HANTU KIRIMAN MENTUA.
Salam kak nak share pengalaman kak bermertuakan bomoh.Kak menikah penghujung tahun 2011. Seminggu lepas menikah baru lah kak tau yg bapa mertua kak tu bomoh.
Malam Chrismas 2011 menjelang asar d rumah mertua kak rasa panas..panas yg tak blh bawak bincang aircond pun tak dak rasa masa tu. Kak masuk bilik air duk bawah shower lebih kurang 2jam panas makin menjadi2. Masuk saja azan magrib muka kak jadi merah macam udang bakar sebab semakin panas,perut sakit memulas macam nk terkeluar urat perut.
26/12/2011 kak balik rumah sendiri, d rumah sendiri kak takut seperti ada yg memerhatikan gerak geri kak. Lauk yg dah di masak \ ada mahluk lain makan dan sepahkan sisa makanan padahal kak & suami berkerja tak ada org d rumah kami selain kami berdua.
27/12/2011 benda sepahkan dapur kak.. Habis pinggan mangkuk pecah, beras d penuhi kutu beras walhal baru ja beli tak sampai 5hari. Kak semakin takut , kami buat keputusan tinggal d rumah mertua buat sementara waktu (family kak bercuti d luar negara waktu ini)
28/12/2011 kami sampai d rumah mertua lebih kurang sebelum zohor (perjalanan rumah kak dgn mertua hanya 1/2 jam saja) selangkah kak masuk rumah mereka kak rasa ada sesuatu seperti masuk dalam diri kak terus rasa panas, perut memulas2. Hal ini berterusan hingga kak terpaksa cuti daripada berkerja selama 2 minggu. Kak tak dak daya nak bangun mkn apatah lagi nak drive p keje.
Selepas family kak balik drpd bercuti terus mereka datang rumah mertua kak. Mami daddy sampai d seberang jaya (rumah mertua) lebih kurang pukul 8mlm. Pada masa tu daddy kak nmpk sorg lelaki sama seperti suami kak berada dlm kereta kak.. Daddy tanya dia nak p mana tapi tiada jawapan.
Daddy mami masuk dlm rumah tnya pada mertua kak, suami kak nak mana. suami kak masa tu sedang solat magrib d bilik atas persoalanya sapa yang dalam kete tu.
Rupanya mahluk jelmaan suami kak & benda yg duk ganggu kak tu adalah benda suruhan mertua kak.. Hingga hari ini hampir 8thn benda tu masih mengganggu kak & suami kerna kak bukanlah menantu pilihan mereka. Suami kak ni anak tunggal. Hampir 7thn juga kak dah tak pergi mahupun jumpa keluarga mertua kak.
Daripada rumah d Seberang Perai Selatan kak pindah sewa d Seberang Perai Tengah thn 2013 dgn harapan dkt dgn maksedara apa2 berlaku dkt senang dorg nak dtg.
Sebulan pertama alhamdulillah tak ada apa yg berlaku. Masuk bln ke2 ptg rabu kak blk kerja keliling rumah(rumah kak teres coner lot) d penuhi garam kasar & lada hitam tanpa fikir byk cuci dgn air paip..mlm tu bermula lah gangguan semula, dalam rumah busuk bangkai lagi lama kak baca ayat kursi lagi busuk baunya. Pagi hari ke2 badan kaki kak penuh lebam & kesan cakaran muka kak jadi gelap hingga anak sdara pun tak berani nk dekat katanya dkt acu ada hantu tinggi besar.
Mak sedara kak bwk berubat d utara pulau pinang..menurut ustaz tu yg buat ni keluarga juga sbb xmau kak hidup bahagia & senang (fmly kak org yg berada jauh beza drp mertua) husband kak tak percaya ustaz tu tak mengapa kita cuma iktiar sja.
Jumaat petang skali lagi kak balik keje keliling rumah d penuhi beras kunyit & lada hitam.. Nak jdi cerita jiran sebelah rumah kak bagitau tdi tenghari mertua kak mai rumah tabur beras kunyit & lada tu ktanya buat pagar agar xde benda yg kacau nanti. Allahu macam nk luruh jantung dengar, suami kak tetap tidak percaya. Katanya kak sengaja memburukan mereka sbb mereka org susah.
Perkara ni berlaku hingga pertengahan april 2013 hingga mami daddy kak msuk campur hal ini.daddy kak beri amaran kpd mertua supaya hentikan perkara2 syirik.. Sepanjang tempoh 2013 hingga 2015 kak tidak bersama dgn suami krn masing2 tak ada nafsu. Sekali lagi makngah kak bwk berubat di Merlimau Melaka ya nafsu kami d tutup supaya kami sama-sama bercerai suka sama suka.. Jodoh itu kuasa Allah walaupun tidak bersama kami tetap suami isteri.
2015 setelah daddy kak meninggal dunia, mertua kak mula balik keje jahat mereka kali ini mami kakak pula d ganggu.(kami pindah rumah baru yg mami daddy hadiahkan tuk kak)mami tinggal bersama untuk jaga kak.
Lps mami solat subuh dia selalu mengaji hari tu nak jadi cerita dia mengaji surah al jin, benda tu mengamuk buka tutup air shower baling pinggan mmangkok & cekek mami yg sedang mengaji. Alhamdulillah mami kuat xdak apa2 yg berlaku dkt mami cuma ke esokkan hari mami demam biasa.
Sekali lagi makngah bwk kami berubat d kaki gunung jerai sama juga seperti ustaz d utara mengatakan ini hantaran keluarga yg nak pisahkan kami suami isteri.
Mulai hari itu kami sekeluarga setiap mlm akan baca yasin minta Allah lindungi keluarga kami. Benda tu tak henti2 ganggu merupa seperti suami kak..merayu pukul 3pgi minta kami bukakan pintu sedangkan suami kak ada dlm rumah dgn kak..kak hampir keliru yg mana satu suami kak yg sebenarnya. Gangguan itu berterusan setiap hari waktu yg sama ada satu ketika benda tu ketuk tingkap bilik mami sambil nangis minta buka pintu nak msuk..suaranya tak ubah seperti suara abg kak yg berada d shah alam. Waktu tu juga mami call abg risau kalau dia d ganggu juga ya sangkaan kami tepat dlm masa yg sama benda tu ganggu kakak d kelantan serta abg d shah alam.
2016 kesabaran kak ada batasnya.. Kak failkan permohonan cerai kena dah tak tahan dgn segala gangguan.. Makahmah tolak permohonan kak & husband pun xmau ceraikan kak.. Bila mertua dapat tahu husband tak mau ceraikan kak mulalah mereka tukar taktik lain mereka sering buat agar kami sekeluarga bergaduh walaupun hal tak tutup suis lampu akan jadi punca kami gaduh.. Hingga husbandkan naik tangan. Dan mami di arahkan oleh husband kak supaya tidak tinggal bersama tapi mami tau itu bukan husband kan benda yg ganggu kami penyebabnya.
2017 kak terjumpa seorang perempuan muda lebih kurang umur 28thn bersama anak (4thn) & suaminya d restaurant de’pauh garden. Kami duduk bersebelahan meja, tiba-tiba anak dia ckp (mami kakak tu ada hantu la) cepat2 perempuan itu minta maaf dkt kak dan mengatakan anak dia terbuka hijab. Dia bertnya pada kak, kak ni tak sihat kaa.. Kak cuma menidakannya. Lepas seminggu kak terjumpa lagi perempuan(yana) tu dkt maybank bandar perda. Masa tu kami berbual lama la juga tunggu no giliran tak sampai- lagi. sampai mengantuk weii..
Dia pelawa kak pergi ke rumah dia d daerah bukit Mertajam. Kak cuba pergi dah org pelawakan, takut kata sombong pula. Oh yana tinggal dgn family dia mak ayah pun tinggal bersama. Kak cuba bagi salam namun salam kak tidak berbalas ayah yana duk atas ndoi dkt dpn rumah. Ayah yana tanya kak hg mai dgn sapa, kak jawab la sy mai sorg pakcik. Ayah yana kata hg p tgk dlm kereta hg ada tetamu yg aku tak undang. Kak toleh tgk kete tapi tak dak org pun merepek la pakcik ni dlm hati duk ingat macam tu.
Sebelum d benarkan masuk dlm rumah yana, ayah dia sruh kak basuh kaki dulu & baca ayat kursi dpn pintu weii seram juga pakcik ni apa hal suruh aku baca ayat kursi dpn pintu rumah dia.sebaik langkah masuk rumah dengaq anak yana kta tok abah kt kakak tu ada hantu la duk kat bahu sambil tunjuk bahu kak..nak pengsan kak dengar. Bermulalah episod ayah yana berubat kak…
Alhamdulillah 70% kak dah sembuh & rumah pun xdak gangguan dgn izin Allah kadang2 tu ada juga mertua nak test power dia hantar balik. Hingga hari ini ayah yana duk berubat kak sampai la kak jadi anak angkat depa lani. Haaa lupa nak habaq masa kak sakit teruk sampai kena duk d rumah yana dkt 3bln Dec thn 2018 (mami p duk klantan sbb tak blh dkt dhn vukak)masa tu ayah Yana pun dah geram agaknya sampai dia nak hantar balik2 benda syirik yg org duk buat kt kak. Mlm tu husband kak buat pengakuan apa yg berlaku selama hampir 8thn pernikahan kami ini semua angkara keluarga dia sbb mereka tidak pernah suka kak & mereka d hasud oleh anak angkat yg dengkikan kak.
Alhamdulillah kak semakin pulih cumanya kak tak masih belum bersedia untuk menerima mereka sbg mertua semula setelah apa yg berlaku.
Untuk fans fiksyen shasa d luar sana pesan kak biarlah apa org buat dkt kita, kita sebolehnya berdoa yg baik2 untuk mereka. Allah maha adil, balasan Allah itu ada cuma cepat & lambat ja
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
xpe..jgn risau..sy berbesar hatimau tolong..bg nama penuh bapa mertua anda..sy mahu hantar sauntau Angin Lintang dkt depa..
Ini contoh Family-in-law from hell nih.
kesiannya.. dpt menantu berada pun xpuas hati lagi ? sabar je la..
Salam..smoga hidup kak baik2 saja lepas ni..sy org utara jugak..dok kat guar perahu…🙂🙂…smoga mertua kak tu sempat tobat la noh… kita hidup di dunia jgn menyukutukan Allah..
Apa punya manusia mcm tu…x tau halal haram ker…tak takut mati ker deme ni…dh tau org susah tp hati busuk…suami akak pon bingai…naper lah tak tegur family tu…ker sajer takmau lepas sbb dpt org kaya…org mcm tu tak patut dibuat baik…mati nnt taulah camner….
Hai kak.. Sy dari Penang juga.
Bertabahlah kak..
Selagi akk kuat tempuh dengan suami kak ,alhamdulillah.
Best
maaf ye kak agk susah sya nk paham penulisan akak…pening jugak nk baca..
Klau aku,hantar gengster kasik gegar dorg je
Asalam kak..boleh mnta no phone yana x..saya pun ddk area bukit mertajam..nak mnta tolong dengan ayah Yana..
Assalam kak..Nak no phone Yana boleh x..Ingat nak gi berubat jugak sbb saya pun stay kat Bukit Mertajam..
Allahurabbi… sabarnya penulis ni hadap 8 thun penderitaan tu. Allah sentiasa bersama dengan org yg benar.
Salam Kak,
Lamanya 8 tahun menanggung siksa mcm tu.
Sedih jugak bila suami sendir xpercaya kan cerita tu dr awal, xkan setiap pengamal perubatan tu nak tuduh suka2 hati. Kalau dah 2 3 org bgtau sihir dihantar dr siapa2, x logik lah lah diaorg nak reka cerita kan.
Apa2 pun diharap kak dan family kak sentiasa dalam lindungan Allah.
Cara kak berikhtiar tu sgt lah bagus. Bukan lepas berubat dgn seorang terus stop, cuba cari ikhtiar lain pulak yang sesuai dgn keadaan kita.
Minta jauh lah dari semua ini.
Lain kali kalau ade cerita2 lagi,kak boleh share kan lagi untuk tatapan pembaca.
salam kak bleh share no.phone ayah yana, sb sy apa yg kak alami sama ngan sy skang ni…sy dok seberang jaya gak
Tak sepatutnya menggunakan short form dalam penulisan novel. Mengganggu penyampaian cerita. Malah sususan ayat juga agak berterabur menyebabkan gambaran penceritaan itu jadi kelam kabut.
Cerita ni boleh jadi best kalau penulis tulis dengan baik dan teratur. Ini tak, pening saya baca, sudahnya skip baca ke ending. Itupun masih serabut baca. Instead of “kak”, apa salah nya pakai “aku” atau “saya”. Selepas noktah kene ada space and start ayat dengan huruf besar. Lepas guna (), kene ada space jugak. Basic rules dalam menulis dan tatabahasa pun susah sgt ke nak apply dalam menulis?? #grammarnazi
penulisan agak berterabur..ssh nak faham
Org lain boleh je paham.. xde pun komplen pasal short form lah, ayat terabur lah, tatabahasa lah.. ini bukannya pertandingn mengarang ayat ye sedara sedari sekalian.. akak ni cuma nk share pengalaman dia je pun.. baca chill² sudah lah.. x paham? Tu korg punya masalah lah..org lain boleh je paham.. terasa? Who cares… 😂😂
bertabah ya kak…subhanaallah
laju sgt tulis… nasib baik fhm… kbai
Blh share time episod berubat tuu.. mngkin bnyk kisah spnjng berubt dgn ayh yana tu..
biar la dia nak tulis macam mane pun janji aku baca faham je .
Sini tempat orang share pengalaman diri sendiri/orang lain mahupun cerita fiksyen. FS pun tak kisah best ke tak ceritanya apatah lagi nak kaji tatabahasa. Elok je orang baca boleh paham. Yang bajet2 sasterawan acah2 markah exam BM full marks boleh pergi mampos.