat hajat dan mendoakan supaya ustaz Ariff dalam keadaan yang baik seperti sediakala.

Pagi Isnin jam 8.30 pagi.

Akhirnya mereka tiba di hospital ipoh untuk mengetahui keadaan seterusnya kondisi ustaz Ariff.

“Abang man, macam mana dengan anak abang man?”

“Alhamdulillah ustaz, Niza dah sedar masa saya bawa dia datang hospital ni pagi tadi masa ustaz masih tak sedarkan diri, sekarang ni dia ada di wad perempuan untuk rawatan susulan.”

“Alhamdulillah syukur pada Allah abang man”

Setibanya kaki mereka untuk melangkah ke unit ICU tiba-tiba sebuah ambulan sampai di perkarangan unit ICU dan kelihatan para pembantu perubatan bertungkus lumus mengeluarkan mayat seseorang seolah terbakar diseluruh tubuhnya. Ustaz Rahman menegur salah seorang pembantu perubatan tersebut…

“Assalammualaikum encik.”

“Waalaikummusalam.”

“Kenapa dengan mayat ni encik?”

Kelihatan sekujur tubuh kaku seolah hangus kebakaran.

“Rumah dia terbakar ustaz, lepas tu orang kampung nampak dia terbaring kaku kat bawah rumah dia.”

“Mana waris dia encik?”

“Kata orang kampung dia anak yatim piatu dan rumah yang di duduk tu rumah peninggalan orang tua dia.”

“Boleh saya tengok muka dia sekejap encik?”

“Boleh ustaz.”

Sebaik sahaja kain diselak dari muka mayat tersebut oleh pembantu perubatan, Ustaz Rahman, terpaku, tergamam dan serta merta beristighfar banyak kali dari mulutnya.

“Kenapa ustaz?”

“Tak ada apa encik, segerakanlah urus jenazah ni ya.”

Kelihatan Azman dan Akmal tertanya-tanya atas kelakuan ustaz Rahman selepas melihat muka jenazah tersebut.

Setelah berlalu para penolong perubatan membawa jenazah untuk di bedah siasat. Terus Akmal menegur ustaz Rahman.

“Ustaz, kenal ke dengan jenazah tadi?”

Diam seketika ustaz memikirkan bahawa apa yang telah terjadi semasa dia berada di dimensi lain pagi tadi memang benar-benar terjadi.

“Abang man, Akmal..sebenarnya jenazah tadi itulah yang saya lawan dengan ustaz Ariff masa kami tidak sedarkan diri pagi tadi.”

Azman abah kepada Niza terkejut besar akan pengkuan yang diberitahu oleh ustaz Rahman.

“Betulkah ustaz?” Soal Azman.

“Saya sendiri pada mulanya susah nak percaya sebab saya tak pernah alami pengalaman sampai macam tu sekali selama saya merawat orang.”

Muka Azman kelihatan merah padam seakan dendam yang belum puas lagi atas apa yang terjadi pada anaknya Niza.

“Abang man, beristighfarlah dan berdoalah baik-baik atas apa yang telah terjadi, sesungguhnya perkara macam ni terjadi ada hikmah yang baik disebaliknya abang man, jangan lah kita berdendam mengikut jejak langkah syaitan yang sememangnya musuh kita yang nyata.”

Tahulah Azman akan perbuatanya itu menunjukkan raut wajah yang tidak sepatutnya dipertontonkan kepada ustaz Rahman.

Langkah kaki mereka bertiga terus memasuki ke unit ICU untuk mengetahui keadaan sebenar ustaz Ariff dan menanti dengan penuh kesabaran dari khabar doktor yang bertugas.

Kelihatan isteri kepada ustaz Ariff, isteri Azman dan dua rakan Niza yang masih setia menunggu akan berita susulan dari doktor mengenai kondisi ustaz Ariff.

“Assalammualaikum kak siti, macam mana keadaan ustaz Ariff kak, doktor ada bagitau apa-apa tak?”

“Waalaikummusalam, sebenarnya Man, dari tadi ustaz Ariff dimasukan ICU sampai sekarang doktor tak ada bagitau apa-apa lagi man, akak risau.” Memang jelas kerisauan yang ditunjukan oleh isteri ustaz Ariff pada ketika ini.

“Bersebarlah kak, sama-sama kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan ya kak.”

“Baiklah man.”

Setelah 4 jam menunggu akhirnya doktor keluar dari bilik pembedahan untuk memaklumkam kepada waris ustaz Ariff iaitu isterinya kak Siti akan keadaan sebenar.


Sebulan selepas kejadian…

Malam jumaat yang kali ke 3 di rumah ustaz Ariff masih lagi berlangsung bacaan Yassin buat Allahyarham ustaz Ariff serta Allahyarham kekasih hati Niza iaitu Hafiz yang telah kembali ke rahmatulllah.

Menurut doktor yang bertugas ketika pembedahan kecatas ustaz Ariff, kematian ustaz Ariff akibat dari kompilasi kerosakan paru-paru serta kehilangan banyak d***h ketika sesi rawatan terhadap Niza pada sebulan yang lalu.

Niza pula kini berada pada tahap kesihatan yang amat baik dan menjalani kehidupan seperti biasa serta tiada lagi gangguan-gangguan sihir yang dialami oleh dia seperti sebelum ini.

Sungguh keluarga Niza amat terhutang budi kepada keluarga Allahyarham Ustaz Ariff dan juga ustaz Rahman kerana tidak putus asa untuk berikhtiar menyembuhkan Niza dari kejahatan sihir oleh Adam. Dalam masa yang sama, abah Niza iaitu Azman dengan senang hati menjadikan anaknya itu anak angkat kepada isteri Allahyarham ustaz Ariff iaitu kak Siti kerana pasangan tersebut tiada zuriat sejak berkahwin pada 40 tahun yang lalu.

Sesungguhnya sebaik-baik perancangan itu hanyalah dari Allah SWT dan dia tidak akan sesekali mengampunkan dosa hambaNya yang telah sesat mensyirikan Allah SWT.

Niza kini bekerja seperti biasa sebagai seorang jururawat. Dan ada seperkara yang membingungkan hati serta perasaan Niza semenjak dia sembuh dari disihir sebelum ini. Serta merta kehidupan Niza berubah kerana hijab dari mata dia terbuka sepenuhnya dan dapat menyaksikan makhluk halus yang berada di sekelilingnya dengan jelas dan nyata.

Inilah kisah Nur Aniza Binti Azman. Seorang gadis yang diburu oleh cinta gila akibat dari kesilapanya sendiri kerana memungkiri janji kepada seseorang yang bernama Adam sehingga bertindak di luar jangkaan…

-Tamat-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]
Azstrange89

17 thoughts on “#MEHMET U’MAR – RIWAYAT PENDENDAM SETIA (5/5)”

  1. perghhhhh meletop cite kau…aku tk sangka plak ustaz ariff tu meninggal di akhir cerita….best..buat plak cite lain wei …haahahah

    Reply
  2. Kepada pembuat cerita.. ini kali pertama aku komen ni.. dan sepanjang cerita yang aku baca, cerita ko ni antara yang the BEST!!!!.. Buat lagi cerita mcm ni… thumbs up for you..

    Reply
  3. al-fatihah buat ustaz ariff yang btl2 ikhlas membantu niza smpi kehilangan nyawanya sendiri… best sgt bace citer ni smpi terase diri sendiri yang hadapi situasi tuh.. apepn sy tgu citer dr awk lg yer… good job…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.