MELATI, AKU DAN POKOK BESAR

Terima Kasih admin FS sebab publish cerita aku ni, ni lah penulisan aku yang pertama di sini, dan disebabkan ada page ni la aku berani menulis. Sorry pada semua pembaca, aku tak pandai menulis-nulis ni,jadi harap korang semua paham apa yang aku nak sampai kan

Cerita ni berlaku mase aku study dulu di sebuah institusi kerajaan sepenuh nye di pinggir Kuala Lumpur..

Cerita 1.

Sliper kat dorm kitorang memang limited, jadi sapa yang lambat kluar memang pakai safety shoe sendiri la pegi dewan makan..selalu nya petang la berebut-rebut sliper sampai salah sliper pun bedal je gerak pegi dewan makan..hahaha nama aku orang yang rapat je panggil aku Az, yang lain-lain panggil aku Bob. Dorm aku takda lah jauh dari dewan makan ni dalam 300 meter je, tapi sebelum sampai ke dewan makan tu ade satu pokok besar memang dah agak berumur pokok tu dekat dua pemeluk lebih diameter die.

Nak dijadikan cerita petang tu lepas habis class kitorang lepak dorm dulu sebelum boleh ke dewan makan, yang jadual start makan pukul 6, Aku, be, di, ji dan pan biase la memang tak pernah tidur lepas habis class sebab masing2 duk kumpul bawah kipas dalam dorm sambil berasap (merokok). Borak punya borak tengok jam dah dekat 6 setengah.

Pan jerit, “nam sengah dah oii” masing-masing apa lagi berderu-deru macam kambing ke pintu dorm nak keluar berebut-rebut, masa tu juga lah pelajar nama Melati melintas depan dorm kitorang. Ape lagi jadi monyet la semua..duk kenyit-kenyit mata lah duk panggil sayang lah, duk panggil darling I love u lah. Aku pilih tuk berdiam diri dan senyum..hahaha. Dalam hati terdetik, apa la yg diorang suke sgt kat melati ni, nak kate lawo tak lawo lagi makcik aku, hahaha tapi ada manis la dia punya muka.

Ni nak intro sikit pasal melati ni, asal kelantan keturunan siam, nama penuh suraya pisak tapi orang panggil melati. Pelik kan. Selesai study makanan kat dewan makan kitorang pun balik dorm siap-siap nak ke masejid solat maghrib. Habis solat start la kitorang study konon, study lebih nye borak je sambil tengok tv kecik yang dicuri-curi bawak masuk oleh be hahaha. Tu la rutin nye.

Dah nak start dah part seram-seram sikit..tapi malam ni berbeza sikit sebab ramai yang tido awal. Tak tau apa sawan nya ramai tidur awal, aku pun keluar ke masjid tuk isyak pula. Selesai je solat isyak aku meluru ke tempat slipper. Maklum la slipper kat asrama ni sensitive, takut hilang, hahaha. Berbalik pasal pokok besar yang berumur tu, dari cerita dulu-dulu dari senior takde apa, tapi dalam hati aku kata mesti ade histori pokok besar ni ada, memang pokok tu nampak cantik rendang redup tu pasal tak di tebang. Tapi bila tanye masejid dalam institut ni lain pulak cerita nya.

Aku mulakan perbualan aku lepas aku menyarung slipper tadi, aku berjalan ke dorm nampak pulak bilal kat atas motor Yamaha sukan seratus nya, nak ke kedai gamak nya dalam hati aku. “Assalamualaikum,pak man nak pi mana? macam nak ke kedai je?”. Pakman balas, ”Waalaikumussalam, ish takde ke mana, cuma nak ke depan tu ada kedai snooker, nak main lucky ball, nak ikut ke?”. “Hah, biaq betui pak man nak ke snooker ni, sarban duk atas pala lagi tu”, aku pelik orang tua ni, betul nak pergi ke duk sindir aku. Aku penah gak la pergi ke kedai snooker tu waktu fly tapi just tengok je member dorm ajak pegi outing kata nye. ”Kau ni mudah sangat di perdaya, belum lagi tipu daya syaitan, aku saje start moto ni lama dah tak ‘ber setat’, kau macam ada masalah je, spender hilang lagi ke? ke deodorant habis? resah je aku tengok”.

“Takda apa la pakman, cuma saja nak tahu pasal sejarah pokok besar tu”, sambil tangan aku pulas-pulas throttle motor pakman. “Kenapa kau tanye, ade pape yang tak ok ke?”. Aik pakman pulak tanye aku balik, hahaha. Aku pulak, “bukan ape pakman saya tengok pokok tu dari lain yang lain la” terus bibir aku dihalang oleh jari pakman yang masih kuat bau sambal belacan. Gulp telan air liur aku. “Kita gi ngopi dulu kedai aney depan tu sini tak berape sesuai la nak ngobrol2”. Aku pun diam angguk kepale je. “Kau balik la dorm dulu bersiap, nanti aku ambil kau di dorm”, ujar pakman. Pak man ni ada d***h jawe sikit, tu yang boleh cakap jawe sikit tu, kalau banyak d***h jawa, silap silap aku yang tak paham apa yang die cakap.

Sesampai di kedai aney, “teh tarik satu kopi o satu, roti kosong dua banjir, satu satu aa aney” sambil jari pakman tunjuk aku dan die. Pakman terus start bercerita. “Dulu pokok tu memang pihak pentabiran nak tebang sebab nak jadikan asrama perempuan untuk penambahan aspuri 5, kau tahu je lah tempat ni sempit dihimpit pulak pekan sibuk, mane cukup tanah jadi tapak pokok tu la diorg nak buat asrama dua tingkat”. Aku celah, “jadi kenape sampai sekarang takde lagi pakman asrama nye?”. Paappp!! Hentakan cawan dari salah sorang aney hantar order, kopi o the tarik sampai di meja. ‘Sluurrpp’ pakman mnyedup kopi o. “Macam ni cerita dia, setelah setuju pihak kontraktor dengan pihak pentadbiran, bermula lah sesi yang pertama penebangan pokok pagi tu dengan segala cekadak chainsaw la tali la lori angkut sampah pokok dan pekerja pun dah standby memulakan tebang pokok.

Malangnye baru saja nak mula masalah pertama muncul kan diri, mata chainsaw je ke batang pokok angin ribut tiba tiba je datang, ramai yang jadi saksi sebab pokok tu boleh kata antara terbesar daerah pekan ni sampai kan pegawai dari FRIM pun ada turut serta membuat research kata nya. Pekerja pentadbiran pejabat pun datang nak tengok, aku pun tak lepaskan peluang masa tu nak tolong, tolong tengok(pakman) hahaha. Berdebar hati, berkerut dahi masing-masing menyaksikan acara gilang gemilang tu, tak sampai beberapa minit dengan angin kuat berdebu, chainsaw pulak m**i tiba tiba. Cuba dihidupkan balik oleh pekerja tapi gagal. Chainsaw kedua muncul, masa ni semua tak rasa apa apa lagi hanya menanti pokok direbahkan.

“Pappppp! Roti kosong banjir siap!!”. P****g stim betui la aney ni. Lepas sesuap dua roti ke dalam mulut, pakman sambung cerita balik. “Mase tu chainsaw dah ready on job dah tinggal letak kat batang dan press acceleration je. Sentuh je mata chainsaw kat batang ada orang duk jerit “ oiiii stopp2”. Aku dengan seramai yang tengok mula pelik, kenapa pulak dah stop ni, binawe diorang ni nak p****g ke tak nak. Tengok punya tengok belakang batang besar tu ada kelibat budak perempuan lingkungan umur 3~4 tahun yang duduk menyandar pada batang pokok, salah sorang pekerja tu duduk depan budak tu dan aku teka je dialoq memujuk suruh pergi tinggalkan kawasan tu, dekat 2 minit pekerja tu berbicara dengan budak tu tapi sikit pun budak tu tak menganjak pergi.

Ramai yang hairan mana datangnya budak perempuan tu, masing-masing bingung termasuk aku (pakman) dalam hati aku anak sapa plak lah yang main kat sini sorang-sorang, anak warden ke anak pengajar ni? Aku berteka teki. ”ko nak tau ape jadi bob? Ko aku tengok diam je, penat aku berdialog, macam cakap dengan cawan je, berak dalam seluar ke,senyap je?!”hahaha. ”Takde lah pakman saya berimaginasi suasana yang pakman cerita ni, macam pelik je budak tu tiba-tiba muncul”. Pakman sambung, “hah jawap pun aku ingat kau dah berak dalam seluar tadi”. “Ah pakman ni boleh tahan jugak bahan aku, nama je bilal,” aku cakap dalam hati je. ”Lepas sesi memujuk budak perempuan tu gagal, aku sendiri volunteer nak pergi pujuk budak tu, bukan nak tunjuk hero la masa tu sbb aku memang yg selayak nya jadi pemujuk sebab jawatan di masjid tu bilal kan hahaha riak kan aku, astagfirullahalazim, sorry ya Allah”, pakman berseloroh pulak masa ni, tengah sedap-sedap imagine.

Pakman suap lagi roti ke dalam mulut sambil mnyambung cerita nya, “lepas je aku nak pergi memujuk tu, baru je langkah pertama aku stop”. “Kenapa pakman stop?”. “Mata aku masuk habuk, aku genyeh-genyeh mata aku lepas tu aku teruskan langkah kedua plak ,terus tersungkur bedebabbb macam nangka busuk kat situ sebab tersepak batu tertanam, semua orang masa tu pelik tengok aku, ada yang anak-anak dara tu senyum-senyum, aku tahu dalam hati diorang mesti kaw-kaw punya gelak, aku sendiri pun rasa macam lawak je bila aku jatuh tadi, nak taknak aku bangun jugak control macho sebagai bilal kan dengan kaki terhencut-hencut still control maintain.

Sampai je depan budak perempuan tu aku tanya dia, ”adik abah dengan mak mana?. Dia diam lagi. Aku terus bertanya lagi, “adikkk, pakcik nak jumpe abah mak adik boleh? Kalau adik tunjukkan nanti pakcik bagi gula-gula, nak?”. Dia terus jawab sentap, “mak abah saya dah lama m**i! Wahai orang tua!”. “Innalillahiwainnahirojiun, di mana rumah adik boleh tunjuk kat pakcik?”. “Inilah rumah aku wahai orang tua”. Aku terus buat isyarat stop kat kontraktor-kontraktor. Semua mengangkat-ngangkat kepala tanya, “apahat-apahat” salah sorang pekerja cina tanya, lepas tu bukan aku dah yang jawab pertanyaan pekerje cina tu, tapi budak perempuan tu yang jawab sendiri, “ini rumah aku! Kau semua takda hak nak ambil rumah aku ni, aku dah lama duduk sini sebelum kau, kau, kau, kau dan kau lahir lagi kat dunia ni”. Dengan aku pun skali dia tunjuk ,kecik je budak nya tapi suara dia semua yang ada kat situ boleh dengar.

Herrrkkkkk!! Pakman sendawa besar lepas dia menghirup kopi o pengelast tu dengan serdak-serdak die telan, ”aneyy mari kira”.  “Ai pakman dah nak balik ke? Cerita belum habis lagi, buat orang tergantung otak je”. ”Kau tengok jam kau sekarang pukul berapa, jam aku abis battery dari tadi pukul 12 je, tepat pulak tu, tiga-tiga jarum duduk kat 12 punya nombor”. ”Yeke, emmmm dah pukul 1.12am rupanya”. Aku pun tak sedar masa laju jalan. “Esok kita sambung ngobrol-ngobrol lagi lepas isyak, jangan tak datang surau pulak esok, kita ni balik lewat jap lagi nak lalu jalan yang ada pokok yang kita umpatkan tadi, kau berani ke?”. Untuk pengetahuan reader semua, pakman ni duduk sebelah masjid yang dibuat oleh institut supaya senang kerja mengendalikan masjid tu. Aku pun balik bersama pakman. Takda apa-apa berlaku malam tu.

Cuma bila dah sampai ke dorm aku bukak pintu smua tak tido lagi. Ai bukan main pelik aku semua tak tidur lagi. ”Wei mane ko pegi bob? Ko fly ke? Ada ke benda yang aku kirim tu? Kitorang semua dah lapar”, ji bertanya. “Owh ada oder ke, bukan korang semua tidur ke masa aku kuar dengan pakman tadi? Aku tak perasan la korang ada text aku, fon silent dari masjid lagi lupa nak loud balik, mana korang tau aku pegi kedai Aney?”. “Alah kitorang kaki ramai la sini Ampang ada, Pandan Indah ade, kg. pandan ada Cheras ada”. ”Ah ko nak merepek plak ji”. “Abe la nampak ko tadi sedap berborak ngan sapa tah, siap tangan-tangan naik macam pemberita tv1 yang jadi translator untuk pekak bisu tu.

“Owh aku pegi minum dengan pak man bilal masjid tadi”. Be tanya, “bilal mane pulak ko ni bob, bukan ke bilal dah meninggal masa kita cuti sem lepas”. “Yeke be????!!!”. “Yela, meninggalkan rumah dia pergi bercuti ke Bali”. “Bodo supa lembu ko ni be, m**i kok di buat main-main”. “Alah rileks la bob, ko kenal aku bukan baru semalam, gurau kasar sikit je dah melenting ting ting”. “Gile ko, benda dah malam, nak pulak ko cakap tu bilal yang kuar pergi minum dengan aku tadi, mau nya aku tak hangin, ko ni pun”. “Bob jom perasap kat luar, bawak rokok ko, aku punya ada tapi tinggal esok punya 20 batang”. “Pehhh dasar kede kedekut betul budak ni, dah jom-jom”.

Malam tu aku dengan be melepas kan la asap-asap racun mahal tu menghadap pokok besar tu menyangkung menyandar dinding dorm, sebab tu je view yang tak semak kepala nak pandang, kiri kanan sume dinding batu, rokok pall mall je pun, tu je yang mampu tuk student macam kitorang ni, huhuhu. Tengah sedap menyedut be tegur aku, “ko apahal duk tenung lama pokok tu, macam excited bebenor ko dengan pokok tu?”. “Takde lah excited cuma ko ada terpikir tak kenapa pokok yang besar ni sebenarnya ada rumah?”. “Rumah? Rumah atas pokok? Macam cerita P. Ramlee tu? Ke rumah chalet macam dalam hutan perak tu?”. “Bukan rumah yang macam tu la bengong, macam rumaahhhhhhhhh……..” ayat aku tergantung kat situ. “Esok je la kita cerita be, cepat sikit abis kan rokok ko tu, aku dah nak masuk dorm dah ni ,mengantuk gaban dah”.

Jam masa tu kat tangan pukul 2 lebih dah. “Arh ko ni, mcm tak biasa pulak tido lewat, acah – acah best student je nak ke kelas awal esok, hahaha”. “Diam la ko be, cepat je ko abis kan rokok ko tu, aku nak masuk dorm dah ni”. Selesai je be m**i kan bara rokok tu kat lantai tiba-tiba bunyi tapak kasut di jalan depan dewan makan bersebelahan pokok besar, dalam hati aku kata perempuan ni yang jalan sebab bunyi tapak kasut yang agak bertumit sikit, macam mana nak explain ye, ha bunyi macam pompuan jalan lah macam tu.

Aku pun terhenti langkah, be yang tak perasan aku berenti tibe-tibe tu terlanggar belakang aku melekat badan dia, rasa gak la semua, maklum la lelaki bujang dah nak tido pulak tu semua tak pakai, hahaha. “Agak-agak la bob nak ambik kesempatan pun, tak cukup lagi ke dengan tok bilal tadi, hahaha”. “Weihh, ko diam sikit boleh tak, ko dengar tak bunyi tapak kasut kat depan dewan makan tu?”. “Hah?dewan makan buka, elok lah tu aku pun lapar sangat ni”. “Bukan dewan makan yang bukak, tu bunyi orang perempuan bejalan dekat depan dewan makan tuh!”. “Jap-jap, haah lah, kenapa bob? Biasa makcik dewan makan tu kot baru siap buat inti karipap tuk sarapan esok”. “Jadah ko buat inti karipap malam-malam buta macam ni, pukul dua lebih dah!”.

Sreeettt sreeettt sreetttt bunyi tapak kasut yang semakin dekat, depan dewan makan tu memang gelap sikit sebab cahaya lampu jalan dah ditutupi dan dilitupi oleh pokok besar cahayanya yang berada di situ (fuh, gila skema ayat aku bak hang). “Bob jom masuk dorm watpe nak tunggu orang tu, biarlah dia, bukan boleh dapat makan karipap pun, malam ni diorang tak goring lagi nanti basi pulak esok, esok pagi-pagi kita pegi sarapan karipap ok”. “Bukan karipap yang aku nak tunggu, aku nak tahu siapakah gerangan yang berani lalu gelap-gelap depan dewan makan bertepi kan pokok besar tu”.

Be pun sama tunggu kemunculan gerangan tu, sikit-sikit cahaya lampu jalan melewati kena pada kaki badan dan muka. “Eh, melati! melati lah be”, aku bisiik kat be, be pun terkejut “melatiiiii”. Be baru nak abiskan ayatnya aku dah cubit tangan dia sambil bisik kat telinga dia, “jangan tegur, senyum je”. Be pun masih terasa sakit akibat cubitan aku td cume senyum je pada melati, “ehem, berdua je ke, mane yang lain? Muka kawan tu macam nak tanya saya je, tapi diam je kenapa, dah tau ke?”. Sambil badan meliuk-liuk lentok berjalan sambil pertanyaan diajukan dengan lembut dan senyuman. Belum sempat aku cubit tangan be supaya tak menjawab dia dah jawab dulu spontan, “madah berhelah madah berjanji, subur menjadi tidak lah pula, kalau padi katakanlah padi tidak lah aku bertanya lagi”. “Dah main pantun pulak pagi-pagi buta ni kau ye be”, bisik aku.

“Orang macam ni kena berpantun bob baru dia pandang kita sikit”, balasnya kat aku. “Ko apa ada, korak ade la, hensem pun tak”. Abe balas, “don’t judge a book by its cover bro”, sambil menepuk-nepuk dadanya. “Kan aku cakap jangan tegur balas, just senyum je”. “Orang macam ni kita kena tunjuk sikit yang kita ada ape dalam dada ni bob, kalau tak dia pijak –pijak nya kita nanti”, beransur la sreeetttt sreeettt srreeett bunyi tapak kaki melati tanpa dia menjawab pantun yang dijual oleh be tadi. Tak sampai 4 5 melangkah, aku nampak melati dah hilang dari pandangan, pelik bebenar ni setahu aku aku tak la rabun malam, “dah-dah masuk dorm dulu, buat apa lagi di tengok-tengok lagi tu”, kata abe kat aku.

Uikk lain macam be malam ni. Selesai masuk dorm be pun kunci pintu sambil berdiri lama menghadap pintu sambil pejam mata mulut terkumat kamit membaca sesuatu. Aku pun duduk atas kati double decker menanti be datang ke katil tapi agak lama di depan pintu masih begitu terkumat kamit. Kami dalam dorm ada 2 3 orang lagi yang masih belum pejam mata, masing –masing memerhatikan gelagat be. Tiba-tiba be berkata-kata, “dah semua tido, aku nak tutup lampu, aku nak semua tido”. Sambil capai suis pap pap pap bunyi suis dimatikan. Bergelap satu dorm diterangi cahaya malap lampu koridor, sunyi kami dalam sepuluh saat, aik agak-agak la abe ni, aku tegur be, “dah serius seruis sangat ko ni be, aduh”. “Bob ko diam!!”. Be balas cakap dengan keras.

Aku balas balik, “kalau ye pun nak keras jangan la sampai berpanas, bukak balik suis kipas tu, panas dah ni!!”. “Owh yeke, tertutup sekali ye,sorry-sorry”. Pap bunyi suis kipas. “Ha, kan bagus macam tu sejuk sikit”. ‘Heyyyyekkkk nyekk nyeekkk’ bunyi katil aku di panjat oleh be. “Apahal kau suruh aku cepat- cepat masuk pastu tutup lampu siap suis kipas bagai pastu suruh orang tido-tido macam ko ketua dorm je, ko tak malu ke buat macam tu, diorang kan kawan- kawan kita gak, apahal kau macam tu, sedar la diri kita ni sapa be, makan pun mintak orang tua lagi kirimkan duit beli makanan, sebab tak cukup elaun yang institute supply, ko lupe ke asal usul kita be dari mana kita datang??”. Kawan- kawan lain gelak je dalam gelap atas katil masing-masing bile aku merepek tanya macam tu kat be, jarak antara katil kami-kami semua tak la jauh, berselang dengan locker je.

Abis je gelak, abe menjawab segala pertanyaan aku tadi, aku tahu kawan-kawan yang lain pasang telinga je. “Aku bukan nak kata apa la bob, lagi pun dah pagi buta dah la ni, aku kena serius sebab apa yang kita nampak berdua kat luar tadi amat lah serius bob!”. “Hang jangan kata hang jatuh cinta no, aku pelangkung hang”. “Dak dak ni bukan hak pasai jatuh cinta ka jumpa marka ka apa, ni pasal MELATI tadi!”. Ada 2 3 orang kawan yang tak tidur tadi kembali bersuara, terutama ji. “Be, kalu pasa melati klate tu, mu ja nge ka ca, ka we su ko mo lek doh dio tu, suci murni muka dia”. 2 3 kawan yang lain gelak je, bersungguh betul ji ni bercakap Kelantan walaupun dia orang utara aloq setaq.

“Aku bukan kacau dia ji, dia yang kacau kami berdua dulu sat tadi”. Aku pun tergagamam be cakap macam tu, aku macam dah boleh detect ape yang sebenarnya be nak sampaikan, maklum lah lambat sikit otak ni nak berhubung, dulu takda susu yang macam iklan hak kat tv tu. Be teruskan lagi, “aku perasan bukan melati yang lalu tadi bukan melati yang selalu lalu petang-petang lalu dorm kita sebab melati kalau ke mana-mana mesti bawak botol air dan buku yassin, tapi ni tak bawak, dia bawak uncang kulit je”. Aku telan air liur lagi. “Tu sebab aku bagi pantun kat dia bob,bob owh bob bob”, aku mengelamun flash back peristiwa tadi. “Hah be, aku ade ni still dengar lagi ko cerita, tapi aku rasa ko sambung esok pagi la kat kelas, aku dah rasa lain macam dah ni be”. Kawan-kawan lain pun dah senyap. Diorang pun dah dapat rasa apa yang aku rasa ni kot. Asyik tengiang-ngiang ayat dia, “diam je kenape, dah tau ke??”.

Bersambung..

Ada masa aku tulis lagi..masa tak mengizinkan.. -bob-

.

-bob-
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

23 comments

  1. aduh bob …..cepat sambung…..buat hashtag sekali senang nak cari… #pakmanjawa ke apa ke…. aku dok byg pakman dengan slang jawa dia tnya soklan…ko teberak dalam sluar ke apa bob…hahah

    1. “Ko aku tengok diam je, penat aku berdialog, macam cakap dengan cawan je, berak dalam seluar ke,senyap je?!”hahaha….”

      Hahahahahah…
      Akk pon dok gelak besooorrr mse pakman ckp camtu…
      Spoil mode seram btoi aarrr…

      Dah dah…
      Sambung cepat…
      Ko x sambung kang ade plak yg buang air besar atas katil kang…
      X pon buang air kecik gune tiub…mau…????

        1. Ambooiiiii…
          Manje bebenor bunyik name baru ko tu dik…
          Ni mesti nnt klu kena kaco ko bgtau name yg baru tu kan utk takotkan pihak lawan…
          Lg best tampal muke akk skali kt muke dik br real musuh punye takot….
          Hahahahaha…

          1. Hahahahah…
            Bersungguh ekk nk tukor name bagai…
            Xper dik…
            Kak Yulie tetap di hati kaaannn…
            Hahahaha poyooo…

  2. Kata tak pndai tulis menulis nih. Sekali cerita tudia.. Tp mmg lawak baqhang ? hahahahaa. Cheq suka.

    Sambung cepat2 nohhh. Mmg best ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.