Mengintai Dari ̶T̶i̶r̶a̶i̶ ̶K̶a̶m̶a̶r̶ Pintu Tandas

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Kisah ini ringkas sahaja. Tapi cukup buatkan aku ketakutan dan sehingga kini tidak dapat aku lupakan.

Aku Asyraf, berkerja sebagai seorang pembantu kedai makan. Kedai makan ini adalah deretan kedai yang ada 16 lot kesemuanya. Kedai tempat aku berkerja ni di lot 10-12. Aku berkerja bermula pada pukul 7 pagi hinggalah ke 6 petang.

Kisah bermula pada hari tu. Rutin harianku, apabila dah tutup kedai maka akulah yang bertugas sapu, kemas dan bersihkan kedai sebelum balik ke rumah.

Waktu tu dah senja nak masuk maghrib dah. Aku berjalan ke hujung kedai di mana terdapat tandas. Aku masuk ke tandas, tandas kosong tiada sesiapaun di dalam. Aku pun cuci dan bersihkan tangan sambil melihat ke cermin. Tiba-tiba “pangggg!” Tak ada angin, tak ada ribut pintu dihempas. Selang beberapa saat, pintu dihempas lagi!  Aku pasti memang tak ada orang. Dan lagi sekali pintu dihempas, apalagi langkah seribu aku keluar dari tandas ketakutan!

Keesokan harinya, tugas aku untuk membersihkan tandas. Sebelum masuk ke tandas, aku akan pastikan dah tak ada orang yang guna. Terutamanya tandas wanita.

Waktu tu jam dah menunjukkan pukul 7 petang. Tandas lelaki sudah selesai aku bersihkan. Kini masuk ke tandas perempuan pula..

“Ada orang tak?Saya nak bersihkan tandas ni..” Kataku bagi memastikan tak ada orang di dalam tandas wanita.

Aku ulang lagi sekali. Tiada sahutan balas, maksudnya tandas kosong. Aku pun masuk dan bersihkan tandas.

Aku pun mula mengemop tandas dari hujung sampailah ke depan pintu. Waktu tu jugalah azan maghrib berkumandang. Kata orang tua, kalau azan, jangan masuk ke tandas. Sebab waktu tu ‘mereka’ jadikan tandas tempat persembunyian.

Tapi kerja dan setengah jalan, aku pun setelkanlah terus sampai habis. Bila dah sampai ke depan pintu, aku menarik nafas lega kerana dah siap. Dan tiba-tiba pintu tandas hujung berbunyi. Bila aku lihat! Alangkah terkejutnya aku. Aku lihat ada wanita dengan muka terkopek sana sini sedang menjenguk aku dari dalam tandas tu. Rambutnya panjang menggerbang! Baju pula berwarna putih. Entah apa yang dijengukkanya.

Aku sebenarnya dah ter’bertentangan’ mata dengan makhluk tu. Tapi aku tidak endahkan. Kerana sikit je lagi nak siap. Padahal dalam hati dan berkocak, macam nak pitam pun ada.

Aku berpegang pada kata-kata, selagi kita tak kacau benda tu, selagi tu benda tu pun tak kacau kita.

Aku tunduk je buat kerja mop lantai, sehingga habis tanpa buat ‘eye contact’ dengan benda tu.

Walaubagaimanapun, sehabis mana pun nak elak eye contact, tetap mata akan tertumpu balik ke arah makhluk tu.Melalui ekor mata aku, jelas, elok je benda tu jengukkan kepada dari dalam tandas hujung.

Selesai sahaja azan maghrib berkumandang, seperti ada angin menderu ke arah aku dan terus menuju ke arah pintu yang terletak di belakang aku. Serentak dengan itu juga, tiada lagi makhluk tadi di hujung tandas.

Aku taklah berani sangat nak periksa tandas hujung tu, aku cepat-cepat habiskan kerja.

Setel je kerja, aku langkah seribu menuju ke motor dan terus memecut laju balik ke rumah..

Itulah pengalaman yang memang tak akan dapat aku lupakan sampai bila-bila.

Lepas je dari kejadian tu, selalunya aku hanya akan mop dan bersihkan tandas sama ada sebelum azan maghrib, ataupun selepas azan berkumandang.

Sekian kisah dari aku.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Asyraf

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

3 thoughts on “Mengintai Dari ̶T̶i̶r̶a̶i̶ ̶K̶a̶m̶a̶r̶ Pintu Tandas”

  1. Tiba2 aku teringat kes aku pagi tadi, senak perut pada masa yg sama azan Subuh bermula…meremang roma aku menahan sakit dek pikir azan dan benda2 tu semua kat situ..aku mereput la smpai azan habis

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.