Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Fiksyen shasha. Ini adalah pertama kali aku kongsikan cerita seram, harap admin dapat pubishkan cerita yang tak seberapa ini. Sebenarnya agak susah aku nak mengarang cerita ini. Apa-apa pun jom kita mulakan.
Petang tu, aku dan Aiman (bukan nama sebanar) masih menunggu kelibat Toha (bukan nama sebanar) yang pergi membeli minuman dan makanan ringan. Sambil-sambil masih menunggu, aku dan Aiman lancar bercerita sehinggalah terpaut pada cerita memancing.
Maklumlah, aku dan Aiman ni memang hobi yang sama iaitu memancing. Aiman pun bercerita yang sebelum ini dia ada memancing di satu jeti, pendapatan pun boleh tahan dan dia pun nak kesana lagi.
Aiman pun mengajak aku untuk memancing ke sana kalau nak. Aku yang tertarik dengan cerita Aiman mengenai tempat tu, apa lagi meng’iyakan untuk sama-sama kesana. Aku sempat bertanyakan dengan Aiman untuk mengajak sekali Toha untuk ikut bersama kalau dia nak. Aku dan Aiman bersetuju untuk memncing di jeti yang Aiman maksudkan.
Selang beberapa minit, Toha pun datang dengan gembira membawa kan minuman tin dan beberapa makanan ringan. Tanpa berbicara panjang lagi aku dan Aiman terus bertanya dengan Toha sekiranya nak ikut pergi memancing.
Toha yang masih lagi menuangkan minuman tin di mulutnya sempat meng’iyakan dengan menganggukkan kepala. Selesai minum, Toha terus bertanya bila nak gerak, kalau malam ni pun “best” juga sebab malam ni aku “free” kataToha kepada kami. Aku dan Aiman pun bersetuju dengan cadangan Toha. Sebab nanti malam memang tak tahu nak buat apa sebab tu terus setuju saja.
Kami bertiga pun terus bergerak membeli keperluan dan bekalan makanan ringan dan minuman untuk dibawa pergi memancing malam tu. Selesai membeli semuanya, Aiman beritahu kepada aku dan Toha untuk menunggu dia di pondok kampung, nanti dia ambil menggunakan kenderaan untuk pergi bersama-sama malam ni. Selesai semua, kami pun balik ke rumah masing-masing.
Malam pun tiba, aku yang begitu teruja dengan aktiviti memancing ni memang sudah bersiap awal dengan barang-barang yang diperlukan. Aku pun “call” Aiman dan Toha bertanya keberadaan mereka. Aiman dalam 10 minit lagi akan tiba di pondok tersebut, manakala Toha pula mempunyai masalah sedikit dan akan pergi nanti terus ke tempat memancing tersebut. Dan Toha akan whatsapp Aiman untuk minta location tempat memancing tersebut.
Aku tanpa membuang masa terus bergegas ke pondok untuk menunggu Aiman. Dalam beberapa minit Aiman pun sampai dan terus bertanyakan mengenai dimana Toha.
Aiman – Toha mana tak sampai lagi kah?
Aku – Nanti di follow, di ada kerja sikit nak buat. Dia suruh kau hantar location tempat mancing nanti bila dah sampai.
Aiman – Okay. jom gerak.
Sampai saja di tempat yang nak dituju, Jam menunjukkan 9.00 malam ketika itu. Aku menghela nafas panjang dan melihat sekeliling tempat yang begitu agak sunyi, namun jeti tempat memancing memang sempoi dan terbaik. Aku terus suruh Aiman untuk send location ke Toha. Aiman pun terus send location dan terus call Aiman kalau nak pergi sini dah bagi tahu.
Aku tanpa membuang masa terus mulakan pancingan dengan diringi siulan dimulut. Manakala Aiman pula masih menyiapkan yang diperlukan sambil menghirup sebatang rokok panas. Alhamdulillah.. Dalam 10 minit begitu ada juga pendapatan walaupun tak banyak.
Dalam kesunyian malam itu angin bertiup dengan manja menambahkan lagi keseraman. Aku yang masih fokus memancing begitu juga dengan Aiman tidak lagi memikirkan sama ada Toha datang atau tidak. Tidak lama begitu Aiman Sempat membagi tahu kepada aku untuk dia membuang air kecil dan nak pindah mancing ke tepi depan satu jeti lagi.
Beberapa minit berlalu, tiba-tiba Toha sampai dengan berbekalkan satu joran. Aku apa lagi, terus menyapa Toha dengan senyuman dan berttyakan kenapa lambat sampai, banyak kerja dan masalahkah. Toha pun tersenyuman dan cakap ada kerja sikit tadi nak buat.
Aku masa tu memang banyak bercakap dengan Toha namun seakan apa yang aku cakap dengan Toha tidak didengarkan. Toha pun berlalu nak memancing tempat lain tapi tempat tu memang gelap. Aku pun biarkan ja lah dia memancing. Agak lama juga memancing dalam 20 minit berlalu Aiman pun kembali dan bertanyakan ada juga kah dapat. Aku pun jawablah pertanyaan Aiman – Boleh lah ada juga ni beberapa ekor ikan.
Aiman – Sana tadi ada juga 2 ekor ikan, tapi banyak nyamuk masalahnya. lagi pun seram duk seorang ni.
Aku – Itu lah masalahnya kau pun jauh-jauh, ar toha tadi dah sampai tapi mancing pun pi jauh-jauh dekat tempat gelap tu. Aku menunjukkan jari telunjuk ke arah tempat Toha memancing.
Aiman – ya kah, lambat juga dia sampai ar. jap aku “call” dia..
Aiman pun terus menghubungi Toha supaya tidak perlu mancing tempat yang gelap itu. Namun apa yang mengejutkan Aiman, yang Toha tak dapat nak datang dia masih dekat rumah dan ada masalah sikit. Toha pun suruh kami balik terus sekarang.
Aku yang ketika itu dengar penjelasan dari Aiman terus terasa seram sejuk bulu roma pun naik. Tanpa memikir panjang aku terus kemaskan semua barang yang ada untuk di bawa balik. Aiman pun tak tahu nak cakap apa.
Sampai lah di kereta Aiman terus bertanya dengan aku betul kah kau nampak Toha dekat tempat tadi. Aku terus ceritakan semua dekat Aiman. Dan Aiman pula cerita dengan aku yang di tak nampak aku dekat Jeti tadi.
Sebenarnya Aiman dua kali ke Jeti untuk melihat aku sama ada masih di sana atau tukar tempat. Tapi apa yang aku ceritakan dengan Aiman yang aku tak pernah berganjak dari tempat duduk aku.
Sampai saja dekat rumah, aku suruh Aiman berhati-ihati balik, walaupun rumah Aiman tidaklah berapa jauh dari rumah aku. Aku pula terus mandi dan malam tu memang aku terus hidupkan beberapa surah dekat telefon. Alhamdulillah gangguan sebelumnya tidak lah berlanjutan.
Sebenarnya ada beberapa kisah seram laggyang aku lalui dan ada juga beberapa kisah seram dari kawan dan keluarga yang akan aku kongsikan.
Sekian.. Duwan
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit