Melisa -Barang ‘Orang’ Itu

Assalammualaikum wbt.

Terima kasih admin Fiksyen Shasha kerana terus menyiarkan kisah Mel.

Dan terima kasih sangat-sangat kepada pembaca yang sudi luangkan masa membaca.

Sebelum ni Mel ada tulis kisah abah Mel dengan kawan-kawannya dalam perjalanan ke majlis kenduri di Kedah. Inshaallah hari ni Mel nak tulis pengalaman abah Mel waktu belajar di peringkat sekolah menengah.

Asyik cerita pasal abah je? Diri sendiri takde pengalaman ke camne? Hehe mula cerita dengan pengalaman abah dulu la. Bapak borek anak rintik kan? Dahulukan yang tua. Hormat menghormati inshaallah diberkati.

Jadi kisahnya, dalam era tahun 1985, abah Mel umur 17 tahun. Membesar di kampung, anak jati Perak, namun disebabkan rumah jauh dari sekolah dan tidak ada kenderaan sekalipun basikal (tak mampu nak beli) untuk bergerak ke sekola sehari-hari, abah Mel membuat keputusan menyewa rumah bersama rakan-rakan berdekatan dengan sekolah.

Orang kata, jadilah rumah dulu-dulu. Televisyen pon gambar hitam putih. Kiranya kalau rumah yang ada TV tu, orang tu kayalah di dalam kampung tersebut. Maka budak-budak kampung yang teringin nak tengok cerita melayu akan pergi ke rumah Makcik Timah dan membayar 10 sen untuk setiap cerita yang ditonton.

Haaa boleh agakla kan berapa sewa rumah pada tahun tersebut. Dihitung sesama 6 orang kawan dalam satu rumah, sambil mengambil upah bekerja di bendang lepas pulang sekolah cukuplah untuk anak-anak remaja tersebut menghuni di rumah itu. Orang dulu-dulu kan banyak berdikari.

Lepas dah selesai urusan dengan tuan rumah. Dah bayar duit muka, maka abah Mel, Mat, Tobek, Paktam, Capang, Mail masuk rumah secara rasmi. Rumah tak perlu bersihkan dah. Memang sebelum disewakan, tuan rumah dah kemas. Tapi takdak la perabot. Tidur atas lantai pon jadi. Bujang kan. Lelaki pulak tu. Tak ambil endah sangat.

Lewat petang juga masa tu. Sesama diorang pon bergilir-gilir membersihkan diri memandangkan bilik air cuma satu. Sambil menunggu giliran, ada yang meninjau pemandangan luar rumah, ada yang bermalas-malasan di atas tikar mengkuang, dan Mail, keluar pergi halaman rumah sebelum masuk semula dengan seikat pisang ditangannya.

“Weyh, jom makan. Ada pokok pisang tuan rumah. Aku rasa boleh ja makan. Dah kita semua sewa kat sini kan”. Ajak Mail.

“Hang ni Mail! Aku lesing kot. Suka-suka hati ja ambil tak minta izin. Kot ye pon sewa, bukan kita bayar pokok pisang tu”. Capang tak setuju lah dengan tindakan Mail tu. Tidak la diturutnya makan. Terjentik risau di hati.

Abah Mel hanya menggelengkan kepala. Keletah sesama kawan ni macam-macam. (Sebelum tu, maaf lah pakcik-pakcik semua ye. Mel sebut nama je terus. Takde kata ganti diri ‘pakcik’ berikutan memudahkan penceritaan). Hari mulai senja. Langit dah mula memerah. Abah Mel memasak air di dapur, sekali gus memasak nasi untuk makan malam.

“Yang belum mandi, pergilah mandi cepat. Bersihkan diri. Kita pon dah seharian penat masuk rumah. Malam nanti boleh makan sama-sama lepaihtu kita buat la pagaq apa yang patut”. Abah Mel bersuara.

Paktam gegas menutup tingkap belakang. Matanya melirik ke arah satu rumah usang di tengah hutan yang pada kiranya tidak lagi berpenghuni. Tobek dan Mat dah bangun untuk turut berjemaah solat maghrib. Capang masih duduk di penjuru rumah sambil menghisap rokok. Mail hanya bermalas-malasan melayan diri.

“Oi Mail, aku nak mayang sat. Hang tolong tengok nah nasi tu. Hangit satgi apa pon tak dapat”. Abah Mel berpesan kepada Mail sebelum bergerak ke dalam bilik untuk menunaikan solat maghrib.

“ALLAH…. HU AKBAR”. Sejurus abah Mel mengangkat takbir, suasana rumah menjadi lain. Suram. Tingkap rumah ada 5. Satu di dapur, iaitu bahagian belakang rumah yang menghala ke rumah kosong di tengah hutan. Satu di dalam bilik. Dua di dinding yang menghadap ke luar pintu utama dan satu di dinding kanan rumah.

Rumah sewa tu, keseluruhannya dibina daripada kayu. Ada tangga untuk masuk ke rumah dan tiang kayu di setiap penjuru rumah. Tak semena-mena bulu roma mereka meremang. Dingin suasana. Capang mengorak langkah ke bilik air.
Paktam, Mat dan Tobek dah ikut berjemaah dengan abah Mel. Mail aje la yang masih di dapur. Menjaga nasi atas dapur kayu arang. Tiba- tiba tingkap dapur mengoyak perlahan.

“Ekkkkkkk…..” . Mail berpaling. ‘Angin gamaknya’. Getus hati.

“Ekkkkkkkk….”. Tingkap tutup semula. Tapi kali ni Mail diam. Sebab angin m**i. Angin mana pula yang tolak tingkap halus je tertutup semula. Sedang di dalam bilik, jemaah masih meneruskan solat. Mail diam kaku.

“Woi, hang kena sampuk ka Mail?”. Capang menyapa dari belakang. Terperanjat Mail yang sedari tadi jantung berlari laju.

“Celaka hang Capang! Kot ye pon bagi la salam. Ni teruih sergah aku. Maunye m**i awal aku macam ni. Dak.. Tingkap ni bukak tutup sendiri la tadi Capang oi”.

“Hahahaa ada-ada saja la hang ni Mail aih. Baik hang pi mandi lekaih. Satgi abeh waktu maghrib”.

“Ekkkkk…….” .

Mail menguis lengan Capang. “Hang dengaq dak tu…?” Bisiknya. Capang menuju ke halaman rumah.

“Biasala tu angin malam.. “. Terus Capang menutup dan mengunci semua tingkap. Pintu rumah pon dikunci nya juga. Hati Capang berdebar sebenarnya. Tapi di diam kan saja.

“Blup blup blup pssss….”. Bergegas Capang dan Mail berlari ke dapur. Kelihatan air mendidih dan melimpah sedikit terkena kayu api.

“Weyh, taksat Zam baru ja letak ayaq ni. Mustahil tiba-tiba dah masak”. Kali ni Mail meninggikan suara. Hatinya dup dap dup dap tak ikut nada dah… naik turun kalah marathon. Tak senang duduk lah kira.

Sedang mereka berdua di ganggu, sebenarnya jemaah solat pon tak kurang hebatnya. Dari awal angkat takbir, abah Mel membaca surah al-fatihah di rakaat pertama.. tingkap bilik kencang berdentum buka tutup. Lantai bilik terdengar seakan dicakar dari bawah rumah. Tobek yang tersentap menguatkan hati untuk teruskan solat.

‘Ingat Allah.. Allah.. ‘. Hatinya berbisik. Dah kalau kawan yang lain rilek solat.. takkan dia nak lari lintang pukang sorang-sorang? Tak “gentleman” lah. Tak mahu nya di ejek penakut. Kusyuk memang terbang dari awal angkat takbir dah..

Bang!!!! Pintu rumah yang tadinya dikunci terhempas dan terbuka dua. Abah Mel dan yang lain dah habis solat terus meluru ke arah Mail dan Capang yang hanya duduk mendiam diri. Mata kedua-duanya terbeliak melihat pintu tersebut.

“Tadi hang kunci kan Capang…” lesu nada Mail bertanya. Buntu.

“Dia tak main bukak tutup pelan-pelan dah Zam… dia main hempas-hempas sampai nak ranap rumah kita ni”. Tobek memperli tindakan tetamu tak diundang itu.

Suasana menjadi riuh sangat. Mata setiap seorang tertumpu pada setiap tingkap dan pintu yang menguak lalu tutup semula. Sekejap perlahan, sekejap seolah-olah dilanda ribut badai.

Ala.. macam cerita P.Ramlee yang “heiii siapa di sana… aku di sini..”. Haha.

“Nasi dah masak la Zam. Ni mustahil. “. Mat memandang abah Mel.

“Baguslah nasi dah masak. Tak payah kita tunggu lama-lama. Aku pon dah lapar ni. Weyh Mail, Capang.. hampa pi semayang dulu. Takyah hirau sangat benda ni. Besa la.. salam kenal mungkin”. Abah Mel menyedapkan hati kawan-kawan dia. Sedangkan hatinya sendiri tahu ini bukan biasa-biasa. Ada benda yang tengah marah.

Malam tu semua berkumpul di tengah ruang tamu. Hampir sejam mereka hanya mendiamkan diri. Pendinding diri di pasang rapi. Mail kelihatan pucat sangat. Tak dinafikan, Mail lemah semangat orangnya.
Abah Mel dan kawan-kawan duduk rapat dengan dia. Risau dia rebah.

“Pang!!!””. Tingkap dapur menghempas lagi. Bayangkan dalam keadaan malam yang sunyi, angin yang m**i, tiba-tiba pintu dan tingkap seolah-olah melambai dalam ribut kencang. Cuak tak cuak? Keenam-enam kepala pon berpaling ke arah tingkap tersebut.

Gelap malam di dalam hutan tebal, mana mungkin boleh terlihat lagi rumah kosong itu kan? Tapi tidak pada malam ini. Seolah-olah cahaya menerangi rumah tersebut.

Tau dak, dalam keadaan hati masing-masing gundah gulana, ‘benda’ tu nak tunjuk apa lagi yang ‘dia’ boleh buat. Rumah yang tadi hampir roboh, dengan tiba-tiba seperti di tiup angin kuat, menolak ke kiri sehingga hampir-hampir seluruh rumah roboh ke kanan tanah!

“Eikkkkkkk…… ” dengan tidak semena perlahan-lahan bangun balik seperti sedia kala. Apa yang bangun? Rumah tadi tulah!!!

“Bommmm!!” Bunyi rumah roboh ke arah kiri tanah pula dan bangun balik seperti tiada perkara yang berlaku. Abah Mel pon memulakan bacaan-bacaan sepatutnya. Surah jin dilafaz penuh yakin sambil tangan memberikan arahan kepada rakan yang lain untuk duduk bersama dalam satu bulatan.

“Aku tak tahan…”. Terketar-ketar Mail. Kesian tengok muka dia. Pucat. Tiada seurat d***h merah pon lagi di wajah. Seluruh badan sejuk.

Abah Mel membaca 7 bismillah, al fatihah, selawat syifaa, ayat kursi lalu ditiup ke ubun-ubun Mail. Muntah Mail pada ketika itu. Lendir-lendir kuning pisang tadi habis semua diluahnya!

“Hurm.. kita dah buat dia marah ni. Lain kali aku harap hampa ambil sebagai pengajaran. Jangan sesekali dok suka hati riak kat tempat orang.. suka hati ambil yang bukan hak kita”.

Abah Mel merendahkan suara. Tulus menasihati sahabatnya. Semua mengangguk perlahan. Masing-masing tak tertahan lagi.
Menitis air mata Mail. Terasa lemah tiada kudrat lagi.

“Zam, aku rasa elok kita keluar lah dari rumah ni. Kesian tengok kawan kita”. Muka gelisah Paktam bersuara. Bukannya apa, dia kenal abah Mel dah lama. Jadi Paktam, Mat dan Tobek sudah bersedia dengan keadaan yang sebegini.

Tapi kesianlah dengan dua kawan mereka tu. Tiba-tiba kena yang mengganas terus, memang terkejut lah.

“Aku rasa elok lah macam tu. Sebelum apa-apa, kita keluar lah. Malam ni juga. Rumah kakak aku tak jauh dari sini. Kita tumpang sat.”. Abah Mel memberi cadangan.

Mereka berjalan rapat sesama mereka. Sesekali terasa baju ditarik.

‘Tik tik tik tik.. ‘ bunyi batu-batu melantun dibaling seseorang.

‘Pang!!!’. Seakan hilang nyawa apabila malam pekat tanpa lampu jalan, tiba-tiba bunyi hentakan kuat pada tin-tin kosong di semak samun.

Kelihatan mata merah memandang tajam. Digagahkan juga berjalan. Jalan kampung ketika itu berbatu-batu. Kiri dan kanan hanyalah ladang kelapa sawit. Krup krap kedengaran tapak kaki mereka laju melangkah. Seolah ada derapan lain yang mengekori di belakang.

“Teruskan berjalan.. hiraukan yang lain, hati ingat Allah. Mat mengingatkan mereka.

Sesekali derapan itu terdengar mengejar dan berhenti di hadapan mereka. Abah Mel nampak. Nampak segala jenis jelmaan “dia” dari mula gangguan. Tapi diabaikan agar rakan yang lain tidak panik. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan tu, anjing menyalak seperti serigala.

“Auuuuuuuuuu…” panjang salakan seperti menyeru sesuatu. Allah saja yang tahu debaran. Tak kira lah kau lelaki atau perempuan. Sekali kalau di ganggu, yang tidak kuat pasti gugur.

Alhamdulillah, tinggal seratus meter untuk sampai di rumah kakak abah Mel. Semua berasa lega dan bergegas. Tidak abah Mel. Dia menyuruh mereka sahaja yang pergi dahulu.

Di situ terdapat sebatang pokok pisang. Tempat abah Mel berhenti.

“Aku rasa cukup lah sampai sini kau ikut kami. Janganlah kau ganggu lagi d***h daging, keturunan anak Adam seperti kau buat hari ini. Aku minta maaf kalau perbuatan kawan aku tu mengundang marah. Dia tidak tahu.”.

Abah Mel berdialog tegas.

‘Dia’ yang mencangkung di atas pokok pisang merenung tajam dengan mata merah, kuku panjang berwarna hitam mencengkam batang pokok dengan rambut yang kembang dan keras menutupi separuh wajah.

Sampai di rumah, kakak abah Mel meminta penjelasan. Sebelum mereka tiba di rumahnya lagi anak yang masih 3 bulan menangis teresak-esak seperti ada yang dilihatnya.

Abah tersenyum. “Esok Zam cerita. Jomlah masuk. Ada makanan tak? Lapar lah kak..”.

Setelah berbual panjang dengan tuan rumah, barulah mereka tahu pokok pisang yang Mail petik buahnya itu berpenghuni. ‘Dia’ marah sebab Mail tiada adab telah mengganggu ‘rumahnya’.

Tuan rumah memohon maaf kerana tidak memberitahu rahsia tersebut. Mail juga memohon maaf di atas ketelanjuran sikapnya tempoh hari. Alhamdulillah.

Moga-moga menjadi pelajaran kepada kita. pergi mana pon, pesan pada diri.. jumpa barang lama, cengkerang, botol di laut, atau seperti pokok tidak bertuan tadi, jaga adab.

Nak buang air ke.. sopan-sopan sikit. Sebab kita tak nampak alam lagi satu yang juga berpenghuni di muka bumi ni. Dah kalau awak kencing atas anak jin, maunye dia tak marah ?Jangan ambil sembarangan. Takut-takut barang yang diambil tu bertuan atau ‘ ‘diletakkan tuan’ padanya. Nanti mudarat pada diri sendiri.

Wallahualam. Terima kasih.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Melisa
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

4 comments

  1. Citer psl pisang ni, tingat kesah akk duluuuu dlm thn 2010 camtu…
    Haa iyelah, krismas 2010…
    Maae tu akk br pindah umah…
    Asben keje estet…
    Sooo krismas tu semua family akk dtg, saje bejalan2…
    Esoknye tu, abg akk round blkg umh, die nmpk pokok pisang…
    Kwsn pokok pisang tu semak2 sket…
    Tp die gagah gak slumber badak tebang pokok pisang sbb teringin nk cube msk gulai btg pisang katenye…
    Kay, semua ok sampailah diorg blk ke kg smle…
    Esoknye die dtg umh mak akk dgn muke pucat keadaan tak tentu arah sbbnye dh 2hari xleh buang angin sdgkan perasaan nk membuang tu ade membuak2…
    Mak akk trs terlintas perasaan x sedap hati mase abg dok tebang pokok pisang tu…
    Sambil urut mak akk niatkan dlm hati klu ade benda x puas hati sbb hal tu, biarlah mak akk yg tanggung sbb kesian abg akk anak kecik2 lg…
    Klu jd pape susah nnt…
    Alhamdulillah trs abg akk blh buang angin…
    Legaaaaa katenye…
    Dan sejak itu mak akk diselubungi gangguan demi gangguan…
    Tapi kes ni abg akk x tau pon…
    Mak citer kat akk jer sbb risaukan akk yg mmg hidupnye kat estet2 pedalaman ni…
    Soh berhati2 klu teringin pape…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.