Memoir Seorang Tok Guru

(i)

Satu malam,selepas isyak mungkin,aku tidak pasti.Cerita lama,ketika aku masih belasan dan hanya kisahkan tentang makan sedang yang lain sibuk kerana ada jiran di kampung mengadakan majlis doa selamat.Majlis masih belum bermula kerana menunggu kehadiran pelajar-pelajar pondok (baca:budak pondok).

Sudah menjadi kebiasaan di kampung-kampung sebelah utara tanahair kita ni memanggil guru pondok serta para pelajarnya untuk menghadiri serta mengetuai majlis bacaan-bacan seperti malam itu.Aku pada ketika itu sudah mula pandai merokok mengambil peluang dalam keramaian malam itu untuk lepak merokok bersama bapa saudara yang umurnya sebaya denganku.

Dari belakang rumah,sedang kami asyik menghembuskan kepulan asap rokok kedengaran suara-suara dihadapan rumah.Owhh…Tok Guru sudah sampai,bersama para pelajarnya yang semuanya berjubah dan berserban.Aku lihat semua orang berpusu-pusu ingin bersalam dengan Tok Guru.Yang berada didalam rumah turut keluar menyambut Tok Guru.

“Relaxlah…rokok panjang lagi.” tegur bapa saudaraku.Mungkin dia mengandaikan yang aku juga nak kedepan untuk bersalam dengan Tok Guru.

“Tok Guru dah sampai tu.Jomlah,lepasni boleh makan.” jawabku ringkas dan tepat.Aku sudah lapar.

Kami bergerak kedepan rumah sambil menghembuskan asap yang terakhir.Kelihatan semua orang dah masuk kedalam rumah,ada yang berserban,berkopiah dan bersongkok.Kami sampai di depan pintu,mengintai kalau ada ruang kosong untuk kami.Tiada tempat kosong,tiba-tiba aku ditolak masuk oleh bapa saudaraku kedalam.

“Duduklah sini.” arah satu suara. Aku lihat kebawah,kosong.Jadi aku,tanpa fikir panjang duduk kebawah.Sesudah duduk aku mengangkat kepalaku,melihat kepada susuk yang memberi arahan kepadaku supaya duduk tadi.

“Aiseh…Tok Guru lah pulak.” aku terdiam,memandang beliau.

Macam mana pulak aku boleh duduk sekumpulan dengan dia? Depan dia pulak tu.Aku toleh kebelakang,bapa saudaraku senyum dan menghadiahkan isyarat “good” ibu jari,aku membalasnya dengan isyarat jari hantu “fuck”.Aku mendiamkan diri sahaja di hadapan Tok Guru.Majlis pun bermula,bacaan demi bacaan,surah berganti surah dan akhirnya doa pun dibaca oleh Tok Guru.

Semua mengaminkan doa dengan pelbagai gaya menadah tangan yang berbeza.Ada yang rapat kedada,ada yang menutup muka,ada juga yang mendepa tangan luas-luas.Entahlah,semua ada cara mereka sendiri.Untuk nampak lebih alim mungkin,sedangkan Tok Guru biasa sahaja caranya menadah tangan.

“Jemput makan.” kata tuan rumah yang juga berpangkat bapa saudaraku dari sebelah keluarga mama.Aku menuang nasi sedikit sahaja dan mengambil lauk gulai ayam,itupun sebab lauk tu berdekatan dengan aku.Aku mencuri pandang ke arah Tok Guru,lagi sedikit dia makan.Aku menyuap dengan laju,nak lekas balik.Dengantiba-tiba Tok Guru mengangkat pinggan ikan bakar(lauk Tok Guru:Special sikit)lalu dihulurkannya padaku.

Dengan selamba aku menggelengkan kepala,menolak pelawaannya.Tok Guru tersenyum sambil bertanya adakah aku tidak makan ikan?.Aku menggelengkan kepala sambil membalas senyumannya.Aku rasa masa tu semua para pelajarnya memandang aku pelik,sebab apa?Aku tak tahu.Belum sempat aku menghabiskan makanan,aku lihat Tok Guru sudah selesai makan.Tok Guru bangun lalu memberitahu tuan rumah yang dia mahu pulang.Tok Guru menghulurkan tangannya kepadaku, aku jabat tangannya sambil menundukkan kepala sedikit.

Melihat Tok Guru mahu pulang,orang ramai yang daripada tadi asyik melantak makanan secara automatik bangun dan meluru nak bersalam dengan Tok Guru.Seorang pakcik,jiran dari kampung yang sama dengan aku datang kearahku dan mengambil bekas minuman Tok Guru yang masih berbaki sedikit air.Dihirupnya rakus,laju.

“Berkat.” katanya apabila perasan yang kelakuannya diperhati aku.

Selepas itu,aku pun selesai dan melangkah keluar.Aku mengisyaratkan kepada bapa saudaraku untuk keluar hisap rokok.Aku berjalan ke belakan rumah,gelap.Bapa saudaraku datang dengan rokok ditangannya sambil tersengih.

“Syok makan dengan Tok Guru?” tanya bapa saudaraku.

“Gila…try lah dulu,baru taw apa gua rasa.” jawab aku.Dan kami ketawa.

(ii)

Rumah arwah datuk,selepas selesai menghadiri majlis di rumah jiran tadiaku dan bapa saudaraku balik berjalan kaki ke rumah arwah datuk.Tidaklah jauh sangat,rumah jiran tadi belakang rumah saja.Tak sempat pun peluh nak keluar.Kepulangan kami disambut mama.

“Best kenduri tadi?Lauk apa?” soalan lazim dari mama.

“Lauk biasa je,tapi anak Kak Lang ni dapat makan dengan Tok Guru.” jawab bapa saudaraku.

Aku menceritakan kembali kesemua kronologi kronologi apa yang terjadi malamitu kepada mama,kecuali part dimana aku dan adiknya menghisap rokok.Sampai sahaja aku bercerita tentang aku menolak pelawaan ikan bakar oleh Tok Guru, abah tiba-tiba marah.

“Orang lain berebut ambil sisa Tok Guru,kamu senang-senang je tolak bila Tok Guru hulur!” marah abah sambil memperbetulkan kopiahnya yang tak senget.

“Kenapa pulak?” tanya aku tidak puas hati setelah dimarahi.

“Tok Guru tu orang alim,mengajar agama,ulama,pewaris nabi,dan sebab tu orang berebut nak salam dia,sanggup makan sisa makanan dia.Ambil berkat” terang abah.

Aku diam,malas nak tanya lebih perihal orang-orang pakai serban ni.Bapa saudaraku sengih jer melihat aku dileteri abah kerana menolak berkat.Setelah abah masuk kedalam rumah,kami keluar untuk hisap rokok lagi.Kami pergi jauh sedikit dari rumah arwah datuk takut bau rokok disedari oleh mama dan abah.Kami memilih untuk melepak dibawah satu pohon rambutan yang besar.

“Lu rasa lah kan,berkat tu datang dari siapa?Tuhan atau Tok Guru?” tanya aku pada bapa saudaraku.

“Tuhanlah.” jawabnya pendek.

“Habis tu,kenapa nak kena ambil berkat dari Tok Guru?” tanya aku lagi sambil mencucuh sebatang rokok.Bapa saudaraku diam,tidak menjawab soalanku itu.

(iii)

Dan persoalan itu masih lagi berlegar-legar didalam fikiran aku sehingga saat ini.Beberapa tahun selepas peristiwa itu,aku kerap juga bertemu dengan Tok Gurukerana abah sudah pencen dan kami sekeluarga pindah menetap di kampung.Tapi menurut bapa saudaraku,Tok Guru pun tak suka dia di agung-agungkan pengikutnya malah Tok Guru lebih gemar dipanggil gelaran namanya sahaja.

Menurutnya lagi,Tok Guru orangnya baik,semua orang kampung menyayanginya,dan semua pelajar menyanjunginya.Tok Guru kerap diziarahi oleh ahli-ahli politik yang mahu menumpang populariti Tok Guru walaupun Tok Guru tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti baik dari kerajaan mahupun pembangkang.Tok Guru juga dipelawa ke Istana oleh Sultan dan dikurnia gelaran Dato’,namun Tok Guru tetap mahu dipanggil gelaran namanya sahaja.

Beberapa tahun lepas,Tok Guru yang sudah tua,sakit uzur dan meninggal dunia,kembali kepada Penciptanya.Keadaan di kampung aku kecoh,riuh,heboh,dan berita pemergian Tok Guru dipanjang-panjangkan agar kesemua pelajar serta bekas pelajarnya tahu.Jalan masuk ke kampung aku sesak,disebabkan orang ramai berpusu-pusu hadir menziarah jenazah Tok Guru yang khabarnya datang daripada seluruh semenanjung tanah air.

Aku petang itu di pekan,beli rokok dan majalah dengan berseluar pendek,bersinglet Ramones hitam menaiki Honda C70 abah yang diberi nafas baru oleh mekanik handalan kampung berwarna merah putih.Ramai orang di pekan petang itu,ada muka yang biasa nampak dan ada juga muka yang aku sendiri tak pernah nampak.Pelajar arwah dari luar kot,fikirku.

Ketika aku keluar dari sebuah kedai runcit,aku berselisih dengan seorang pemuda yang hampir sebaya denganku,bukan orang kampung aku.Aku sedar yang pemuda yang berbaju tshirt hijau bertulis “I Love Islam” tu memandang aku,atas-bawah-atas-bawah.

“Dari kubur brother?Ramai orang hari ni yer.” aku menyapanya,dia terkejut.Mungkin tidak perasan yang kelakuaannya disedari aku.

“Biasalah bang,orang hebat.Ramailah orang datang,ambil berkat.” jawabnya dan tanpa dia sedari jawapannya itu membuatkan sel-sel otak aku berfungsi laju.Aku terdiam,berkat?

“Abang orang sini ke?Tak pergi kubur?” tanya pemuda itu,aku dapat tangkap yang soalannya itu berbunyi sinis terhadapku.

“Tak,tak pergi pun.Gua kalau nak minta berkat,gua minta dekat Tuhan,bukan dekat Insan,bukan dekat Tok Guru,apatah lagi nak minta dekat Kubur.Time dia hidup pun gua takpernah mintak berkat,inikan pulak bila dia dah meninggal,dah jadi mayat.” jawabku keras,dengan memerhati dalam dalam mata pemuda itu.Dia tersentak,mungkin terkejut mendengar jawapanku.Sebelum sempat dia buka mulut,aku katakan lagi padanya.

“Tak payah lah brother,buat seksa dia,buat dosa kita.” kataku sambil mencucuh rokok yang dari tadi berada dalam mulut.Dan aku pun berlalu.

(iv)

Buat Arwah Tok Guru,maaf..Al-Fatihah.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

46 thoughts on “Memoir Seorang Tok Guru”

  1. Nak ambik berkat dari TUHAN, adakah kita benar2 Hamba Tuhan?
    Tuhan pon kita tak benar2 kenal, tak cinta mcm mana nak mengalir berkat tu?
    Nak jumpa Sultan, nak jumpa Y.b,M.B, org politik pon nak kena jumpa P.A dia, nak jumpa Diva Azwan ali pon kena jumpa P.A dia, ni nak jumpa raja segala raja…Kenalah cari org yg kenal, yg mengamalkan segala syariatnya, yg menjaga segala hukum-hakamnya…

    Reply
  2. bro.. maaf mencelah.. jgn samakan Yg Maha Esa dengan manusia2 kerdil mcm kita.. knpa perlu ambil berkat dr orang2 alim?? sedangkan kita boleh lakukan sendiri.. bentang sejadah, lakukan amal ibadat, berdoa.. setiap manusia mampu lakukan sendiri.. org2 alim ulama ini ckup lah kita jdkan tmpt meminta tunjuk ajar, kita jdkn contoh utk kite baiki diri kite..

    Reply
      • Betula ape die tulis tuu… Aq tahu aq jahil sbb tu aq tengok org2 alim sbagai contoh untuk aq berubah lebih baik. Bila aq tengok kebaikan org lain aq rse malu dgn diri sendiri dan Allah S.W.T sbb aq x mampu nak jdi seorang hamba yg taat.. Jdi bagi aq tok guru ialah seorang guru yg patut aq contohi.. Moga aq dan umat islam yg lain dpt menjadi umat islam yg sebnar²nya 😊

        Reply
  3. Betul, bukan mintak dgn org., tapi
    Study limpahan rahmat., xfaham dengan geng serban, dekati dan dalami., tanye kpd yg ahli., nafsu dan ego buat semua insan rase diri mereka betul.. wallahualam..

    Reply
  4. Mintak berkat ngan ambil berkat lain bro. makam-makam golongan ni inshaAllah merupakan sebahagian taman-taman syurga. Tak nak ziarah hari akhir beliau takyah sound orang yg pergi. Senang sngat nk rase kite ni lg bagus drpd orang lain. Ego ni bro. Mengaji la.
    “Dua tapak kakinya pernah dikucup unta,
    Unta hilang derita unta tiada duka”
    “Liberal-nak Islam, tapi nak pilih mane yang rase best, yang rase tak best tolak tepi”
    Siap komen tuduh ekstrimis pon ade kau. Haha

    Reply
  5. Sabda Rasulullah SAW, “Apabila seseorang daripada kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.” – Sahih Muslim; 2035.
    Kalau lu rase lu lagi mudah diberkati daripada tok guru tu sukati lu la. Lu malas ngaji lu tanye je la bapak lu. Heboh je cite pakai ape naik moto ape pomen bikin bagai. Lu mesti rase lu bagus. Ingatkan cite pengajaran ke hape, rupenye cite ngondem. Orang lain kaki ramones gak, ngaji jgn tinggal, da bace fahamkan plak, xreti, bertanye

    Reply
  6. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

    “Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung.” Ko ingat org gi lawat arwah tu ambik berkat je ke? Mne xsentap brader yg ko tegur tu. Istighfar bos. Org yg lagi teruk drpd org yg terpesong ialah yg terpesong dan memesongkan. Writer and admin take note ✌🏻

    Reply
    • Ye, menguruskan jenazah dan menziarahi itu adalah fardu kifayah. Menunaikan fardu kifayah iaitu memberikan hak sebagai seorang muslim keatas muslim yang lain. Sebab tu pentingnya mengaji.
      Jangan ego dan menuduh sembarangan. Perkara mudah, ambil berkat dan minta berkat perkara yang berbeza. Cara awak menulis seolah-olah memperendahkan amalan sahabat Rasulullah SAW. Mereka selalu mengambil berkat dari Rasulullah SAW malah Rasulullah SAW tidak menghalangnya pun.

      Saya bagi contoh,
      Disebutkan bahwa Rasulullah SAW pernah menyuruhnya Abdullah bin Az-Zubair membuang darah bekas berbekam. Namun bukannya dibuang tetapi malah diminum.
      Selesai berbekam, baginda s.a.w. bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di tempat yang seorang pun tak dapat melihat kamu.” Setelah meninggalkan Nabi s.a.w., dia mengambil darah itu lalu meminumnya. Apabila kembali semula, Nabi s.a.w. bertanya, “Apa yang kamu telah lakukan dengan darah itu?” Dia menjawab, “Aku telah sorokkan di tempat yang sangat tersorok, yang aku tahu ia sememangnya tersembunyi daripada orang ramai.” Baginda s.a.w. bersabda, “Boleh jadi engkau telah memimumnya?” Dia menjawab, “Ya.” Nabi s.a.w. bersabda, “Celakalah manusia daripada kamu dan keselamatan kamu daripada manusia.”

      Ni hadis sahih At-Tabrani, saya copy paste google sebab hadis Rasulullah SAW tak boleh diubah2 bimbang lari dari maksud sebenar. Jika saya salah tolong betulkan saya ya…

      Reply
  7. if you’re not satisfied with their comment you can contact us on our site, have a marvelous day.

    Reply
  8. org mlayu nak Islam cara dia ja,sampai apa yg melayu semua nk anggap islam.

    contoh,celebrate hari raya nak bmaaf2an,habih jntan btina smua nk bsalam2 xingat aurat haram halal..

    btoi dh r ap yg pnulis tu cakap..jgn r nk sentap2 sngat..

    org yg alim tu brkat hidup dia dgn amalan dia,yg nk p amik brkat2 ap smua baik p menurun kat tokong cina ja.

    Reply
  9. Penulis seorang yg sombong..org mcm ini akn tahu hakikat keberkatan berhubungan dgn ulama apabila nyawa sudah sampai dikerongkong
    Wallahualam
    Sekian…
    # rokok difatwakan haram..tu ko xnak kesah pulak..jgn ambil agama ikut nafsu..amal agama walau perlu mujahadah lawan nafsu..

    Reply
    • Maafkan saya, saya lewat mengaji, kurang ilmu ketika mengalami peristiwa diatas dan ketika mengarang cerita ini.

      Maaf sekali lagi.

      Reply
  10. Taknak berkat insan? Habis tu, berkat mak ayah tu bukan berkat bergelar insan? Sedangkan jikalau mak ayah tak redha, Allah pun tak redha. Ulama ni jgn di buat main2. Hormat je la, tak payah nak amik berkat dgn cara lebih2. Haih typical manusia, sombong!

    Reply
    • tak salah pon apa yg apa penulis cuba sampaikan,boleh ja klau nk ambik berkat pada tok guru tu tp yg jadi masalah bila ambik berkat dgn caqa yg keterlaluan…ada otak bleh pikiaq laa klau dgn caqa ambik berkat pd tok guru atau alim ulama mudah laa hidup tak pyh dh smbhyg smua sbb bleh setel dgn ambik berkat org yg kuat agama,paih tu koi lama pakat jadi ikutan kes qamai bangsa melayu benda tak wajib dia buat mcm kena wajib yg wajib dia buat seqopa klau tak buat pon takpa…jem laa klau qamai melayu bermentaliti laguni,yg pasti aq setuju apa yg penulis tu tulis sbb aq qasa caqa ayat penulis ni tulis mcm aq…nk pangkah aq ka taruh ka taruh laa ada ku kisah

      Reply
  11. tak salah pon apa yg apa penulis cuba sampaikan,boleh ja klau nk ambik berkat pada tok guru tu tp yg jadi masalah bila ambik berkat dgn caqa yg keterlaluan…ada otak bleh pikiaq laa klau dgn caqa ambik berkat pd tok guru atau alim ulama mudah laa hidup tak pyh dh smbhyg smua sbb bleh setel dgn ambik berkat org yg kuat agama,paih tu koi lama pakat jadi ikutan kes qamai bangsa melayu benda tak wajib dia buat mcm kena wajib yg wajib dia buat seqopa klau tak buat pon takpa…jem laa klau qamai melayu bermentaliti laguni,yg pasti aq setuju apa yg penulis tu tulis sbb aq qasa caqa ayat penulis ni tulis mcm aq…nk pangkah aq ka taruh ka taruh laa ada ku kisah

    Reply
  12. Assalamualaikum,
    Salam Ramadan 2019.

    Maaf sekali lagi, saya baru tersedar yang
    tulisan saya disiarkan disini. Setahun sudah ya…

    Maafkan saya kalau cerita ni membuatkan abang abang kakak kakak rasa tidak selesa, keterlaluan dalam sudut tertentu.

    Saya menulis cerita ni pada umur saya pertengahan 20an, saya kirim pada laman ni tahun lepas. Kirim sahaja sahaja, tak sangka tersiar walaupun bukan dalam genre SERAM.

    MAAFKAN SAYA.

    Al Fatihah buat Arwah Tok Guru

    Reply

Leave a Comment