Melompat Tepi Badan

Terima kasih kerana menyiarkan cerita seram aku yang berlaku pada tahun 2005 tetapi masih segar diingati. Chewah! Cerita bermula bila selepas kahwin, tak pasal aja la kena admitted pasal pansinusitis. Orang melayu kata resdung tapi actually, hingus2 telah bersarang di rongga2 muka (korang google la ye). Aku checked in (kemain cam hotel, admitted la!) petang di sebuah hospital di Damansara. Rasanya korang boleh agak hospital mana. Aku pilih hospital tu pasal Dr tu highly recommended by friends. Memang Dr tu bagus! Gentleman gitu!

Kebetulan pulak, masa dah settle urusan admission, takda bilik available kat level lain kecuali level orang nak bersalin (maternity ward) so aku dapat bilik kongsi dua orang, masa tu sebelah aku adalah seorang pesakit muda dari aku (tak ingat sakit apa) tapi mak dia ada temankan dia. Malam tu kira aku standby untuk masuk OT esok pagi dalam pukul 10:00 am-12 noon tak salah aku (kena puasa). Malam tu tidur memang lena la pasal jiran sebelah pasang cassette surah2 Al-Quran.

Keesokan harinya, Dr pun datang. Kasi briefing kejap, kata surgery will takes about 1-2 hours gitu. So by 2pm aku dah ada dalam bilik la katanya. So Dr pun siap2 kan aku (nurse sprayed dua2 lubang hidung dengan ubat) nak bagi rongga hidung terbuka luas tapi first nostril tu aku perasan macam tak berapa nak kena/ tapi aku buat tak tahu je lah- ni pun ada cerita selepas tu). So aku pun ditolak la ke operating theatre (OT). Berdebar2 wey. First time kot! Baca la apa yang patut, siap 2 kalimah syahadah. Mana la nak tau kan. huhu

BLACKOUT (aku la, kena bius hehe)

Bila separuh sedar, Dr kejut2kan aku. Suruh aku tengok jari dia ke kiri ke kanan, ke atas ke bawah, mata aku ni ikut jelah apa yang dia suruh. Lepas tu aku ingat kena tolak masuk bilik. Tak boleh bernafas wei, hidung kena sumbat dek gauze pads (mulut aku memang kering gila la), nak telan air liur lagi. Adehh seksa. Lepas tu aku rasa aku dah boleh nak bangun pasal nak pergi kencing, aku relax je lah pergi toilet sendiri. Aku perasan gak, eh apsal gelap luar tu? Eh neighbour aku mana? Tapi kencing lagi penting, so aku pun pergi, aku dengar ada orang masuk bilik.

Oh lupa nak cerita, katil aku berdekatan dengan toilet, dan neighbour aku berdekatan tingkap (korang boleh imagine kan) so pintu masuk bilik memang berdekatan dengan aku la. Rupanya nurse masuk nak tengok keadaan aku, dia siap tanya aku okay tak dalam toilet, memang pening2 lalat la, lepas tu aku rasa nak meludah, mak ai seketul darah kuar dari mulut (ni aku takde la cuak sangat). Dah keluar toilet, membebel2 la nurse ni, takut jatuh la apa la. Relax arrrr. Berlagak lak aku nie. So aku tanya dia mana neighbour aku, dia cakap dah discharged petang tadi. So alamatnya aku tidur sorang la malam ni.

Aku pun layan tv sambil praktis macam mana nak bernafas sambil bercakap, multitask mulut aku malam tu. Ni belum lagi minum, bernafas, pergh ada yang silap masuk lubang nie karang. Tapi malam tu memang kena puasa la kan. Lapar pun ya tapi nak buat macam mana. Dan, tibalah acara kemuncakkkkkkk. Heheh. Lepas tengok tv, aku pun mengantuk, pening ubat bius pun tak settle lagi. Aku pun tutup la lampu, tinggalkan lampu bilik air je, so Nampak la sikit cahaya. Tak berani aku tidur dalam gelap. Dah la katil sebelah kosong. Aku pun tidur. Tiba-tiba aku terdengar sayup2 bunyi radio, lagu mendayu-dayu tapi tak boleh tangkap lagu apa. Bunyi macam dari parking depan (kalau jenguk tingkap bawah tu parking, and aku pulak berada di tingkat 3), kalau aku yang kat atas ni boleh dengar sayup2, kalau tingkat 1 mau kuat kan?

Pelik pulak sapa nak buka radio malam buta kat hospital pulak tu. Masa tu aku tidur mengiring ke dinding toilet, kira aku membelakangi katil neighbour dan tingkap. Aku pun buat tak tahu jelah. Lepas tu aku rasa macam ada angin, itu tak fikir apa lagi la, angin sepoi2 bahasa tak tahu mai mana. Tu takpe lagi, mungkin perasaan. Baru aku nak lelap mata, aku terdengar pintu masuk macam orang nak masuk. Korang kalau pulas tombol tu slow mana pun sure dengar kan, lagi2 la hospital waktu malam yang sedia sunyi tu. Aku pun pandang ke bawah, Nampak la cahaya dari bawah pintu macam tetiba luas (Eh cemana nak explain ek? Takde la aku nampak pintu tu, dihalang dek dinding toilet, just bila orang buka pintu ko boleh nampak kan cahaya dari luar masuk? Ahh pepandai korang la imagine) tetapi, takde pulak orang masuk doe. Eh sudah!

Tetibaaaaaaaaa…. Aku rasa macam ada benda duduk kat hujung kaki aku. Kira aku mengiring belah kanan katil, so ada ruang la sikit belah kiri tu. Dah pulak katil jenis kecik, lagi la aku terasa weyyyy. Aku dah cuak! Matilanak. Apa ni? Dan “benda” tu bergerak macam melompat2 dari bahagian kaki sampai ke tengkuk aku dan tiap kali dia bergerak, bahagian badan aku macam kena kunci (ala2 kena tindih tapi part by part- dari kaki, betis, lutut, peha, punggung, pinggang, badan dan last, tengkuk). Ah sudah! Takkan aku nak toleh wey, mati hidup semula taknak aku. Punya aku struggle makin lama rasa badan aku dah sama level dengan tilam. Aku baca segala surah, semua tunggang langgang, takut punya pasal (takut tetiba lumpuh pun ya, takut hantu pun ya. Time ni jangan la korang salahkan aku takut hantu ye! Sobs).

Bila aku dah boleh bergerak, melompat wey turun katil, buka lampu tepi toilet (time ni ingat balik, dibuatnya benda tu sembunyi sebalik dinding dekat pintu toilet dan pintu masuk, aku tak tahu la nak kata apa, dah lampu mana aku nak buka kan). Aku amik remote control tv aku pasang kuat2 volume (dah itu je aku boleh fikir time tu). Time tu pulak ada soccer game tak tahu la sapa lawan sapa. Aku pun duduk kat katil dok scan bilik tu (eceh bukan scan cari hantu tapi mata melilau tengok keliling dan sempat la fikir apa dah jadi tadi).

Tengok jam dalam pukul 12 lebih tengah malam. Aku pun dah rasa okay sikit pintu masuk terbuka, nurse masuk nak bagi ubat. Siap tanya aku, “akak tak boleh tidur ke?”. Aku cakap, “Dah tidur tadi tapi hantu kacau!”. Berdesup dia lari tinggalkan aku dengan ubat2, nasib la dia sempat letak, kalau tak mau berterabur ubat2 aku nurse oi! Aku tak menyesal cakap camtu cuma terkilan dia tinggalkan aku sorang2 huhu. Lepas makan ubat, haaaa time ni punya seksa weyy tapi seksaan ni aku sanggup redah daripada kejadian tadi. Macam mana nak telan ubat, telan air, nak bernafas wey?? Tapi berjaya juga! Hehe.

Esoknya, Dr pun datang check aku. Dr cakap yang surgery aku took more 5 hours as hidung aku bleeding tak ingat (ingat tak kat atas tu yang aku tulis ubat spray tak masuk tu, kiranya one nostril sempit & berlaku pendarahan). Dr kata nak stop n continue the following month, tapi dia fikir2 baik continue aja. Tu yang dari 11am/12noon sampai 8/9pm wei. Gila lama! Huhu Siap check mata pasal pipi aku bengkak takut tercocok mata la kot time tu. Huhu. Aku pun alang2 tu cerita kat Dr pasal pengalaman aku dan nurse lari tinggalkan aku. Dia senyum je. Hampagas punya Dr. tapi nurse tu pun aku tak nampak dah lepas kejadian. Harap tu nurse dan apa aku makan tu memang ubat la. Heheh

Dan Alhamdulillah aku dapat neighbour untuk malam ke 3, but kesian kes dia, kena cervix cancer and had to remove all of it. Tapi takpe lah, dia pun anak2 dah besar (auntie aged 40s masa tu, iklan sat). Malam tu takde gangguan. Dan lagi sedih bila husband aku datang melawat tapi tak jumpa pintu pasal dia pi datang malam dah kenapa??? Grrrr. Of course la dah kena tutup (melebihi waktu melawat) tapi aku tak salahkan dia pasal dia pun dari outstation baru sampai petang tu hehe. Saja nak bercerita. Aku ada lagi few other stories. Kalau korang OK, aku cerita lah. Hehe

6 comments

  1. cerita operation tu lagi seram dri cerita hantu tu..hehe..neway nak tanya, after operation, sinusitis tu dh ok ke? sy pon ada masalah sinus jugak, tq

  2. Hashtag #sisresdung …
    Hehehehehe…

    Kuajaaaqqqq ar nurse tu blah camtu jer…
    Mesti die mmg dh tau blk tu haunted…
    Sbb tu patient sebelah tu dok psg radio ngaji, mesti dh pnh kena gak gamaknye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *